The Benda Boleh Bincang Show

THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW

Society EN ↓ 214 episodes

Welcome to the Official Benda Boleh Bincang Show Podcast Channel! MC/HOST • WRITER • VLOGGER 👉 FULL-TIME CONTENT CREATOR Contact: faizalmukhtar@gmail.com

Author

The Benda Boleh Bincang Show

Category

Society

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

Nov 25, 2023

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Ep. 61 // Sidang Clubhouse - Sesi Selamat Datang, Clubbers! 22.05.2021

Ini adalah sesi terbuka dan perasmian untuk Sidang Kemuncak Clubhouse x The Benda Boleh Bincang Podcast Show!

Ep. 60 // The One and Only, Jazmi Jamal! 18.05.2021

Berbicara tentang panel podcaster kita pada kali ini, kami mohon anda letakkan segala logik, prejudis malahan sentimen anda tentang masa depan dunia ke tepi. Beliau adalah manusia yang paling ortodoks dan anti-ortodoks dalam masa yang sama. Atau mungkin sahaja tanggapan kami ini terlalu sederhana buat beliau yang pernah berimpian menjadi seorang ustaz, pilot dan penyanyi metal satu tika dulu.&nbsp...

Ep. 59 // Forum Hal Ehwal Raya Pikepi Datang Lagi! (PART 1) 16.05.2021

Sidang Dewan Rakyat dan Parlimen mungkin digantung akibat darurat pandemik. Maka ini pula tidaklah bermakna sama sekali sesi serta rundingan terbuka di kalangan masyarakat langsung sepi seribu bahasa terutama sekali di musim Hari Raya. Sama ada anda seorang yang lantang bersuara sebagai netizen berwibawa atau asyik ada sahaja benda yang tidak puas hati untuk disuarakan, tiga panel yang dijemput da...

Ep. 58 // Semangat Syawal Luar Biasa di Bumi Gaza! 15.05.2021

Tanah Palestin kembali bergolak dan bergegar hebat. Hari demi hari, laporan yang kita dengar begitu dahsyat serta sarat emosi untuk didiamkan sebegitu sahaja. Episod khas kali ini membicarakan keadaan semasa tersebut bersama koresponden bertugas, Tuan Syafiq Zulakifli.

Ep. 57 // Takbir Raya Special Syawal 1442! 13.05.2021

Feat. Abang Blogger Upahan!

Ep. 56 // Ada Apa dengan M.Nasir? 09.05.2021

Hari ini kita berbicara secara ringkas tentang sisi seorang seniman yang sudah serasi bergelar Sifu. Namanya masyhur sebagai seorang pengkarya hebat yang membelah zaman dan waktu. Ikuti analisis M.Nasir bersama pengulas anda, Faizal Mukhtar dan Fadhil Zubir!

Ep. 55 // European Super League Crisis! 22.04.2021

Just listen to this goddman podcast. 'NUFF SAID!

Ep. 54 // Meet The Amanz Bad Boyz! 21.04.2021

Di sebalik kemasyhuran sebuah portal tech paling popular berbahasa ibunda kesukaan ramai, wujud indvidu-individu terpilih yang menggerakkannya dari tahap cult sehinggalah mainstream sehingga sukses kini. Tetapi berapa ramaikah di antara kita tahu cerita rahsia dan sejarah di sebalik sosok mereka yang sebenar? Mari terjah sisi tersebut yang belum pernah didendangkan bersama hos podcast paling beran...

Ep. 53 // Wawancara Eksklusif bersama Aadi Salman! 08.04.2021

Status beliau sebagai seorang seniman kreatif yang berkelana jauh ke bumi asing Montreal, Kanada dengan bersenjatakan bakat luar biasa di Ubisoft kala ini merupakan satu perjalanan panjang. Mula dikenali ramai dengan karya-karya hebat di Urban Comics dan terus mantap melangkah ke tahap internasional dengan komik terbitan IDW, pastinya ada banyak cerita menarik yang ingin dikongsikan oleh insan ber...

Ep. 52 // Memperkenalkan Aishah! 06.04.2021

Pencarian podcaster baharu untuk musim baharu podcast ini telah sampai ke kemuncaknya. Selepas saringan demi saringan, akhirnya kita menemukan barisan finalis yang bakal merancakkan lagi saluran siaran sukaramai yang sedang anda ikuti sekarang. Jom berkenalan dengan finalis sulung bakal podcaster residen kita, Aishah!

Ep. 51 // Panglima Basikal Abadi, Anuar Abu Bakar! 30.03.2021

Hari ini di mana-mana kita pergi semua orang tengah asyik dan sibuk layan basikal. Road bike. Mountain bike. Folding Bike. Bermacam lagi jenis bike la senang cakap. Tapi tahukan anda pada zaman dahulu kala ada seorang Panglima Bike yang kini masih gagah beraksi dan jarang didendangkan perlu kita dengarkan hikayat ceritanya. Beliau yang dimaksudkan itu adalah Panglima Basikal Abadi, Anuar Abu Bakar...

Ep. 50 // The Great Showman, Alif Firdaus Azis! 26.02.2021

Sebelum wujudnya istilah vlogger, influencer dan segala macam lingo bingo siber sosmed kala ini.. beliau terlebih dulu telah menggamit dunia dengan hiburan dan jenakanya tersendiri secara maya. Jarang leluconnya tidak lucu. Malah terselit pula rahsia pesanan dan pediman. Hari ini kita berbual mesra bersama seorang idola yang kini meniti nama ke tahap antarabangsa, Alif Firdaus Azis!

