Kawah Buku
Teh Tarik Podcast
This is a series of podcasts brought by Kawah Buku, an independent bookstore based at Bandar Baru Bangi, Malaysia. Borrowing the symbol and meaning represented by teh tarik, we would like to invite the public to listen to our special program of Teh Tarik Podcast which will feature an informal style of discussion, interview and chit-chatting on various topics and current issues as well as selected book reviews with our invited guest.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Ep25 - Sebelum Melaka: Mengapa Champa? | Menjadi Malaysia 16.04.2021 26:15
Siri #MenjadiMalaysia dalam episod minggu ini merungkai persoalan hubungkait antara Champa dan kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu, terutamanya Melaka menerusi catatan dalam teks Sulalatus Salatin dan juga kerajaan di Kelantan yang menghantar bantuan ketenteraan kepada Champa sewaktu perang melawan Viet. Mad Koy mengajukan bahawa unsur agama memainkan peranan penting dalam membentuk kesatuan dan...
Ep24 - Sebelum Melaka: Pemberontakan di Zaman Akhir Champa | Menjadi Malaysia 09.04.2021 32:56
Perbincangan dalam episod seterusnya siri #MenjadiMalaysia berkalih ke zaman-zaman akhir kerajaan purba Champa. Kosmologi dan pengaruh India turut mula terlerai sedikit demi sedikit dari kerajaan Champa, dan yang tersisa hanyalah pengamalan budayanya. Pada babad ini, telah berlakunya siri pemberontakan yang dianggap sebagai peristiwa penting untuk menuruti hubungan serantau Champa dan kerajaan-ker...
Ep23 - Sebelum Melaka: Titik Penting Champa dalam Era Indianisasi | Menjadi Malaysia 02.04.2021 29:15
Sepanjang Champa melalui proses Indianisasi, telah tercatatnya beberapa titik penting yang pada pandangan Mad Koy, wajar diketengahkan dalam usaha menuruti sejarah kerajaan purba tersebut. Demikianlah, dalam episod siri #MenjadiMalaysia kali ini dibentangkan. Dalam kurun ke-10, berlakunya beberapa siri pertembungan antara kerajaan Champa dan kerajaan Viet. Menurut Mad Koy, peristiwa-peristiwa ini...
Ep22 - Sebelum Melaka: Indianisasi Champa | Menjadi Malaysia 26.03.2021 24:50
Champa melalui tiga era utama, iaitu era sebelum proses indianisasi, sewaktu indianisasi, dan selepas indianisasi. Berikut adalah rangkuman yang cuba disampaikan oleh Mad Koy menerusi episod ini dalam siri #MenjadiMalaysia. Sejarah Champa ditandai dengan siri peperangan dengan kerajaan dalam dinasti Viet dan kerajaan Khmer, dengan Champa berada di tengah antara kedua-dua kerajaan tersebut. Ditamba...
Ep21 - Sebelum Melaka: Bentuk dan Rupa Champa | Menjadi Malaysia 19.03.2021 31:52
Siri #MenjadiMalaysia masih dalam perbincangan mengenai Champa, dengan pemfokusan diberi kepada bentuk-bentuk dan rupa kerajaan purba Champa dari segi sosial, ekonomi, dan politiknya. Mad Koy menghuraikan perihal bentuk geografi Champa yang berlatarkan Banjaran Annam (Annamite Range), yang berjajar dari Quảng Bình sehingga ke Phan Rang—dan keterkaitannya dengan faktor lenyapnya kerajaan Champa pad...
Ep20 - Sebelum Melaka: Champa dalam Catatan Cina dan Viet | Menjadi Malaysia 12.03.2021 31:44
Mad Koy menyambung perbincangan dalam siri #MenjadiMalaysia dengan menelusuri Champa dari urutan catatan Cina dan Viet, serta merungkai permasalahan-permasalahan pensejarahannya dari sumber sejarah tersebut. Antara masalah yang diajukan oleh Mad Koy dalam terkait dengan permasalahan ketepatan catatan Cina dan Viet terutamanya perihal nama pemerintah/raja yang wujud dalam catatan tersebut yang sali...
