sinarharian

Sinar Harian

News EN ↓ 326 episodios

Sinar Harian podcast

No dejes de visitar la web del podcast y apoyar a su creador: sinarharian.podbean.com

Autor

sinarharian

Categoría

News

Web del podcast

sinarharian.podbean.com

Último episodio

31 de oct. de 2026

¿Dónde escuchar?

Podcasts en la app Replaio Radio Muy pronto

Los podcasts llegarán muy pronto a la app. Instálala ahora y sé el primero en descubrir una forma totalmente nueva de vivir los podcasts

Descárgala en Google Play Instálala gratis Android casi 10 M de descargas · valoración de 4,8 iOS muy pronto

Episodios

Jangan peti-sejukkan Shuhaily 31.10.2026

Awang cuma berharap Tuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dipeti-sejukkan apabila kembali ke Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maklumlah, beliau ada kes dan dipertahankan pula oleh sembilan peguam. Beliau dulu dari PDRM, paling akhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sana. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802674/suara-sinar/awang-paku-serpih/janga...

Benih kerang tidak putus, potensi Perak jadi pusat pembiakan terbaik dunia 31.10.2026

Keupayaan menghasilkan benih kerang secara berterusan sejak 2018 meletakkan Perak pada landasan untuk menjadi antara pusat pembiakan kerang terbaik dunia. Lebih membanggakan, kejayaan penyelidikan yang dilaksanakan di perairan negeri ini bukan sahaja membolehkan bekalan benih kerang diperoleh sepanjang tahun, malah memendekkan tempoh penternakan kepada sekitar lima ke enam bulan bagi satu kitaran...

1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berkaitan dadah 29.10.2026

Seramai 1588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah setakat September 2026. Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, ia meningkat berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802443/berita/nasional/1588-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-berkaitan-dadah Copyright disclaimer: Segala penyunt...

KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah 29.10.2026

KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah Pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipertingkatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi pemeriksaan yang lebih menyeluruh terhadap penumpang dan bagasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berk...

5,681 kes buli direkodkan dalam tempoh lapan bulan – Fadhlina 28.10.2026

Sebanyak 5,681 kes salah laku buli direkodkan dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, peningkatan kes berkenaan perlu dilihat daripada beberapa sudut, termasuk peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa serta saksi untuk tampil membuat laporan. Artikel: https://www.sinarharian.com....

Kerajaan bayar RM42.5 bilion hutang, komitmen 1MDB - Amir Hamzah 28.10.2026

Kerajaan telah membayar sebanyak RM42.5 bilion bagi memenuhi hutang dan komitmen syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), setakat 31 Ogos lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, baki komitmen Sukuk Islam dan Nota Jangka Sederhana (MTN) yang dijamin kerajaan pula berjumlah RM8.9 bilion, merangkumi prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion sehing...

Makan semeja, tetapi masing-masing tinggal dunia berbeza 28.10.2026

Dulu, waktu makan ialah masa paling meriah dalam sesebuah keluarga. Ada yang bercerita tentang sekolah, berkongsi kisah di tempat kerja, malah ada juga yang bergaduh berebut lauk kegemaran.  Hari ini, suasananya mungkin berbeza. Ayah leka menatal telefon, ibu sibuk membalas mesej, anak-anak pula asyik menonton video.  Audio: Dijana oleh AI  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802239/su...

Premis perniagaan langgar undang- undang berdepan tindakan tegas - Kor Ming 27.10.2026

Premis perniagaan yang melanggar undang-undang termasuk memberi sewaan kepada pihak asing akan berdepan tindakan tegas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming. Beliau berkata, warga asing yang ingin menjalankan perniagaan perlu menubuhkan syarikat dan membuat permohonan untuk melabur, bukannya menyalahgunakan visa bagi menjalankan perniagaan tanpa kebenaran. Artikel: http...

Kes kematian Noorizwan: JSJ ambil alih siasatan 27.10.2026

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis, dengan satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan dikenal pasti sebagai asas siasatan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau baru menerima taklimat daripada polis berhubung kes berkenaan yang dibangkitkan ba...

Stor tersorok dalam ladang sawit jadi pusat pemindahan haram LPG subsidi 27.10.2026

Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam rupanya beroperasi secara haram dipercayai menjalankan pemindahan gas petroleum cecair (LPG). Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802157/berita/semasa/stor-terso...

Kematian dalam tahanan: Keluarga Noorizwan tuntut keadilan, desak tubuh segera IPCMC 27.10.2026

Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly menuntut keadilan berhubung kematian lelaki berusia 42 tahun itu ketika dalam tahanan polis, selain mendesak penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Adik Allahyarham, Nooranis, berkata pihak keluarga berharap ahli-ahli Parlimen dapat membawa serta membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat. Artikel: https://www.sinarharian.com....

