Kawah Buku
Teh Tarik Podcast
This is a series of podcasts brought by Kawah Buku, an independent bookstore based at Bandar Baru Bangi, Malaysia. Borrowing the symbol and meaning represented by teh tarik, we would like to invite the public to listen to our special program of Teh Tarik Podcast which will feature an informal style of discussion, interview and chit-chatting on various topics and current issues as well as selected book reviews with our invited guest.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Kepala Yang Hilang di Gaza Berkata2 Kepada Si Penikam Belakang | 001 Pentas Redup 30.01.2025 12:49
Faisal Tehrani mendeklamasikan puisi baharunya berjudul 'Kepala Yang Hilang di Gaza Berkata2 Kepada Si Penikam Belakang', yang dikarang untuk mengisahkan darihal penderitaan Palestin dan jiwa-jiwa yag terkorban akibat kedurjanaan Israel dan sekutu.
Syarahan Guru Bangsa: Apa dan Kenapa? 01.11.2023 37:16
Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat yang sama. Ikuti temu bual Bersama Faisal Tehrani mengenai hala tuju dan tujuan utama penganjuran kulia...
Israel-Palestine, Bah. 3: Kegagalan Dunia Arab 09.10.2023 2:07:29
Dalam Siri Israel-Palestin (Bahagian II), kita telah mengungkapkan bagaimana idea Zionism digerakkan melalui kerja-buat yang tersusun menerusi strategi dalaman dan strategi luaran yang melibatkan penggunaan jaringan Zionist dengan sumber kuasa Imperialis pada waktu itu iaitu British. Dari dukungan kuasa imperialis British yang diperolehi menerusi pelbagai cara serta kelicikan dan kecekapan membaca...
Israel-Palestine, Bah. 2: Menjayakan Cita-cita Zionisme 09.10.2023 2:02:49
Dalam Bahagian I, yang meracik "Permasalahan Nasionalisme Irredentis", suatu pendekatan teoritis dan konsepsual dikutip melalui analisis sosiologi-sejarah telah dibincangkan buat memahami kelahiran sebuah idea yang menjadi dasar, asas dan sumber kekuatan kepada penjajahan Israel ke atas tanah air Palestin. Idea tanpa gerakan tidak akan menjadi kenyataan. Gerakan tanpa idea hanya akan mem...
Israel-Palestine, Bah. 1: Permasalahan Nasionalisme Iredentis 09.10.2023 1:38:17
Israel-Palestin adalah sebuah tragedi kemanusiaan yang tak terselesai sehingga ke hari ini. Israel sebagai sebuah entiti politik menjadi "negara" pada tahun 1948 dalam suatu proses sejarah yang panjang, berliku dan penuh darah. Korban kepada kelahiran Israel adalah Palestin. Diberikan hanya sekadar status "negara pemerhati bukan anggota" oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 201...
25 Tahun Reformasi; Titik Tengah yang Menemui Hujungnya? 29.09.2023 1:21:36
Gerakan Reformasi selalu terlihat sebagai sebuah gerakan yang beridentitikan kepada sosok Anwar Ibrahim. Namun ia sewajarnya tidak berhenti di situ sahaja. Gerakan Reformasi adalah sebuah titik penting perubahan dalam lanskap sosio-politik negara ini. Gerakan Reformasi bukan hanya sebuah gerakan politik namun telah menjadi pemangkin kepada pembentukan aktif tenaga-tenaga sosial baharu seperti orga...
Abdullah Munshi: Guru Bangsa atau Khadam Penjajah? 26.09.2023 1:20:07
Abdullah Munshi tidak ternafi adalah seorang sosok cendekiawan bangsa. Namun polemik seputarnya sentiasa ada. Terbaharu, Abdullah Munshi digelar sebagai khadam penjajah oleh seorang tokoh politik Malaysia. Persoalannya, apakah perspektif yang tepat untuk kita mengerti, siapakah Abdullah Munshi yang sebenarnya? Khadam penjajah atau guru bangsa? Dalam syarahan ini, Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani) m...
3. Syed Husin Ali dan karya 'Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat' 08.08.2023 45:55
Dalam episod ini, Azan Safar menemubual Syed Husin Ali, penyusun dan penulis buku baharu terbitan Pusat Sejarah Rakyat yang berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat . Menerusi buku ini, dihimpunkan 28 orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia meliputi segenap dimensi masyarakat, yang kebanyakan mereka adalah di luar kerangka sosok pejuang yang arus perdana.
Ilmu Mandiri (Bah. 2); bersama Syed Farid Alatas 22.06.2023 32:43
Ilmu Mandiri tidak tergagas untuk berhadapan satu-satunya eurosentrisme, tetapi juga melawan dan membebaskan segala bentuk orientasi kekuasaan yang memasung alam fikir masyarakat di negara jajahan. Selain teori, metodologi ilmu yang berteraskan kaedah ilmiah semata juga telah mengucilkan tradisi intelektual peribumi yang lebih luas. Pengiktirafan yang selalu ditagih dari Barat menambahkan krisis k...
