sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
Koniecznie odwiedź stronę podcastu i wesprzyj twórcę: sinarharian.podbean.com
Autor
sinarharian
Kategoria
Strona podcastu
Ostatni odcinek
31 paź 2026
Gdzie słuchać?
Podcasty w aplikacji Replaio Radio Już wkrótcePodcasty trafią do aplikacji już wkrótce. Zainstaluj teraz i jako pierwszy zobacz nowe podejście do podcastów
Odcinki
Tiga banduan didakwa bunuh, cedera rakan di Penjara Marang 20.10.2026 1:40
Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret Marang pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang pada Ogos lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta ter...
Palsukan cuti sakit: Dua wanita didenda RM3,000, penjara lima hari 20.10.2026 1:56
Dua wanita masing-masing didenda RM3,000 dan penjara lima hari di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, pada Selasa atas kesalahan memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit (MC) pada awal bulan ini. Hukuman ke atas Alia Mysarah Hairol, 23, dan Nurin Atiqah Kamalrudin, 22 dibuat Majistret Nur Najihah Hamidi selepas kedua-dua mereka mengaku salah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/80117...
Mafia korporat: Anwar bidas Rafizi, persoal mengapa tidak bersuara ketika jadi menteri 20.10.2026 1:46
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung isu jenayah korporat dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan. Beliau berkata, tindakan membetulkan sebarang salah laku perlu dilakukan ketika seseorang masih mempunyai kuasa, bukannya hanya bersuara selepas tidak lagi me...
Mafia korporat: Jika ada bukti, dedahkan tidak kira siapa - PM 20.10.2026 2:07
Kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan lengkap siasatan berhubung kegiatan itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801158/berita/nasional/mafia-korporat-laporan-siasatan-didedah-kepada-umum-dalam-tiga-bulan-...
Mafia korporat: RM37.53 bilion aset dirampas, RM28 bilion bayar hutang 1MDB – PM 20.10.2026 2:13
Sebanyak RM37.53 bilion nilai aset dirampas hasil tindakan penguatkuasaan negara dalam usaha membanteras kegiatan mafia korporat termasuk RM28 bilion daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan diteruskan menerusi siasatan serta pendakwaan jenayah dan sivi...
Jadilah kura-kura, bukan keldai 20.10.2026 4:24
Satu hari itu, sekitar pertengahan tahun 1990-an, ketika saya berjalan di Central Market, tiba-tiba ada seorang pemuda menegur saya dari belakang. Pelik juga, bagaimana ada orang boleh mengenal saya di tengah Kuala Lumpur. Bila saya berpaling, rupanya dia teman sekampung saya. "Pinjam aku duit sikit," katanya. Masa itu saya masih lagi pelajar universiti, yang hidup tentulah pokai juga. "Tak dap...
Krisis geopolitik Asia Barat punca utama lonjakan bil elektrik - PETRA 19.10.2026 2:27
Faktor utama kenaikan surcaj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) sehingga berlaku peningkatan ketara bil elektrik adalah disebabkan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula pada hujung Februari lalu. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, krisis berkenaan mendorong kenaikan harga bahan api seperti gas asli dan arang b...
Kehadiran gajah rosakkan tanaman, pekebun bimbang 16.10.2026 2:56
Pekebun di Rancangan Pertanian Berkelompok Ulu Chemor, Bukit Bangkong di Ipoh meluahkan kebimbangan selepas tanaman dan peralatan kebun mereka mengalami kerosakan akibat gangguan gajah liar sejak akhir September lalu. Kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali itu bukan sahaja memusnahkan tanaman buah-buahan malah merosakkan tangki air, kolam dan sistem paip yang digunakan untuk mengusahakan kebun b...
'Semasa jadi pembangkang dahulu, kita 'terpaling' suruh kerajaan jadi adil' 14.10.2026 1:01
Seorang ahli Parlimen kerajaan menggesa agar peruntukan sama rata diberikan kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti. Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, perkara itu perlu ditunaikan selari dengan prinsip yang dipegang ketika menjadi pembangkang sebelum ini. Artike: https://www.sinarharian.com.my/article/800452/berita/nasional/kita-perlu-berhenti-jadi-kerajaan-yang...
Tuan Ibrahim gesa batal syarat simpanan RM15,000 untuk haji 14.10.2026 3:08
Kerajaan diminta membatalkan syarat simpanan minimum RM15,000 kepada jemaah haji sebelum dibenarkan menunaikan ibadah itu, kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata syarat berkenaan perlu diteliti semula bagi memastikan TH terus berperanan memudahkan umat Islam menunaikan haji, bukannya menambah beban kewangan mereka....
Bantuan 'one-off' RM1,000: Apa reaksi pemandu teksi? 14.10.2026 3:13
Pemandu teksi antara yang bakal menerima bantuan kewangan secara 'one-off' sebanyak RM1,000 bermula Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Dzulkarnain Mohd Amin. Inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi. Pembayaran dapat dibuat lebih awal sebelum Belanjawan 2027 diluluskan kerana sumber kewangannya merupakan hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan khas siri 'H'...
