Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal

Society MS ↓ 300 episodes

PODCAST.HASRIZAL.COM📌Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal

Author

Hasrizal Abdul Jamil

Category

Society

Podcast website

www.hasrizal.com

Latest episode

Feb 5, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Kanak-kanak Suka Sains, Murid Sekolah Tidak Suka STEM 10.04.2022

Kanak-kanak tidak membenci sains.  Kanak-kanak suka sains.  Sains adalah aktiviti kanak-kanak paling awal, sebelum aktiviti mereka berkembang di dalam segmen kehidupan yang lain.  Tetapi keghairahan untuk tahu, meneroka, menyoal, mati apabila kanak-kanak menjadi murid sekolah.  Sekolah merosakkan fitrah kanak-kanak yang telah secara semulajadi suka kepada sains.

ADHD dan Kesihatan Mental di Belakang Salah Laku Jenayah 09.04.2022

Di dalam masyarakat yang kuat berpegang dengan adat dan agama, perbuatan yang tidak elok mudah ditinjau hanya daripada perspektif moral. Namun, kita tahu, mekanisme perbuatan manusia itu kompleks. Perbuatan Nabi Yaaqub alayhi al-salam yang bersedih dengan gelagat anak-anaknya hingga 'mengorbankan' Yusuf alayhi al-salam, berlarutan hingga mata baginda menjadi putih dan hilang penglihatan. Umumnya,...

Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa 04.04.2022

Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya.   Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi. Antaranya:   Tingkatkan kesedaran diri kerana mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya se...

Will Smith, Chris Rock dan Pensyarah Tidak Suka B40: 'Cancel Culture' Bukan Solusinya 30.03.2022

Saya tidak suka dengan ‘cancel culture’. Apabila jumpa seseorang buat sesuatu yang kita tidak berkenan, kita mahu bertindak berlebih-lebihan untuk memusnahkannya. Ia menyemai kita menjadi individu sombong seolah-olah kita bukan manusia yang tidak akan terjerumus buat silap. Menolak ‘cancel culture’ bukan lembik, naif, kolot, jauh sekali menyetujui kejahatan.  Tuhan kata kebaikan dan kejahatan...

Persediaan Menyambut Ramadan: Antara Motivasi Dalaman dan Luaran 28.03.2022

amadan bukan hanya bulan mengenai puasa. Ia juga bulan untuk kita meningkatkan penghayatan al-Quran. Mengutamakan bacaan adalah yang ideal, namun mengimbangkan antara baca dan cuba memahami apa yang dibaca adalah munasabah untuk meningkatkan rasa cinta seseorang kepada kalam Allah ini. Saya ambil peluang menyentuh sedikit di dalam program Jiwa Ramadan Yang Hilang anjuran HALUANSISWA UniKL Business...

13 Strategi Keibubapaan di Bulan Ramadan Untuk Anak-anak ADHD 22.03.2022

Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan. Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan.  Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak. Justeru, puasa di peringkat ini hendaklah dikomunika...

Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway Dalam ADHD Dewasa 27.02.2022

Jika anda atau ahli keluarga anda seorang yang accident-prone, kalut, selalu terpecah barang, pertimbangkanlah untuk mereka tidak dileter “tak boleh ke, tak boleh ke…” seolah-olah semua itu terjadi semata-mata kerana perangai. Boleh jadi, ada isu-isu yang organik di dalam otak individu berkenaan yang berada di sebalik keadaan itu. Tidak semua orang ADHD ada masalah ini dan tidak semua orang yang a...

ADHD: Menghargai Kejadian Otak Dan Fungsi Akal 19.02.2022

Semenjak sekian lama saya sentiasa teruja dengan kehebatan otak dan fungsi akal. Oleh kerana saya bukan daripada bidang sains, bidang agamalah medan saya meneroka keterujaan ini. Suka dengan pembelajaran yang membabitkan diskusi, debat, bertukar pendapat, kerana saya dapat rasa yang otak saya bekerja semasa belajar sebegini. Pembelajaran secara hafalan dan pengulangan (rote learning) agak berat un...