Ep19 - Sebelum Melaka: Sumber Pensejarahan Champa | Menjadi Malaysia 05.03.2021 29:14
Masih dalam perbincangan mengenai Champa dalam siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy menghuraikan Champa dari sumber binaan/monumen dan artefak arkeologi, dan juga prasasti. Dalam sumber binaan dan artefak arkeologi, ahli sejarah mempercayai bahawa telah berlakunya bertembungan antara kerajaan Champa, kerajaan Viet dan kerajaan Khmer, dan yang akhirnya menyebabkan Champa lenyap langsung—melainkan catatan...
Ep18 - Sebelum Melaka: Champa dalam Teks Klasik Melayu | Menjadi Malaysia 26.02.2021 27:46
Dari Chenla yang dibincangkan secara ringkas, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke Champa. Kerajaan purba ini menawarkan ruang wacana dan perbahasan yang lebih besar dan Mad Koy memilih pada episod kali ini untuk membentangkan rakaman tentang Champa yang terdapat dalam teks-teks klasik Melayu seperti Hikayat Aceh, Hikayat Banjar, Hikayat Hassanudin, Syair Sultan Nur Peri, dan Sulalat u's-Salatin. Men...
Ep17 - Sebelum Melaka: Dari Funan ke Chenla | Menjadi Malaysia 19.02.2021 21:33
Selepas Funan, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke perbincangan mengenai Chenla—sebuah kerajaan purba yang turut muncul dalam catatan China, dan diteorikan sebagai sebuah kerajaan penyambung kepada Funan. Malah menurut Mad Koy, ada juga penemuan baharu dari pengkaji iaitu Michael Vickery yang menunjukkan bahawa Funan dan Chenla sebenarnya wujud pada era yang sama dan saling terkait antara satu sama...
Ep16 - Sebelum Melaka: Menelusuri Selirat Pensejarahan Funan | Menjadi Malaysia 12.02.2021 19:47
Persoalan asas yang cuba dirungkai menerusi perbincangan minggu ini dalam siri #MenjadiMalaysia adalah siapakah Funan dan bagaimana sejarawan menanggapinya. Menurut Mad Koy, dalam menjawab persoalan ini dan teori-teori kemenjadian Funan oleh para sejarawan, menimbangkan perbincangan dari sejarah idea juga menjadi hal yang mustahak kerana ianya mampu memberi sisi pandangan yang lebih objektif, dan...
Ep15 - Sebelum Melaka: Asal-usul Funan dan Kemenjadiannya | Menjadi Malaysia 05.02.2021 19:33
Ketiadaan teks asal Funan,menyebabkan perbincangan-perbincangan mengenai peradaban Funan menjadi sukar dan belum lengkap. Antara pelopor awal wacana ini adalah sarjana-sarjana dari Perancis, yang mula mengangkat Funan sementelah penemuan Angkor Wat. Dalam episod 15 siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy menerokai jalur perbincangan yang wujud dalam wacana peradaban Funan, dengan premis bahawa Angkor Wat t...
Ep14 - Sebelum Melaka: Indologi dan Kerajaan Pemula | Menjadi Malaysia 29.01.2021 20:10
Episod 14 dalam siri #MenjadiMalaysia menyambung perbincangan tempoh masa sebelum Melaka, iaitu teori terbentuknya kerajaan pemula yakni Funan yang terhasil dari proses Indianisasi kerajaan tempatan.
Ep13 - Historiografi: Perkembangan Wacana Historiografi | Menjadi Malaysia 22.01.2021 22:31
Dalam episod terakhir untuk perbahasan mengenai historiografi dalam siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy melanjutkan perbincangan kepada perkembangan wacana historiografi termasuk cabang-cabang pengajian yang muncul dari sub-bidang ini. Episod ini turut menelusuri percanggahan manuskrip Sulalatus Salatin dari dua penyelenggara yang berbeza.
