Berita Harian

No Tapis

Arts MS ↓ 556 episodes

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Be sure to visit the podcast's website and support the creator: www.beritaharian.sg

Author

Berita Harian

Category

Arts

Podcast website

www.beritaharian.sg

Latest episode

Oct 16, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

GE2025 Jejak Kempen: Hari Ke-8 30.04.2025

#ICYMI [Jejak Kempen hari ke-8] Hujan tak hujan, rakyat Singapura masih turun ke padang untuk menonton Rapat GE2025!  Esok merupakan hari terakhir untuk calon pilihan raya berkempen - hari terakhir BH akan bersiaran langsung! Jangan lupa saksikan kami esok 12 tengah hari dan 6 petang di Instagram dan TikTok. See omnystudio.com/listener for privacy information.

GE2025 Jejak Kempen: Hari Ke-7 29.04.2025

#icymi [Jejak Kempen hari ke-7] Masyarakat Melayu/Islam inginkan suara mereka kedengaran di Parlimen, dan ini merupakan antara janji yang diutarakan calon-calon parti yang bertanding dalam GE2025. Pengamat politik Dr Norshahril Saat mengulas mengenai perwakilan Melayu/Islam itu. Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 6 petang di Instagram dan TikTok. S...

GE2025 Jejak Kempen: Hari Ke-7 29.04.2025

#ICYMI [Jejak Kempen hari ke-7] Bahang pilihan raya semakin terasa sedang kita melangkah ke hari-hari terakhir berkempen bagi GE2025! Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 6 petang di Instagram dan TikTok. See omnystudio.com/listener for privacy information.

GE2025 Jejak Kempen: Hari Ke-6 28.04.2025

#icymi Apa antara isu utama yang diketengahkan dalam rapat yang berlangsung pada 27 and 28 April? Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 6 petang di Instagram dan TikTok. See omnystudio.com/listener for privacy information.

GE2025 Jejak Kempen: Hari ke- 6 28.04.2025

#icymi Bahang GE2025 semakin terasa, terutama sekali dengan beberapa isu yang timbul dan menarik perhatian ramai termasuk persaingan hangat di Tampines, di mana ada juga yang menyoalkan sama ada ia dilihat sebagai 'persaingan peribadi' antara Encik Masagos Zulkifli dan Encik Faisal Manap. Apa kata pengamat politik Dr Mustafa Izzuddin? Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pa...

GE2025 Jejak Kempen: Hari Ke-5 27.04.2025

Jejak Kempen Hari ke-5: Calon-calon muda yang diketengahkan parti berbeza diharap dapat mengemukakan isu yang dapat menarik perhatian belia. Adakah ini sesuatu yang sudah dicapai? BH tanyakan soalan itu kepada pengasas Lepak Conversations, Cik Yulianna Frederika.  Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 6 petang di Instagram dan TikTok. See omnystu...

GE2025 JEJAK KEMPEN: Hari ke-5 27.04.2025

#ICYMI  9 rapat pilihan raya diadakan malam tadi. BH imbas kembali apa yang telah berlaku pada 26 dan 27 April dalam Jejak Kempen hari ke-5. Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 7 malam di Instagram dan TikTok. See omnystudio.com/listener for privacy information.

GE2025 Jejak Kempen: Hari ke-4 26.04.2025

Jejak Kempen Hari ke-4: Campur tangan asing dalam arena politik Singapura merupakan antara topik yang menarik perhatian ramai baru-baru ini. BH tanyakan pengamat politik Dr Norshahril Saat, kesan isu ini dan apa yang perlu diketahui pengundi Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 7 malam di Instagram dan TikTok. See omnystudio.com/listener for privacy...

GE2025 Jejak Kempen: Hari Ke-4 26.04.2025

#icymi Calon PSP Tan Cheng Bock menyambut hari jadinya yang ke-85 hari ini. BH imbas kembali apa yang telah berlaku pada 25 dan 26 April dalam Jejak Kempen hari ke-4.  Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 7 malam di Instagram dan TikTok. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Ruang untuk berbicara, cari huraian bersama 25.04.2025

Ruang bagi belia suarakan pandangan sudah banyak ada, namun belia bukan hanya mahu didengari. Mereka juga mahu melihat tindakan diambil. Dua belia, Encik Asyraf Mustaffa dan Cik Yulianna Frederika, bincangkan dalam podcast ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Ciri-ciri pemimpin yang dimahukan belia 25.04.2025

Pemimpin yang aktif di Tiktok atau pemimpin yang giat turun padang dekati orang ramai? Pemimpin macam mana yang diinginkan belia? Podcast ini bincangkan bersama dua belia, Cik Yulianna Frederika dan Encik Asyraf Mustaffa. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Perbezaan bukan halangan Bagaimana AP Melayu 25.04.2025

Dalam kalangan Anggota Parlimen Melayu/Islam pun ada pelbagai pandangan dan inilah yang menimbulkan bermacam-macam perspektif berbeza dalam menyuarakan dan memajukan isu kepentingan masyarakat dan negara. Ikuti perbincangan bersama dua calon PAP bagi GE2025, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim. See omnystudio.com/listener for privacy information.

