Berita Harian

No Tapis

Arts MS ↓ 541 episodes

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Author

Berita Harian

Category

Arts

Podcast website

www.beritaharian.sg

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah? 10.07.2026

Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi? Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan...

Episod 472 NoTapis - Rahsia di sebalik pertahanan S’pura: Bukan jet canggih, bukan pangkat tinggi tapi… 01.07.2026

Teknologi canggih boleh dibeli, tetapi semangat dan kesiapsiagaan untuk mempertahan Singapura tidak boleh dijual beli.  Apabila bercakap soal pertahanan negara, biasanya orang akan fikir tentang jet pejuang, kapal selam mahupun teknologi yang canggih. Namun, adakah semua itu mencukupi untuk menjamin keselamatan sebuah negara sekecil Singapura? Dalam episod podcast No Tapis sempena Hari Angkat...

Episod 471 NoTapis - Anak terlebih 'screen time': Salah ibu bapa? 26.06.2026

"Bagi gajet sebab nak anak diam..." Pernah tak anda buat macam ini? Ramai ibu bapa terperangkap dalam tabiat ini tanpa menyedari kesan jangka panjangnya. Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan 'content creator' The Perfect Duo SG (Amirul Afif & Sri Nur Rafiqah) berkongsi detik cemas apabila anak-anak mereka mula tiru bahasa dan tingkah laku negatif daripada kandungan dalam talian. Turut bersa...

Episod 470 NoTapis - Tak pernah ada anak, tiba-tiba jadi ayah “instant”? 19.06.2026

Apa yang menjadikan seseorang itu seorang ayah? Adakah ia pertalian darah atau kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari? Dalam episod NoTapis khas sempena Hari Bapa ini, Encik Idid Hazalee Hamid berkongsi bagaimana beliau menjadi ayah “instant" kepada tiga anak lelaki remaja selepas berkahwin dengan isterinya, Cik Norlindah Mohd Ali Marekan. Daripada pertemuan pertama yang penuh debaran seh...

Episod 469 NoTapis - “Orang yang saya tak kenal selamatkan nyawa saya…” 15.06.2026

Pada usia sembilan tahun, Falisha Zafilin disahkan menghidap penyakit kronik, Primary Sclerosing Cholangitis (PSC), sejenis penyakit hati kronik yang jarang berlaku dan tidak diketahui puncanya dan perlu menjalani pelbagai rawatan termasuk transfusi darah dan pemindahan hati. Dalam episod NoTapis kali ini, Falisha berkongsi perjalanan hidupnya — daripada zaman kanak-kanak yang banyak dihabis...

Episod 468 NoTapis - “Nak ada anak, atau tak…” 05.06.2026

***Amaran kandungan sensitif***: Podcast ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan dan tekanan emosi. Pendengar dinasihatkan untuk dengar dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan. Mempunyai anak sering dianggap langkah semula jadi selepas berkahwin, tetapi bagaimana ji...

Episod 467 NoTapis - Kalau si pembuli ‘bangga’ lepas didenda, masih berkesan ke hukuman? 29.05.2026

Dalam episod NoTapis kali ini, kita membongkar realiti sebenar kes buli di sekolah serta perbahasan  di sebalik rangka kerja disiplin baharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang bakal dilaksanakan pada 2027. Kita menjemput Encik Muhammad Aizzuddin Maulud, seorang bapa yang berkongsi detik luluh hatinya apabila mendapati anaknya yang sebelum ini ceria, tiba-tiba berubah menjadi murung dan enggan...

Episod 466 NoTapis - Diburu ‘ah long’, diisytihar ‘bankrupt’...bekas penghutang buka cerita 22.05.2026

Detik cemas disimbah cat di rumah, gangguan panggilan telefon tanpa henti, serta pelbagai surat mahkamah sehingga barang disita - jadi realiti yang terpaksa dihadapi apabila bebanan hutang tak lagi mampu ditanggung. Bekas penghutang, Siti Masturah Ramlan dan Kak Sim (bukan nama sebenar), kongsi pengalaman mereka melalui krisis kewangan sehinggalah berjaya bangkit semula bina kehidupan hasil bimbin...

Episod 465 NoTapis - Cabaran ibadah haji yang ramai tak tahu…seperti sukan ekstrem? 15.05.2026

Adakah anda benar-benar bersedia menyahut seruan ilahi ke Tanah Suci? Apa tips persediaan haji secara fizikal?   Kali ini, penerbit Cik Natasha Mustafa membongkar satu topik yang sering dipandang remeh oleh bakal jemaah: Persediaan fFizikal. Kita selalu sibuk kursus haji dan hantar barang, tapi adakah jantung dan kaki kita cukup kuat untuk berjalan berbatu-batu di bawah terik matahari le...

