The Benda Boleh Bincang Show

THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW

Society EN ↓ 214 episodes

Welcome to the Official Benda Boleh Bincang Show Podcast Channel! MC/HOST • WRITER • VLOGGER 👉 FULL-TIME CONTENT CREATOR Contact: faizalmukhtar@gmail.com

Author

The Benda Boleh Bincang Show

Category

Society

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

Nov 25, 2023

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Ep. 36 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 28.1.21 28.01.2021

Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola. Ini merupakan rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak antarabangsa yang dibawakan untuk ada secara terus menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil!

Ep. 35 // Blogger Serius, Obe! 27.01.2021

Ramai orang pernah dengar tentang Blog Serius . Ramai orang juga pernah baca dan tonton review beliau di Amanz . Namun hari ini kita nak cerita tentang sejarah beliau. Sejarah terang dan sejarah gelap. Sejarah yang tidak pernah didendangkan sendiri oleh Obe!

Ep. 34 // Kena Reject! 26.01.2021

Siapa dalam hidup tidak pernah kena reject, maka dia bukanlah manusia yang sempurna. Pengalaman kena reject ini hadir pelbagai rupa dan cerita. Ada cerita sedih. Ada cerita pedih. Ada cerita yang jenis kita boleh bawa bincang bersama podcaster undangan kita, Ahmad Fuad!

Ep. 33 // Idea & Mood: Ada Di Mana? 25.01.2021

Secara sedar atau tidak sedar, idea sebenarnya ada di dalam dan sekeliling kita. Begitu juga dengan mood dan emosi tatkala ingin berkarya. Episod hari ini menyingkap rahsia di sebalik inspirasi, ilham serta ideologi kendiri bersama podcaster tetap, Niezam!

Ep. 32 // Apa nak jadi dengan MCU sekarang? 24.01.2021

Selepas tumbangnya Thanos dan tamatnya Avengers: Endgame, ramai yang agak tidak keruan menanti fasa seterusnya dalam perjalanan cerita Semesta Sinematik Marvel (MCU). Hos anda, Faizal Mukhtar dan Zack selaku pengulas bersama cuba meluahkan keresahan ini!

Ep. 31 // Bro Biar Betul Dude, Hakimin Zahid! 23.01.2021

Sebelum beliau muncul sebagai pengasas channel 'Biar Betul Dude' , sebelum beliau menjadi Art Director di sebuah agensi pengiklanan ternama tempatan, sebelum beliau menjadi kolektor dan klan Kedai Komik Online terawal -- siapa pernah menyangka yang podcaster undangan kita kali ini terlalu banyak menyimpan rahsia dan memendam rasa. Hakimin Zahid hari ini mendedahkan kesemuanya!

Ep. 30 // Sahibus Samahah, Syafiq Zulakifli! 22.01.2021

Jiwa kembaranya merah menyala. Darah dan denyut nadi melahar mencari ilmu dan pengalaman wibawa. Masih terus meneroka serta memburu apa yang ada. Menongkah arus cabaran di setiap penjuru dan antero bumi ini. Kita bangga dalam episod hari ini dapat bersama Sahibus Samahah, Syafiq Zulakifli!

Ep. 29 // Editor Konten, Zurien Onn! 21.01.2021

Anda pernah dengar reporter interview reporter? Pernah dengar peribahasa 'buku bertemu ruas'? Pernah dengar interview padu dengan seorang editor penerbitan yang sebegitu luas pengalamannya sehingga ke tahap berani muncul dalam episod pada hari ini?! Semua ini bakal terjawab bersama tetamu undangan khas kita, Zurien Onn!

Ep. 28 // Road to Old Trafford! 20.01.2021

Sebagai peminat bola sepak sejati sudah pastinya akan menjadi satu impian untuk menjejakkan kaki ke stadium keramat pasukan pujaan masing-masing. Ini adalah cerita tentang impian yang sudah tercapai. Ini adalah cerita Road to Old Trafford bersama Fadhil Zubir! 

Ep. 27 // Cerita Tentang Freelance! 19.01.2021

Persepsi dan perspektif seorang freelancer adalah berbeza-beza berdasarkan portfolio serta pengalaman yang mereka raih. Ada yang bertahan. Ada yang kecundang. Ada yang bagus. Ada yang hangus. Ada pula yang mempunyai cerita tersendiri sepertimana dikongsikan oleh ilustrator sepenuh masa Niezam!

Ep. 26 // Akar Digital: Visi & Misi 2021! 18.01.2021

Sebagai pelopor kepada gagasan Minda Akhirat dan Orang Kuat Mesti Menang , podcaster terbaharu kita pada episod kali ini Fadlishah Rusli dari Akar Digital membawa kita jauh menerobos prospek serta potensi besar menjadi insan budiman dengan 'mindset' baik-baik belaka di kala dunia keras diasak pelbagai pancaroba semasa!

Ep. 25 // Review: Batman, Soul of the Dragon (2021) 17.01.2021

Ini merupakah filem animasi keluaran DC/Warner Bros. Animation yang ke-40 serta sarat dengan aksi dan elemen 70an melampau. Tidak cukup dengan itu, sekiranya anda seorang fanatik Bruce Lee dan James Bond era Kung-Fu 'funk' semestinya naskah terbaru yang bakal direview ini adalah makanan anda. Semuanya bersama dengan podcaster bersuara lunak sukaramai, Faizal Mukhtar!

