tekanhabis
Tekan Habis Podcast
Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my), Irzal Kamal dan Aiman Shuhaimi. Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini. Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.
Author
tekanhabis
Category
Podcast website
Latest episode
Jul 7, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
EP19: Bob Maori, Pakar BMW Motorrad 28.01.2025 1:22:35
Kali ini, Tekan Habis duduk bersama Bob Maori, pengusaha Bob Maori Garage di Nilai. Beliau adalah nama terkemuka dalam komuniti pemilik motosikal BMW Motorrad dan Bob memberi pencerahan tentang kos penjagaan sebenar bagi jenama motosikal premium ini yang masih jadi idaman ramai. Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di t...
EP18: Chips Yap & Hans Cheong, Wartawan Automotif Legenda 21.01.2025 1:34:19
Rekod jualan paling tinggi dalam sejarah, tapi banyak yang jatuh? Mengapa kiraan tak macam biasa? Hans dan Chips—dua nama legenda dalam dunia kewartawanan automotif Malaysia. Dengan pengalaman bertahun-tahun, mereka bincangkan TIV 2024 yang mencatat angka luar biasa, kebangkitan jenama China, kedudukan jenama nasional. Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform...
EP17: Syammim Noori Arifin, Jurutera R&D Tempatan Laku Di China Dan India! 14.01.2025 1:21:15
Rezeki ada di mana-mana tapi sayang apabila jurutera R&D kita yang berpotensi tinggi tak dapat berbakti di halaman sendiri. Berstatus negara pengeluar kenderaan, di mana silapnya? Sebenarnya, apa itu R&D di dalam industri? Apa yang dibuat dan kenapa kita masih dikatakan kurang kebolehan R&D? Minggu ini, kita bawa kembali Syammim Noori Arifin, jurutera dan pakar “Vehicle Dynamics” untuk...
EP16: Lando Zawawi Kembali, Kupas Isu Penunggang Motor, Pilot Darat dan Pemandu Mabuk 07.01.2025 1:14:50
Bolehkah motosikal cilok di jalanraya? Kenapa asik motosikal yang kena di road block? Infrastruktur untuk motosikal selamat tak? Lando Zawawi kembali ke studio Tekan Habis untuk bantu Hezeri dan Thoriq kupas isu-isu yang membabitkan motosikal, walaupun kami mengambil risiko untuk dikecam Mat Motor! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senar...
EP15: Zaidi & Rosli Dari JV Autolube, Pakar Gearbox Malaysia! 31.12.2024 1:27:01
Tidak seperti dulu, kereta sekarang banyak datang dengan transmisi CVT automatik. Makin lama makin banyak jenis dan makin kompleks! Tekan Habis minggu ini membawakan pakar gearbox Malaysia daripada JV Autolube, kita korek rahsia sebab-sebab kenapa gearbox cepat jahanam & cara-cara nak membelai gearbox anda dengan betul supaya tahan lebih lama. Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify,...
Ep14: Wan Agyl Wan Hassan, Pakar Pengangkutan Awam dan bekas Pengurusan SPAD 24.12.2024 1:00:37
Topik sedang hangat. Bukan topik baru. Berzaman timbulkan kerisauan rakyat Malaysia. Maka ramai mula menyebut-nyebut nama SPAD. Episod ini kami jemput bekas-Pengurusan SPAD untuk sama-sama duduk bincang isu yang tak pernah selesai ini! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Tekan Habis Podcast dirakam di...
EP13: Pakar EV, Dr Ikram Rashid Dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 17.12.2024 1:24:03
Kami jemput Dr. Ikram Rashid, pakar EV dari UMPSA ke studio Tekan Habis kali untuk bongkar mitos, realiti, dan persoalan yang buat orang ragu-ragu tentang kereta elektrik. Dari isu keselamatan, caj bateri, sampai ke masa depan EV di Malaysia—ini jawapan jujur dari pakar EV. Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tek...
EP12: Afzan Hasan, Zan Auto Garage, Balakong - Pakar Mercedes-Benz! 11.12.2024 1:19:01
Kali ini Tekan Habis duduk bersama Afzan, pemilik Zan Auto Garage di Balakong. Bengkel beliau memang terkenal dengan pemilik-pemilik Mercedes-Benz dan Afzan bercerita tentang kos pemilikan dan model-model yang susah dijaga! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Tekan Habis Podcast dirakam di Impressions...
EP11: Dr Edwin Pang, Top Tire Review Kongsi Fakta Tentang Tayar 05.12.2024 1:10:34
Tayar hebat bukan sebab bunga semata. Episod kali ini kita bawa pakar tayar untuk kongsi tip-tip penting. Nak tahu tayar jenis apa yang bagus, sila tonton! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabis #BMW
EP10: Pemilik Workshop BMW Vixxx Customs, Junaidi Judin 26.11.2024 1:25:43
Orang main BMW lama kita pun nak main BMW lama. Memandangkan harga sedap, terus sambar tak fikir panjang. Sampai masa kena pegi bengkel mula la tuduh mekanik Yahu**. Episod kali ini kita bawa pakar BMW untuk kongsi tip-tip penting. Yang nak jadi player BMW sila tonton! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis....
