Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal

Society MS ↓ 300 episodes

PODCAST.HASRIZAL.COM📌Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal

Author

Hasrizal Abdul Jamil

Category

Society

Podcast website

www.hasrizal.com

Latest episode

Feb 5, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

The Saber Tooth Curriculum: 70% Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar 05.08.2022

"Kaji selidik Jabatan Pe­rangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran. Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021." [Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/72-1-lepasan-spm-tidak-sambung-belajar/]   Menyedihkan.  Tetapi tid...

Masihkah Ia Kesalahan Seorang Bapa? 02.08.2022

Baru-baru ini khatib di masjid kami mengulas tentang kesalahan para bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama. Kaum bapa juga ditegur kerana tidak meneladani Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam dalam menyantuni remaja yang 'asi (melakukan maksiat). Banyak perkara baik yang saya ambil sebagai peringatan dan muhasabah diri.  Namun rumusan akhir khutbah meletakkan salah l...

Perisai Surah al-Hujurat di Zaman Tandas Wanita Bukan Lagi Hanya Untuk Wanita 25.07.2022

Firman Allah SWT:   يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ    Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu ada yang lelaki dan ada yang perempuan. Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku...

Sukarnya Budak Lelaki Menjadi Lelaki | The Boy Crisis - Episod 1 17.07.2022

Ulasan Buku The Boy Crisis - oleh Dr Warren Farrell, PhD Di dalam siri buku Aku Terima Nikahnya (2008-2010) dahulu, saya ada nukilkan kebimbangkan tentang sukarnya budak lelaki untuk berjaya menjadi lelaki, dan budak perempuan berjaya menjadi perempuan. Ia ekoran perubahan pendidikan, norma masyarakat, kekeluargaan dan cara hidup manusia pada masa tersebut.   Keadaannya menjadi semakin parah...

Kebapaan: Andai 'Ibrahim' Tanpa 'Ismail' 14.07.2022

Meneladani kisah Ibrahim 'alayhi al-salam di dalam surah al-Saffat ayat 102 di dalam Khutbah Aidiladha oleh Sheikh Hussain Halawa, Imam Islamic Cultural Centre Ireland (Masjid Clonskeagh), Dublin, pada pagi Sabtu, 9 Julai 2022 yang lalu. Semasa Ibrahim a.s. diuji oleh Allah dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s, baginda memperlihatkan sebuah teladan besar sebagai seorang bapa. Biar pun pe...

Apa Itu Wanita: Soalan Mudah Jadi Susah di Era Pasca Kebenaran 13.07.2022

Ulasan dokumentari dan buku Matt Walsh dengan tajuk " What is a Woman "

JD vs AH: Kesilapan Pada Membenci Apa Yang Suami Suka 27.06.2022

Support my work Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Dilabel Sebagai 'Wahabi' Ketika Mengkritik 'Wahabi' 27.06.2022

Selepas pulang ke tanahair pada tahun 2004, saya direzekikan oleh Allah Ta'ala untuk melintasi demografi Muslim dan Melayu di Kuala Lumpur yang berwarna warni.  Antara segmen yang memberi pengalaman dakwah baharu kepada saya adalah komuniti Melayu Muslim yang berbahasa Inggeris.  Engagement saya dengan segmen ini juga membuka ruang diskusi tentang masalah-masalah yang banyak mereka hadap...

Wahabi atau Ash'ari: Kita Bertanggungjawab Mengurus Kehidupan Hari ini, Bukan Semalam 27.06.2022

Tokoh yang sudah mati tetap sudah mati. Kita peduli dengan mereka adalah demi mengambil teladan daripadanya untuk kehidupan hari ini.   Kita tidak seharusnya mencakar dan merobek si mati, seolah-olah si mati yang telah mati, tetap mahu dibunuh dan dimatikan lagi, berkali-kali. وما فات فات ومن مات مات  “Apa yang telah pergi, telah pergi. Siapa yang telah mati, telah mati!”   Kit...

