Berita Harian

No Tapis

Arts MS ↓ 556 episodes

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Be sure to visit the podcast's website and support the creator: www.beritaharian.sg

Author

Berita Harian

Category

Arts

Podcast website

www.beritaharian.sg

Latest episode

Oct 16, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Adakah sokongan bagi anak-anak berkeperluan khas mencukupi? 17.05.2024

Tahun ini, pemerintah mengumumkan beberapa sokongan tambahan bagi anak-anak berkeperluan khas. Namun, apakah sebenarnya cabaran yang dilalui ibu bapa anak berkeperluan khas ini? Dalam podcast No Tapis kali ini, Konsultan Kanan Pendidikan Khas, Dr Haslina Hassan, dan seorang bapa dengan anak berkeperluan khas, Mohamed Shahrom Mohd Taha membincangkan sekiranya sokongan yang ditawarkan bagi anak-anak...

Di sebalik tabir Gegar Vaganza 10.05.2024

Ada lagu, ada lagi. Sejak 2014, rancangan televisyen realiti Malaysia. Gegar Vaganza telah menarik perhatian orang ramai dengan memberi peluang kedua kepada penyanyi-penyanyi popular untuk bersinar sekali lagi. Dalam podcast No Tapis kali ini, koresponden Berita Harian, Encik Anwar Saleh dan Ketua Gaya Hidup, Cik Haryani Ismail menerima eksklusif di sebalik tabir siri tersebut bersama Pengarah Uru...

Selepas 50 tahun, sumbangan P Ramlee tetap dikenang 03.05.2024

Lima puluh tahun selepas berpulangnya Tan Sri P. Ramlee, namanya terus dijulang sebagai ikon seni disebabkan bakatnya yang luar biasa dan kesan abadi filemnya.  Dalam podcast No Tapis kali ini, pengarah urusan Inkhouse Pictures Datuk Khairul Anwar Salleh, berkongsi usahanya untuk terus melestarikan karya P. Ramlee melalui filem biopik baru bertajuk 'P. Ramlee — Jeritan Batinku' yang dijangka ditay...

Mula sebagai personaliti TV, sekarang jadi tukang cari jodoh? 26.04.2024

Singapura pun ada tukang cari jodoh seperti “Aunty Sima”? Dalam podcast No Tapis kali ini, Penerbit Podcast, Natasha Mustafa dan Wartawan Berita Harian, Nur Humaira Sajat bertemu bersama personaliti televisyen tempatan, Sujimy Mohamad dan Haslinda Ali untuk kenali perjalanan mereka dalam industri media dari dulu hingga sekarang. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Nak berpoligami, tapi kahwin di luar negara.... boleh ke? 19.04.2024

Kahwin di luar negara tanpa pengetahuan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), boleh ke? Dalam podcast No Tapis kali ini,  Timbalan Pendaftar ROMM, Ustaz Mohamed Khair Rahmat, dan Naib Kadi, Ustaz Hidayat Ismail, berkongsi dengan lebih lanjut tentang isu poligami dan kesannya terhadap keluarga. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Daging yang 'dibuat' di makmal...halal ke? 12.04.2024

Makanan alternatif, seperti daging kultur, boleh menjadi sumber makanan umat Islam. Tapi apa yang membuatnya halal?  No Tapis ajukan soalan ini kepada Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, anggota bersekutu kanan Jawatankuasa Fatwa Muis, yang telah berkongsi tentang penghasilan daging kultur dan mengapa ia sumber makanan alternatif penting kini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

BTO 5 tahun terus 'upgrade' ke kondo...mampu ke? 05.04.2024

Mampu ke saya nak 'upgrade' dari BTO ke rumah privet? Agak-agak berapa gaji yang diperlukan?  Dalam episod No Tapis kali ini, ejen hartanah, Cik Nadiyah Kamsani dan Cik Nuruhuda Md Noor, berkongsi lebih lanjut mengenai kriteria serta bagaimana anda boleh merancang untuk beralih ke rumah privet seperti kondominium. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Bazar sekarang ‘overhyped’ atau sekadar ikut selera orang? 29.03.2024

Adakah bazar zaman sekarang ‘overhyped’ atau itu satu keperluan untuk memenuhi citarasa orang ramai? Dalam episod No Tapis ini, pemilik gerai Katoshka, Muhammad Hasif Othman dan pengendali syarikat penganjuran acara dan pengurusan artis Mak Besar Pte Ltd, Haryani Othman mengulas tentang komen-komen netizen dan berkongsi cabaran kendali bazar. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Melayu dah banyak maju… Tetapi kenapa macam masih ada yang belum puas? 22.03.2024

