tekanhabis
Tekan Habis Podcast
Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my), Irzal Kamal dan Aiman Shuhaimi. Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini. Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.
Author
tekanhabis
Category
Podcast website
Latest episode
Jul 7, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
EP69: Kisah Sapura Industrial, Pengeluar Komponen dan Kini Bengkel EV & Hibrid Bebas! 13.01.2026 1:47:41
Episod kali ini membawakan pengeluar komponen kereta atau “vendor” kedua kami! Kami temubual En. Salleh Jani dari Sapura Industrial Berhad dan Mili EV Hybrid tentang ekosistem vendor di Malaysia, dan juga pandangan dari bengkel EV dan hibrid bebas! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis...
EP68: Pengecas EV Di Masjid, Pemandu E-Hailing Guna EV, Ulasan Dari Ruangan Komen 06.01.2026 2:20:56
Komen dari komuniti Tekan Habis ditonjolkan sekali lagi dalam episod pertama tahun baru. Cadangan membina pengecas EV di masjid, dan ulasan tentang pemonopoli lorong, internet 5G, bas mini dan banyak lagi! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #automotiv...
EP67: Ulasan Sektor Automotif Tahun 2025, bersama Shamsul Yunos dan Chips Yap 30.12.2025 2:04:30
Episod terakhir untuk tahun 2025 melihat kepada kejayaan dan cabaran tahun ini. Apakah yang berlaku sepanjang 2025? Jenama mana menyinar dan apa akan jadi pada EV pada tahun hadapan? Bersama Shamsul Yunos dari Elektronikar dan Chips Yap dari MotaAuto.com Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di teka...
EP66: Selam Rinci Takrifan CBU, CKD Dan Lokalisasi, Dan Bayar Hutang Jawab Q&A 23.12.2025 1:58:15
Selam Rinci rupanya terjemahan dari “Deep Dive”! Kami selam tentang takrifan yang amat kompleks apa itu CKD, SKD dan lokalisasi (localization). Kami juga bayar hutang, dan menjawab soalan dan komen anda yang kami tak sempat jawab dalam episod bersama Dr. Che sebelum ini. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai sia...
EP65: Rekabentuk, Ujian dan Pemilihan Tayar bersama Dr. Edwin Pang 16.12.2025 2:19:58
Pakar tayar, Dr. Edwin Pang kembali ke studio Tekan Habis selepas lebih setahun dengan pelbagai info baharu tentang komponen penting tetapi misteri ini. Kami selami secara teknikal dari segi rekabentuk, ujian dan juga tips bagi pengguna, termasuk tayar yang sesuai untuk kereta elektrik! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podc...
EP64: Soalan dari Komuniti Tekan Habis bersama Datuk Rashid Musa, Timbalan CEO Proton 09.12.2025 2:08:34
Kali ini komuniti Tekan Habis berhimpun di Proton Tech Showcase yang berlangsung minggu lepas, dan kami temubual Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton sendiri, Datuk Abdul Rashid Musa. Kita bincang masa depan Proton, termasuk eksport, teknologi bersama Geely dan juga Proton R3! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Se...
EP63:Elektrifikasi Dari Pandangan Jenama Nasional, Proton Technology Showcase Minggu Ini! 02.12.2025 1:57:55
Berita baik bagi komuniti Tekan Habis! Kami akan membuat rakaman khas episod seterusnya di Proton Tech Showcase! Kalau anda tanya soalan yang sepadan tahap komuniti Tekan Habis, anda berpeluang mendapat hadiah menarik dari Proton! Berminat untuk bersama-sama kami untuk kupas isu industri automotif? Daftar di: bit.ly/48b1zVe PROTON TECH SHOWCASE | 5-7 Disember 2025 | PROTON Center Of Excellence, Sh...
EP62: Hak Untuk Mengecas, Kitar Semula Bateri dan Pelbagai Soalan Dijawab! 25.11.2025 2:08:19
Dr. Che Hang Seng dari JomCharge kembali khusus untuk menjawab soalan-soalan dari anda tentang EV, bateri dan pengecasan! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #automotive #jalanraya #EV #battery #EVCharging #CPO
EP61: Risiko Kebakaran dalam EV, Diskusi Pengangkutan Awam, Tempoh Pinjaman Bank 18.11.2025 1:50:37
Apakah perkembangan terbaru tentang keselamatan bateri EV? Irzal dan Thoriq selami 3 lagi isu berbangkit dan melihat secara teknikal. Kami juga melihat pengangkutan awam dari pelbagai sudut, serta ulas tentang tempoh pinjaman bank, adakah 9 tahun terlalu panjang? Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penu...
EP60: 3D Printing Alat Ganti Kereta, Kami bawa pengikut tegar Tekan Habis yang pertama! 11.11.2025 2:00:37
Kami bawakan tetamu pertama di kalangan pendengar Tekan Habis yang tegar! Carljohari Arif dari CAE Industries menceritakan tentang teknologi 3D printing, dan boleh buat komponen-komponen kereta! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #tekanhabis #automot...
EP59: Kami Bincang Pelbagai Isu Tentang Motosikal! 04.11.2025 2:19:27
Sempena MotoGP dan pelancaran pelbagai model motosikal baharu, alang-alang kami buat satu episod khas tentang motosikal! Tapi kalau anda hanya pandu kereta, ada perlu dengar juga kerana mat motor berkongsi jalan dengan anda! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabi...