Ilmu Mandiri (Bah. 1); bersama Syed Farid Alatas 22.06.2023 27:39
Eurosentrisme yang menggarisbawahi sistem pendidikan bekas negara jajahan memberikan dampak manipulatif dalam proses penghasilan ilmu di rantau ini. Eurosentrisme bukan sahaja telah 'mengetepikan' dan 'mendiamkan' gagasan keilmuan peribumi malah ia juga mengasingkan ahli cerdik pandai peribumi daripada tradisi intelektual mereka sendiri. Maka Ilmu Mandiri tampil sebagai sebuah gaga...
Ep. 1 – Cinta dan Kegelisahan, bersama Mohd. Rosli Ibrahim | Aku dan Buku 05.10.2022 1:00:16
"Buku adalah wasilah," ujar Abang Rosli Ibrahim, dan dia mula membibit dalam sedu, kisah si ayahnya membawa pulang buku yang dikutip dari tong sampah untuk anaknya membaca. "Apa sahaja yang kau lalui, harus ada cinta kepada pengetahuan," ujarnya lagi, dan untuk Abang Rosli, ayahnya adalah intelektual sejati. Sosok ayahnya, saban seusai menarik beca, akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli b...
Meracik Isu E6 – Analisa & Sorotan PRN Johor – Bahagian I 24.03.2022 59:45
#PRNJohor melabuhkan tirai, dengan Barisan Nasional kembali ke tampuk kuasa pemerintahan yang membawa bersamanya lebih 2/3 bilangan kerusi DUN. Dalam siri #MeracikIsu kali ini, Koi, Azizi, dan Azan bersama-sama membuat sorotan dan menganalisa fenomena politik negara, masa depan politik Melayu, keberantakan etnik dan undi, dan persoalan-persoalan seputarnya. Analisa yang diperikan melalui sudut pan...
#MenganyamNusa: Sebuah Sorotan | Kawah Buku x Institut Nyala 30.09.2021 51:00
Temasya #MenganyamNusa melabuh tirai dengan wawancara khas bersama Tun Dr. Mahathir pada 16 Sept. Untuk menutup, Azan Safar dan Teo Lee Ken, masing-masing mewakili Kawah Buku dan Institut Nyala—pekumpulan di belakang temasya ini, duduk bersama dan menyorot kembali keseluruhan temasya bermula dari perbincangan bersama kumpulan Orang Asli, seterusnya ingatan ratifikasi Perlembagaan Malaysia, dan ten...
#MenganyamNusa: Dari Dilema Melayu ke Bangsa Malaysia | Kawah Buku x Institut Nyala 30.09.2021 1:07:19
Sebahagian masyarakat Malaysia membenci Mahathir. Bagi mereka, Mahathir adalah punca segala yang salah dan silap pada Malaysia hari ini. Sebahagian lagi menyanjungi Mahathir. Bagi mereka, segala kemajuan infrastruktur, pembangunan dan kemodenan Malaysia pada hari ini adalah hasil buah tangan Mahathir. Sosok enigma yang tidak mudah untuk dikategorikan secara perduaan ( binary ). Hitam, putih, kelab...
#MenganyamNusa: Titik Temu Malaysia Terangkum | Kawah Buku x Institut Nyala 30.09.2021 1:48:51
Apakah pernyataan sikap yang sepatutnya kita ambil untuk meneruskan perjuangan meletakkan nama negara di persada antarabangsa ini? Apakah kita hanyalah mahu mengucapkan "merdeka, merdeka, merdeka" beberapa banyak kali sambil mengibarkan bendera Malaysia? Sepertimana kita melakukannya beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini? Sekadar mengulang sebelum-sebelum ini? Tanpa mengambil sikap meny...
#MenganyamNusa: Cita Malaysia dan OKU | Kawah Buku x Institut Nyala 30.09.2021 2:10:02
Kesedaran dan kepedulian masyarakat Malaysia dalam isu dan nasib OKU masih rendah. Kejadian terbaru di mana seorang atlet paralimpik Ukraine telah dikecam dengan dasyat oleh netizen Malaysia, termasuk hantaran-hantaran berupa penghinaan dan makian yang mempermainkan fizikal dan kecacatan atlet tersebut mencerminkan betapa runcingnya tahap pemikiran serta nilai masyarakat Malaysia dalam mendepani i...
