Hasrizal Abdul Jamil
Hasrizal
PODCAST.HASRIZAL.COM📌Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal
Author
Hasrizal Abdul Jamil
Category
Podcast website
Latest episode
Feb 5, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Terima Kasih Sahabat Podcast dan Selamat Tahun Baru 2022 01.01.2022 5:22
Selalunya podcast saya hanya audio yang diambil daripada video di Youtube. Saya kurang mendedikasikan audio khusus untuk Podcast ini, dan kurang menyapa anda. Terima kasih kepada semua yang setia mengikuti perkongsian saya di sini. Moga tahun 2022 ini saya dapat lebih produktif menyediakan kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk anda.
Kisah Nabi Musa (Surah al-Kahf) dan Iktibar Iqra' Dalam Pendidikan Generasi Yang Hilang 25.12.2021 1:02:24
Pendidikan generasi kini semakin hilang nilainya malah lebih parah dengan kehadiran pandemik. Adakah harapan dalam mendepani masalah ini? Bagaimana kisah Nabi Musa dalam Al-Quran menjadi panduan dan solusi? Apakah iktibar surah al-'Alaq pada menyemak kembali tujuan dan matlamat pendidikan kita yang sebenar? Kupasannya bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, dengar rakaman ini, anjuran Wacana Al-...
Banjir 2021 di Malaysia dan Muhasabah Perubahan Iklim Dunia 20.12.2021 16:11
Banjir musim tengkujuh 2021 kali ini luar biasa. Alam ini, tidak bekerja secara rawak tanpa sistem. Ia mengikut hukum alam dan hukum alam itu Allah letakkan ia pada neraca keseimbangan: Di dalam surah al-Rahman, Allah menyebut: وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ Dan demi langit yang ditegakkan ia, dan diletakkan al-Mizan (pengimbang). أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَ...
Apa Punca Jurang Antara Tahu Yang Lain Buat Yang Lain? 09.12.2021 9:42
Allah rezekikan kita belajar macam-macam benda. Namun kita akur, banyak belajar belum tentu amalan jadi lebih baik. Ada jurang antara apa yang kita tahu, dengan apa yang kita buat. Jika kita hanya berminat dengan ilmu demi ilmu, dan tidak mahu meneroka jurang, lama-lama ilmu pun jadi hiburan dan lagha. Suka pergi kursus, suka dengar ceramah, suka pergi kuliah, suka baca buku, tetapi manfaat daripa...
Being a Muslim and Youth Today is Tough 09.12.2021 14:19
Recently, Jeremy contacted me and asked 5 questions. I think those questions are important and my response might be useful for him and you. So here I share my thought on the questions Jeremy asked. May Allah guide and protect us all, amin. What are the visible struggle or problem that ustaz think the Muslim youth in this century face? Based on that problem, what do ustaz think is the best approach...
Teguran al-Ghazali Kepada Guru Yang Kutuk Subjek & Bidang Guru Lain 09.12.2021 11:11
Apa barang belajar pasal wudu’ kentut tak kentut ni? Tak intelek langsung. Pernahkah anda mendengar kenyataan sebegini? Hujjatul Islam, Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah, pernah memberi teguran dan nasihat khusus kepada guru di dalam bukunya Ihya’ Ulum a-Din mengenai hal ini. Di dalam Kitab Ilmu, beliau menyampaikan 8 pesanan kepada guru, dan nasihat kelima yang beliau sampaikan berbun...
Akhlak: Ajar Yang Tak Menjadi 09.12.2021 4:31
Di dalam sains pembelajaran, mendidik anak murid supaya tidak loyar buruk, mencarut dan lain-lain isu yang lazimnya disebut sebagai ADAB atau AKHLAK, ia duduk di dalam bidang PENDIDIKAN KARAKTER (character education). Antara penjelasan mudah mengenai character education ini ialah, ia mempunyai 3 komponen sebagaimana yang dirangka oleh The Jubilee Centre for Character and Virtues (2017:...
