Berita Harian
No Tapis
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Be sure to visit the podcast's website and support the creator: www.beritaharian.sg
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Episod 463 NoTapis - ‘Job hopping’ vs ‘job hugging’: Siapa lagi selamat? 01.05.2026 43:36
Dalam dunia pekerjaan hari ini, satu persoalan sering timbul - nak ‘job hop’ ke nak ‘job hug’? Nak ‘setia’ dengan yang satu atau nak ‘lompat’ kerja? Dalam episod NoTapis kali ini, kita berbincang bersama Encik Mohd Adam Mohd Basor, Penolong Pengarah, Orang & Organisasi di *SCAPE Co., Ltd. dan Cik Nur Khairah Abdul Rahim, seorang &ldqu...
Episode 462 NoTapis - Dah la sejuk -35°C, tandas pun tak ada... Gadis S'pura ini nekad bertahan 5 hari di Artik! 24.04.2026 46:38
Apa jadi bila seorang pekerja sosial dari Singapura, negara tropika, dihantar ke Artik dalam suhu -35°C? Dalam episod NoTapis ini, penerbit podcast Cik Natasha Mustafa dan wartawan BH, Cik Nur Syuhrah Hassan berbual dengan Cik Atikah Syarah Ismail, salah seorang daripada 20 peserta dunia untuk ekspedisi Fjällräven Polar 2026. Dari mengawal anjing sled sejauh 300KM, hampir nak give up...
Episod 461 NoTapis - Minat vs cari makan: Wajah baru Taman Warisan Melayu dan…seniman di Singapura boleh cari makan ke? 17.04.2026 44:35
Hos NoTapis Natasha Mustafa ‘keluar sekejap’ dari studio untuk tukar angin kali ini. Dalam episod ini, kami bincangkan tentang seniman kita di Singapura, boleh cari makan ke? Adakah kerjaya sebagai seniman ini masih dianggap “bukan kerja betul” atau sebenarnya masyarakat yang masih belum faham realiti di sebalik dunia seni? Kami tampilkan art...
Episod 460 NoTapis - Seni Warisan Melayu dah tak relevan? 03.04.2026 47:24
Warisan Melayu sering dianggap sesuatu yang perlu dipelihara, tapi adakah ia masih relevan? Dalam episod NoTapis kali ini, dua anak muda, Syafiqah ‘Adha Sallehin dan Muhammad Ilyia Kamsani, penggiat budaya yang aktif memperjuangkan seni warisan seperti dikir barat dan muzik tradisional Melayu. Mereka berkongsi bagaimana warisan sebenarnya masih ‘hidup’ dalam kehidupan...
Episod 459 NoTapis - Raya: Kids edition…bila kanak-kanak cakap pasal raya 20.03.2026 27:17
Apa sebenarnya makna Hari Raya… kalau kita lihat dari POV kanak-kanak? Dalam episod khas NoTapis ini, kami duduk bersama empat ‘bos’ kecil - yang berusia antara 5-7 tahun - untuk mendengar kisah mereka tentang Raya — daripada impian nak pergi bercuti guna duit raya, lagu raya kegemaran, sehinggalah “drama” pagi raya di rumah. Jawapan mereka mungkin ‘simpl...
Episod 458 NoTapis - Dekat masjid pun ada drama? 13.03.2026 34:37
Bulan Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Tetapi bagi sesetengah orang, pengalaman di masjid kadangkala kurang menyenangkan. Dalam episod NoTapis ini, Cik Atiqah Zulkifli (yang lebih dikenali sebagai automatiqhigh di media sosial) dan Ustazah Maria Mohammad Siddique dari Masjid Assyakirin tentang realiti di dewan masjid, terutama sekali waktu...
Episod 457 NoTapis - Bayar zakat setiap tahun, tapi ke mana duit zakat kita pergi sebenarnya? 06.03.2026 36:02
Selama ini beliau hanya tahu membayar zakat. Tak pernah terlintas satu hari nanti, beliau sendiri yang menerima bantuan zakat. Ramai yang fikir zakat hanya untuk ‘fakir miskin’ … tapi hakikatnya kriteria kelayakan pun dah diubah dan lebih ramai yang memerlukan boleh dapat bantuan. Apabila anak bongsunya mengalami spina bifida – keadaan tulang belakang yang tidak terb...
