Berita Harian
No Tapis
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Be sure to visit the podcast's website and support the creator: www.beritaharian.sg
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
OLG ‘tutup’, Dyn Norahim nak jadi ‘suara agama’? 15.11.2024 54:36
Setelah lima tahun menjadi salah satu daripada personaliti trio OKLETSGO, Dyn Norahim kini ‘berpaling arah’ dan menubuhkan rancangan vodcast baru, Our Next Guest. Dalam podcast ini, Dyn Norahim berkongsi harapannya untuk menjadi ‘suara agama’ menerusi jenama barunya, Soutudeen. Vodcast baru di bawah jenama Soutudeen ini akan memberi tumpuan kepada topik berkaitan agama yang dibincangkan bersama go...
Dari Kesulitan kepada Kekuatan: Kisah daya tahan 08.11.2024 43:45
Dalam podcast NoTapis kali ini, dua orang belia berkongsi kisah-kisah kuat tentang ketahanan menghadapi cabaran peribadi. Cik Aisha Shamsuddin, 24 tahun menceritakan perjalanan beliau dengan masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan dan kecemasan, sambil menjaga ibunya yang sedang berjuang melawan barah buah dada. Sementara itu, Encik Mohammad Shakir Mohd, 26 tahun mengimbas pengalaman beliau...
Hustle demi hasil: Kehidupan Sebenar Pekerja Gig 01.11.2024 44:45
Sejak empat tahun lalu, Encik Mohammad Shaffiee Abdullah tinggalkan pekerjaannya di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menjaga anak sulungnya yang mengalami autisme. Untuk terus menampung kos sara hidup keluarganya, beliau terpaksa ‘hustle demi hasil’. Dalam podcast NoTapis kali ini, kami membincangkan bagaimana undang-undang baru pekerja pl...
NoTapis: “Jojo Joget dah jadi Jojo Sakit”: Suhaimi Yusof kena strok? 25.10.2024 57:51
“Saya rasa seperti dalam gempa bumi pada masa itu!” Selepas diserang angin ahmar pada April 2024, pelawak, pelakon dan pengacara Suhaimi Yusof, kini mahu membantu meningkat kesedaran ramai berhubung penyakit itu. Dalam podcast NoTapis kali ini, Suhaimi berkongsi pengalamannya menempuh tempoh sukar tersebut. Perunding Kanan, Jabatan Neurologi Institut Neurosains Kebangsaan, Dr Pang Yee Hau turut be...
NoTapis: Selama 25 tahun hidup, saya tak ada sebarang kerakyatan. Sekarang baru ada harapan... 18.10.2024 39:20
Seumur hidupnya, beliau tidak pernah memiliki sebarang kewarganegaraan, meskipun telah menetap di Singapura sejak lahir. Namun, kini Encik Ricqo Rafiezuwan, 25 tahun, menerima berita bahawa ada harapan untuk beliau menjadi warga Singapura secara rasmi. Encik Ricqo merupakan antara 853 orang tanpa kewarganegaraan yang tinggal di Singapura pada 31 Dis 2023. Dalam episod podcast NoTapis kali ini, Enc...
NoTapis: Ye ke anak muda tak kisah tentang Bahasa Melayu kita? 11.10.2024 42:59
Sudah hampir empat dekad sejak Bulan Bahasa dimulakan dan pelbagai usaha dijalankan untuk terus menyemarakkan serta memupuk bahasa dan budaya kita dalam masyarakat. Tetapi sejauh mana keberkesanannya? Dalam episod ini, Pengerusi Bulan Bahasa Encik Zulkarnain Abdul Rahim bersama dua orang beliau, Encik Encik Muhammad Farish Jasni, pelajar Politeknik Republik dan Cik Putri Nish, pelajar Institut Pen...
NoTapis: Ibu hamil ambil dadah, bayi boleh jadi 'ketagih' lepas lahir? 04.10.2024 55:09
Setelah terjerumus dalam kanca dadah, Cik Anita Jangil tidak dapat hentikan ketagihannya meskipun semasa beliau hamil. Bila si ibu ambil dadah, apa yang jadi dengan anak-anaknya? Terutama sekali anak yang dalam kandungan? Dengarkan perkongsiannya dalam episod kali ini. Pengurus Kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Dianah Ja’afar pula berkongsi cara terbaik untuk wanita bekas pesala...
