tekanhabis
Tekan Habis Podcast
Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my), Irzal Kamal dan Aiman Shuhaimi. Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini. Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.
Author
tekanhabis
Category
Podcast website
Latest episode
Jul 7, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
EP94: Fahami Sistem PHEV, Bersama Proton dan Pronet 07.07.2026 2:16:47
Kali ini kami berkolaborasi dengan Pronet dan Proton bagi memberikan pencerahan lebih teknikal tentang teknologi PHEV, dan menjawab soalan-soalan dari penekan habis tentang teknologi yang ramai nak tahu ini! Pakar produk, Saharudin Esa (Proton) dan David Tiah (Pronet) bersama kami untuk episod ini! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Teka...
EP93: Dulu Buat Komponen, Sekarang Buat Kereta - Kisah EPMB 30.06.2026 2:11:55
Kami dah banyak bercerita tentang EPMB, dan akhirnya kami dapat pengasas syarikat ini ke studio Tekan Habis! En. Hamidon Abdullah membutirkan kisah EP Manufacturing Berhad dari mula buat botol ubat, kemudian menjadi pengeluar komponen dan kini memasang kenderaan dari jenama-jenama seperti MG, GWM dan XPENG! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! C...
EP92: Subsidi, REEV, ADAS dan Pelbagai Komen Penekan Habis 23.06.2026 2:08:22
Kali terakhir kami buat episod soal jawab adalah bulan April, jadi kali ni kami langsaikan sedikit hutang! Macam biasa, komen dari Penekan Habis makin lama makin sukar! Kami sentuh komen tentang subsidi, kesesakan lalulintas, sistem ADAS, sistem REEV, dan banyak lagi! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran...
EP91: Ulasan Tekan Habis di KLIMS 2026 16.06.2026 1:15:15
Apa yang menarik di KLIMS 2026? Kereta konsep mana yang menyerlah, mana yang tiada siapa faham? Banyak berlaku di KLIMS 2026, jadi kami tumpang buat rakaman di sana! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #automotive #engineering #EV #battery #KLIMS2026 ...
EP90: Hayat Kedua Bateri, Projek Kerjasama BMW dan Universiti Malaya 09.06.2026 2:21:44
Kami bersama Sashi Ambi dari BMW Malaysia dan Dr. Tan Chia Kwang dari Universiti Malaya untuk membincangkan usahasama penyelidikan hayat kedua bateri. Rupanya bateri EV masih ada guna selepas SOH susut di bawah 80 peratus. Apa solusinya? Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podca...
EP89: Selam Rinci Pakaian Keselamatan Semasa Menunggang 02.06.2026 1:58:44
Helmet sudah ada lama ada standard keselamatan sejak SIRIM menggubal piawaian pertama pada tahun 1969. Tapi bagi pakaian menunggang seperti jaket, sarung tangan dah kasut, apa standard yang boleh dipakai? Sempena Malaysia Bike Show yang beru berlangsung minggu lepas, kami selam rinci. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcas...
EP88: Kemahiran Pomen Kereta Elektrik, Lepas Ni ADAS Pula 26.05.2026 2:11:51
Kami banyak bercakap tentang kepentingan TVET, dan kali ini kami bawakan mereka yang benar-benar orang TVET dan menghasilkan orang TVET! Kami bersama Suhaimi Yusof dan Zulfahmi Zakee, kedua-duanya Pensyarah Automotif dari Kolej Komuniti Kepala Batas untuk tanya tentang kemahiran, TVET dan pentingnya kalibrasi ADAS. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran...
EP87: Sasaran 30% Eksport Proton Menjelang 2030 19.05.2026 2:17:16
Ramai percaya jika Proton boleh mengeksport kereta dengan lebih banyak, lenyaplah isu legasi yang telah membelenggu pembeli kereta selama ini. Tak apa, kita andaikan itu benar - dan kami panggil semula Datuk Rashid Musa, Timbalan CEO Proton sendiri untuk menerangkan bagaimana ini boleh dicapai melalui “perkahwinan” Proton dengan Geely. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts d...