Episod 464 NoTapis - Kisah Hari Ibu: Bila anak yang pergi dulu... 08.05.2026

Gelaran ‘ibu’ dianggap sebagai anugerah, namun ia datang dengan ujian air mata, kesabaran dan cabaran penantian tersendiri. Dalam episod khas Hari Ibu ini, NoTapis membawakan dua kisah yang sangat berbeza… tetapi kedua-duanya dipenuhi kasih sayang, pengorbanan dan kehilangan. Cik Nur Wahida Azman telah menanti hampir 10 tahun untuk bergelar ibu. Selepas pelbagai tekanan, rawatan...

Episod 463 NoTapis - ‘Job hopping’ vs ‘job hugging’: Siapa lagi selamat? 01.05.2026

Dalam dunia pekerjaan  hari ini, satu persoalan sering timbul - nak ‘job hop’ ke nak ‘job hug’? Nak ‘setia’ dengan yang satu atau nak ‘lompat’ kerja?  Dalam episod NoTapis kali ini, kita berbincang bersama Encik Mohd Adam Mohd Basor, Penolong Pengarah, Orang & Organisasi di *SCAPE Co., Ltd. dan Cik Nur Khairah Abdul Rahim, seorang &ldqu...

Episode 462 NoTapis - Dah la sejuk -35°C, tandas pun tak ada... Gadis S'pura ini nekad bertahan 5 hari di Artik! 24.04.2026

Apa jadi bila seorang pekerja sosial dari Singapura, negara tropika, dihantar ke Artik dalam suhu -35°C? Dalam episod NoTapis ini, penerbit podcast Cik Natasha Mustafa dan wartawan BH, Cik Nur Syuhrah Hassan berbual dengan Cik Atikah Syarah Ismail, salah seorang daripada 20 peserta dunia untuk ekspedisi Fjällräven Polar 2026. Dari mengawal anjing sled sejauh 300KM, hampir nak give up...

Episod 461 NoTapis - Minat vs cari makan: Wajah baru Taman Warisan Melayu dan…seniman di Singapura boleh cari makan ke? 17.04.2026

Hos NoTapis Natasha Mustafa ‘keluar sekejap’ dari studio untuk tukar angin kali ini.  Dalam episod ini, kami bincangkan tentang seniman kita di Singapura, boleh cari makan ke?    Adakah kerjaya sebagai seniman ini  masih dianggap “bukan kerja betul” atau sebenarnya masyarakat yang masih belum faham realiti di sebalik dunia seni?   Kami tampilkan art...

Episod 460 NoTapis - Seni Warisan Melayu dah tak relevan? 03.04.2026

Warisan Melayu sering dianggap sesuatu yang perlu dipelihara, tapi adakah ia masih relevan?  Dalam episod NoTapis kali ini, dua anak muda, Syafiqah ‘Adha Sallehin dan Muhammad Ilyia Kamsani, penggiat budaya yang aktif memperjuangkan seni warisan seperti dikir barat dan muzik tradisional Melayu. Mereka berkongsi bagaimana warisan sebenarnya masih ‘hidup’  dalam kehidupan...

Episod 459 NoTapis - Raya: Kids edition…bila kanak-kanak cakap pasal raya 20.03.2026

Apa sebenarnya makna Hari Raya… kalau kita lihat dari POV kanak-kanak? Dalam episod khas NoTapis ini, kami duduk bersama empat ‘bos’ kecil - yang berusia antara 5-7 tahun - untuk mendengar kisah mereka tentang Raya — daripada impian nak pergi bercuti guna duit raya, lagu raya kegemaran, sehinggalah “drama” pagi raya di rumah. Jawapan mereka mungkin ‘simpl...

Episod 458 NoTapis - Dekat masjid pun ada drama? 13.03.2026

Bulan Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Tetapi bagi sesetengah orang, pengalaman di masjid kadangkala kurang menyenangkan. Dalam episod NoTapis ini, Cik Atiqah Zulkifli (yang lebih dikenali sebagai automatiqhigh di media sosial) dan Ustazah Maria Mohammad Siddique dari Masjid Assyakirin tentang realiti di dewan masjid, terutama sekali waktu...