Nasihat Imam Ghazali Apabila Silibus Tinggi Sangat 17.02.2022

Perbincangan nasihat keenam Imam Ghazali rahimahullah kepada para guru di dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din. Ia berkaitan dengan bahana kandungan pelajaran terlampau tinggi, mengatasi keupayaan murid untuk memahaminya. Nasihat ini disampaikan pada abad ke-12 ini amat relevan untuk menyuntik kesedaran serta kesungguhan kita menyelesaikan masalah pendidikan abad ke-21 yang sedang kita alami. Malaysia a...

ADHD dan Faktor Genetik 16.02.2022

PLAYLIST VLOG ADHD: https://adhd.hasrizal.com Mengambil kira genetik sebagai faktor penting di sebalik ADHD seseorang, mengetahui akan hal ini boleh membantu kita meningkatkan kepekaan terhadap cabaran-cabaran yang wujud di dalam keluarga sendiri, serta saudara mara. Perkara ini boleh memainkan peranan yang besar untuk melawan stigma negatif yang menyebabkan ADHD diabaikan atau dipandang remeh. Ia...

Senario Ilmuan vs Penglipurlara (Qussas) Merentas Zaman 14.02.2022

Orang bercakap hal agama tetapi penuh dengan hadith palsu dan maklumat yang tidak masuk akal, tetapi disayangi masyarakat, bukan senario baharu. Zaman berzaman, masalah ini menguji kita. Ikhlas mencari kebenaran dan beriltizam dengan ilmu, adalah jalan yang perlu dipilih agar selamat menempuh fitnah besar ini.

Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) di Dalam ADHD Dewasa 01.02.2022

Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) adalah keadaan tidak selesa yang bersangatan seseorang alami semasa menghadapi penolakan atau kritikan. Ia keadan yang banyak ditemui di kalangan mereka yang didiagnosis dengan ADHD, sebagai satu daripada dimensi kegagalan fungsi emosi yang baik mereka. Saya kongsikan di dalam episod kali ini pengalaman saya menempuhnya, bagaimana ia terserlah di dalam penulisan...

Kenangan Diupah Kerja Untuk Berfikir | Hari Pertama Rawatan ADHD Dewasa 30.01.2022

Terkenang pengalaman hampir 15 tahun yang lalu ketika saya dilamar oleh almarhum Prof Khazani untuk bekerja dengan beliau. Kerja saya ketika itu ialah berfikir. Saya disediakan ruang pejabat yang selesa untuk berfikir dan menghasilkan produktiviti yang bukan secara khusus untuk manfaat syarikatnya, tetapi untuk masyarakat. Semoga Allah merahmati almarhum Prof yang telah kembali ke rahmatullah bebe...

Akhirnya Saya Menerima Diagnosis Klinikal ADHD Dewasa 27.01.2022

Jika anda pensyarah universiti, anda mungkin biasa berjumpa dengan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan seperti yang sepatutnya. Mungkin ada yang memang malas, tidak bermotivasi dan tidak berminat untuk berjaya. Namun di celah-celah itu mungkin ada pelajar yang bermati-matian berusaha namun tetap gagal, kerana ada sesuatu pada dirinya yang hanya dapat dilihat dengan mata ilmu dan kasih sayang, bu...

Politik Ulama dan Ulama Politik 24.01.2022

POLITIK ULAMA DAN ULAMA POLITIK Politics of Piety ini merupakan kajian yang sangat mendalam tentang hiruk pikuk politik sesama ulama (komuniti ilmiyye) Dawlah Uthmaniyyah, terutamanya pada abad ke-17. Kajian oleh Madeline Zilfi ini masih belum ada tandingannya dan terus menerus menjadi rujukan pihak yang mahu menyelidik tentang isu-isu yang berlegar di kalangan ulama Dawlah Uthmaniyyah ketika itu,...

Nasihat Keempat Imam Ghazali Kepada Guru: Tegur Berlapik 21.01.2022

Tanggungjawab keempat, yang mana ia merupakan sebahagian daripada cara kita berhalus di dalam seni mendidik iaitu: hendaklah seorang guru itu menghalang muridnya daripada kecelaan akhlak dengan pendekatan berlapik selagi boleh dan tidak secara berterus terang. Andai perlu berterus terang, lakukanlah ia dengan kasih sayang dan bukan secara menghina. Ini kerana, kaedah berterus terang itu menyingkap...