Ep12 - Historiografi: Mengungkapkan Kebenaran | Menjadi Malaysia 16.01.2021 21:20
Bersambung dari Episod 11 siri #MenjadiMalaysia , Mad Koy menghuraikan dengan lebih lanjut darihal 'kebenaran', yang mana menjadi salah satu objektif utama dalam kajian pensejarahan (historiografi). Wacana 'kebenaran' telah memunculkan kelompok dan cabang falsafahnya yang tersendiri iaitu empiricism, suatu cabang falsafah yang condong kepada kepercayaan bahawa 'kebenaran' hanya boleh diungkap dan...
Ep11 - Historiografi: Suatu Pengenalan | Menjadi Malaysia 08.01.2021 22:01
Membuka lembaran 2021 #MenjadiMalaysia, Mad Koy mengajak pendengar kepada suatu pengenalan untuk historiografi ( historiography ) atau pensejarahan—suatu sub-bidang dalam disiplin sejarah yang menumpukan kajian sejarah kepada sejarah. Dalam takrifan yang lebih khusus historiografi ialah suatu disiplin ilmu yang menumpukan penyelidikan (analisis dan juga kritik) terhadap penulisan-penulisan sejarah...
Ep10 - Edisi Tahun Baru 2021 | Menjadi Malaysia 01.01.2021 30:48
Selamat Tahun Baru 2021 buat semua pendengar setia siri #MenjadiMalaysia . Episod kali ini, dibawa khas sebagai sebuah penghargaan buat para pendengar—dari Mad Koy dan Azan Safar, mereka membacakan komentar-komentar dan kritikan yang diperoleh dari pendengar bermula dari EP1 sehingga episod terakhir yang menutup tirai 2020 pada minggu lepas. Terima kasih tak terhingga, buat semua teman-teman pende...
E6 - Mengingati A. Rahim Kajai: Bersama Tan Sri Johan Jaaffar dan Ku Seman Ku Hussain | Melawan Lupa 30.12.2020 1:01:31
A. Rahim Kajai — suatu nama yang sudah menjadi sebuah institusi dalam dunia kewartawanan Malaysia, dilawati semula juzuk kehidupan dan pemikirannya oleh dua orang tokoh besar dalam barisan kewartawanan Utusan Malaysia, iaitu Johan Jaaffar dan Ku Seman. A. Rahim Kajai pergi ketika usia yang sebegitu muda. Namun begitu, namanya abadi, fikiran dan ideanya terus diperbahaskan. Hari ini kita melawat se...
Ep9 - Sebelum Melaka: Entrepôt, Orang Asli, dan KeRAJAan | Menjadi Malaysia 25.12.2020 26:46
Melanjutkan pemerian mengenai faktor material, iaitu perdagangan dalam pembentukan keRAJAan-keRAJAan sebelum Melaka, Mad Koy mengajukan prinsip asas ekonomi iaitu permintaan dan penawaran yang wujud melahirkan perdagangan antara komuniti manusia di wilayah-wilayah penempatan yang berbeza. Mad Koy turut menghuraikan faktor lanskap geografi, cuaca, iklim, pergerakan angin, dan sistem ekologi serta s...
E5 - Mengingati 46 Tahun Demonstrasi Baling 1974 bersama Hishamuddin Rais | Melawan Lupa 20.12.2020 48:13
46 tahun berlalu, sebuah peristiwa yang begitu signifikan dalam lipatan sejarah negara. Kali ini kita membabadkan semula kisah sebuah kebangkitan gerakan mahasiswa, melawat kembali renta-renta sejarah, menyisir puing-puing yang bersisa, bersama Hishamuddin Rais—salah seorang sosok yang hidup dan berada pada kemuncak peristiwa tersebut. Ini rakaman sejarah, yang wajar diketengahkan, untuk tatapan g...