Episod 457 NoTapis - Bayar zakat setiap tahun, tapi ke mana duit zakat kita pergi sebenarnya? 06.03.2026

Selama ini beliau hanya tahu membayar zakat. Tak pernah terlintas satu hari nanti, beliau sendiri yang menerima bantuan zakat. Ramai yang fikir zakat hanya untuk ‘fakir miskin’ … tapi hakikatnya kriteria kelayakan pun dah diubah dan lebih ramai yang memerlukan boleh dapat bantuan.  Apabila anak bongsunya mengalami spina bifida – keadaan tulang belakang yang tidak terb...

Episod 456 NoTapis - Berhenti rokok masa Ramadan: Kisah bekas perokok dan tip dari pakar QuitLine 27.02.2026

Ramadan tempoh muhasabah dan perubahan diri. Tetapi bagi perokok, cabaran sebenar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga - tetapi melawan keinginan merokok lepas berbuka. Dalam episod NoTapis kali ini, kami tampilkan Encik Muchtar Abdul Karim, yang berjaya berhenti merokok selepas 15 tahun, serta kaunselor QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Cik Siti Zuliana Nandir. Encik Muchtar berkong...

Episod 455 NoTapis - Bazar Ramadan: Sebelah-sebelah jual benda sama… Nak senyum ke nak gaduh? 20.02.2026

Gerai sebelah jual benda sama… nak gaduh atau nak collab? 👀 Dalam episod khas Ramadan ini, NoTapis menemubual tiga vendor yang turun padang untuk menawarkan makanan, minuman dan barangan kegemaran anda. Bersama pengasas bersama Golden Bao, Encik Nazareen Muslim, Pengasas bersama Balang. SG , Encik Syabil Marzuq Sulaiman dan Pengasas jenama Grey By Ortenhill, Encik Trisno Ishak kita bongkar...

Episod 454 NoTapis - Ilmu agama ‘fast food’ vs. kelas berstruktur: Belajar agama di era digital 18.12.2025

Ilmu agama ‘fast food’ berbanding kelas agama berstruktur- ada yang lebih baik ke nak belajar agama dalam era TikTok dan AI sekarang? Macam mana nak pastikan tak hilang adab dan sumber yang sahih? Bersama Natasha Mustafa, hos NoTapis, episod ini menampilkan perkongsian Cik Sutinah Sujaair dan Encik Amirul Aqmal, pelajar Diploma Pengajian Islam Cordova, serta Ustazah Zulaikha Ishak dari...

Episod 453 NoTapis - Demi impian Sukan SEA: Atlet imbangi kerjaya, sukan SEA 05.12.2025

Bagaimana rasanya jadi atlet negara sambil kerja sepenuh masa? Hos NoTapis pun salah seorang daripada atlet Sukan SEA tau!  Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Muhammad Hasbi Zainal, seorang pegawai Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan atlet sepak takraw serta Cik Noor Heeqmah Wahianuar, seorang peguam dan atlet jujitsu buka cerita sebenar. Mereka berkongsi pengorbanan, semangat, dan matlam...

Episod 452 NoTapis - ‘Lain, tapi tak kurang’: Individu ‘neurodivergent’ ingin difahami dan dihormati 28.11.2025

Kesihatan mental semakin terbuka dibualkan, tapi bagaimana pula dengan golongan ‘neurodivergent’? Apa yang membuat mereka lain dari orang lain? NoTapis kali ini tampilkan tiga individu yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai individu yang ‘lain, tapi tak kurang’.  Cik Nurazah Mazlan - Sindrom Hemiconvulsions-Hemiplegia-Epilepsi (HHE) Encik Muhammad Hakim Hamzah...

Episod 451 NoTapis :Mengapa tokoh Melayu masih penting bagi masyarakat dalam era ‘influencer’? 21.11.2025

Siapakah tokoh masyarakat Melayu dan mengapa mereka masih penting? Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha Mustafa sembang bersama sahabat sastera Majlis Bahasa dan Sastera Melayu Singapura (MBMS), Cik Miranti Silasudjana serta Timbalan Pengarah dan Pustakawan Utama (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen tentang bagaimana tokoh masyarakat Melayu membentuk sejarah, nilai dan identiti kita serta us...

Episod 450 NoTapis: Pegerai kantin sekolah: Bukan jual makan saja, tapi tempat mengadu pelajar 14.11.2025

Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik. Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi pengalaman mereka berniaga di kantin sekolah. Mereka berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta salah...

Episod 449 NoTapis: ‘Confinement nanny’: Keperluan atau nak ikut trend? 07.11.2025

“Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?” “Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?”  Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang jaga?  Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Nurulshafiqa Sub...

Listen to the No Tapis podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.