EP86: Minyak Naik, Pengangkutan Awam Tetap Tak Laku? 12.05.2026 2:28:53
Dengan kenaikan harga minyak, kita disarankan cuba pengangkutan awam. Tapi isu pengangkutan awam ni dah lama dipersoalkan. Tapi apakah soalan yang betul tentang reformasi pengangkutan awam? Kami panggil pakar, Wan Md Hazlin Agyl kembali ke studio untuk tanya dari pangkal isu. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senara...
EP85: Auto China 2026, Apa Yang Menarik? 05.05.2026 1:52:28
Kami di Auto China 2026 di Beijing tempoh hari, jadi takkan kami tak kongsi ilmu dengan para Penekan Habis? Anda mungkin nak tahu apakah spesifikasi dan istilah yang digunakan bila kenderaan bakal pandu sendiri! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #aut...
EP84: Jenama Korea Vs China dan Eropah, bersama Emily Lek dari Kia Malaysia 28.04.2026 1:30:47
Kia mengambil alih operasi di Malaysia secara langsung pada hujung 2025, dan buat pertama kali - Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek hadir ke studio Tekan Habis bagi berkongsi tentang jenama ini, serta perbezaan pandangan syarikat Korea berbanding negara lain! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siar...
EP83: Penekan Habis Tolong Kami Jawab Soalan Q&A? 21.04.2026 1:55:46
Kami kejar jawab soalan dan komen anda lagi, sebab dah tercicir jauh! Mari lihat kembali ulasan tentang episod hibrid dan pemilihan motosikal. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #automotive #keselamatan #jalanraya #oilprices #hargaminyak #efficiency #...
EP82: Teknik Jimat Minyak Atau “Hypermiling” 14.04.2026 1:48:21
Dengan kenaikan mendadak harga minyak diesel, dan saranan untuk mengurangkan penggunaan bahan api, kami bincang bagaimana nak optimumkan penggunaan kenderaan. Pemanduan anda juga ada impak kepada kecekapan bahan api pemandu lain! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #teka...
EP81: Krisis Minyak Secara Makro, Impak kepada Rantau 07.04.2026 2:17:37
Kalau nak bincang minyak dari segi automotif sahaja tak cukup. Jadi kami cari Luqman Hariz, Pengarang dah Hos Astro Awani bagi memberi pencerahan di tahap makro, sebelum kita lihat lebih spesifik kepada peringkat sektoral. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabisp...
EP80: Isu Harga Minyak Kembali, Ulasan Komuniti Tekan Habis 31.03.2026 2:03:39
Walaupun menangani isu bekalan minyak dunia penting untuk jangka pendek, bagi jangka panjang kami buat ulasan ringkas bagi melihat ke hadapan. Selain itu, episod 8-series kami melihat kepada komen dan soalan penekan-penekan habis! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tek...
EP79: Sorotan Suku Pertama 2026 & Pandu Uji Kegemaran Kami 24.03.2026 1:19:26
Kami tetap bersiaran pada minggu raya. Episod podcast Tekan Habis kali ini melihat kepada perkembangan pada suku pertama 2026, dan alang-alang minggu raya, kami bercerita sedikit tentang kereta-kereta yang kami pandu uji! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispo...
EP78: Sistem Lazim Dalam ADAS Tahap 1 dan 2 17.03.2026 1:50:18
Walaupun topik ADAS panas minggu ini, bila kami baca komen netizen, ada lagi perkara asas yang perlu diperjelaskan. Kami yakin, kalau tonton episod ini, lepas ni hujah anda akan lebih bernas! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #automotive #autonomousv...