Dilarang Mengikuti Ceramah Hasrizal 20.01.2022

Sekitar tahun 2011, bermula era saya berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi menerima larangan mengikuti ceramah saya, atau jika menjadi AJK maka tidak dibenarkan menjemput saya sebagai penceramah. Larangan itu tidak praktikal di era maklumat berada di hujung jari tanpa sempadan. Malah larangan seumpama itu turut pernah dibuat oleh kaum musyrikin Mekah ke atas Tufail ibn ‘Amr r.a. yang diberi na...

Apabila Sang Alim Jatuh 20.01.2022

Di dalam Muqaddimah Hasyiah Ibn Abidin, terdapat sebuah kisah yang menceritakan semasa Imam Abu Hanifah rahimahullah berjumpa dengan seorang budak yang sedang bermain tanah. Katanya kepada budak itu “wahai budak, jangan kamu terjatuh ke tanah” Budak itu melihat beliau dan berkata, “Bahkan engkau wahai Imam, jangan engkau terjatuh. Kerana jatuhnya orang alim, adalah jatuhnya alam!”   Semenjak...

Strategi Ibubapa Sokong Persekolahan Anak Walaupun Sistem Sakit 13.01.2022

Bukan semua ibu bapa mempunyai pilihan alternatif kepada pendidikan anak. Tetapi pilihan alternatif itu sendiri bukan penyelamat muktamad. Sebaliknya, ibu bapa boleh melakukan banyak perkara walau di sekolah mana pun anak belajar. Sesi live di Facebook dan Youtube tadi mengusulkan perkara berikut: 1. Beri sokongan emosi dalam pembelajaran anak 2. Saring kehendak sistem dan sekolah 3. Belajar ilmu...

Sifat Rabbani Pada Ilmu, Pengajaran dan Pembelajaran (Penuh) 11.01.2022

Rakaman Halaqah Pendidikan Islam anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah pada 19 Februari 2016, mengupas ayat 79 surah Āl 'Imrān dan ulasan buku The Collapse of Parenting oleh Dr Leonard Sax.

Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes Untuk Ekosistem Startup 07.01.2022

Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah. Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi. Saya tertarik kerana pada masa itu saya mengalami keresahan duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari Silicon Valley dan ia menjadi pengalaman...

Diskusi Buku The Collapse of Parenting oleh Leonard Sax 07.01.2022

Diskusi buku 'The Collapse of Parenting" oleh Dr. Leonard Sax. Sekolah menanggung bebanan yang lebih besar apabila anak-anak yang datang ke sekolah tidak menerima proses pembentukan budaya baik yang sepatutnya dilaksanakan oleh ibu bapa. 'The culture of respect' tidak terhasil, menatijahkan dominasi 'the culture of disrespect'.

Cara Ibubapa Sokong Pdpr Anak 05.01.2022

Apakah yang boleh ibubapa lakukan untuk menyokong pembelajaran anak semasa PdPr?  Banyak yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan memberi sokongan emosi.  Sokongan emosi bukan satu privilege, yakni beruntung pelajar yang dapat, tidak rugi apa-apa mereka yang tidak menerimanya. Emosi adalah ‘enabler’, yakni faktor yang mempengaruhi terjadi atau tidaknya pembelajaran. Ia berkaitan...

Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan 02.01.2022

Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya...

2022: Tahun Berhijrah ke Ebook Ok Tak? 01.01.2022

Semasa banjir melanda tanahair di penghujung 2021, salah satu pemandangan yang menyedihkan adalah melihat jutaan buku ditenggelamkan oleh air. Bumi ini tidak nampak macam akan pulih dalam jangkla masa terdekat ini. Mungkinkah 2022 ini kita boleh mempertimbangkan kebarangkalian berhijrah secara berperingkat kepada buku elektronik seperti Kindle, Google Play Book dan sebagainya? Saya kongsikan di si...

Listen to the Hasrizal podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.