EP58: Model Nostalgia, Child Seat, Lesen Memandu Dan Banyak Lagi Soalan! 28.10.2025 2:14:47
Amin Ashaari kembali sebagai hos undangan untuk jawab soalan-soalan anda! Kami jawab 18 soalan kali ini! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #EV #tekanhabis #automotive #jalanraya
EP57: Pemasangan EV Tempatan, Pelupusan Kereta Lama, Lemon Law 21.10.2025 1:52:50
Episod berformat “Selam mendalam” kembali, dan kami bincang beberapa isu yang timbul pasca Belanjawan 2026. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #EV #tekanhabis #automotive #jalanraya
EP56: Cabaran Pemasangan Pengecas EV, Termasuk Di Rumah 14.10.2025 2:33:53
Banyak isu membelenggu sasaran 10,000 pengecas EV, termasuk operasi pengecasan, bekalan elektrik, dan operator pengecasan yang terpaksa berdiri atas kaki sendiri. Kalau nak pasang pengecas di rumah, apa pula isu-isu yang akan anda hadapi? Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podc...
EP55: Karting Sebagai Akar Umbi Motorsports, Bagaimana Ke Depan? 07.10.2025 2:10:43
Kami lengkapkan perbincangan ekosistem motorsports, dengan melihat ke akar umbi: Go Kart! Kebanyakan pelumba terhebat dunia bermula di sini, jadi di Malaysia bagaimana pula? Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #gokart #tekanhabis #automotive #jalanray...
EP54: Jurutera R&D dan Kualiti, Ulasan Budi95, Sesi Q&A Bulanan! 30.09.2025 2:09:16
Lagi banyak soalan-soalan teknikal yang mencabar dari penonton setia Tekan Habis! Terima kasih, kali ni kami cuba jawab sendiri, tanpa tetamu. Komen jika anda suka! Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #EV #tekanhabis #automotive #jalanraya
EP53: Subsidi Minyak, SST Motosikal Dan Ulangtahun Tekan Habis 23.09.2025 1:41:21
Tekan Habis sudah bersiaran selama setahun! Walaupun episod dirakam pada 19 September, hujah-hujah tentang subsidi minyak masih relevan. Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #EV #tekanhabis #automotive #jalanraya
EP52: Sasaran EV Perlu Dikemaskini, Salahfaham Seatbelt, Mobiliti Sebagai Perkhidmatan 16.09.2025 1:42:33
Kami cuba format berbeza, tiada tetamu tapi kami ulas sudut-sudut baharu kenderaan elektrik, aspek-aspek keselamatan dan Mobility as.a Service (Maas) Tonton episod penuh di YT, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Cari “Tekan Habis Podcast” Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabispodcast #EV #tekanhabis #automotive #jalanraya
EP51: Pengalaman Kereta “Projek” bersama Gokul Kandiah dari Bigwheels.my 09.09.2025 1:59:43
Ada kereta lama yang boleh dibikin? Teringin nak buat kereta “projek”? Episod dengan Gokul ini boleh bantu anda faham kos dan pengalaman yang bakal anda lalui. Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen atau cadangan? Email kami kini dibuka di info@tekanhabis.my #podcast #tekanhabispodcast...
EP50: Perlindungan Pekerja Gig dan Soal Jawab September 2025 bersama Kazuto 02.09.2025 2:09:03
Soal jawab bulanan kembali, kali ini bersama Kazuto sebagai hos undangan! Kami sentuh tentang RUU Pekerja Gig 2025 dan pelbagai isu keselamatan berdasarkan soalan dan komen anda! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen atau cadangan? Email kami kini dibuka di info@tekanhabis.my #podcast...
EP49: Ulasan Separuh Pertama 2025 Industri Bersama Uncle Chips Yap 26.08.2025 1:56:31
Kami ulas tentang perkembangan separuh masa pertama bagi industri sepanjang tahun 2025. Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen atau cadangan? Email kami kini dibuka di info@tekanhabis.my #podcast #tekanhabispodcast #motorcycle #EV #proton #perodua #chery #automotive
EP48: Zulfahmi Khairuddin Bersungguh Latih Pelumba ke MotoGP 19.08.2025 1:54:20
Rider sehebat Zulfahmi Khairuddin pun baru dapat Lesen B Full! Kenapa? Dan bagaimana dia melatih pelumba-pelumba muda hebat seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan? Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen atau cadangan? Email kami kini dibuka di info@tekanhabis.my #podcast #tekanhabispodcas...
EP47: Selongkar Industri Komponen Kereta - Thomas Lim, Presiden Persatuan Pembekal Proton 12.08.2025 2:11:28
Akhirnya kami dapat selami dunia pengeluar komponen kereta! Kami temubual En. Thomas Lim, Presiden Persatuan Pembekal Proton Malaysia untuk memahami tentang mereka yang sangat bekerja keras dalam industri automotif, tapi jarang dapat perhatian ini Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen...
EP46: Siapa Aisyah? Mat Rempit, Lesen Kenderaan Komersil, Soal Jawab Bulanan Dari Ruangan Komen 05.08.2025 1:51:31
Soal jawab bulanan oleh hos! Kali ni Amin Ashaari dari soyacincau.com datang lagi ke studio untuk menjawab komen-komen dari episodnya yang lepas, dan juga bantu Irzal dan Thoriq ulas komen-komen dari episod 39-42! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen atau cadangan? Email kami kini dib...
EP45: Kazuto Kejar Impian Ke Jepun, Pulang Jadi Pelakon Dan Pengamal Media 29.07.2025 2:05:48
Kazuto kongsi pengalaman sebahai jurutera, pergi ke Jepun, pulang jadi pelakon dan juga pengamal media. Kami sentuh lebih mendalam tentang pemanduan kereta dan motosikal di Malaysia, terutamanya dari kemahiran membuat keputusan semasa pemanduan. Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen at...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.