Berita Harian
No Tapis
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Be sure to visit the podcast's website and support the creator: www.beritaharian.sg
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Semua benda mahal di Spura? Persepsi atau realiti? 03.04.2025 23:48
Harga mi rebus naik, barangan rumah pun semakin mahal…nak bersara pun macam susah! Kos sara hidup merupakan antara isu yang utama jelang GE2025. Ini selain keprihatinan lain seperti ‘persaingan’ dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan. Bersama aktivis masyarakat Encik Fazlur Rahman Kamsani dan Encik Mohd Imran Taib, kami bincangkan sentimen sebenar warga Singapura d...
Sepedas-pedas sajian Raya, pedas lagi soalan mak cik! 28.03.2025 45:19
Kuih dah habis, rendang pun padu, tapi yang buat berpeluh... soalan-soalan ‘pedas’ dari mak cik dan pakcik terutama sekali….’Bila nak kahwin’? Dalam episod No Tapis edisi Raya ini, kami bincangkan tentang realiti Hari Raya - daripada soalan peribadi yang sensitif hingga ke adab ziarah rumah orang. Semua dijelaskan dalam episod ini! ✨Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan...
Dah tak payah ‘stres’ kalau ada ramai anak sekarang? 27.03.2025 45:39
Apa sebenarnya yang menghalang pasangan muda di Singapura daripada menimang lebih ramai cahaya mata? Kos sara hidup, kerjaya, masa atau faktor lain? Dalam episod NoTapis ini, kami membincangkannya dengan Menteri Indranee Rajah serta dua pasangan dengan latar belakang yang sangat berbeza: satu dengan lapan orang anak, dan satu lagi yang sedang berjuang melalui perjalanan IVF. Mereka kupas realiti s...
“Wanita tak boleh puasa, kena lah masak!” 21.03.2025 42:10
Ramai wanita rasa serba salah ketika haid di bulan Ramadan—nak kena sembunyi bila makan? Pahala berkurangan pasal tak boleh puasa? Tak boleh puasa kena masakkan juadah berbuka ke? Dalam episod ini, Ustazah Liyana Musfirah menyentuh tentang realiti haid di bulan Ramadan. Dari adab makan di hadapan orang berpuasa hingga cara wanita boleh terus mengumpul pahala tanpa solat dan puasa...
Dari Jummaida jadi ‘June’, dengan ‘darah kacukan’? 19.03.2025 1:02:34
😲 Siapa sangka nama boleh mengubah segalanya? Dari satu panggilan telefon yang penuh tanda tanya, akhirnya terbongkar rahsia di sebalik nama "June Rusdon"! Apa kesan keputusan ini? Dalam podcast NoTapis ini, Cik Jummaida Rusdon, lebih dikenali sebagai June berkongsi bagaimana beliau menceburi sektor pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1989 dan bertahan selama 35 tahun. Baru-baru in...
Anak 3 tahun, ibu bapa paksa puasa penuh? 14.03.2025 48:30
“Anak saya umur 3 tahun dah puasa!" Tapi, wajib ke untuk anak-anak kecil berpuasa? Dalam episod ini, ibu lapan orang anak, Cik Sharifah Fashiha Syed Ali, berkongsi bagaimana beliau menggalakkan anak-anak kecilnya untuk berpuasa secara bertahap. Ustazah Nadia Hanim, juga turut menjelaskan bagaimana ibu bapa dapat membimbing anak-anak mencintai Ramadan tanpa membebankan mereka. See omnys...
Selamat datang ke Madrasah Iman 07.03.2025 40:43
Selalunya pada permulaan Ramadan ramai yang bersemangat menunaikan ibadah, luangkan masa bersama keluarga dan juga mengejarkan pahala. Semangat yang membara itu kadangkala tidak sampai akhir Ramadan. Dalam episod kali ini NoTapis bersama pemilik syarikat pelancongan KembaraUstaz.sg, Ustaz Fizar Zainal, beliau membincangkan perjalanan rohani sepanjang bulan Ramadan. Dari mengatasi gangguan dan meng...
Kariah: Tak luput dek zaman 05.03.2025 42:27
Kariah di Singapura kini semakin hidup dan bersemangat! Dalam episod NoTapis kali ini, Pengerusi Qaryah 21, Encik Encik Muhammad Basyar Mohd Yusoff dan Pengerusi Tampines Greenweavers, Encik Muhammad Hydil Jamil berkongsi bagaimana mereka membina ikatan yang kuat dan hidupkan suasana meriah sempena Ramadan di kawasan masing-masing 💪🌟 See omnystudio.com/listener for privacy informatio...