EP09: Lando Kembali Atas Permintaan Ramai! 19.11.2024 1:19:02
Atas permintaan ramai, sekali lagi kami jemput YB kesayangan ramai untuk membincangkan pelbagai isu yang terselindung. Banyak kejutan, sila tonton! EP09: Lando Kembali Atas Permintaan Ramai! Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. #podcast #tekanhabis #jalanraya #lebuhraya
EP08: Konsultan Recon Berani Mati, Ahmad John TV 12.11.2024 1:20:04
Ahmad John, konsultan berani mati dedahkan bagaimana anda boleh ditipu bila beli kereta recon! Dari main harga, iklan palsu, adjust mileage dan macam-macam lagi. Disebabkan Ahmad John berani, kami pun berani keluarkan episod ini demi kepentingan dan nasib pembeli dan pengguna. Jangan tertipu lagi! Tonton di YouTube, dengar di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh...
EP07: Syammim Noori Arifin, Pakar Ride & Handling Negara! 05.11.2024 1:17:23
Team Tekan Habis jawab soalan-soalan dari anda semua dan belajar cara Syammim tentukan apa kereta yang sedap dibawa, dan mitos mitos yang kaki kereta percaya sangat! Tonton di YouTube, dengar di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my #podcast #tekanhabis #ride #handling #vehicledynamics #pakar
EP06: Datuk Ir Dr Zarulazam Eusofe, Pakar Lebuhraya Malaysia 29.10.2024 1:19:28
GUARD RAIL HIGHWAY DAH LAPUK? SMARTLANE TAK SMART? BOLEH KE BUAT LEBUHRAYA PERCUMA? Pelbagai isu berkaitan lebuhraya seperti guardrail yang masih lobos lori, laluan Smartlane yang memeningkan, MLFF yang objektif makin pudar dan boleh ke lebuhraya kita bebas tol? Bersama dengan pakar lebuhraya Datuk Ir Dr Zarulazam Eusofe membincangkan dan juga belajar isu-isu lebuhraya di dalam negara. Segmen Beri...
EP05: Bajet 2025: Fokus Automotif Mana? 22.10.2024 1:06:42
Apa habuan industri automotif dalam ucapan Bajet 2025 PMX? Apa jadi dengan insentif EV? Adakah akan diteruskan? Subsidi bahan api petrol, siapa yang layak? Cukup ke? Benarkah PMX ada menyebut solusi penyelesaian last mile? Team Tekan Habis bersama tetamu undangan, Hans Cheong, pengarang automotif Wapcar mengupas satu persatu bajet tersebut dari konteks automotif negara. Selain dari itu, dengar p...
EP04: Nak Jadi Wartawan Motoring? 15.10.2024 52:04
Kali ini kami tak ada tetamu, sebab kami nak terangkan kenapa kami buat podkas ini. Pada masa yang sama, kalau ada yang nak jadi wartawan pemotoran, dengar sampai habis dari Hezeri dan Thoriq! Segmen berita minggu ini: MINI Aceman EV & Cooper S 5 Pintu, Zeekr X & 009, Haval H6 HEV! Tonton di Youtube, dengarkan di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Podkas Tekan Habis diraka...
EP03: EV Bukan Sekadar Jual Kereta, Perlu Rancang Ekosistem! 08.10.2024 1:30:27
Hans Cheong, Ketua Kandungan Wapcar berbincang mengenai industri EV di Malaysia, melihat kepada keseluruhan ekosistem industri. Beliau menyentuh aspek penjanaan tenaga, peniaga tempatan, corak penggunaan kereta elektrik, dan banyak lagi! Tonton di Youtube, dengarkan di Spotify, Apple podcast dan platform kegemaran anda! Podkas Tekan Habis dirakam di Impressions Digital Content Center. #podcast #te...
EP02: Jalan Raya Malaysia: Sebab Kenapa Dia Teruk? 01.10.2024 1:06:09
Episod kedua Podkas Tekan Habis menampilkan tetamu jemputan Lando Zawawi, pelakon veteran dan aktivis keselamatan jalanraya, bagi berbincang isu hangat mengenai kualiti dan tahap penyelengaraan jalan raya di Malaysia yang langsung tidak memuaskan. Hezeri Samsuri dan Thoriq Azmi sama-sama mengumpil apa yang cetus kemarahan Lando! Podkas ini dirakam di Impressions Digital Content Center. #podcast #t...
EP01: ALIFF SCRUT: MENTERI TAK ADIL! 24.09.2024 1:05:55
Episod pertama Podkas Tekan Habis menampilkan tetamu jemputan Aliff Ahmad dari SCRUT yang menimbulkan beberapa isu pedas berkaitan pusat ujian kenderaan yang kini dibuka kepada semua, bukan lagi hanya Puspakom. Hezeri Samsuri dan Thoriq Azmi sama-sama mengumpil apa yang Aliff tak puas hati!
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.