#MenganyamNusa: Muzik, Lagu dan Identiti Kebangsaan | Kawah Buku x Institut Nyala 30.09.2021 2:40:31
Muzik dan lagu tidak hanya berfungsi sebagai hiburan semata-mata. Bermula mungkin sebagai suatu persembahan buat entiti metafizik yang dianggap sebagai maha kuasa samada dalam bentuk tuhan, dewa, makhluk ghaib atau semangat yang dipercayai oleh sesuatu komuniti itu, kini menerusi proses pemodenan masyarakat, muzik dan lagu juga telah menjadi sumber peluahan ekspresi diri individu, bahan komoditi p...
#MenganyamNusa: Ingatan Ratifikasi Perlembagaan Malaysia | Kawah Buku x Institut Nyala 29.09.2021 1:30:35
Perlembagaan merupakan undang-undang asas dan sumber tertinggi perundangan bagi sesebuah negara moden. Perlembagaan menyediakan corak kerajaan dan perincian kepada pengagihan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan had-had kerajaan ke atas yang ditadbir. Undang-undang asas ini yang ada dalam kebanyakan negara telah berkembang melalui proses sejarah yang panjang dan boleh dijejaki ke masa silam. P...
#MenganyamNusa: Orang Asli dalam Naratif Kemerdekaan | Kawah Buku x Institut Nyala 29.09.2021 2:12:13
Catatan sejarah merekodkan Orang Asli mempunyai kedudukan penting dalam unit politi keRAJAan Melayu sebelum kolonial menjarah Tanah Melayu. Peranan penting yang dimainkan dalam membekalkan sumber alam kepada orang Melayu untuk didagang menjadikan orang darat dan orang laut menjalin kerjasama yang istimewa bersama pembesar keRAJAan pada ketika itu. Pada suatu ketika juga, Orang Asli mempunyai kedud...
Ep29 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian IV | Menjadi Malaysia 21.05.2021 40:01
Siri #MenjadiMalaysia memasuki bahagian terakhir bersama Dr. Alinor dalam membincangkan kerajaan Champa, dengan perbincangan dimulakan pada topik mengapa kajian mengenai Champa mengundang risiko dari sudut politik antarabangsa. Hal ini dijelaskan oleh Dr. Alinor, akan sejarah gerakan pemberontakan dan kemerdekaan Champa dari negara Vietnam. Perkara ini telah mengundang kesukaran buat para pengkaji...
Ep28 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian III | Menjadi Malaysia 07.05.2021 35:29
Perbincangan siri #MenjadiMalaysia bersambung lagi, masih bersama dengan tetamu istimewa — Dr. Alinor — untuk memperincikan perbincangan tentang Champa. Mad Koy memulakan perbincangan dengan mempertanyakan darihal perkembangan terkini kajian dan penyelidikan Champa. Dr, Alinor mencerakinkan kepada dua hal iaitu apa yang kita tahu, dan apa yang kita boleh berbuat mengenainya. Memetik nama seorang p...
Ep27 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian II | Menjadi Malaysia 30.04.2021 33:11
Menyambung perbincangan dari minggu lepas dan siri #MenjadiMalaysia, Dr. Alinor bermula dengan perbincangan mengenai asal usul nama Champa berdasarkan kajian-kajian yang pernah dibuat oleh para pengkaji Champa, antaranya kerajaan tersebut bermula dengan nama Champa-Desa, dan Champa-Pura—nama-nama yang diberikan sendiri oleh orang Cam. Dr. Alinor turut menghuraikan teori nama Champa yang berasal da...
Ep26 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian I | Menjadi Malaysia 24.04.2021 19:42
Dalam episod minggu ini dan beberapa episod kehadapan, #MenjadiMalaysia mengundang tetamu khas iaitu Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir untuk membicarakan wacana Champa secara lebih mendalam dan memberi ulasan kepada sumber kajian Champa yang bersifat primer. Digandingkan dengan Mad Koy, Dr. Alinor memberi keterangan dari segi latar belakang penglibatannya dalam kajian Champa, bermula dengan suatu tu...
E11 - Mengingati Rustam Sani: Pergulatan Seorang Nasionalis Malaysia | Melawan Lupa 23.04.2021 2:04:41
Seorang sarjana, intelektual awam dan pemikir politik yang berada dalam kelasnya tersendiri, Rustam A. Sani telah pergi meninggalkan kita pada hari ini, 13 tahun yang lalu. Pemergiannya pada usia yang boleh dikira muda, mengejutkan ramai orang terutamanya mereka yang rapat mengikuti wacana sains sosial di Malaysia. Dari buah fikirnya, terhasil rencana, makalah serta buku yang membincangkan persoal...
E10 - Remembering James Puthucheary: A Conversation with Sharaad Kuttan | Melawan Lupa 23.04.2021 1:21:51
During his formative years at the University of Malaya (Singapore), James believed that "if the University is to play its important role in the development of the country it must become the advocate and guardian of the concept of the Malayan Nation and work for the achievement of this idea". But before university his youthful adventures took him into the Indian National Army—he fought at the Battl...
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.