Belanjawan 2025: Rumah, Keluarga & Masa Depan—Cukup Ke? 28.02.2025 56:32
Pilihan rumah semakin kurang, anak muda tidak ingin ada anak, dan kemahiran pun sama saja. Apakah penyelesaian dalam Belanjawan 2025? Dalam episod NoTapis kali ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman berkongsi bagaimana Belanjawan 2025 dapat membantu semua lapisan masyarakat tahun ini dan kupas isu-isu panas yang rakyat peduli. See omnystudio.com/listener for privacy infor...
BHerbual NoTapis: ‘Lifelong learning’ boleh ubah nasib? 21.02.2025 24:22
Bagaimana program SkillsFuture membuka pintu peluang untuk warga Singapura? Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ini, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahaya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan bincangkan bagaimana meningkatkan kemahiran dapat menjadi kunci kejayaan bagi...
BHerbual NoTapis: Cukup insentif untuk "baby boom" dalam Belanjawan 2025? 21.02.2025 12:24
Dengan lebih banyak sokongan yang akan diberikan kepada keluarga besar, adakah Belanjawan 2025 cukup meyakinkan pasangan muda untuk tambah zuriat? Atau masih banyak halangan seperti kos hidup dan penjagaan anak? Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ini, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahaya...
BHerbual NoTapis: ‘Sandwiched class’ tak cukup bantuan dalam Belanjawan 2025? 20.02.2025 17:55
💬 Adakah sokongan untuk golongan middle-income atau "sandwich class" cukup? Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ni, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin kupas cabaran dalam menyara keluarga dan menjaga ibu bapa yang semakin tua bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan.&nbs...
Kerjaya “ke laut” kerana Google 14.02.2025 35:23
🌊🤿 Dari langit ke dasar laut! Dalam episod ini, Cik Amirah Mokhlis, penyelam komersial wanita kedua di Singapura, berkongsi perjalanan luar biasa meninggalkan industri penerbangan untuk memasuki dunia selaman yang penuh cabaran. Ketahui realiti sebenar pekerjaan yang didominasi lelaki ini – dari menempuh ujian mental dan fizikal hingga pengalaman hampir kehilangan oksigen di dasar laut. Pe...
‘Wrestler’ wanita…berhijab lagi? Penerbit video jadi ‘lanun’ gusti di malam hari 07.02.2025 32:25
Pada siang hari, Cik Maisarah Abu Samah, menyunting video dan menghasilkan kandungan. Pada malam hari pula beliau yang lebih dikenali sebagai Sarah, menjadi ‘lanun’ ganas yang ingin ‘mengakhiri nyawa’ lawan di gelanggang. Dalam podcast NoTapis ini, ‘The Captain’ membincangkan cabaran dan kejayaan beliau dalam dunia gusti, serta bagaimana beliau memberi insp...
Mualaf masih boleh sambut Tahun Baru Cina? 31.01.2025 29:19
Tahun Baru Cina memang dikaitkan dengan macam-macam kepercayaan, ‘pantang larang’ dan tradisi. Tapi selepas memeluk Islam, bagaimana golongan mualaf nak sambut dengan anggota keluarga lain yang bukan Islam? Apa cabarannya? Dua individu mualaf, Cik Sharmin Low dan Encik Shane Ehsan Hew kongsi pengalaman mereka. See omnystudio.com/listener for privacy information.
“Orang tak tau, tapi saya seorang yang romantik” kata Dr Maliki 24.01.2025 45:49
Dari seorang pelajar ‘average’ sampai jadi menteri. Apa ‘origin story’ Dr Maliki? Dalam episod NoTapis kali ini Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman berkongsi kisah hidupnya secara ‘up close and personal’. Beliau berkongsi kisah hubungan beliau dengan isteri, pengorbanan mere...
Merungkai persepsi di sebalik pekerjaan sebagai seorang penjaja 17.01.2025 46:31
Betul ke kerja sebagai penjaja gerai makan ni tak ada masa depan? Dalam episod NoTapis kali ini dua penjaja Melayu, Pemilik gerai Izah Rahman Corner, Encik Affandi Rahman dan Pengurus Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Farhan Hamzah, buktikan sebaliknya! Dari menggunakan teknologi canggih hingga merombak persepsi masyarakat, mereka berkongsi rahsia bagaimana mereka mengubah industri makanan Si...
