RodaRoda Malaysia
Sprocket Pecah
RodaRoda mempersembahkan siri podcast berjudul Sprocket Pecah yang membincangkan, mempertikaikan, mengupaskan dan merenungkan isu-isu berkaitan industri motosikal di Malaysia. Siri ini dihoskan oleh Pengarang Majalah RodaRoda, Khairil Azuan dan bersama beliau adalah pengamal media motosikal veteran dari FastlenzTV, Anuar "Norick" Sabarudin dan penerbit Majalah RodaRoda, Dr Yusseri Yusoff.
Author
RodaRoda Malaysia
Category
Podcast website
Latest episode
Dec 3, 2024
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Episod 8: Asmawi Askor dan cabaran membina Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor. 03.12.2024 1:07:49
Dalam Episod ke-8 Sprocket Pecah, kami menjemput Saudara Asmawi Askor (Awie) untuk menceritakan tentang bagaimana tertubuhnya Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor. Menurut beliau, idea ini tercetus setelah tertutupnya Litar Batu Tiga Shah Alam kerana tiada tempat lagi untuk pelumba-pelumba cub prix terutamanya untuk berlatih. Kini, LLRKS yang sepanjang 1.13km ini menjadi tempat latihan serta juga tem...
Episod 7: Tetamu khas dari Bukit Aman memberikan pandangan PDRM tentang keselamatan di jalanraya. 11.11.2024 1:08:51
Dalam episod ke-7 ini, Sprocket Pecah telah menjemput Superintendent Khairul Azhar Ismail dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM yang berpusat di Bukit Aman untuk memberikan pendapat dan pandangan beliau tentang hal-hal berkenaan dengan pengguna-pengguna jalanraya, terutama sekali penunggang motosikal. Jabatan beliau mengambil kira setiap statistik kemalangan jalanraya di seluruh neg...
Episod 6 - Zulfahmi Khairuddin tentang "Impian ke MotoGP" dan bakat pelumba negara. 23.10.2024 1:02:46
Dalam Episod 6 ini, kami menjemput bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin yang kini menjadi pengurus serta penggerak utama pasukan ZK Racing tentang usaha-usaha ZK Racing dalam mencungkil bakat-bakat baru di dalam negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Zulfahmi menerangkan tentang program "Impian ke MotoGP" yang dimulakan olehnya semenjak 2018 lagi, dan cabaran-cabaran yang dihadapi...
Episod 5 - Ahmad Khan tentang superbikers "merempit" dan penyelenggaraan motosikal. 22.10.2024 59:50
Dalam episod ke-5, Sprocket Pecah menjemput personaliti online terkenal, @AhmadKhan66 untuk mengupas sedikit tentang isu superbikers "merempit" di Karak, setelah ianya menjadi topik yang panas (tapi tidak mendidih) di alam maya buat seketika (akibat kata-kata ahli Sprocket Pecah juga, sebenarnya). Disamping itu, beliau bersama Anuar Norick dari @fastlenztv dan Khairil Azuan dari @RodaRodaMY ...
Episod 4 - Pelumba Malaysia Tidak Menyerlah Di Peringkat Antarabangsa - Mengapa? 21.10.2024 32:49
Dalam episod ke-4, ahli-ahli Sprocket Pecah membincangkan mengapa pelumba-pelumba tanahair tidak dapat bertanding dengan pelumba-pelumba dari negara lain diperingkat antarabangsa. Bukannya pelumba Malaysia tidak pernah mengecapi kejayaan, tetapi terlalu jarang dan tidak konsisten. Anuar Norick dari @fastlenztv memberikan penjelasan dan pendapat beliau tentang perkara ini, ditambah perisa pula ol...
Episod 3 - Mat Rempit - Satu Kisah Yang Tiada Kesudahannya? 20.10.2024 21:54
Dalam episod ketiga ini, kita membincangkan gejala (atau fenomena?) Mat Rempit di negara kita. Adakah ini sesuatu yang boleh diberhentikan, atau adakah kisah Mat Rempit ini akan berterusan dari generasi ke generasi? @anuarnorick dari @fastlenztv memberikan pandangan berdasarkan pengalamannya semenjak dari tahun 80-an lagi, sebagai pengamal media veteran cetak dan elektronik. @YusseriYusoff se...
Episod 2 - Kenapa Harga Jualan Motosikal Berbeza Dari Yang Diwartakan Oleh Pengeluar? 18.10.2024 27:44
Pada amnya, pengeluar mana-mana model motosikal akan memberitahu kepada awam harga jualan motosikal tersebut. Akan tetapi untuk model-model motosikal yang popular terutamanya, harga jualan yang didapati di kedai-kedai motosikal kerap kali lebih tinggi daripada itu. Ada juga untuk model-model yang tersangat popular, harga "sebenar" berbanding dengan harga rasmi jauh berbeza. Mengapakah ini berlaku?...
Episod 1 - Naiktaraf lesen B1 dan B2 ke B penuh 01.10.2024 28:18
Majalah RodaRoda mempersembahkan episod pertama dalam siri Podcast berjudul "Sprocket Pecah". Dalam podcast ini, kita membincangkan tentang pengumuman YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan berkenaan kenaikan taraf pemegang lesen B1 dan B2 ke B penuh.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.