The Benda Boleh Bincang Show
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Welcome to the Official Benda Boleh Bincang Show Podcast Channel! MC/HOST • WRITER • VLOGGER 👉 FULL-TIME CONTENT CREATOR Contact: faizalmukhtar@gmail.com
Auteur
The Benda Boleh Bincang Show
Catégorie
Site du podcast
Dernier épisode
25 nov. 2023
Où écouter ?
Les podcasts dans l'appli Replaio Radio Bientôt disponibleLes podcasts arrivent très bientôt dans l'appli. Installe-la dès maintenant et découvre en avant-première une toute nouvelle façon de vivre les podcasts
Épisodes
Boring. Boring. Boring 🫥 25.11.2023 9:28
25 November 2023
Ep. 257 | #TanyaSisChenta Dedikasi Lagu Nan Syahdu 📻🎵🎶 06.07.2022 1:31:58
Setiap di antara kita pasti ada satu lagu cinta yang menghadirkan 1001 lipatan kenangan!
Ep. 256 | #Retrospektif Seniman Legenda M. Nasir! ⚡️ 05.07.2022 3:07:02
Kehebatan bakatnya tersirat makna dan misteri yang mendalam. Mengagumkan malah memukau syahdu dalam puitis bait lirik dan lagu berjiwa rasa. Lebih berdekad lamanya merentas zaman, nama M.Nasir tetap abadi di puncak seni!
Ep. 254 | #ApaBola Perkembangan Terkini Lagi Sensasi! 02.07.2022 52:38
Berita perpindahan pemain. Isu semasa liga sedunia. Kontroversi sensasi dan banyak lagi. Semuanya bersama pengulas kegemaran anda, Fadhil Zubir dalam segmen #ApaBola !
Ep. 253 | #REVIEW Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (2022) 30.06.2022 1:43:08
Di atas permintaan ramai serta sempena seminggu tayangan rasminya di pawagam, kami bawakan anda ulasan penuh FilemMat Kilau oleh Studio Kembara yang kini telah berjaya memecahkan rekod kutipan box-office terlaris sepanjang zaman di Malaysia.. dan masih terus meledak! Barisan Panelis Undangan: Comic Niezam | Syafiq Zulakifli | Fizlee Hafiz
Ep. 219 | #TanyaSisChentaRaya🎊🎉✨🌙 10.05.2022 48:35
Bersempena sambutan Syawal yang masih meriah diraikan, mari kita sama-sama perdengarkan cerita serta soal jawab cinta menarik di kala Hari Raya ini!
Ep. 218 | Syawal Seminggu Sudah: Awak OK ke tu? 🤗✨💫 09.05.2022 1:15:42
Selalunya sesudah seminggu Syawal berlalu, ramai yang sudah kembali bekerja dan berurusan rasmi seperti biasa. Terlalu banyak rasanya yang terbuku lalu terbenam di dalam hati sejak beraya, beraya dan terus beraya tak ingat dunia kan? Jom join The Benda Boleh Bincang Show untuk meluahkan segala pada malam ini bersama DJ bertugas dan ramai lagi tetamu undangan istimewa!
Ep. 211 | #OpenMic Unplugged🎤🎧✨🌙 08.04.2022 3:08:11
Hampir seminggu sudah kita berpuasa. Sejauh manakah cerita anda setakat awal Ramadan ini. Jom marilah kita kongsikan bersama malam nanti dalam sesi mikrofon terbuka The Benda Boleh Bincang Show !
Ep. 208 | Rahsia Ramadan Besar Zikril!💥 04.04.2022 6:59
Selama ini co-moderator BBB telah beraksi dengan penuh komitmen. Dengan bulan puasa yang diharungi kala ini, tentunya pelbagai cabaran dan dugaan baharu tetap berlangsung. Persoalannya: Tidaklah bernama Zikril Hafiz jika tidak dengan rahsia dan muslihat tersendiri!
Ep. 207 | Tanyalah Gayour - Edisi Ramadan Special 2022! ⭐️🌙 03.04.2022 34:11
Lama betul kita tak usik Gayour kan? Entah apa pula celoteh beliau untuk podcast ini. Katanya ada serangan dan ancaman tikus yang membuatkannya tidak senang duduk. Nak tau.. moh kita dengar ramai-ramai sekarang!
Ep. 205 | Superhero Yang Sempurna⚡️ 25.03.2022 53:39
Is there such thing as a perfect superhero dalam dunia komik? Konsep pragmatik dan realistik ini sebenarnya banyak kelihatan dalam cerita-cerita yang kita baca namun mampukah ia kekal untuk dunia hari ini. Para panelis pada malam ini mungkin ada jawapannya!
Ep. 204 | #TanyaDuoChenta - Tips Asas Berdating 💕 22.03.2022 1:45:58
Berjalan di taman tasik. Bersiar di shopping mall. Berpawagam di bioskop. Itu antara kelaziman apabila keluar berpacaran di kala dua merpati sejoli sedang hangat mengenal hati budi. Persoalannya: Apakah ada lagi rahsia luar biasa yang belum didedahkan untuk kita ketahui? 😲
Ep. 203 | Sesi Mikrofon Terbuka 🗣.📣 17.03.2022 1:32:28
Ibarat melayan konsert di Panggung Anniversary Wembley. Nyanyi-nyanyi ada. Joget lambak ada. Lawak jenaka ada. Silap mata ada. Demostransi memasak pun ada!