Ep8 - Sebelum Melaka: Idea dan Material Membentuk KeRAJAan | Menjadi Malaysia 18.12.2020 13:22
Apakah faktor tempatan yang menyebabkan tertubuhnya kerajaan-kerajaan Melayu sebelum Melaka—atau KeRAJAan, merupakan persoalan yang cuba dirungkai menerusi perbincangan dalam Episod 8. Seperti kebiasaan, berkesinambungan dari Episod 7, Mad Koy memulakan penghuraian konsep "mandala" yang membawa maksud bulatan—sebuah konsep yang meletakkan Raja sebagai pusat kuasa. Jangkauan kuasa oleh seseorang Ra...
Ep7 - Sebelum Melaka: Raja Mandala | Menjadi Malaysia 11.12.2020 13:56
Bersambung dari perbincangan dalam Episod 6, Mad Koy menghuraikan 'Raja' dalam bentuk sebuah konsep, yang bukan sekadar suatu sosok individu atau orang, tetapi merupakan sebuah idea yang terbina dari pertembungan dengan peradaban luar terutamanya idea-idea dari wilayah yang sekarang dikenali sebagai India. Pertembungan dan kemasukan idea luar ini bukanlah berbentuk sehala semata-mata tetapi turut...
Ep6 - Sebelum Melaka: Menjadi Raja | Menjadi Malaysia 04.12.2020 13:47
Bagaimana seorang raja menjadi RAJA, itu adalah persoalan yang cuba dirungkai menerusi perbincangan Mad Koy dan Azan sepanjang episod ini. Mad Koy mengutarakan beberapa andaian berdasarkan teori kepimpinan yang diajukan oleh Max Weber dan juga, pertembungan idea pembentukan sistem berkerajaan tempatan dengan idea-idea luar seperti peradaban India. Andaian ini bertitik tolak dari istilah 'raja' yan...
2. Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-Hak Liberal, dan Kenegaraan Malaysia | Ulas Buku 03.12.2020 27:01
Bersama Hazman Baharom, penterjemah karya Tamir Moustafa yang berjudul ' Constituting Religion: Islam, Liberal Rights, and the Malaysian State ' ke dalam Bahasa Melayu, dengan judul alih bahasanya ' Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-Hak Liberal, dan Kenegaraan Malaysia ', menghuraikan isi perbincangan karya tersebut, serta selitan pengalaman beliau sepanjang menyiapkan terjemahan sebuah karya perunda...
Ep5 - Sebelum Melaka: Tradisi Lisan, Monumen, dan Keharmonian Sejarah | Menjadi Malaysia 27.11.2020 13:49
Bersambung dari Episod 4 yang masih belum selesai perbincangannya, Mad Koy mengulas perihal tradisi dokumentasi yang berbentuk lisan (penceritaan mulut), berbanding tradisi dokumentasi berbentuk tulisan/teks dalam masyarakat sebelum Melaka. Kekurangan tradisi pendokumentasian dalam bentuk tulisan di zaman sebelum Melaka ditambah pula dengan hampir tiadanya monumen binaan sejarah dalam skala besar...
Ep4 - Sebelum Melaka: Pensejarahan yang Tak Terselesai | Menjadi Malaysia 20.11.2020 13:33
Dalam episod kali ini, Azan mengajukan persoalan kepada Mad Koy perihal permasalahan dalam pensejarahan Asia Tenggara, khususnya Malaysia. Kekurangan data dan rekod bertulis menjadi faktor utama kepada kesukaran untuk mendapatkan gambaran yang paling tepat mengenai sesuatu era sebelum Melaka. Mad Koy turut menyebut perihal Malaysia yang tidak mempunyai monumen tinggalan sejarah yang signifikan unt...
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.