Teguran Ibn al-Jawzi Terhadap Kebodohan Sesetengah Guru 09.12.2021 4:33
Buku Akhbār al-Hamqā wa al-Mughaffalīn (Perihal Golongan Dungu dan Akal Singkat) ini dikarang oleh Ibn al-Jawzi (508-597H) pada membahaskan tentang masalah kebodohan yang meracuni umat Islam. Beliau memperuntukkan satu bab khas iaitu bab ke-21 mengenai kebodohan yang menimpa para guru. Menurut Ibn al-Jawzi, apa yang menyebabkan guru-guru menjadi bodoh dan akal singkat adalah kesan ‘sem...
Wahabikah Aku? 22.11.2021 8:14
Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu sudah lama berlegar di media sosial dan saiznya bertambah panjang dari semasa ke semasa. Jika senarai itu mahmudah, baik, berkebajikan, maka banyaklah pahala di sisi Allah orang yang menghasilkannya. Tetapi jika senarai itu mazmumah, dusta dan bermaksud melemparkan tuduhan sesat atau fasiq...
Menjadi Bapa Dengan Merujuk Hanya Kepada Pengalaman Diri Sebagai Anak 24.10.2021 8:07
Antara kesilapan yang berlaku dalam melaksanakan peranan kita sebagai bapa adalah dengan merujuk hanya kepada pengalaman diri sendiri sebagai anak. Kasih sayang kita dan penghargaan tertinggi untuk ayah dan ibu, tidak bermaksud semua yang mereka lakukan suatu ketika dahulu adalah betul dan perlu diteruskan. Baik, jadikan teladan, buruk jadikan sempadan. Rujukan kita semasa memperbaiki kebapa...
Tidak Beradabkah Murid Jika Menegur Salah Laku Guru? 16.10.2021 9:51
Bagaimana kita imbangkan antara mendidik soal adab dengan melunaskan tanggungjawab apabila guru atau pihak sekolah terbabit dalam salah laku dan ia diketahui oleh murid?
Bimbang Memikirkan Tanahairku 13.07.2021 10:05
Luahan hati perantau tentang nasib tanah tumpah darahnya di era pandemik semasa.
Satu Sekolah Untuk Semua: Sudah Tiba Masanya 22.06.2021 9:53
Sembang KASIS 88 bersama guru-guru kami tentang pendidikan dan keibubapaan.
Tulis Apa Yang Orang Suka Atau Apa Yang Orang Tidak Suka? 30.03.2021 3:08
Adakah kita patut menulis sesuatu yang orang suka atau menulis sesuatu yang berisiko menjadikan orang marah dengan tulisan berkenaan? Jika kita menulis sesuatu yang orang tidak suka, mana mungkin apa yang kita tulis diterima, atau dibeli? Tetapi jika kita menulis sesuatu berdasarkan apa yang orang suka, semata-mata, ia berisiko menjadikan kita kehilangan integriti di dalam penulisan. S...
Salah Laku Pelajar: Selesaikan Atau Sebarkan? 06.03.2021 6:19
Salah laku pelajar, jika kita jumpa, kita selesaikan atau sebarkan? Isu ini timbul semasa saya melawat sebuah sekolah di Vantaa Finland bila mana saya ajukan soalan mengenai SOP sekolah mengendalikan masalah disiplin murid. Guru berkenaan memberikan jawapan yang membuka mata saya untuk melihat betapa reaksi simple yang ‘memang sepatutnya begitu’ itu mempunyai kesan besar kepada kebaikan dan...
Jangan Bunuh Pertanyaan Itu 04.03.2021 10:04
Pertanyaan jangan mudah diketepikan. Ia hendaklah disantuni. Kegagalan menyantuni pertanyaan, menggunakan hujah 'agama' untuk menutup mulut orang yang bertanya mencari jawapan, adalah perbuatan membunuh soalan. Perbuatan membunuh soalan akan memberanakkan lebih banyak soalan. Ia boleh mengheret manusia kepada kebinasaan.
