Hasrizal Abdul Jamil
Hasrizal
PODCAST.HASRIZAL.COM📌Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal
Koniecznie odwiedź stronę podcastu i wesprzyj twórcę: www.hasrizal.com
Autor
Hasrizal Abdul Jamil
Kategoria
Strona podcastu
Ostatni odcinek
5 lut 2026
Gdzie słuchać?
Podcasty w aplikacji Replaio Radio Już wkrótcePodcasty trafią do aplikacji już wkrótce. Zainstaluj teraz i jako pierwszy zobacz nowe podejście do podcastów
Odcinki
Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0 05.02.2026 6:17
𝗧𝗦𝗨𝗡𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗝𝗧 𝟮 Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan suatu zaman di mana mata melihat sesuatu yang jelas, namun manusia diminta menafsirkan sebaliknya? Inilah yang menakutkan saya apabila melihat senario yang sedang berlaku. Ia bukan hal Amerika Syarikat semata-...
Cabaran Zaman Suci Dalam Debu 09.12.2025 2:58
Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam masyarakat, lalu menuntut kita untuk mencari pedoman yang benar agar tidak hanyut dalam kekacauan nilai. Kita turut menyedari kewujudan golongan yang menyesatkan, memberikan panduan ta...
Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu 28.11.2025 8:06
Mus’ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ﷺ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan. Pada zaman itu, orang miski...
Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa 19.11.2025 9:10
“Aduhai, seorang lagi!” keluh seorang guru. Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak. Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas. Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah. Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak...
Kenapa Pendidikan Karakter? Mengapa Tidak Amalkan Pendidikan Islam? 17.10.2025 6:59
Kenapa guna pendidikan karakter? Mana pergi pendidikan Islam? Begini… Pendidikan karakter bukan lawan pendidikan Islam. Pendidikan karakter adalah istilah bidang pendidikan. Ia bermaksud, untuk bentuk akhlak (yang Islam ambil berat), ada strategi tertentu disediakan untuk mencapainya. Jemput dengar. Pertanyaan dan maklum balas saya alu-alukan. Komen tidak berakhlak, saya padam dan ban demi kebaika...
Hijrah Sebab Nak Kaya Walaupun Nabi ﷺ Larang? 26.09.2025 3:45
Komen 'Passive Agressive' Mengenai Hijrah ke Negara non Muslim Benarkah orang berhijrah kerana mengutamakan harta dan tidak mementingkan Akhirat? Apakah kefahaman yang betul mengenai hadis larangan Nabi ﷺ umat Islam tinggal bersama non Muslim? Luangkan masa empat minit anda mengikuti perbincangan ini.
Surah al-Kahf Ayat 15: Musibah Era Kepercayaan Tidak Lagi Mementingkan Bukti 19.09.2025 10:25
Dalam beragama, soal kepercayaan bukan hanya membabitkan APA yang kita percaya, tetapi BAGAIMANA mempercayainya. Surah al-Kahf ayat 15 mengingatkan kita bahawa sebelum mempercayai sesuatu, kita kena hadirkan bukti. Ia disebut sebagai ‘Sultan Bayyin’. Video ini menjelaskan karakter bukti menurut istilah ini dan bagaimana percaya berasaskan bukti mencorakkan perangai kita dalam kehidupan seharian. A...
Delete dan Ban Komen Jelek: Hati Tisu Atau Jaga Baseline 03.09.2025 7:14
𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗘𝗡 𝗝𝗘𝗟𝗘𝗞: 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘? Apabila pengunjung halaman meninggalkan komen buruk, adakah pengurus atau pemilik halaman patut biarkan sahaja, atau sorok (FB Page), padam, dan/atau 'ban' penulis komen berkenaan? Dilemanya ialah, jika tindakan diambil ke atas komen tersebut, ia lazim dianggap menyekat kebebasan bersuara, tidak terbuka terhadap perbezaan pendapat, m...
Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah 02.09.2025 7:49
𝗝𝗮𝗵𝗶𝗹𝗶𝗮𝗵 𝟮.𝟬: 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗘𝗺𝗼𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 Nabi ﷺ pernah mengecam satu tindakan yang baginda namakan sebagai seruan jahiliah, iaitu apabila berlaku konflik, lalu orang mula memanggil geng, kaum, atau kelompoknya untuk menyokongnya bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesetiaan kelompok. Dalam Sahih Muslim, diceritakan satu peristiwa ketika Perang Bani al-Mustaliq. Seorang Muhajirin, Jahjah bi...