10 tahun berbakti di Kaki Bukit, kini mahu bawa suara penduduk ke Parlimen 25.04.2025

Calon muka baru PAP di GRC Aljunied, Dr Faisal Abdul Aziz, bukan orang asing di Kaki Bukit, sudah 10 tahun berbakti di kawasan itu sebagai relawan. Kenali pakar bedah pergigian berumur 37 tahun ini dan apa yang beliau perjuangkan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

GE2025 Jejak Kempen: Hari ke-3 25.04.2025

#icymi Jejak Kempen Hari ke-3: Media sosial mungkin boleh membantu calon-calon politik dalam kempen mereka, tapi pada masa yang sama, ia juga boleh menjadi ‘double edged sword’. BH tanya pengamat politik Dr Mustafa Izzuddin mengenai topik tersebut.  Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 7 malam di Instagram dan TikTok. See omnystudio....

GE2025 Jejak Kempen: Hari ke-2 24.04.2025

#icymi Jejak kempen Hari ke-2: Strategi Parti Pekerja (WP) akhirnya terjawab semasa Hari Penamaan Calon dan ada yang merasakannya 'anti-climactic' dengan pemimpin parti veteran tetap kekal di Aljunied. BH tanyakan pendapat pengamat politik, Profesor Madya Dr Walid Jumblatt Abdullah. Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 7 malam di Instagram dan TikTok...

Tidak gentar bertanding di kawasan undi ‘hangat’ 19.04.2025

Mula-mula, turun padang di Marine Parade tapi kemudian bertukar ke East Coast. Cik Hazlina Abdul Halim bercakap tentang perasaannya bakal bertanding sebagai calon PAP di antara kawasan undi yang bakal hadapi pertandingan sengit serta pengalaman belajar daripada Dr Maliki Osman yang sudah hampir 14 tahun berkhidmat sebagai Anggota Parlimen di GRC East Coast. See omnystudio.com/listener for privacy...

Dari Joo Chiat ke East Coast, apa ‘plan’ Edwin Tong? 18.04.2025

Sebelum ini berkhidmat sebagai Anggota Parlimen GRC Marine Parade khususnya di kawasan Joo Chiat, kini Encik Edwin Tong yang turun padang bersama pasukan PAP di GRC East Coast kongsi rancangannya bagi kawasan undi itu dan calon parti pembangkang yang mungkin bertanding di sana. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Sayang Masyarakat, Sabar Bila Dikritik, Syukur Dengan Apa Yang Ada... Prinsip 3S kepimpinan Masagos 15.04.2025

Sayang masyarakat sebagai motivasi utama, sabar bila hadapi kritikan, syukur dengan apa yang ada dan bukan apa yang hilang. Macam mana Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad amalkan ini dalam perjalanan kepimpinannya? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kaitan guna AI buat lagu dan 'Masyarakat Gemilang' menyerantau 15.04.2025

Apa kaitan guna AI buat lagu dengan 'Masyarakat Gemilang'? Dan macam mana Singapura nak eksport 'Masyarakat Gemilang' ke rantau ini? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Melayu tak layu, malah beradab, berwibawa, berani atasi cabaran 11.04.2025

Dari kenangan zaman muda bawa mak naik skuter ke Istana, sehinggalah cabaran menyatukan masyarakat minoriti dalam landskap moden Singapura — episod NoTapis BHerbual kali ini menyelami keperibadian dan pandangan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed tentang bagaimana masyarakat Melayu-Islam telah berkembang sebagai masyarakat yang berwibawa. See omnystudio.com/listener for privacy informatio...

Wanita perlu masuk NS??? 11.04.2025

Dari segi undang-undang, Mindef boleh tetapkan bahawa wanita perlu jalani NS. Tapi persoalannya adalah…perlu ke tak sebenarnya? Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad jawab soalan tersebut dalam episod NoTapis kali ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

S’pura kecil, perlu “pentingkan diri sendiri”? 09.04.2025

Singapura negara kecil, perlu “pentingkan diri sendiri” untuk terus maju? Meskipun kecil, pengaruh Singapura di arena antarabangsa bukan calang-calang juga, menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua bagi Hal Ehwal Luar Negeri, Dr Maliki Osman. Beliau turut berkongsi pengalamannya bertemu dan berunding dengan pemimpin negara lain…dan juga pemimpin yang agak &ls...

Adakah S’pura menuju ke arah ‘welfare state’? 04.04.2025

Dengan pelbagai bantuan bagi golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik, adakah Singapura menuju ke arah ‘welfare state’? Dalam episod NoTapis kali ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamed dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua jelaskan tentang pend...

Keprihatinan masyarakat tentang isu Gaza, apa kesannya pada GE2025? 04.04.2025

Masyarakat Melayu Singapura akur pemerintah telah banyak membantu warga Palestin, tapi jiwa kita terus merintih. Adakah ini bakal menjadi pertimbangan pada GE2025? Dalam episod BHerbual kali ini, aktivis masyarakat Fazlur Rahman Kamsani dan Imran Taib berkongsi pendapat mereka tentang isu ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Aspirasi orang muda untuk capai 'The Singapore Dream' 03.04.2025

Gaji tak cukup, rumah makin mahal, ‘social pressure’ pun semakin tinggi…nak capai ‘Singapore Dream’ seolah-olah mustahil bagi golongan muda sekarang. Apa yang sebenarnya diinginkan anak muda sekarang? Adakah pemerintah benar-benar beri ruang untuk belia bersuara? BHerbual minta pendapat aktivis masyarakat Encik Fazlur Rahman Kamsani dan Encik Mohd Imran Taib. See omn...

Listen to the No Tapis podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.