NoTapis: Projek naik taraf Geylang Serai: Kenapa tak cukup meriah ke sekarang? 27.09.2024 51:16
Adakah Geylang Serai mampu mengekalkan tarikannya untuk terus menjadi tempat istimewa bagi masyarakat Melayu dengan peredaran masa? Terutama sekali bagi golongan muda? Dalam podcast ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB) menjelaskan menyemarakkan lagi ka...
tBH: "Ustaz, saya alami tarikan sesama jenis..." 21.09.2024 1:00:19
"Ustaz, saya alami tarikan sesama jenis, apa harus saya lakukan?" Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Tarmizi Abdul Wahid, menjawab pertanyaan tersebut dalam episod tBH kali ini. Beliau turut menjelaskan panduan agama yang diterbitkan Pergas berjudul "Tarikan Sesama Jenis daripada Perspektif Islam" bersama seorang lagi tetamu, Ustazah Khairunnisaa Abdul R...
NoTapis: ‘Heavy metal’ berhijab, VOB asal pelajar nakal 20.09.2024 41:52
Ditubuhkan pada 2014, kumpulan Voice of Baceprot (VOB) asal Indonesia, dianggotai oleh tiga rakan sekolah menengah menemui jalan untuk menyalurkan tenaga dalam bidang muzik, khususnya dalam genre ‘heavy metal’. Dalam episod kali ini, anggota band VOB, Firda Marsya Kurnia, Euis Siti Aisyah, dan Widi Rahmawati berkongsi perjalanan mereka menjadi rockstar antarabangsa. See omnystudio.com/listener for...
Apakah 'Singapore Dream' bagi anak Melayu Singapura? 10.09.2024 1:13:29
Kejayaan bagi anda, adakah ia sama dengan apa yang dianggap masyarakat sebagai kejayaan atau apa yang anda sendiri anggap sebagai kejayaan? Dalam podcast NoTapis kali ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersama pemuzik Cik Nabillah Jalal dan atlet boling, Encik Nu’man membincangkan definisi k...
Ambil dadah sejak usia muda 05.09.2024 46:26
“Muda-muda lagi dah ambil dadah” Dalam episod No Tapis kali ini yang dihoskan pempengaruh Cik Pamela Lee Nur Shuhadah, Encik Muhammad Aqil Danish Helmi, Encik Danial Iskandar Azemani menceritakan pengalaman mereka terjebak dengan kancah dadah. Kaunselor Encik Shaikh Loqman pula berkongsi tips bagi ibu bapa cegah anak mereka dari terjebak. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Saya tak simpan makanan untuk diri sendiri! 30.08.2024 41:31
Sebagai ibu tunggal sebelum ini, Cik Marlina Mohamed Yased pernah terpaksa menggunakan sabun untuk mencuci ayam yang rosak dan berlendir kerana tidak ada makanan lain di rumah beliau dan anak-anaknya. Untuk memastikan tiada jirannya yang terpaksa melalui pengalaman yang sama, beliau memulakan inisiatif ‘community fridge’ di flatnya di Lengkok Bahru yang menawarkan makanan percuma untuk keluarga ya...
Sambung lagu NDP…mampu tak mampu 08.08.2024 45:37
Dalam episod khas sempena NDP, kami ajak influencer Pamela Lee Shuhada dan Sofia Arissa cuba sambung lagu NDP…mampu tak mampu? Episod kali ini juga membincangkan tentang keunikan kita sebagai warga Singapura dan juga apa yang kita cukup hargai tentang tanah air kita. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Boleh ke kenal tanda penyalahgunaan dadah? 02.08.2024 49:20
Macam mana ibu bapa nak kenal pasti tanda anak-anak mereka menyalahguna dadah? Dalam episod NoTapis kali ini, pekerja sosial daripada Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin, serta Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim, berbincang tentang tanda-tanda salah guna dadah dan cara untuk mempertingkat sokongan bagi belia. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Tahun meraikan Sukarelawan! 26.07.2024 29:38
Setiap orang mempunyai peranan untuk membina masyarakat yang prihatin dan inklusif. Antara mereka yang membantu untuk mengukuhkan kompak sosial adalah sukarelawan. Awal tahun ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah menetapkan 2024 sebagai Tahun Meraikan Sukarelawan. Dalam podcast NoTapis kali ini, sukarelawan Cik Nur Shahirah Abdullah dan Cik Sarinah Anang berkongsi dorongan m...
Membesarkan seorang atlet Olimpik 19.07.2024 40:27
Tirai temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik, akan dibuka di Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos. Kali ini, seramai 23 atlet daripada 11 sukan akan mewakili Singapura. Antaranya termasuk atlet lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah. Di sebalik kejayaan Kiria untuk layak bertanding di Sukan Olimpik, ada semangat dan sokongan berterusan keluarga tercinta. Dalam episod ini, bapanya, Encik Abdul Ra...