Tahun demi tahun, masyarakat Melayu/Islam Singapura kian maju. Tetapi kenapa macam masih ada yang belum puas? Dalam episod NoTaapis ini, pemilik rangkaian gerai makanan Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq; Pengasas Revitalize Grp Pte Ltd, Encik Muhammad Rizal Rashid; dan pengurus dasar di sebuah syarikat teknologi global, Cik Amalina Abdul Nasir berkongsi pengalaman mereka berusaha untuk mencapai kece...

Cukup ke ibadah bulan Ramadan ini? 15.03.2024

Setiap tahun kita menantikan bulan yang mulia ini. Tetapi kadangkala, kita menjadi sibuk dengan kerja, urusan keluarga dan lain-lain hingga menjejas masa beribadah. Jadi, adakah ibadah kita mencukupi sepanjang Ramadan ini? Bagaimana caranya untuk meningkatkan penghayatan dalam Ramadan? Dalam episod NoTapis ini, Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafa Kamar berkongsi panduan bagaimana kita dapat terus mera...

Selamat datang ke No Tapis 2.0! 15.03.2024

No Tapis bertemu anda semula dengan wajah lebih segar! Menampilkan hos bersama yang baru, No Tapis akan mengetengahkan topik-topik lebih menarik dan terkini. Nantikan episod pertama podcast kami. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kalau bukan rakyat sendiri yang lindungi Singapura, siapa lagi? 15.02.2024

Hari Pertahanan telah pun diperkenalkan selama 40 tahun, dan ia telah menjadi sebahagian daripada ‘DNA’ kita semasa kita merenung sejarah kita semasa Perang Dunia kedua (WW2). Tapi, masih relevan ke? Dalam podcast #NoTapis kali ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad berkongsi bagaimana setiap warga Singapura boleh memainkan peranan yang penting dalam me...

Siapakah bakal jadi Presiden Indonesia? 08.02.2024

Siapakah bakal menjadi Presiden Indonesia baru? Gandingan Prabowo-Gibran pilihan ramai belia? Dalam podcast #NoTapis kali ini, hos Nur Adilah Mahbob, Timbalan Editor Berita dan kohos, Nizam Ismail, Editor Bersekutu Berita Harian membincangkan tentang Pilihan Raya Presiden di negara jiran Indonesia bersama Dr Mustafa Izzuddin, Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, D...

Doktor SAF bantu mangsa Gaza di Mesir, balik penuh insaf? 06.02.2024

Leftenan Kolonel (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz, yang pakar dalam perubatan kecemasan, merupakan antara dua wakil Singapura dipilih untuk menyokong operasi perubatan merawat mangsa-mangsa perang Gaza di Mesir, baru-baru ini. Dalam podcast #NoTapis kali ini, Dr Nazirul berkongsi pengalamannya yang membuka mata dan minda. Tetapi apakah yang disaksikan beliau hingga terbit rasa insaf? See omnystudio....

Sukan gusti sama dengan WWE ke.... 19.01.2024

Can you SMELLLL what the rock is cooking? Eh ni bukan rakaman WWE tapi #NoTapis bersama dua atlet gusti muda Aryan Azman dan Heba Lutfina - yang telah meraih keputusan cemerlang di pentas antarabangsa. Dalam podcast #NoTapis kali ini, Aryan dan Heba berkongsi bagaimana mereka menceburi sukan ini sejak kecil lagi!  See omnystudio.com/listener for privacy information.

Hendak kahwin lagi bukan senang... 19.01.2024

Kalau kita cakap pasal berkahwin lagi, orang fikir senang tapi sebenarnya ada juga cabaran yang dihadapi pasangan itu. Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Mardiana Mohd Isa, Pekerja Sosial Kanan PPIS Vista Sakinah dan Ustaz Hidayat Ismail seorang naib kadi mengongsi bagaimana mereka membantu menyediakan semua pihak dalam keluarga untuk mengharungi perjal...

Boleh ke cakap pasal seks sebelum berkahwin? 12.01.2024

Boleh ke kita bincang tentang seks sebelum berkahwin? Dalam podcast #NoTapis minggu ini, pasangan suami isteri dan penulis buku 'Sex, Soul and Islam', Cik Enon Mansor dan Encik Sidek Osman, berkongsi bagaimana untuk membincangkan topik tersebut. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Me Gusta by Vendredi https://soundcloud....