Mangsa ‘abuse’ dedahkan semuanya… 10.01.2025 50:36
“Ayah saya kaki pukul.” Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung pertama anak-anak mereka, orang yang pertama anak-anak cari untuk dapatkan kasih sayang dan sokongan. Malangnya, bagi sesetengah individu, realitinya jauh berbeza. Demikian kehidupan Cik Siti (bukan nama sebenar). Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Siti menceritakan pengalaman beliau dan keluarganya yang terperangkap d...
Dulu 4XL sekarang XS.... Azam tahun baru dah tercapai! 03.01.2025 43:57
Pejam celik pejam celik dah tahun baru! Dalam episode NoTapis ini, kita bertemu pasangan Cik Sharifah Osman dan Encik Supian Abdul Ghani yang berjaya kurangkan berat badan bersama keluarga -sebanyak 100kg secara keseluruhan- sempena tahun baru. Pasangan ini berkongsi bagaimana perjalanan kesihatan mereka didorong keinginan untuk menjaga anak istimewa mereka dan mengelak daripada menjadi beban kepa...
Tak rasa bersalah ke wakil penjenayah? 27.12.2024 44:01
Biasanya khidmat peguam probono ditawarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan, dan ini merangkumi semua golongan yang memerlukan khidmat mereka termasuk mungkin mereka yang betul-betul bersalah. Jadi adakah golongan ini benar-benar membantu mereka yang memerlukan atau sebaliknya? Dalam episod Notapis kali ini, Pengerusi Pro Bono SG dan Rakan kongsi di Kumpulan Amalan Litigasi Komer...
Masjid Al-Falah, Terminal 2...reka bentuk arkitek Melayu? 20.12.2024 38:50
Bangunan ikonik di Singapura seperti Taman East Coast, Lapangan Terbang Changi, Terminal 2, dan Masjid Al-Falah telah menjadi destinasi popular yang sering dikunjungi ramai. Tapi siapa sebenarnya arkitek di sebalik reka bentuk bangunan-bangunan ini Episod NoTapis kali ini menampilkan dua arkitek berbakat yang terlibat dalam projek-projek ini — arkitek bersekutu, Encik Mohammed Madeni Jais, d...
Kerja platform bukan kerja 'betul'? 13.12.2024 39:09
Hujan ke panas ke, khidmat mereka jalan terus! Mereka lah abang-abang dan kakak-kakak pekerja platform kita. Meski pekerjaan mereka penuh cabaran- dari segi cuaca, pendapatan tak menentu dan sebagainya, kerja yang dilakukan masih dianggap bukan kerja 'betul' ke? Dengan perlindungan serta perwakilan yang diperkenalkan untuk pekerja platform kita, adakah persepsi ini akan berubah? NoTapis membincang...
Baru nak berniaga, tapi terus lingkup? Jangan-jangan.... 06.12.2024 56:47
Baru nak mulakan perniagaan, dah hadapai pelbagai masalah sampai lingkup! Tapi kenapa? Apa masalahnya? Ada pula yang salahkan makhluk halus...tapi sebenarnya banyak faktor yang perlu dipertimbang dan disemak sekali lagi. Dalam NoTapis kali ini, Pengurus Perkembangan Perniagaan kanan Royal Kings group, Encik Muhamed Gary Haris dan Pengasas Kapowww by Chef Mel Dean Pte Ltd, Cef Mel Dean berkongsi ba...
Ajar pelajar 'special ed' lagi senang berbanding sekolah Biasa? 29.11.2024 53:43
Dalam episod NoTapis kali ini, kita selami dunia pendidikan khas bersama dua pendidik berpengalaman, Cik Sofia Abdullah dari Persatuan Disleksia Singapura (DAS) dan Cik Masayu Hidayah, Pegawai Kanan Intervensi Awal privet. Bersama-sama, NoTapis meneroka cabaran, kepuasan dan juga salah tanggapan yang sering timbul dalam sektor pendidikan khas. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bukan Melayu, tapi fasih bual Melayu?? 22.11.2024 37:55
Bahasa Melayu merupakan bahasa ‘asing’ buat mereka, tetapi itu tidak menghalang dua individu bukan Melayu ini jatuh cinta dan kini fasih berbahasa Melayu. Dalam podcast NoTapis kali ini, Pengurus Pemasaran Digital, Encik Melvin Choo dan Cik Berit Karlsen berkongsi pengalaman mereka mendalami bahasa Melayu. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.