Sekolah Wajib Tetapi Gagal 01.09.2025 2:50
Walaupun solat lima waktu itu wajib dan solat berjemaah amat dititikberatkan, masjid tidak pernah menjadi institusi yang diwajibkan ke atas kita. Sekolah, sebaliknya, adalah satu-satunya institusi yang diwajibkan ke atas setiap individu, namun sering kali gagal berfungsi seperti yang sepatutnya. Seperti yang diungkapkan oleh Neil Postman di dalam Teaching as a Subversive Activity, sekolah hari ini...
Tak Tahu Kenapa Cemerlang: Strategi Belajar Berasaskan Sains Pembelajaran 26.08.2025 7:42
𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚: 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga bersyukur apabila salah seorang anak kami memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Leaving Certificate. Peperiksaan ini setaraf dengan A-Level atau STPM dan merupakan langkah penting untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari. 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 Saya cuba mema...
Alangkan Terkentut Semasa Solat Jemaah Pun Ada Akhlaknya 23.08.2025 2:35
𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗡 𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞𝗡𝗬𝗔“ Alamak, terkentut pulak!” rungut Ali di dalam hatinya. Mujur tidak berbunyi. Kalau tidak, segan juga dibuatnya. Sebaik sahaja Ali hendak melangkah ke luar meninggalkan saf, beliau dihalang oleh salah seorang jemaah yang bersolat. Maklum sahaja, berjalan di hadapan orang bersembahyang, adalah perbuatan yang dilarang agama. Ali teringat hadis...
Ibrah 'Republic of Virtue': Tatkala Politik Bersilang Wakil Moral 22.08.2025 5:37
𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛 𝗘𝗥𝗔 '𝗥𝗘𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗢𝗙 𝗩𝗜𝗥𝗧𝗨𝗘': 𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗟𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 '𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟' 𝗠𝗢𝗥𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 Politik berkaitan dengan usaha memperbaiki urus tadbir masyarakat dan mengharuskan fokus pada kompetensi dalam pengurusan. Penggabungan politik dengan moral dan kebenaran boleh membawa risiko apabila ia mengaitkan pihak yang menentang dengan menentang kebaikan dan kebenaran. Sejarah menunj...
Semalam Jahil, Lusa Jahil Semula 19.08.2025 7:18
📖 Imam Birgivi(البركوي) membahagikan al-Jahl (kejahilan) kepada dua: 1️⃣ al-Jahl al-Basīṭ (sederhana) – tidak tahu dan sedar dirinya tidak tahu. Ubatnya: belajar. Ada juga jahil yang terjadi kerana percanggahan hujah. Ia mencetuskan bingung, ragu, berbelah bagi, atau terhenti berpendirian. Ubatnya: aplikasi proses berfikir dengan logik & qawa'id akal. Jahil yang kompleks memerlukan upaya...
Buli Siber: Dakwah 'Tikus Baik Labu' 15.08.2025 7:40
𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥: 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 '𝗧𝗜𝗞𝗨𝗦 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗟𝗔𝗕𝗨'[Baca artikel penuh di blog: https://saifulislam.com/buli-siber-dakwah-tikus-baik-labu/] Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak...
Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus? 14.08.2025 1:35
Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus? #hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #khalifahmethod #pendidikanfatamorgana
Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah 14.08.2025 2:37
Apabila anak mula bersekolah, persaingan mula terjadi antara pengaruh kita di rumah dengan pengaruh yang anak bawa pulang daripada pengalaman persekolahannya. Ia harus mencetuskan prihatin ibu bapa untuk memerhati perkembangan, dan perubahan yang berlaku. Anak sepatutnya berasa gembira dengan pengalaman baharu itu. Persekolahan meluaskan dunianya, menambah kawan dan pengalaman, mengeluarkannya dar...
Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik 12.08.2025 2:46
TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIK Asas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu. Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Sa‘id Ramadan al-Būṭī memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mādzā Khasira al-‘Ālam bi Inhithāt...