Ini memang luar biasa zalim! - Anwar sangkal dakwaan kerajaan diskriminasi kawasan pembangkang 27.10.2026

Kerajaan Persekutuan tidak mendiskriminasi mana-mana kawasan Parlimen dalam pemberian peruntukan pembangunan, termasuk kawasan diwakili pembangkang. Memberi contoh Terengganu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, peruntukan Persekutuan kepada negeri diterajui pembangkang itu berjumlah RM8.23 bilion berbanding RM6 bilion pada tahun 2022. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/art...

Perlekeh calon muda, sampai bila politik dinosaur? 27.10.2026

Dalam politik, pelik juga perangai sesetengah orang. Bila bercakap tentang reformasi, bukan main bersemangat mahu mengubah negara. Tetapi apabila anak muda muncul sebagai calon, mulalah dipersoalkan usia, pengalaman dan kelayakan. Reformasi apa kalau mentaliti masih zaman batu? Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802096/suara-sinar/pojok/perlekeh-calon-muda-sampai-...

PRN Melaka: Popular di media sosial tak jamin sokongan di lapangan - Helmy 27.10.2026

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem tidak menganggap popularitinya di media sosial sebagai jaminan menang mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka itu berkata, jumlah tanda suka atau like di media sosial tidak semestinya mencerminkan sokongan pengundi ketika hari mengundi. Artikel: h...

Kisah 'KL bukan kita punya' 26.10.2026

Sepuluh tahun lalu, saya pernah turun ke Kuala Lumpur dengan satu misi. Bukan untuk menikmati keindahan ibu kota, bukan juga sekadar merakam gambar bangunan pencakar langit.  Sebaliknya, kami mahu melihat sendiri satu persoalan yang semakin bermain di fikiran, benarkah Kuala Lumpur masih mencerminkan wajah rakyat Malaysia?  Audio: Dijana oleh AI  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801...

Syarat simpanan RM15,000 haji selaras syor RCI - Zulkifli 26.10.2026

Penetapan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi menerima tawaran menunaikan haji adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menaikkan bayaran pendaftaran asas dan meningkatkan deposit kelayakan automatik mengikut kos semasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif menerusi Pelan Persediaan Haji Seruan Istito’ah itu bertujua...

Bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi seluruh negara, bukan Melaka sahaja – Anthony 26.10.2026

Bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi dan kereta sewa bukan hanya diberikan di Melaka, sebaliknya melibatkan golongan itu di seluruh negara. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tanggapan bahawa bantuan berkenaan hanya disalurkan di Melaka susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung adalah tidak tepat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801995/berita/n...

PRN Melaka: Bemban sukar dimenangi punca DAP tak letak calon 26.10.2026

Keputusan DAP tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat berdasarkan pertimbangan strategik parti itu yang melihat kerusi berkenaan sukar dimenangi. Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu yang menyaksikan DAP hanya men...

Akmal Saleh pertimbang rayuan kes saman Teresa Kok 26.10.2026

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertimbangkan sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadapnya. Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan barisan peguamnya bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes berkenaan. Art...

Penangan cinta terlarang nasi himpit dan lemang 26.10.2026

Dunia hari ini memang penuh kejutan. Kalau dulu kita sibuk dengan kisah cinta manusia, sekarang nasi himpit dengan lemang pun boleh jadi bahan drama. Dua hidangan yang selama ini duduk semeja ketika hari raya, tiba-tiba menjadi watak utama dalam drama cinta yang entah siapa pengarahnya. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801952/suara-sinar/pojok/penangan-cinta-ter...

Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN 26.10.2026

Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun. Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan...

Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak 26.10.2026

Permohonan representasi yang dikemukakan pihak peguam Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan kes pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang. Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam berkata, pihaknya telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara bagi menyampaikan fakta,...

Bersatu wajar hadir mesyuarat, jangan ambil peranan mahkamah - Annuar Musa 26.10.2026

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disarankan tidak mengambil peranan mahkamah dan mempersoalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam Ahad. Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat itu penting bagi membolehkan semua parti komponen dimaklumkan mengenai pelbagai agenda yang ditetapkan termasuk persiapan menjelang PRN Melaka. Artikel: https://www.sinarhari...

'Ada hati lagi ke Bersatu dengan PN?' - Ahmad Samsuri 26.10.2026

Kesediaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk terus bersama Perikatan Nasional (PN) menjadi perhatian susulan kemelut yang melanda gabungan itu. Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu menjadi persoalan ekoran perkembangan yang berlaku sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Ogos lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801934/ber...

PRN Melaka: Kemenangan BN lebih penting daripada pertikaian kerusi 25.10.2026

Barisan Nasional (BN) perlu mengutamakan usaha memenangi 21 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding mempertikaikan soal pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata sebarang perbezaan pandangan berhubung pemilihan calon dan agihan kerusi perlu diselesaikan menerusi perbincangan dalaman selaras dengan...

Escucha el podcast Sinar Harian en Replaio

Radio y podcasts en una sola app - gratis y sin registro. Instálala hoy y no te pierdas el estreno

Descárgala en Google Play

Replaio no es editor de podcasts; los nombres de los programas, las portadas y el audio pertenecen a sus autores y se distribuyen a través de canales RSS públicos