Episod 456 NoTapis - Berhenti rokok masa Ramadan: Kisah bekas perokok dan tip dari pakar QuitLine 27.02.2026 40:36
Ramadan tempoh muhasabah dan perubahan diri. Tetapi bagi perokok, cabaran sebenar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga - tetapi melawan keinginan merokok lepas berbuka. Dalam episod NoTapis kali ini, kami tampilkan Encik Muchtar Abdul Karim, yang berjaya berhenti merokok selepas 15 tahun, serta kaunselor QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Cik Siti Zuliana Nandir. Encik Muchtar berkong...
Episod 455 NoTapis - Bazar Ramadan: Sebelah-sebelah jual benda sama… Nak senyum ke nak gaduh? 20.02.2026 42:12
Gerai sebelah jual benda sama… nak gaduh atau nak collab? 👀 Dalam episod khas Ramadan ini, NoTapis menemubual tiga vendor yang turun padang untuk menawarkan makanan, minuman dan barangan kegemaran anda. Bersama pengasas bersama Golden Bao, Encik Nazareen Muslim, Pengasas bersama Balang. SG , Encik Syabil Marzuq Sulaiman dan Pengasas jenama Grey By Ortenhill, Encik Trisno Ishak kita bongkar...
Episod 454 NoTapis - Ilmu agama ‘fast food’ vs. kelas berstruktur: Belajar agama di era digital 18.12.2025 43:27
Ilmu agama ‘fast food’ berbanding kelas agama berstruktur- ada yang lebih baik ke nak belajar agama dalam era TikTok dan AI sekarang? Macam mana nak pastikan tak hilang adab dan sumber yang sahih? Bersama Natasha Mustafa, hos NoTapis, episod ini menampilkan perkongsian Cik Sutinah Sujaair dan Encik Amirul Aqmal, pelajar Diploma Pengajian Islam Cordova, serta Ustazah Zulaikha Ishak dari...
Episod 453 NoTapis - Demi impian Sukan SEA: Atlet imbangi kerjaya, sukan SEA 05.12.2025 36:32
Bagaimana rasanya jadi atlet negara sambil kerja sepenuh masa? Hos NoTapis pun salah seorang daripada atlet Sukan SEA tau! Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Muhammad Hasbi Zainal, seorang pegawai Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan atlet sepak takraw serta Cik Noor Heeqmah Wahianuar, seorang peguam dan atlet jujitsu buka cerita sebenar. Mereka berkongsi pengorbanan, semangat, dan matlam...
Episod 452 NoTapis - ‘Lain, tapi tak kurang’: Individu ‘neurodivergent’ ingin difahami dan dihormati 28.11.2025 35:02
Kesihatan mental semakin terbuka dibualkan, tapi bagaimana pula dengan golongan ‘neurodivergent’? Apa yang membuat mereka lain dari orang lain? NoTapis kali ini tampilkan tiga individu yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai individu yang ‘lain, tapi tak kurang’. Cik Nurazah Mazlan - Sindrom Hemiconvulsions-Hemiplegia-Epilepsi (HHE) Encik Muhammad Hakim Hamzah...
Episod 451 NoTapis :Mengapa tokoh Melayu masih penting bagi masyarakat dalam era ‘influencer’? 21.11.2025 33:49
Siapakah tokoh masyarakat Melayu dan mengapa mereka masih penting? Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha Mustafa sembang bersama sahabat sastera Majlis Bahasa dan Sastera Melayu Singapura (MBMS), Cik Miranti Silasudjana serta Timbalan Pengarah dan Pustakawan Utama (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen tentang bagaimana tokoh masyarakat Melayu membentuk sejarah, nilai dan identiti kita serta us...
Episod 450 NoTapis: Pegerai kantin sekolah: Bukan jual makan saja, tapi tempat mengadu pelajar 14.11.2025 26:07
Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik. Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi pengalaman mereka berniaga di kantin sekolah. Mereka berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta salah...
Episod 449 NoTapis: ‘Confinement nanny’: Keperluan atau nak ikut trend? 07.11.2025 40:23
“Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?” “Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?” Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang jaga? Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Nurulshafiqa Sub...
Episod 448 NoTapis - Dilemma Perniagaan Warisan: Nak kekalkan tradisi, tapi tak ada pelapis? 31.10.2025 41:11
Apa yang buat perniagaan warisan begitu istimewa — dan mengapa penting untuk kita pertahankan? Dalam episod khas NoTapis ini, kita berbual bersama dua ikon Kampong Glam, Encik Hafeez Abdul Hamid daripada Halijah Travel, agensi Haji dan Umrah yang bermula sejak 1981, dan Encik Hasmi Zin & Puan Zubaidah daripada Rumah Makan Minang, restoran Padang yang menjadi legenda di Arab Street. Merek...