Ep. 202 | Filem Game On Tak On!🕹 👾.⚡️ 15.03.2022 1:12:07
#SINEMASANASINI Sejak Super Mario Bros, Street Fighter, Mortal Kombat, Tomb Raider, Resident Evil, Hitman dan banyak lagi adaptasi game popular ke filem direalisasikan.. semacam masih ada rasa 'mixed feelings' di kalangan ramai peminat. Moh le kite cerita dan kongsi sama-sama, Yob!
Ep. 201 | #NOTANETIZEN Kerja Kosong Masih Kosong! 14.03.2022 1:23:50
Kini rata-rata peniaga kekurangan tenaga pekerja. Nyata ianya sangat mencabar demi menjalankan urusniaga. Jika dulu ramai mengeluh lambakan pekerja asing, sekarang sebaliknya terjadi. Mana pergi orang kita? Apakah endemik berjaya dihadapi jika pekerja tak cukup? Bilakah solusi akan ada bertemu kesudahannya? Speaker: Jazmi Jamal & Zikril Hafiz
Ep. 200 | #SEASONFINALE Expo Extravaganza Extreme! 💥🎉🎊 12.03.2022 3:10:24
Syabas sekali lagi semua kerana berjaya sampai ke penghujung sebuah musim bersiaran yang cukup menakjubkan. Sebagai penutup tirai Musim ke-4 kali ini, kita ada kejutan dalam kejutan dalam KEJUTAN YANG MENGEJUTKAN!
Ep. 199 | #JomUsrahUnplugged ✨🌙 10.03.2022 28:47
Kisah cinta Laila dan Majnun perlu dibaca secara tafsir dan takwil iaitu tersurat dan tersirat. Sekiranya kisah ini dibaca sepintas lalu pembaca akan merasakan seperti kisah percintaan antara seorang lelaki kepada wanita dan kegilaan lelaki tersebut untuk mendapatkan wanita yang dicintainya sehingga menjadikan dirinya gila atau tidak keruan!
Ep. 198 | #REVIEWSPOILER - THE BATMAN (2022)! 🔴 09.03.2022 1:41:19
Selepas seminggu siaran sinema, maka akhirnya tibalah masa untuk kita mengulas secara serius dan spoiler segala yang terkandung menerusi pengalaman tontonan filem terbaharu, The Batman Grand Royal Rumble 3-Way Wrestling Showdown: Faizal Mukhtar x Fadhil Zubir x Zikril Hafiz 💥💥💥
Ep. 197 | Serikandi Sinema Selamanya! 🎬💖 08.03.2022 3:05:45
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada hari ini, mari kita imbas kembali angkatan aktres dan superstar sinema wanita yang mewarnai arena perfileman sejagat sejak dulu, kini dan selamanya! Special Guest Appearance: Deanna Nassier 🤩🥳😎
Ep. 196 | Tiru OriKopi: Inovasi atau Piracy?☠️🏴 07.03.2022 1:11:21
Ada yang melabelkannya sebagai 'Tiruvasi'. Satu gagasan ideologi yang kononnya dibenarkan atas nama kemajuan progresif dan perkembangan produktiviti industri. Hakikatnya bersama kita bincangkan menerusi perdebatan hangat malam nanti!
Ep. 195 | Problem-Problem Superhero Dulu, Kini & Forever! 🤔 06.03.2022 0:11
Superhero diciptakan Tuhan untuk menolong, membantu malah menyelesaikan masalah sejagat. Namun pernahkah anda termenung sejenak sambil bertanya: Bagaimanakah dengan problem yang dihadapi mereka pula? Apakah yang membelenggu benak dan sanubari Spider-Man atau Batman? Siapakah yang mampu menghulurkan tangan tanda simpati dan empati tatkala Groot dan Hulk masih diulit resah tutur kata berkongsi keluh...
Ep. 194 | #GOTW Nyuu Bellka! 🎉🎊🤗 04.03.2022 2:40:22
Malam ini kita bersama seorang gadis cantik rupawan @nyuu.bellka yang dikatakan memiliki koleksi komik teramat dahsyat dan haibat mengalahkan koleksi komik tuan moderator sendiri! 🔥
Ep. 193 | #OpenMic Live Session! 🔥 03.03.2022 26:10
Malam ini kita kembali freestyling dalam segmen sukaramai yang suka-suka hatilah nak buat apa pun!
Ep. 192 | Andaikata Kisah Hidup Anda Difilemkan 🎬🎥 01.03.2022 1:45:03
Ramai pernah menonton filem-filem adaptasi kisah benar dan biografi hidup yang hadir dengan inspirasi serta semangat tersendiri. Namun dapatkah kita semua membayangkan sekiranya kisah hidup anda pula difilemkan sebagai satu naskah box-office yang hebat?!
Ep. 191 | Sifat-Sifat Client Yang Disayangi/Dilaknati Semua! 28.02.2022 1:14:27
Segmen #NotaNetizen kali ini membawa kita mengenali dan memahami anatomi diri seorang insan yang digelar 'client'. Hadirnya begitu misteri. Sekejap suka, sekejap benci. Namun itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi!
Podcasts similaires
Replaio n'est pas éditeur de podcasts ; les noms des émissions, les visuels et l'audio appartiennent à leurs auteurs et sont diffusés via des flux RSS publics