Al-Quran Menyegarkan Jiwa dan Akal Fikiran 24.02.2021 1:17:07
Selepas Perhimpunan Musim Sejuk 2020 akhir Disember lalu, saya diajukan beberapa soalan tambahan pasca tamat program. Berikut adalah soalan-soalan berkenaan, yang saya kongsi reaksi di dalam vlog kali ini: Salam ustaz, what lessons can we derive from Ibrahim PBUH in the way he asked his existential questions? Will everyone always arrive at his conclusions? Apa makna Qur'an mudah difahami, sedangka...
Ke Mana Hilangnya Cinta Kepada Membaca 24.02.2021 1:18:59
Diskusi bersama saudara Muhammad Nasrullah mewakili Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir - MP3M, membincangkan tentang budaya membaca masyarakat kita dan bagaimana mahasiswa serta mahasisiwi menggarapnya.
English, Ustaz! English! 24.02.2021 5:44
Di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu saya kongsikan sedikit pengalaman saya berbahasa Inggeris semasa mula bertugas di Ireland Utara. Sudahlah baru berhijrah dari ‘Dunia Arab’ ke ‘Dunia Inggeris’, dicabar lagi pula dengan loghat Ireland Utara yang ya Allah Tuhan sahajalah yang tahu. Tetapi bahasa adalah bahasa, alat komunikasi. Ia bukan ukuran intelek atau kelebihan dan keku...
Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat: Boleh Pilih Ke? 24.02.2021 9:10
Ilmu dunia dan ilmu akhirat tidak pernah berpisah. Dua-dua datang daripada Allah. Dunia adalah jambatan akhirat. Kita berjalan dan bukan terbang menuju akhirat. Justeru jambatan itulah cara kita sampai kepada destinasinya. Tiada akhirat tanpa dunia yang diatur mengikut aturannya sebagaimana yang Penciptanya tentukan. Akibat pemisahan ilmu dunia vs ilmu akhirat, kita menjadi reductionist. Melihat s...
Sejarah Pemerintahan Umar bin al-Khattab ra (Episod 2) 25.01.2021 51:16
Episod 2 pengkisahan sejarah pemerintahan khalifah kedua umat Islam, Umar bin al-Khattab r.a. berdasarkan kitab al-Khulafa' al-Rashidun: Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhad oleh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi. Rakaman tahun 2013.
Sejarah Pemerintahan Umar bin al-Khattab ra (Episod 1) 24.01.2021 59:59
Episod 1 pengkisahan sejarah pemerintahan khalifah kedua umat Islam, Umar bin al-Khattab r.a. berdasarkan kitab al-Khulafa' al-Rashidun: Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhad oleh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi. Rakaman tahun 2013.
Co-Rumination: Anak Remaja Berduet Menuju Kemurungan 11.01.2021 9:37
Keadaan ini diburukkan lagi dengan penggunaan media sosial tanpa had. Ibu bapa kepada anak remaja, kuatkanlah semangat dan carilah kekuataan untuk menguruskan anak tatkala mereka terjebak dalam situasi sebegini. Nasihat kita mungkin dianggap musuh kerana mengganggu persahabatan mereka, walaupun mereka sedang saling menuju ke lembah masalah. Berhati-hatilah dalam memberi kebenaran kepada penggunaan...
2021: Kita Sudah Amat Jauh Jarak Masa Dengan Rasulullah SAW 04.01.2021 10:14
Apabila Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar radiallahu 'anhuma: ayuh kita melawat Ummu Aiman. Bila mana mereka berdua menziarahinya dan memaklumkan berita sedih itu, Ummu Aiman menangis. Abu Bakar dan Umar berkata kepadanya: apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasul...
Solat Tak Boleh Rukuk dan Sujud: Kisah Cabaran Amalan Agama di Negeri Asing 25.12.2020 11:26
Tinggal di negara ‘asing’ yang Muslim adalah kaum minoriti, memberi cabaran unik yang mungkin kurang difahami oleh mereka yang tidak mengamalkannya. Berkaitan dengan solat, bagaimanakah ia boleh dilaksanakan oleh kita, dan anak-anak kita, dalam suasana asing seperti ini? Jom kita bersembang mengenainya, bersama kenangan bersolat Jumaat di London bersama al-Marhum Dr Abdul Aziz Hanafi, seputar firm...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.