sinarharian

Sinar Harian

News EN ↓ Odcinki: 328

Sinar Harian podcast

Koniecznie odwiedź stronę podcastu i wesprzyj twórcę: sinarharian.podbean.com

Autor

sinarharian

Kategoria

News

Strona podcastu

sinarharian.podbean.com

Ostatni odcinek

1 lis 2026

Gdzie słuchać?

Podcasty w aplikacji Replaio Radio Już wkrótce

Podcasty trafią do aplikacji już wkrótce. Zainstaluj teraz i jako pierwszy zobacz nowe podejście do podcastów

Pobierz z Google Play Zainstaluj za darmo Android prawie 10 mln pobrań · ocena 4,8 iOS niedługo

Odcinki

Penganggur tidak mengaku khianat dengan api, rosakkan BMW 18.09.2026

Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di Air Itam di George Town pada Ogos lalu. Tertuduh, Ho Kun Quan, 22 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2 George Town pada Jumaat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796798/berita/semasa/penganggur-...

Polis tumpaskan Geng Mat Tok, selesai sembilan kes pecah rumah, curi kenderaan 17.09.2026

Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali ‘Geng Mat Tok’ dengan penahanan empat suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Sungai Petani sejak April lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tangkapan empat suspek pada 9 September lalu berjaya menyelesaikan sembilan kes khususnya di sekitar Taman Delima dan Arked di Su...

Penyelia pembersihan didakwa rompak, cederakan 4 lelaki Rohingya 17.09.2026

Penyelia pembersihan didakwa rompak, cederakan 4 lelaki Rohingya Seorang penyelia pembersihan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan rompakan dan mencederakan lelaki berketurunan Rohingya pada Ogos dan awal bulan ini. Tertuduh, Muhammad Haziq Mohd Rizar, 26, membuat pengakuan itu kesemua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, pada Khamis. Artikel: https:...

Jenaka paderi dan biarawati: 13 laporan diterima di Sabah - Polis 17.09.2026

Sebanyak 13 laporan polis diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah setakat tengah hari Khamis, susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, semua laporan berkenaan telah dirujuk kepada laporan polis awal yang dibuat di Kelana Jaya, Selangor. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/artic...

MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan 17.09.2026

MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September l...

206 bot berhias warnai Sungai Kerang sempena Hari Malaysia 16.09.2026

Suasana Jeti Sungai Kerang bertukar menjadi lautan warna-warni apabila 206 bot berhias memenuhi jeti dan perairan di kawasan itu sempena Pertandingan Bot Berhias Hari Malaysia 2026 peringkat Parlimen Bukit Gantang pada Rabu. Seawal pagi, ratusan peserta yang terdiri daripada nelayan tempatan bersama keluarga masing-masing sudah berada di jeti bagi menghias bot dengan pelbagai tema patriotik, darip...

Mayat dipercayai pemancing hilang ditemukan memakai jaket keselamatan, diikat pada tong 16.09.2026

Mayat dipercayai pemancing hilang ditemukan memakai jaket keselamatan, diikat pada tong Mayat dipercayai salah seorang daripada tiga pemancing yang masih hilang dalam insiden bot terbalik ditemukan di perairan Perak pada Rabu iaitu hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Rahimi Zainol berkata, mayat berkenaan ditemuka...

'Tak apa abang okey mama, orang Palestin lagi teruk' 16.09.2026

'Tak apa abang okey mama, orang Palestin lagi teruk'  “Tak apa abang okey mama. Orang Palestin teruk lagi daripada abang.” Itu luahan Muhammad Harraz Danial Mohamad Hairul Helmi, 10, kepada ibunya, Nurul Zakiah Mohd Suib, 37, selepas kehilangan kaki kanan akibat kemalangan di Jempol, Negeri Sembilan pada Februari tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Artikel: https://www.sinarh...

PRN Melaka boleh jadi medan ujian kerjasama UMNO-Pas - Sanusi 16.09.2026

PRN Melaka boleh jadi medan ujian kerjasama UMNO-Pas - Sanusi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berpandangan rundingan kerjasama politik akan menjadi lebih mudah sekiranya UMNO bersedia memberi ruang kepada Pas untuk bertanding beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. Menurut beliau, pendekatan itu bole...

Kali kedua lepas bebas, itu nasib saya – Muhyiddin 15.09.2026

Kali kedua lepas bebas, itu nasib saya – Muhyiddin “Itu nasib sayalah.” Demikian reaksi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana terpaksa ‘turun naik’ mahkamah sehingga berdepan dua keputusan yang membebaskannya daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan kes Jana Wibawa. Muhyiddin berharap, tiga lagi pertuduhan kes rasuah, akan memihak kepadanya. Artikel: https...

Pembinaan pusat data di Selangor bergantung syarat, kelulusan digariskan 15.09.2026

Pembinaan pusat data di Selangor bergantung syarat, kelulusan digariskan Setiap pembinaan pusat data di Selangor bergantung kepada syarat dan kelulusan yang digariskan pelbagai pihak dalam memastikan tiada gangguan bekalan air dan elektrik. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil sikap berjaga-jaga dalam memastikan perlindungan terhadap keperluan rakyat...