Musibah Label Wahabi Kepada Umat Islam 18.06.2022

Baru-baru ini, sahabat di tanahair memberitahu bahawa Prof Dr Basri Ibrahim al-Azhari hafizahullah ada menulis buku baharu beliau bertajuk Label dan Pelabelan Wahabi. Menariknya, di dalam bab keempat, ada satu topik berbunyi " Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ".  Selalunya seseorang itu dibincangkan mengenainya selepas beliau meninggal dunia. Tetapi Allah izinka...

Risiko Penyakit 'Ain di Era Foto dan Mata Meliar 07.06.2022

Penyakit 'ain itu benar.   Walaupun foto dan lukisan hari ini bukan lagi berkonotasi sembahan yang menjurus kepada syirik seperti suatu ketika dahulu, malah menjadi bahan kegunaan harian (pengenalan diri dan sebagainya), ia tetapi mempunyai impak kepada emosi primitif setiap manusia. Sama ada dengan melihatnya kita takjub dan menyukainya, atau cemburu dan hasad terhadapnya.  Kedua-duanya...

Pergolakan Ideologi di Sebalik Perbicaraan Kes Mahkamah JD vs AH 03.06.2022

Apabila peguambela Amber Heard, Elaine Bredehoft muncul di dalam talk show mengkritik keputusan juri di dalam kes perbicaraan JD vs AH, ia memperlihatkan sisi yang bertambah rumit mengenai pergolakan ideologi di belakang kes ini. Lebih malang, mereka yang tidak mengikut rapat proses mahkamah selama hampir 7 minggu itu, berisiko terseleweng pemahamannya disebabkan oleh dakwaan-dakwaan palsu beliau:...

Words Matter: Teladan Kes Johnny Depp vs Amber Heard 01.06.2022

Saya bukan 'team JD' atau 'team AH', bukan juga 'team lelaki' atau 'team perempuan'. Kita mesti berusaha untuk berpihak kepada apa yang benar, berpandukan cara mengenal kebenaran yang diajar oleh Tuhan. Walau apa pun keputusan mahkamah di Virginia, semoga 100% hujah, bukti dan analisis yang telah dibentangkan sepanjang 6-7 minggu lalu mampu mendidik kita semua pelajaran penting agar kita cermat me...

Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi 27.05.2022

Perbincangan hati ke hati antara ibu bapa dalam mendidik anak remaja semasa semua strategi tidak menjadi.   📌   Support my work   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Susahnya Seorang ADHD Dewasa Menguruskan Ibadat 25.05.2022

Tidak mudah untuk mengekalkan diri dalam keadaan ingat kepada Allah. Kita mudah lalai, lupa, dan lupa itu lupa kuasa dua bagi golongan ADHD seperti saya. Tidak mudah untuk bersyukur kepada Allah. Kita cenderung memberi fokus kepada benda-benda yang kita tidak ada, hingga tidak bersyukur dengan benda yang kita ada, yang sebenarnya sangat banyak. Apatah lagi fikiran negatif yang melampau adalah seba...

Kenapa Susah Untuk Rasa Bahagia di Zaman Ini? 22.05.2022

Dahulukala, dunia kita kecil. Perbandingan hanya antara kita dengan adik beradik, rakan sekelas dan kawan-kawan keliling rumah.    Tetapi di zaman internet, kita ada seluruh dunia untuk menjadi cermin perbandingan. Jalan untuk berasa damai dengan apa yang ada semakin susah.    Rawatannya, kita perlu kembali kepada asas SYUKUR, iaitu memberi fokus kepada apa yang kita ada, dan b...

Co-Rumination: Sokong Menyokong Jangan Pula Saling Memurungkan (ADHD Dewasa) 19.05.2022

Seseorang boleh melampau pada premis agama pada menanggap ADHD.  Seseorang juga boleh melampau pada premis sains hingga mengenepikan peranan agama dalam regulasi ADHD.   Seorang ADHD masih seorang mukallaf yang berjalan pada lisan dan perbuatannya, betul dan salah, dosa dan pahala.  Rukun iman yang dihayati melapangkan kehidupan untuk memegang hikmah daripada Allah atas ujian-ujian yang berlaku.  ...

Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah? 06.05.2022

Firman Allah SWT:   كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ  نَاصِيَةٍۢ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ   Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (daripada perbuatan buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka),Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah. (al-‘Alaq 96: 15-16)   Secara peribadi,...

Islam dan Isu Kesihatan Mental Menurut al-Quran dan Sunnah 27.04.2022

Walaupun perbincangan mengenai kesihatan mental semakin baik kebelakangan ini, reaksi daripada kita umat Islam masih tidak begitu menggalakkan. Sebahagian menganggap ia sebagai simptom kelemahan iman. Manakala sebahagian lain pula menafikan peranan intervensi sama ada dalam bentuk terapi mahu pun perubatan. Isu kesihatan mental dianggap sesetengah sebagai rekaan 'Barat'.  Islam telah menyedia...

Anak Remaja: Makin Cuba Gembira Makin Sukar Bahagia 23.04.2022

Usia belasan tahun adalah usia anak-anak belajar dan mengembangkan identiti diri serta hubungkaitnya dengan peranan mereka dalam kehidupan. Itu kata Erik Erikson di dalam teori psikososial yang terkenal itu.   Peringkat umur ini menjadikan remaja memberi fokus besar kepada dirinya, imej, serta bagaimana dia dilihat dan diungkap oleh kawan-kawan. Sudah tentu, ia menjadikan seseorang 'obses' de...

Demi Rahmat-Nya, Berehatlah (Kerana Syaitan Itu Tidak Berehat) 21.04.2022

Apabila setiap hari masyarakat kita melompat dari satu isu ke satu isu, resah ke satu resah, berehatlah. Berhenti sekejap. Malah tidur. Seperti tidurnya Ashab al-Kahf selepas berdoa memohon Rahmat Ilahi. Kerehatan dan tidur yang sebenarnya rahmat Allah.  Ketika melawan, menjawab, berdebat dan 'berjuang' (sebagai sangkaan) itu menjauhkan kita daripada Tuhan. Berehatlah sekejap. Sesungguhnya sy...

Majalah Additude Untuk ADHD Kita 15.04.2022

Doktor berpesan kepada saya, bahawa walaupun kita mahu dunia lebih memahami tentang ADHD dan isu-isu daerah neurodiversiti yang lain, kita tidak boleh memaksanya. Gunakanlah diagnosis untuk kegunaan diri sendiri pada menentukan apakah rawatan yang sesuai serta strategi yang boleh dibuat untuk meningkatkan fungsi seharian kita.   Apabila perubahan positif berlaku, biarkanlah perubahan itu yang...

Kenapa Allah Tuhan Kita? 12.04.2022

Allah Tuhan kita bukan sebab kita sembah Dia. Jika kita tidak sembah Dia pun, Dia tetap Tuhan kita.  Allah Tuhan kita sebab Dia Pencipta kita.  Kita sembah Dia kerana kita adalah ciptaan dan Dia adalah Pencipta kita.  Ini sangat penting untuk kita fahami sebab sesuatu bukan Tuhan semata-mata kerana kita sembah ia.  Jika sesuatu itu Tuhan kerana kita sembah dia, itu yang mudah m...

Pendidikan Anak Antara Semalam, Hari Ini dan Esok 11.04.2022

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita berkaitan dengan keibubapaan dan pendidikan anak-anak hari ini berisiko mendatangkan  kesan yang besar untuk masa hadapan.  Saya cuba sedaya upaya menekankan bahawa sistem, kurikulum, silibus tidak ‘maksum’. Ia mempunyai pelbagai isu termasuk berkaitan rekabentuk. Apa yang sempurna dan perlu dipelihara adalah fitrah anak-anak. Kejadian dirinya, perkemban...

Ibrahim: 'Seorang Umat Yang Setia Dengan Tuhannya 11.04.2022

KISAH NABI IBRAHIM A.S. SEBAGAI UMAT (SURAH AL-NAHL AYAT 120 - 121) إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ كَانَ أُمَّةًۭ قَانِتًۭا لِّلَّهِ حَنِيفًۭا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ١٢٠ Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); dia berserah diri kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang menyekutukan Tuhan. شَاكِرً...

Listen to the Hasrizal podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.