EP77: Kitar Semula Bateri EV, Solusi Pengangkutan Awam, Q&A Bulan Mac 2026 10.03.2026 2:08:18
Episod Q&A bulanan kembali dengan ulasan dari soalan dan komen komuniti Tekan Habis yang semakin sukar dijawab! Banyak soalan terbuka, yang memerlukan pendapat dari semua, jadi penuhkan ruangan komen - kami mahukan pendapat anda! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #...
EP76: Penasihat Dasar Automotif Antarabangsa, Dr. Horizon Briggs Kongsi Pengalaman 03.03.2026 2:06:00
Sebenarnya Dr. Horizon Briggs bukan hanya pakar dynamometer, tetapi cukup berpengalaman untuk menasihati kerajaan di seluruh dunia mengenai dasar-dasar automotif. Jadi episod kali ini melihat kepada dasar yang penting, serta kami jawab soalan-soalan lazim mengenai kereta dan motosikal! #podcast #tekanhabispodcast #automotive #engineering #policy #keselamatan #jalanraya Chapters: 0:00 Intro 2:40...
E75: Peralatan Bengkel dan Peralihan kepada EV 24.02.2026 1:45:14
Banyak penceritaan tentang servis kenderaan dari perspektif pomen, tapi episod ini datang dari sudut pembekal peralatan bengkel. Kami bersama Daryl Yap dari Unipac Engineering, pembekal peralatan dan mesin bengkel yang telah beroperasi lebih 5 dekad! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhab...
EP74: Panduan Motosikal Untuk Yang Baru Berhasrat 17.02.2026 1:57:34
Kalau berhasrat nak gunakan motosikal, sama ada sebagai hobi elak kesesakan lalu lintas, atau nak pergi ke surau - ini episod untuk anda. Kami bersama Kazuto sekali lagi untuk leraikan jenis-jenis motosikal di pasaran secara umum, untuk anda faham dan sediakan cadangan pelaksanaan untuk menteri dalam negeri anda. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan selamat...
EP73: Kami Kupas Tentang Kereta Hibrid! 10.02.2026 1:54:15
Dengan pelancaran pelbagai model PHEV tahun ini dan yang lepas, kami kupas kembali perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang kenderaan hibrid. Kita tak guna hibrid semata-mata, tapi ada gerakan besar yang menyebabkan semua ini diperkenalkan ke pasaran. Apa yang sedang berlaku, sampai perlu ada PHEV dan EV? Apa risiko guna hibrid? Sedap ke bawak hibrid? Tonton episod penuh di YT, dengar di Spoti...
EP72: Akhir Hayat Bateri, Habuk Tayar dan Pelbagai Komen Dari Komuniti THP 03.02.2026 2:06:16
Episod Q&A bulanan kembali membincangkan komen-komen mengenai tanggungjawab pengeluar dalam menguruskan akhir hayat bateri, dan juga satu soalan unik tentang habuk tayar yang akan diulas oleh Dr. Edwin sendiri! Kami juga mengulas lorong memotong, kelas memandu, penggunaan bahasa Malaysia secara teknikal dan lain-lain! Terima kasih di atas soalan anda yang padu! Teruskan komen anda! Tonton epis...
EP71: Anita Yusof Bandingkan Pemanduan di Malaysia dan Dunia 27.01.2026 2:08:38
Kak Anita Yusof baru pulang ke Malaysia bulan lepas, macam keluar “time zone”, baru nak alami Budi95, Smartlane pun baru nak kenal. Tapi kami bukan hanya tanya tentang negara-negara yang dilalui, tapi kami nak tahu, pemandu dan undang-undang di luar negara ni macam mana kalau dibandingkan dengan Malaysia tercinta? Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran...
EP70: Kenderaan Autonomi - Teknologi Wujud, Prinsip Kena Betul 20.01.2026 1:22:54
Walaupun teknologi kenderaan pandu sendiri menarik, kami teragak-agak nak ulas. Jadi sebelum kami ulas tentang teknologi, Kami kupas prinsip-prinsip yang perlu dilihat sebelum kita sampai ke autonomi penuh! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #automoti...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.