Takiyuddin, Ram Karpal antara dilantik anggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen 14.10.2026 1:39
Dewan Rakyat pada Rabu bersetuju melantik empat ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pelantikan itu dipersetujui Jawatankuasa Pemilih pada 13 Oktober lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800408/berita/nasional/takiyuddin-ram-karpal-antar...
Paksa makan najis, dera kanak-kanak sampai mati: Bekas pemandu e-hailing dipenjara 8 tahun 6 bulan 14.10.2026 2:05
Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun enam bulan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Rabu, selepas mengaku bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor memeri...
Jerebu menyeksa jiran, kenyataan pula undang kemarahan 14.10.2026 2:09
Sudah berpuluh tahun isu jerebu rentas sempadan menghantui rantau ini tetapi kita masih terpaksa bercakap tentang perkara yang sama. Tiada apa yang berubah. Pembakaran hutan bagi tujuan pertanian masih berlaku di Indonesia saban tahun. Malaysia pernah berdepan episod jerebu teruk pada 1997, 2015, 2019 dan kini 2026. Malah, keadaan di Bahagian Serian, Sarawak pernah mencapai tahap serius sehingga d...
Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah 14.10.2026 1:03
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menyelar pihak yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas mengenai beliau berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM). Menurut beliau, sebarang perkara berbangkit atau tuduhan perlu disemak untuk mengetahui kebenaran bagi memberi keadilan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800395/berita/nasiona...
5 rakyat Malaysia ditahan seludup kokain: KDN dapatkan maklumat pihak berkuasa Jepun 14.10.2026 2:04
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan lima rakyat Malaysia disyaki cuba menyeludup dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan terkini kes terbabit akan dimaklumkan sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh. Artikel: https://www.sinarhari...
Jerebu: 'Tiru langkah Tun M, boikot syarikat pembakar hutan' - Syed Saddiq 13.10.2026 2:03
Rakyat digesa memboikot syarikat yang terlibat pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan dengan menggunakan kuasa membeli seperti pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu berdepan pertikaian dengan United Kingdom. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tindakan menggerakkan kuasa pengguna perlu menjadi sebahagian daripada usaha lebih tegas untuk menekan...
Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis 13.10.2026 1:10
Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat 72 kilogram (kg) pada September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama. Artikel: http...
'Akta Anti Lompat Parti aniaya ahli Parlimen digantung parti' – Ronald Kiandee 13.10.2026 1:52
Akta Anti Lompat Parti didakwa bukan sahaja gagal menghalang wakil rakyat bertukar sokongan politik, malah menganiaya ahli Parlimen yang digantung keahlian oleh parti sehingga menyukarkan mereka menentukan hala tuju politik sendiri. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, disebabkan itu kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan undang-undang berkenaan bagi memastikan ia tidak...
'Beliau boleh bercakap dan mahu makan' - Marina kongsi perkembangan Tun M 13.10.2026 2:11
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan perkembangan kesihatan positif apabila sudah boleh bercakap dan menyatakan keinginan untuk makan. Anak perempuannya, Datuk Marina Mahathir berkata, keadaan bapanya yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) itu semakin baik dan hampir kembali seperti biasa. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800291/berita/nasional/bel...
Pendaftaran pelarian dalam talian UNHCR punca masalah - Saifuddin 13.10.2026 1:57
Proses pendaftaran dalam talian untuk pelarian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) didakwa menjadi punca di sebalik kesukaran Malaysia menguruskan pelarian sedia ada di dalam negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, UNHCR ketika ini membuka permohonan pendaftaran sebagai pelarian secara dalam talian. Artikel: https://www...
Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah 13.10.2026 1:34
Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin. Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerk...
'Kalau lambat, mungkin budak itu mati’ 13.10.2026 1:00
“Saya fikir, kalau lambat 10 minit, mati budak itu," Demikian kata penduduk, Abdullah Md Noh,73, yang bertindak menghalau sekumpulan anjing liar menggunakan batu bagi menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang diserang haiwan berkenaan di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri pada Isnin. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800241/edisi/johor/kalau-lambat-m...
Pelarian Myanmar: Kerajaan sasar daftar 20,000 orang tahun depan - Saifuddin 13.10.2026 2:30
Kerajaan menyasarkan pendaftaran pelarian Myanmar menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tahun depan berbanding kira-kira 6,000 orang yang disasarkan tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sasaran bagi tahun ini merangkumi kira-kira 4,010 pelarian yang berada di depoh tahanan imigresen dan 2,000 lagi di luar depoh berkenaan. Artikel: https://www...
Pekerja terjejas akibat pelarasan gaji minimum layak tuntut elaun cari kerja 13.10.2026 2:22
Pekerja yang diberhentikan akibat penstrukturan semula syarikat bagi menyesuaikan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027 boleh menuntut faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), termasuk Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga enam bulan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, bantuan itu disediakan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan dilindungi SIP menampung ke...
Podobne podcasty
Replaio nie jest wydawcą podcastów; nazwy audycji, okładki i audio należą do ich autorów i są rozpowszechniane przez publiczne kanały RSS