Ep. 24 // Miharu Bercakap Tentang Lelaki! 16.01.2021

Yup. Hari ini kita tidak akan bercakap atau berbicara soal komik, filem, game atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Tetapi pada hari ini panel anchor podcaster kita bakal membongkar kisah serta cerita menarik tentang insan bernama lelaki, semua secara eksklusif oleh Miharu sendiri!

Ep. 23 // Aktor Suara, Azman Zulkiply! 15.01.2021

Ikuti wawancara super eksklusif bersama bakat besar 'Made in Malaysia' yang cukup popular dengan lakon suara luar biasanya menerusi BoboiBoy , Ejen Ali , Didi & Friends dan banyak lagi siri animasi, iklan komersial, permainan video hebat lain iaitu Azman Zulkiply!

Ep. 22 // Tanyalah Gayour! (Tak Jadi Kartunis, Jadi Apa?) 14.01.2021

Disebabkan masih lagi belum ada yang memberanikan diri atau menanyakan sebarang soalan kepada beliau, maka kita tanyalah satu soalan yang mana ramai juga ingin tahu dan mengetahui: Andai kata Gayour tidak ditakdirkan menjadi seorang kartunis, apakah kerjaya pilihan lain yang bakal mencorakkan laluan multiversenya itu?

Ep. 21 // Monetize: Yes or No? 13.01.2021

Di antara kita ada yang mencipta serta menghasilkan konten dengan tujuan memperolehi hasil kewangan seperti upah, penajaan dan sebagainya. Hari ini kita berbual santai dengan seorang individu yang bisa merungkai topik ini dengan hemah daripada Elyzian Interactive, Tuan Ferdy Fauzi!

Ep. 20 // Komik Media Seni! 10.01.2021

Satu ketika dulu pernah wujud satu zaman yang mana tidak ada internet, tidak ada media sosial dan tidak ada langsung sumber digital serta elektronik melainkan cetakan naskah komik fizikal untuk dibeli, dibaca dan dilayan 100%. Zaman itu hadir bersama Komik Media Seni yang majoriti generasi komik sekarang tidak mengetahuinya bersama podcaster tetap, Saudara Encik Tuan Niezam!

Ep. 19 // Kenapa Sambung Master/PHD. ? 09.01.2021

Ada yang sambung pengajian ke peringkat Master dan PHD. dengan alasan, halatuju dan komitmen yang tertentu. Rata-rata memberikan jawapan serta pencerahan berbeza. Ini termasuk juga seperti diberikan tetamu undangan episod terbaharu kita, Ahmad Fuad!

Ep. 18 // KinoCinema: Visi & Misi 2021! 07.01.2021

Mahadzir Hanafiah adalah seorang visionaris dan futuris praktikal yang senantiasa meneroka dimensi, inovasi serta revolusi dalam industri kreatif terutama sekali dalam lapangan produksi. Mari kita dengar apakah gagasan beliau untuk tahun 2021 yang mendatang ini! 

Ep. 17 // Tanyalah Gayour! (Seorang Kolektor Komik?) 06.01.2021

Sejak bertahun-tahun lamanya, kita mengenali beliau sebagai seorang kartunis. Tetapi tahukah anda pernah wujud satu zaman yang digelapkan oleh sejarah di mana Gayour pernah menjadi seorang kolektor komik sebegitu sungguh sangat amat dahsyat serta rakus sekali dari mana-mana kolektor komik yang pernah terwujud seantero alam fana ini?! 

Ep. 16 // Cerita Mamak! 05.01.2021

Semua orang lepak mamak. Semua orang kenal mamak. Semua orang suka mamak. Tetapi berapa ramaikah di antara kita punya cerita dan mitos yang sungguh mendalam sepertimana diceritakan oleh podcaster undangan kita, Kartunis Desa!

Ep. 15 // Digital vs. Manual: Mana Lagi Ekselen!? 04.01.2021

Isu ini merupakan sesuatu yang sewajarnya berakhir pada hari pertama ia diusulkan sejak sekian lama. Namun begitu, perdebatan tentang mana lagi ekselen di antara digital atau manual masih lagi berlegar serata alam sehingga kini. Mari kita sama-sama ikuti perkongsian hipotesis Niezam dalam episod kali ini terutamanya yang membabitkan ikan dan Herman Tino!

Ep. 14 // Padil & PingPong! 03.01.2021

Apakah yang membuatkan seseorang itu begitu tertaksub dengan PingPong sehinggakan pagi petang siang malam bercerita pasal PingPong malah beli dan kumpul komik PingPong yang jarang-jarang kita dengar sebelum ini, hanya Padil PingPong yang tahu!

Ep. 13 // Hafiz, The Comic Book Guy! 02.01.2021

Over the past 20 years, this dude has been in and out and in for the game again and again countless times. From Jim Lee to Joe Mad to Jon Hickman.. this ultimate and uncanny X-Men fan turn comic shop guy will finally reveal his secret origins for the world to bare witness once and for all!

Ep. 12 // Azam, Agenda dan Anda! 01.01.2021

Untuk episod khas sulung sempena ketibaan tahun baharu 2021, kita telah menjemput dua panel pakar daripada Elyzian Interactive , Ferdy Fauzi dan Alip Md. Nor untuk membincangkan tentang definisi, pengisian dan pelaksanaan sesuatu yang bernama AZAM!

Listen to the THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.