Sampah di Selangor cecah 8,000 tan sehari 15.09.2026

Sampah di Selangor cecah 8,000 tan sehari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata teknologi sisa kepada tenaga (WTE) adalah solusi terbaik dalam menangani isu sampah Selangor yang mencecah 8,000 tan sampah sehari. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #isusampah #AmirudinShari

Jangan biar politik identiti hancurkan cita-cita Malaysia - Amirudin 15.09.2026

Jangan biar politik identiti hancurkan cita-cita Malaysia - Amirudin Politik identiti dan prasangka semakin menebal hanya akan menghancurkan usaha membina Malaysia yang bersatu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbezaan identiti yang wujud dalam masyarakat termasuk agama, kumpulan dan generasi tidak seharusnya diperbesar sehingga mencetuskan kecurigaan serta menjejaskan...

Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta 15.09.2026

Selepas melalui perbicaraan kes Program Jana Wibawa, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Selasa daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan RM200 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan d...

Dua hari lalu dia minta kasut bola sepak - Bapa mangsa lemas 15.09.2026

“Dua hari lalu dia minta kasut bola sepak. Katanya nak guna untuk latihan dan bermain bola sepak.” Itu luahan dan antara kenangan terakhir yang bermain di fikiran Mohd Ashrofudin Ramdzon, 41, sebelum anaknya, Muhammad Arif Naufan, 8, pergi buat selama-lamanya dalam tragedi empat kanak-kanak lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim pada Isnin, lapor wartwan Sinar Harian, Wan Mohd Noor...

Sepak anak di tempat awam bukan urusan keluarga lagi 15.09.2026

Merak Jalanan naik darah melihat rakaman tular seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan di Telipot, Kota Bharu.  Perbuatan itu berlaku di hadapan orang ramai, seolah- olah tubuh kecil berkenaan tidak mempunyai maruah dan perasaan.  Audio: Dijana oleh AI  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796350/suara-sinar/pojok/sepak-anak-di-tempat-...

Bapa anak satu mengaku tidak bersalah cabul, aib kehormatan pekerja kedai serbaneka 15.09.2026

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan seorang pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Haziq Danial Zulkifli, 23 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796410/berita/semasa/ba...

Dua bekas banduan tidak serik, ditahan semula curi parcel, kabel 15.09.2026

Dua bekas banduan yang dibebaskan tiga tahun lalu, kembali aktif melakukan jenayah sebelum ditahan dalam Op Pintu Durai di Iskandar Puteri, pada 5 September lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya @ Yahaya berkata, kedua-dua suspek lelaki lelaki itu terlibat dalam 11 kes pecah rumah, samun stor peralatan kabel di sebuah pusat data dan mencuri bungkusan sejak...

Cerun runtuh: Laluan di KM263.6 PLUS disahkan selamat 14.09.2026

Laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora disahkan selamat digunakan selepas insiden gelongsoran tanah pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.  Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hasil pemantauan menyeluruh oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (...

Jamil Khir didakwa sebabkan TH lupus harta RM860.3 juta 14.09.2026

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan harta miliknya mencecah RM860,308,770.51 atau SAR766,062,237 (riyal Saudi), antara 2015 hingga 2017, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail dan Noor Azlida Alimin....

'Kapten Zainol Afiq disayangi ramai termasuk di pedalaman Sarawak' 14.09.2026

Bapa kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu melihat kehadiran ramai yang mengiringi perjalanan terakhir anaknya itu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Bagi Bee Sham Ahmad, 59, kehadiran begitu ramai individu yang datang ke pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban menjadi bukti anak keempat daripada 12 ber...

Jenazah Dr Ainul Baraah selamat dikebumikan 13.09.2026

Jenazah pegawai perubatan, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Pengkalan Chepa jam 2.20 petang pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid. Allahyarham Dr Ainul Baraah, 33, dikebumikan selepas selesai disolatkan di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa. Turut mengiringi jenazah di tanah perkuburan ialah Me...

Malaysia terajui penyelarasan peranti perubatan ASEAN 13.09.2026

Malaysia bakal memainkan peranan penting dalam usaha memudahkan akses kepada peranti perubatan berkualiti di rantau ini menerusi pelaksanaan Model Penyerahan Tunggal bagi kelulusan pra-pasaran peranti perubatan ASEAN. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, negara anggota ASEAN bersetuju secara prinsip menyokong pelaksanaan model berkenaan secara berfasa dengan Malaysia bertindak...

Lebih 70 kerusi diperlukan wakili 1/3 Dewan Rakyat - Bekas MP Sabah 13.09.2026

Lebih 70 kerusi diperlukan wakili 1/3 Dewan Rakyat - Bekas MP Sabah Lebih 70 kerusi Parlimen diperlukan untuk mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat sekiranya berdasarkan komposisi sedia ada ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berpandangan, jumlah itu bagaimanapun masih perlu diperincikan terut...

UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid 12.09.2026

UMNO akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga penghujung penggal pentadbiran selaras dengan resolusi yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian parti itu kekal jelas dan tidak bercanggah dengan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/79607...

Słuchaj podcastu Sinar Harian w Replaio

Radio i podcasty w jednej aplikacji - za darmo, bez zakładania konta. Zainstaluj już dziś i nie przegap premiery

Pobierz z Google Play

Replaio nie jest wydawcą podcastów; nazwy audycji, okładki i audio należą do ich autorów i są rozpowszechniane przez publiczne kanały RSS