The Benda Boleh Bincang Show
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Welcome to the Official Benda Boleh Bincang Show Podcast Channel! MC/HOST • WRITER • VLOGGER 👉 FULL-TIME CONTENT CREATOR Contact: faizalmukhtar@gmail.com
Author
The Benda Boleh Bincang Show
Category
Podcast website
Latest episode
Nov 25, 2023
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Ep. 11 // Tanyalah Gayour! (Asal Usul Nama Pena) 30.12.2020 23:39
Hari ini kita memperkenalkan satu segmen baharu bersama dengan seorang anchor baharu yang bakal menjawab segala persoalan serta kemusykilan dari setiap sudut dan segala segi. Beliau yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Kartunis Gayour!
Ep. 10 // Eksklusif bersama Animas! 29.12.2020 41:37
Ikuti wawancara khas bersama dengan Presiden dan Bendahari Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) yang dirakamkan secara langsung dan terus menerus dari dalam studio bergerak kami semasa hujan sedang turun dengan dinginnya sambil bersulamkan kejujuran tiada terperi lagi berpanjangan!
Ep. 09 // Review GV7 x Sepahtu Reunion Live 2020! 28.12.2020 35:52
Ini amaran keras yang wajar diberikan kepada para pendengar dan pengikut setia The BendaBolehBincang Podcast Talk Show: Hampir 99.9% daripada konten untik episod terbaharu ini mengandungi punchline-punchline internal yang sukar dihadam. Jadi awas kerana risiko adalah di atas tanggungan sendiri dan bukan tanggungan podcaster undangan kami, Alip Md. Nor!
Ep. 08 // Tuan Direktor, Esham Shahlin! 27.12.2020 25:17
Namanya mungkin belum cukup dikenali ramai orang di luar sana. Namun hasil karya dan kerjanya sudah lama menular serta bakal menjadi prospek besar dalam industri kreatif terutama sekali dalam bidang pengiklanan di Malaysia ini. Dan sudah tentu sebelum menjadi popular, lebih baik kita wawancara beliau cepat-cepat kerana nanti susah pula nak set appoinment dan lock masa!
Ep. 07 // Sinema vs. Strim! 26.12.2020 19:46
Ada yang kaki tengok filem di pawagam. Ada yang kaki layan cerita di platform strim menerusi peranti dan televisyen di rumah. Ada juga yang jenis tidak kisah kaki apa sekalipun asalkan mereka dapat mendengar episod podcast terbaharu ini bersama podcaster undangan, Niezam.
Ep. 06 // Ariff Ridzuan x GilaPosterKL! 25.12.2020 35:20
Sekejap seperti filsuf ternama. Sekejap seperti pelawak istana. Sekejap pula seperti sia-sia belaka. Tetapi yang ternampak zahirnya hanya seorang caretaker kedai mainan, namun hakikatnya apabila diselongkar serba sebanyak, podcaster undangan kita pada kali ini banyak berkongsi kisah suka-duka kehidupan yang melangkau jauh daripada itu semua!
Ep. 05 // Kenapa Podcast, Bro?! 24.12.2020 25:39
Jadi apakah sebenarnya kelebihan podcast jika hendak dibandinkan dengang saluran YouTube, Media Sosial atau plaform-platform yang lain. Di sini kita cuba membincangkan dan memberikan pencerahan agar terlerai segala kekusutan dan kemusykilan bersama podcaster undangan, Ferdy Fauzi.
Ep. 04 // Review: Wonder Woman 1984 (2020) 24.12.2020 21:47
Marilah kita sama-sama mendengar serta mengikuti ulasan filem terbaharu dan terakhir sebagai penutup kalendar tahun 2020, sebuah naskah adaptasi superhero DC Comics yang menjadi pemecah rekod sejarah perfileman Hollywood, pawagam dunia sejagat malahan podcast ini. Semuanya bersama dengan podcaster bersuara lunak sukaramai, Faizal Mukhtar!
Ep. 03 // Marvel Studios: 2021 & Beyond! 22.12.2020 36:46
Selepas Avengers: Endgame , ruang dan peluang untuk perkembangan Semesta Sinematik Marvel (MCU) kini semakin terbuka luas. Semuanya bakal kita bincangkan dalam episod kali ini bersama koresponden khas kami, Miharu.
Ep. 02 // Star Wars: 2021 & Beyond! 22.12.2020 25:13
The Books of Boba Fett, Ahsoka, Andor, Lando, Rangers of the New Republic, The Bad Batch, The Acolyte, Droid, Visions, Rogue Squadron termasuk sebuah projek filem arahan Taika Waititi serta kembalinya Hayden Christensen sebagai Darth Vader dalam siri Obi-Wan Kenobi merupakan ledakan topik panas untuk episod kali ini bersama koresponden khas kami, Adam John.
Ep. 01 // Review Lengkap The Mandalorian (All Season) 21.12.2020 30:47
Hikayat Star Wars terbaharu menerusi siri Disney+ baru sahaja selesai dengan penamat yang MAHA DAHSYAT. Ikuti ulasan dan analisis total Musim Pertama dan Kedua The Mandalorian bersama koresponden khas kami, Niezam Udin. NOTA KAKI: EPISOD INI TERKANDUNG BEBANAN DAN SARAT SPOILER. DENGAR ATAS RISIKO SENDIRI!
Intro. Episode // Miharu! 20.12.2020 22:14
Miharu merupakan seorang peminat komik, game dan filem yang telah berjaya menjadikan obsesinya itu menjadi satu platform positif untuk berhubung, berkongsi dan bersama-sama memeriahkan arena tersebut buat kita semua. The Benda Boleh Bincang Show ™ dengan ini secara rasmi memperkenalkan beliau sebagai Residen Hos kami!
Intro. Episode // Adam John! 18.12.2020 24:57
Nama Adam John kini semakin lama semakin dikenali. Daripada seorang fanboy dan aktivis hobi, beliau sekarang sudah menjangkau jauh lebih daripada itu sebagai seorang penyanyi, pelakon dan hari ini podcaster. The Benda Boleh Bincang Show dengan ini secara rasmi memperkenalkan beliau sebagai Residen Hos kami!
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.