Kepochi

Kepoh Now!

Leisure MS ↓ 12 episodes

Kepoh Nau, Kecoh Nau, Lorat Nau? haa mana-mana je la ya! Layan je dulu podcast Kepoh Now ni, ada sembang santai-santai,teka-teki dan juga sesi hati ke hati gituuu. Jom layan 'Kepoh Now' dengan Rai, Amir Ise, Sonny dan Bubu.

Author

Kepochi

Category

Leisure

Podcast website

mykepochi.com

Latest episode

Aug 26, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Peluang, 'Trendsetter' & Kemanusiaan - Zainal Rashid Ahmad | Kepoh Now 12 26.08.2024

Peluang yang tak disia-disiakan, melakukan sesuatu yang belum dibuat & kemanusiaan - Itu antara yang disembangkan dalam episod kali ini. Dengarkan kisah ZRA yang penuh inspirasi hanya di Podcast Kepoh Now! Tonton sampai habis untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman hidup Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad.

Masuk Lokap, Baca Bawah Lampu di KL & Hidup Tanpa Prejudis - Zainal Rashid Ahmad | Kepoh Now 11 18.08.2024

ZRA pernah masuk lokap? Antara yang 'rare' mencari cahaya untuk membaca buku waktu malam di Kuala Lumpur. Dengarkan kisah perjalanan ZRA yang penuh inspirasi hanya di Podcast Kepoh Now! Tonton sampai habis 'Part 03' ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman hidup Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad. Tonton dan dengar KepohNow di Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🎧 #inspira...

'Culture Shock' di Chow Kit Lebih Keras- Zainal Rashid Ahmad | Kepoh Now 10 11.08.2024

Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad dari Zra Strim berkongsi pengalaman hidup yang penuh dengan cabaran dan kekentalan. Dari bekerja di Pasar Pekan Rabu semasa bersekolah, merantau ke Chow Kit, Kuala Lumpur hingga bekerja di sana. ZRA juga menceritakan pengalamannya mengenali dunia seni di Pasar Seni sebelum menyambung pelajaran ke universiti. Dengarkan kisah perjalanan ZRA yang penuh inspirasi hanya di...

'Monetize' dengan tulis surat cinta! - Zainal Rashid Ahmad | KEPOH NOW 09 04.08.2024

Ambil upah tulis surat cinta, baca surat khabar untuk orang kampung antara memori 'best' ZRA membesar yang tak akan boleh dilupakannya. Kepoh Now! berpeluang bersembang dengan Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad dari Zra Strim. Dengarkan kisah menarik beliau membesar di kampung, dengan pengalaman mencuit hati seperti mengambil upah menulis surat cinta dan membaca surat khabar untuk orang kampung...

Enjoy The Show! - Atoi Artisera Bakery | KEPOH NOW 08 15.07.2024

Yup, "Enjoy The Show" pesan Atoi bila mana ditanya mengenai cabaran hidup. Kali ini, kami mengupas kisah inspirasi Aizulhazriq Fuad, atau 'Atoi', yang mengusahakan Artesera Bakery di Melaka selepas PKP. Meninggalkan kerjayanya di Singapura, Atoi merantau ke Melaka dan menyewa rumah kedai di Taman Tasik Utama. Dia memulakan perniagaan roti dan pastri, menjualnya menggunakan basika...

Komando Jadi Jutawan! | Kepoh Now 07 16.06.2024

Menjadi jutawan memang menjadi impian kebanyakan orang kan? Ini perkongsian kisah Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie, Pengasas Fazil Group dari Komando menjadi jutawan! Apakah rahsia dan tipsnya? Jom kita dengar cerita-cerita 'best' beliau. Mana tau kita juga boleh menjadi jutawan!

Mandi 5 minit je, jimat air! | KEPOH NOW 05 03.06.2024

Air—sumber kehidupan yang tidak ternilai. Mandi tak perlu lama-lama, 5 minit dah cukup praktikal untuk mengurangkan pembaziran air. Kepoh Now bersama Dato' Ir. Rozman Mohamad, Pengarah Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia membincangkan bagaimana untuk memahami kesan kekurangan air terhadap alam sekitar, dan bagaimana kita semua boleh memainkan peranan pent...

Cerita pasal 'Kemurungan' takkan nak gelak-gelak? - Abg Gee | KEPOH NOW 06 25.05.2024

Jangan biarkan kemurungan merampas kegembiraan dan kebahagiaan anda! Kepoh Now kali ni sembang-sembang dengan Abg Gee pasal isu yang jarang dibicarakan - kemurungan. Ya lah, kajian menunjukkan sejuta rakyat Malaysia mengalami kemurungan! Jom kita dengar pengalaman dan pendapat Abg Gee tentang isu kemurungan ni. Bersama-sama, kita boleh mencari jalan keluar dari kegelapan. InsyaAllah ada harapan ba...

Lelaki Perempuan TAK BOLEH jadi “BEST FRIEND”? | Kepoh Now 04 09.05.2024

Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik? Apakah hakikat sebenar di sebalik mitos / realiti ini? Wujudkah persahabatan tanpa sempadan? Jom sembang dengan Sonny & Bubu tentang realiti persahabatan, pengalaman sebenar, inspirasi dan ubah persepsi macam mana untuk menghargai persahabatan. Layan KepohNow episod kali ini! 🎧 #SahabatTanpaSempadan #inspirasi #kepohnow #kepochi #podcast #motiva...

Pontianak Masuk Studio! | Kepoh Now 03 07.04.2024

Seram, menakutkan? Oh tidak... Pontianak ni pontianak yang menghiburkan orang ramai dengan melawak dan menyanyi. Inilah dia Ponti Jiibam Melaka. Bukan mudah jadi penghibur jalalan sebenanrnya. Jom layan cerita suka duka Ponti Jibam dalam KepohNow bersama Sonny dan Rai. Hanya di : www.mykepochi.com Youtube Kepochi Spotify & Apple Podcast Kepoh Now #PontiJibam#inspirasi#kepohnow#kepochi #pontian...

Dak Nor Viral, Realiti, Inspirasi & YB Duyong? | Kepoh Now 02 31.03.2024

Apa kisah pesakit mental kini Tiktokers, Dak Nor dari kerja bagus-bagus, sampailah disahkan mengalami masalah mental dan terpaksa jual roti. Yang peliknya, dengan keadaan dia yang serba kekurangan pun sempat bantu orang lain. Kita yang normal ini betul-betul normal ke? Dan apakah peranan YB Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dalam kehidupan Dak Nor? Saksikan pendedahan Dak Nor dalam KepohNow...

Teka Teki Sempoi, Dari Hati Ke Hati & Loghat Orang Melaka | Kepoh Now 01 23.03.2024

Apa yang 'Kecoh Now' Rai, Amir dengan Sonny ni? Rai tak habis-habis menyakat dak Amir, Amir pula beghaok betul kalau menyembang, Sonny dah kenapa tiba-tiba deep? Saksikan keletah mereka dalam #podcast audio siar Kecoh Now di : www.mykepochi.com Youtube & Spotify Kepochi

Listen to the Kepoh Now! podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.