Ep. 49 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 25.2.21 25.02.2021

Selamat datang ke segmen sembang bola sukaramai, ApaBola. Kali ini kita akan bercerita tentang pelancaran jersi baharu pasukan bola sepak JDT untuk Musim 2021 termasuk pelbagai selingan menarik seperti logo rasmi Perak FC, isu gaji pemain dan pegawai serta banyak lagi isu panas sepanjang minggu bersama pengulas tetap, Faizal & Fadhil!

Ep. 48 // Master Multitasker, RJ! 24.02.2021

Sebut sahaja nama Raja Shahfaizal Bin Raja Khairudin sudah cukup mendatangkan rasa hormat yang terpendam dalam diri pengacara podcaster program ini. Kesungguhan dan komitmen beliau dalam memakmurkan industri diceburi memang cukup prolifik. Ini termasuk minatnya yang amat sangat mendalam dalam dunia kartun dan komik kebangsaan sejak dari dulu, kini dan selamanya!

Ep. 47 // Presiden ANIMAS, Ameir Hamzah! 18.02.2021

Beliau memulakan perjalanan hidup sebarang seorang pejuang industri tanahair daripada cerita yang tidak disangka-sangka. Diberi peluang untuk berkhidmat di sebuah konglomerat minyak dan gas bertaraf gergasi di dunia tetapi dipilih pula jalan kartun dan animasi. Ikuti perkongsian, pendedahan dan pengalaman sebenar yang SUPER EKSKLUSIF bersama Tuan Ameir Hamzah Hashim!

Ep. 46 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 11.2.21 11.02.2021

Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola . Ini merupakan rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak antarabangsa yang dibawakan untuk ada secara terus menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil!

Ep. 45 // RAW INTERVIEW AZIZ M. OSMAN! 08.02.2021

UNCUT! UNEDITED! UNABRIDGED! UNPLUGGED! 100% TANPA SUNTINGAN YANG MEMANG DISENGAJAKAN!! Inilah wawancara eksklusif bersama dengan penglipur lara pujaan teruna dan dara, Tuan Direktor Aziz M. Osman 

Ep. 44 // Legenda Bruce Lee! 07.02.2021

Lee Jun-Fan atau nama sebenarnya Bruce Lee adalah satu nama yang cukup besar serta dikenali ramai sebagai seorang artis seni mempertahankan diri, pelakon, pengarah, penulis, pengasas Jeen Kune Do dan filosofer bertauliah malah berpengaruh serantero dunia. Hari ini kita membincangkan sosok seorang legenda tersebut bersama podcaster tetap kita, Niezam!

Ep. 43 // Kenapa Baca Komik? 06.02.2021

Ramai di antara kita suka membeli, membaca, mengumpul dan melayan komik dengan alasan serta tujuan tertentu. Ada yang menjadikannya koleksi peribadi untuk kepuasan sendiri. Ada pula yang menyimpannya sebagai aset dan komoditi saham masa hadapan. Mari kita berikan tumpuan perkongsian menarik ini dalam episod crossover #kedaikomikonline bersama panel podcaster, Miharu!

Ep. 42 // Mitos Kosmologi Nusantara! 04.02.2021

Episod podcast hari ini kita bersama Dr. Azaini Manaf dengan cerita serba kondusif pengalaman dan penglibatan beliau dalam bidang komik serta animasi di Malaysia malah antarabangsa di mana banyak terkandung unsur mitos, hikayat dan legenda nusantara yang terlalu kaya lagi perkasa!

Ep. 41 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 3.2.21 03.02.2021

Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola . Rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak kali ini menganalisa logo-logo baharu untuk Liga Malaysia 2021 serta jersi utama Selangor FC menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil!

Ep. 40 // Khurafat Klien! 02.02.2021

Untuk freelancer atau sesiapa sahaja yang biasa berhadapan dengan segolongan klien, sudah pasti mempunyai pengalaman ngeri dan menakutkan. Sehingga ada menjangkaui tahap tahyul malah betapa khurafatnya permintaan-permintaan mereka. Episod hari ini mendedahkan rahsia mistik itu bersama Sahibus Samahah, Tuan Alip Md. Nor! 

Ep. 39 // Fenomena Shopping Online! 01.02.2021

Dengan keadaan dunia semasa semakin pantas dengan terlalu banyak kemahuan berbanding keperluan, pembelian atau berbelanja secara online merupakan satu kelaziman kini. Adakah ia sesuatu yang baik atau bakal mendatangkan mudarat? Panel podcaster kita hari ini berkongsi sudut pandang beliau!

Ep. 38 // All Hail, Fariz Abdullah! 31.01.2021

Berkemungkinan besar perintis dan pelopor kepada beberapa naskah projek yang mendahului zamannya, podcaster undangan khas kali ini terlalu memahami konsep 'diam-diam ubi berisi'. Gagal bukan satu opsyen. Yang penting jalan terus. Semuanya dibongkar SECARA EKSKLUSIF bersama Fariz Abdullah! 

Ep. 37 // Bro Bophairy! 29.01.2021

Sesi wawancara eksklusif hari ini membawakan kita ke ruangan hidup seorang kartunis, seorang vlogger, seorang editor, seorang pengkarya sepenuh masa yang cukup popular menerusi Saga Ultra Qalif dan kini sibuk mempersiapkan majalah terbaharu berjudul Fantasia untuk dinikmati ramai!

Listen to the THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.