Reaksi 'Terpaling Lantang' Yang Nabi ﷺ Tak Suka 09.08.2025 3:35
𝐑𝐄𝐀𝐊𝐒𝐈 "𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆" 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐀𝐁𝐈 𝒔.𝒂.𝒘 𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐊𝐀 Bersikap lemah lembut terhadap manusia dan berinteraksi dengan mereka secara sopan santun adalah antara permata dalam rantaian akhlak Islam, dan ia merupakan sifat kesempurnaan. Allah سبحانه وتعالى Maha Lembut, dan Dia menyukai kelembutan daripada hamba-Nya. Dalam hadis ini, Ummul Mukminin ʿĀ’ishah RA menceritakan bahawa orang-orang Yah...
Bahaya Gaduh dan Debat Berlebih -lebihan Dalam Agama 05.08.2025 5:40
🎯 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮: ▪️Menulis dan bercakap melibatkan risiko kesilapan, tetapi ini tidak bermaksud kita harus berhenti. Pembetulan dan pengakuan adalah kunci penting. ▪️Menonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah sikap berbahaya dan dilakukan bukan demi Allah, tetapi kerana dorongan hawa nafsu. ▪️Pertengkaran dalam isu agama boleh membawa kepada kemunafikan dan melemah...
Palestin dan Ireland: Rakyat Sokong, Kerajaan Bohong 23.07.2025 7:10
🍉 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗥𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗: 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝘂 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗜𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱 Sokongan rakyat Ireland terhadap 🍉 dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi yang diadakan secara konsisten, terutama pada hari Sabtu di Dublin dan kawasan lain. Selain itu, parti politik kiri seperti Sinn Féin, People Before Profit, dan Social Democrats terus mendesak kerajaan Ireland agar bertindak selari dengan keh...
Akibat Bermuka-muka dalam Beragama: Iktibar dari Ireland 22.07.2025 7:11
𝗔𝗞𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗞𝗔-𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 : 𝗥𝗘𝗙𝗟𝗘𝗞𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗥𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 Sebagai seorang Muslim Melayu yang menetap di Republic of Ireland, banyak pelajaran dapat diambil daripada situasi sosio-agama di negara ini. Ireland, yang dahulunya dikenali sebagai negara Katolik yang kuat, kini menyaksikan peralihan di mana ramai rakyatnya meninggalkan tradisi keagamaan. Ini terutamanya disebabkan oleh salah...
Selama Mana Buli Menjadi Darah Daging dan Kebiasaan Kita 21.07.2025 4:20
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗚𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 🎥 Video ini merujuk kepada tragedi yang menimpa anakanda Zara Qairina baru-baru ini. Beliau bukan sahaja mangsa kepada pelaku jenayah buli, tetapi juga mangsa kepada sistem dan budaya yang membiarkan buli terus hidup. 🚨 Kita semua maklum buli tidak terhad berlaku hanya di sekolah, asrama atau universiti. Ia juga hidup subur dalam dunia pro...
Nasib Orang Suruhan Diktator: Teladan Surah al-Buruj 17.07.2025 3:31
𝗡𝗔𝗦𝗜𝗕 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗞𝗧𝗔𝗧𝗢𝗥: 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗥𝗨𝗝 Kritikan Trump Terhadap Penyokongnya Semalam, Presiden Donald Trump telah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan memanggil Republican dan MAGA penyokong-penyokongnya “stupid.” Ia menjadi topik hangat kerana menonjolkan satu aspek penting dalam hubungan antara pemimpin dan pengikut. Ini membuka peluang untuk mengkaji pelajaran berharga dalam sej...
Fasa Bosan - Bahaya Untuk Pelajar ADHD 14.07.2025 3:42
𝗙𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗼𝘀𝗮𝗻 - 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗔𝗗𝗛𝗗 🎯 𝗞𝗲𝘆 𝗧𝗮𝗸𝗲𝗮𝘄𝗮𝘆𝘀 𝗖𝗼𝗿𝗲 𝗣𝗼𝗶𝗻𝘁𝘀: ▪️Menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan adalah bahagian yang lebih menyeronokkan dalam pengajian sarjana saya sebagai individu ADHD. ▪️Bahagian paling mencabar bagi saya adalah penulisan disertasi, khususnya dalam analisis data kualitatif. ▪️Saya menggunakan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis), yang me...
Podobne podcasty
Replaio nie jest wydawcą podcastów; nazwy audycji, okładki i audio należą do ich autorów i są rozpowszechniane przez publiczne kanały RSS