Dari Al-Azhar ke Berita Harian 12.07.2024 29:03
Dulu belajar usuluddin dan tafsir di Universiti Al-Azhar di Mesir, kini menyumbang sebagai wartawan. Dalam episod No Tapis kali ini, kami mewawancara wartawan terbaru Berita Harian, Encik Mohd Hazman Abd Aziz. Meskipun merancang menjadi asatizah sebelum ini, beliau berkongsi begaimana beliau kini berbakti kepada masyarakat dengan cara yang berlainan. See omnystudio.com/listener for privacy informa...
Belia terlalu liberal dengan dadah, apa ibu bapa boleh buat? 04.07.2024 48:28
Mudahnya nak dapatkan dadah melalui media sosial dan pemaparan gaya hidup sensasi pengedar dadah antara sebab bagi sifat liberal sesetengah belia terhadap dadah. Jadi, apa yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memastikan komunikasi terbuka dengan anak-anak dan mengenal pasti tanda awal anak-anak mereka sudah terjebak dengan dadah? Dalam podcast NoTapis kali ini, pakar ketagihan daripada Persatuan An...
Dari kecil dah jadi mangsa dadah 28.06.2024 37:54
Bila kita bincangkan tentang dadah, kita selalu cakap tentang penyalah guna dan bagaimana mereka terjejas akibat dadah. Namun, kita jarang dengar tentang apa yang dilalui ahli keluarga mereka yang menderita disebabkan mereka. Sempena Hari Dadah Sedunia pada 26 Jun, No Tapis bercakap dengan Encik Rizal Mustafa dan Cik Siti Rozianti Ahmad Ramlee yang menjadi mangsa apabila bapa mereka menyalah guna...
Berenang dengan sebelah tangan...boleh ke? 21.06.2024 43:22
Meskipun dilahirkan sebelah tangan tidak terbentuk sempurna, ini tidak menjadi hambatan bagi Moza Alyka Baihakki melakukan apa yang diimpikan, iaitu untuk berenang mewakili negara. Dalam episod No Tapis kali ini, Moza dan bapanya, bekas pemain bola sepak negara Baihakki Khaizan berkongsi perjalanan dan persiapan untuk mencapai sasaran menyertai Sukan Paralimpik 2026. See omnystudio.com/listener fo...
Bukan gila tapi ada penyakit jarang jumpa 14.06.2024 37:39
Bayangkan, anda tidak sihat dan pergi ke doktor untuk mendapatkan bantuan. Tetapi, semua ujian kesihatan anda tidak menunjukkan sebarang isu malah, doktor menuduh anda menipu tentang kesihatan anda. Ini yang berlaku kepada Encik Hazwady Nazran. Dalam episod No Tapis kali ini, Encik Hazwady, seorang pencipta lagu berkongsi pengalamannya mengalami penyakit autoimun yang jarang ditemui, anti-NMDA Enc...
Ibu bapa tak tahu jaga anak? 07.06.2024 34:12
“Tahniah! Awak dah jadi seorang ibu/bapa sekarang!” Kata-kata ini menandakan mulanya perjalanan baru bagi setiap pasangan yang baru menimang cahaya mata. Namun, jelas perjalanan tersebut bukan mudah. Dalam podcast No Tapis kali ini, Pegawai Program KidSTART, Cik Halimah Ghazalie dan Cik Jazimah Haron berkongsi cabaran yang biasa dihadapi ibu bapa serta menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam...
Apabila pembantu rumah bercuti…. 31.05.2024 42:35
Lazimnya pembantu rumah di Singapura akan meluangkan hari cuti mereka dengan kegiatan riadah seperti berkelah atau bersiar-siar. Namun ada juga segelintir yang memanfaatkan masa itu untuk meningkatkan diri. Episod No Tapis kali ini menampilkan pembantu rumah, Sri Mulyani dan Fitri yang berwawasan dan berkongsi usaha mereka mempertingkat kemahiran melalui pelbagai kursus supaya dapat menikmati kehi...
Cheekies ingin berkembang jadi jenama antarabangsa? 24.05.2024 31:13
Mula sebagai perniagaan untuk bantu keluarga, pengasas Cheekies, Encik Nabill Shukry Johari, kini ingin kembangkan perniagaan ke Indonesia. Dalam podcast No Tapis kali ini, Encik Nabill berkongsi perjalanannya sebagai anak muda yang mengendali perniagaan sepenuh masa, bekerja sepenuh masa dan belajar sebagai pelajar sambilan. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.