Demi anak, penceraian itu bukan tanda noktah.... 12.01.2024

Jika pasangan bercerai, orang di keliling mereka juga terjejas. Bagaimana Cik Siti Norhasikhin Hassan dan anak-anaknya terjejas akibat perceraiannya? Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Zahara Mahmood, Pekerja Sosial Utama PPIS dan Ustaz Fakhrudin Amin, seorang naib kadi mengongsi bagaimana mereka membantu keluarga yang sedang menjalani proses perceraian...

Tidak lagi hidup gelandangan dengan bantuan.... 06.01.2024

Encik Rajesh s/o Mukund Bhai Pandya sekeluarga terpaksa hidup gelandangan di Pantai East Coast pada 2019 setelah ibunya telah menghalau mereka daripada rumah keluarganya. Bagaimana keadaannya hari ini? Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Encik Rajesh, Cik Suhaili Saad, Penolong kanan pekerja sosial PPIS Timur dan Cik Yuliza Wati Mohd Yusoff, Penolong kanan p...

Psst... malu ke nak bincang tentang seks? 05.01.2024

Topik seks mungkin sesuatu yang jarang dibincang dalam kalangan masyarakat Melayu kerana malu atau segan. Kalau nak bincang pun, nak bincang dengan siapa dan nak cakap apa?  Dalam podcast minggu ini, pasangan suami isteri dan penulis buku 'Sex, Soul and Islam', Cik Enon Mansor dan Encik Sidek Osman, berkongsi bagaimana untuk membincangkan topik tersebut. -------------------------------------------...

Lepas kahwin kita akan selalu bahagia je..... Betul ke? 31.12.2023

Dalam podcast #NoTapis kali ini, kita akan bincangkan topik KAHWIN KAHWIN! Bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Noor Erna Syarinie Mohd Hirwan, anak muda yang baru bernikah, Cik Maghfurah Salimen, pekerja kes di PPIS dan Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof seorang naib kadi akan mengupaskan apa yang pasangan baru boleh lakukan untuk terus mengukuhkan lagi rumah tangga mereka. Podcast ini dia...

Tak bersalah ke jual air harga $350 kepada anak-anak kecil? 29.12.2023

IT'S PRIME TIME! Eh bukan, ini #NoTapis time bersama dua anak muda di sebalik jenama SGFR - Mohammed Haikkel Firdhaus, pengasas SGFR dan Putri Rahadatul 'Aisy Mohammad Rasiff, pengasas bersama SGFR - yang telah membuka lima kedai yang menjual minuman viral dan snek yang unik! Apa rahsia mereka? Dalam podcast #NoTapis kali ini, Haikkel dan Putri berkongsi bagaimana mereka dapat berkembang perniagaa...

Kalau adik ipar boleh jaga anak titipan, saya pun boleh.... 24.12.2023

Jaga anak titipan ni senang je... Betul ke? Dalam podcast #NoTapis minggu ini, Cik Norlia Ali Marican dan kakak ipar, Cik Waridah Sadaun bersama pekerja sosial kanan PPIS Oasis, Cik Intrisaridewi Ali mengetengahkan cabaran yang mereka mengalami sebagai ibu bapa titipan. Ini adalah bahagian satu podcast tentang PPIS Oasis. Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati...

Nak jadi ibu bapa titipan mesti kaya ke? 24.12.2023

Antara mitos tentang ibu bapa titipan adalah mereka harus kaya atau berada. Hmmmm betul ke? Dalam podcast #NoTapis minggu ini, Cik Norlia Ali Marican dan kakak ipar, Cik Waridah Sadaun bersama pekerja sosial kanan PPIS Oasis, Cik Intrisaridewi Ali  berkongsi tentang proses menjadi ibu bapa titipan. Ini adalah bahagian kedua podcast tentang PPIS Oasis. Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara...

Aina Abdul "koyak" dengan komen netizen? 22.12.2023

Penyanyi terkenal Malaysia, Aina Abdul, melawat Berita Harian Singapura dan berkongsi tentang kehidupannya masa kecil, perjuangannya, fesyennya dan apa rakyat Singapura boleh harapkan untuk konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada 6 Januari 2024. Musik: Savoy Theatre oleh Twin Musicom See omnystudio.com/listener for privacy information.

Listen to the No Tapis podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.