Episod 447 NoTapis: Saya malu nak cerita yang ayah saya seorang penagih… 24.10.2025 34:12
Bagi Siti (bukan nama sebenar), membesar dengan ayah yang dipenjara kerana dadah bukan perkara mudah. Beliau akui segan bercerita tentang ayahnya kepada teman-teman, takut akan pandangan orang lain. Bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) mengubah hidup beliau dan adik beradiknya, bukan hanya dari segi kewangan tapi juga dari segi sokongan moral dan mental. Dari bantuan kecil hingga...
Episod 446 NoTapis: Tinggalkan kerjaya stabil untuk buat pastri kerana… 17.10.2025 27:10
Bayangkan — baru bertunang, tunang disahkan leukemia. Enam bulan berulang-alik ke hospital, tapi di tengah dugaan itu, lahirlah impian baru. Daripada seorang guru kepada cef pastri, Cik Insyirah Abdullah kongsi kisah berani meninggalkan kerjaya stabil demi kejar minat dan membina semula hidup dengan semangat.‎ See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 445 NoTapis: “Saya didera sejak berusia 9 tahun…sampailah saya 14 tahun” 10.10.2025 41:12
****Amaran kandungan sensitif: Video ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan seksual dan tekanan emosi. Penonton dinasihatkan untuk menonton dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan. Beliau didera secara seksual oleh bapa tirinya sejak berusia 9 tahun hingga lah usia...
Episod 444 NoTapis: “Saya tak dapat melihat dunia, tapi saya mahu dunia lihat saya” 03.10.2025 25:13
Bila beliau nyanyi, Simon Cowell - dari America’s Got Talent - berdiri dan terus ke pentas dan beritahu beliau “you are one of the best singers that we ever had on this show”. Hari ini, penyanyi Indonesia, Putri Ariani sudah mencipta sejarah dan menjadi salah seorang penyanyi terkenal di dunia. Kini, remaja 19 tahun itu bersedia memenuhi impiannya yang lain — beraksi di pen...
Captain Fantastic: Di Sebalik Legenda Hariss Harun 26.09.2025 37:22
Bayangkan umur 16 tahun sudah kena tanya: “Ready main untuk negara?” Dia bukan saja kapten pasukan Singa, tapi Captain Fantastic untuk semua…sehinggakan TMJ lantiknya kapten JDT! Kini Hariss Harun ‘luaskan kuasanya’ dengan berjinak-jinak sebagai pentadbir bola sepak SG! Ikuti Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein sembang bersama Hariss dalam episod ketuju...
Episod 443 NoTapis: Dulu mangsa buli, sekarang pengasas NGO tempatan 26.09.2025 41:29
Pernah dibuli, tinggal di rumah perlindungan dan bergelut dengan kemurungan—hari ini Muhamad Imran Mean, Pengasas, IM Volunteer Network SG mempunyai lebih 400 relawan di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Dari agih buah ketika COVID-19 hingga melatih belia melalui bisnes dim sum halal, Imran membina ekosistem “Run by youth, for youth”. Dengarkan bagaimana trauma berubah menjadi t...
28 tahun berbakti di Muis: Antara kepuasan & cabaran mantan Timbalan Mufti 23.09.2025 17:42
Selepas hampir tiga dekad berbakti di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan memainkan pelbagai peranan, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, 59 tahun, melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Mufti pada 31 Julai 2025. Dalam episod podcast BHerbual kali ini, beliau ceritakan antara kenangannya di Muis termasuk pencapaian, cabaran dan harapannya bagi masyarakat Islam Singapura. See omnystudio.com/lis...
"Wanita main bola, orang tak pandang?” Hakikatnya ramai bakat hebat sedang beraksi di padang! 20.09.2025 25:10
Skuad wanita LCS tekankan – tanpa sokongan peminat, liputan media & penaja, bola sepak wanita Singapura susah nak melangkah jauh. Jom beri mereka ‘spotlight’ See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 442 NoTapis: Ada flat HDB? Jangan terus jual! Ini ‘hack’ bersara dengan tenang 18.09.2025 23:10
Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua? Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim Beli Pajakan Balik (LBS) boleh membantu warga emas menambah pendapatan persaraan untuk hari tua nanti. Da...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.