sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
No dejes de visitar la web del podcast y apoyar a su creador: sinarharian.podbean.com
Autor
sinarharian
Categoría
Web del podcast
Último episodio
4 de nov. de 2026
¿Dónde escuchar?
Podcasts en la app Replaio Radio Muy prontoLos podcasts llegarán muy pronto a la app. Instálala ahora y sé el primero en descubrir una forma totalmente nueva de vivir los podcasts
Episodios
Pembinaan pusat data di Selangor bergantung syarat, kelulusan digariskan 15.09.2026 3:55
Pembinaan pusat data di Selangor bergantung syarat, kelulusan digariskan Setiap pembinaan pusat data di Selangor bergantung kepada syarat dan kelulusan yang digariskan pelbagai pihak dalam memastikan tiada gangguan bekalan air dan elektrik. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil sikap berjaga-jaga dalam memastikan perlindungan terhadap keperluan rakyat...
Sampah di Selangor cecah 8,000 tan sehari 15.09.2026 3:20
Sampah di Selangor cecah 8,000 tan sehari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata teknologi sisa kepada tenaga (WTE) adalah solusi terbaik dalam menangani isu sampah Selangor yang mencecah 8,000 tan sampah sehari. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #isusampah #AmirudinShari
Jangan biar politik identiti hancurkan cita-cita Malaysia - Amirudin 15.09.2026 2:25
Jangan biar politik identiti hancurkan cita-cita Malaysia - Amirudin Politik identiti dan prasangka semakin menebal hanya akan menghancurkan usaha membina Malaysia yang bersatu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbezaan identiti yang wujud dalam masyarakat termasuk agama, kumpulan dan generasi tidak seharusnya diperbesar sehingga mencetuskan kecurigaan serta menjejaskan...
Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta 15.09.2026 2:14
Selepas melalui perbicaraan kes Program Jana Wibawa, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Selasa daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan RM200 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan d...
Dua hari lalu dia minta kasut bola sepak - Bapa mangsa lemas 15.09.2026 1:59
“Dua hari lalu dia minta kasut bola sepak. Katanya nak guna untuk latihan dan bermain bola sepak.” Itu luahan dan antara kenangan terakhir yang bermain di fikiran Mohd Ashrofudin Ramdzon, 41, sebelum anaknya, Muhammad Arif Naufan, 8, pergi buat selama-lamanya dalam tragedi empat kanak-kanak lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim pada Isnin, lapor wartwan Sinar Harian, Wan Mohd Noor...
Sepak anak di tempat awam bukan urusan keluarga lagi 15.09.2026 2:20
Merak Jalanan naik darah melihat rakaman tular seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan di Telipot, Kota Bharu. Perbuatan itu berlaku di hadapan orang ramai, seolah- olah tubuh kecil berkenaan tidak mempunyai maruah dan perasaan. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796350/suara-sinar/pojok/sepak-anak-di-tempat-...
Bapa anak satu mengaku tidak bersalah cabul, aib kehormatan pekerja kedai serbaneka 15.09.2026 1:35
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan seorang pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Haziq Danial Zulkifli, 23 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796410/berita/semasa/ba...
Dua bekas banduan tidak serik, ditahan semula curi parcel, kabel 15.09.2026 1:36
Dua bekas banduan yang dibebaskan tiga tahun lalu, kembali aktif melakukan jenayah sebelum ditahan dalam Op Pintu Durai di Iskandar Puteri, pada 5 September lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya @ Yahaya berkata, kedua-dua suspek lelaki lelaki itu terlibat dalam 11 kes pecah rumah, samun stor peralatan kabel di sebuah pusat data dan mencuri bungkusan sejak...
Cerun runtuh: Laluan di KM263.6 PLUS disahkan selamat 14.09.2026 1:44
Laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora disahkan selamat digunakan selepas insiden gelongsoran tanah pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hasil pemantauan menyeluruh oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (...
Jamil Khir didakwa sebabkan TH lupus harta RM860.3 juta 14.09.2026 1:26
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan harta miliknya mencecah RM860,308,770.51 atau SAR766,062,237 (riyal Saudi), antara 2015 hingga 2017, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail dan Noor Azlida Alimin....
'Kapten Zainol Afiq disayangi ramai termasuk di pedalaman Sarawak' 14.09.2026 1:36
Bapa kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu melihat kehadiran ramai yang mengiringi perjalanan terakhir anaknya itu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Bagi Bee Sham Ahmad, 59, kehadiran begitu ramai individu yang datang ke pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban menjadi bukti anak keempat daripada 12 ber...
Jenazah Dr Ainul Baraah selamat dikebumikan 13.09.2026 1:13
Jenazah pegawai perubatan, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Pengkalan Chepa jam 2.20 petang pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid. Allahyarham Dr Ainul Baraah, 33, dikebumikan selepas selesai disolatkan di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa. Turut mengiringi jenazah di tanah perkuburan ialah Me...
Malaysia terajui penyelarasan peranti perubatan ASEAN 13.09.2026 1:57
Malaysia bakal memainkan peranan penting dalam usaha memudahkan akses kepada peranti perubatan berkualiti di rantau ini menerusi pelaksanaan Model Penyerahan Tunggal bagi kelulusan pra-pasaran peranti perubatan ASEAN. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, negara anggota ASEAN bersetuju secara prinsip menyokong pelaksanaan model berkenaan secara berfasa dengan Malaysia bertindak...
Lebih 70 kerusi diperlukan wakili 1/3 Dewan Rakyat - Bekas MP Sabah 13.09.2026 2:29
Lebih 70 kerusi diperlukan wakili 1/3 Dewan Rakyat - Bekas MP Sabah Lebih 70 kerusi Parlimen diperlukan untuk mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat sekiranya berdasarkan komposisi sedia ada ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berpandangan, jumlah itu bagaimanapun masih perlu diperincikan terut...
UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid 12.09.2026 1:04
UMNO akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga penghujung penggal pentadbiran selaras dengan resolusi yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian parti itu kekal jelas dan tidak bercanggah dengan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/79607...
'Yang di India pun nak tahu PAU' 12.09.2026 2:44
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir pihak yang tetap mengikuti perkembangan parti itu walaupun mempunyai kebencian terhadap UMNO. Beliau malah mendakwa, pihak yang berada di India juga mengambil tahu perkembangan PAU sehingga menyifatkan UMNO perlu belajar daripada guru. #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU
UMNO cabar rakan politik uji keikhlasan di Terengganu 12.09.2026 2:03
UMNO mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu dijadikan medan menguji keikhlasan rakan politik, khususnya dalam gabungan SG4 bagi untuk membuktikan sejauh mana komitmen terhadap kerjasama dan penyatuan ummah Melayu. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pilihan raya di salah satu negeri SG4 itu penting bagi melihat sama ada kerjasama yang dijalin benar-benar berasaskan...
UMNO cabar kerajaan keluarkan BN secara rasmi, buat undi tidak percaya 12.09.2026 3:36
UMNO mencabar Kerajaan Perpaduan supaya mengeluarkan Barisan Nasional (BN) secara rasmi daripada kerajaan jika benar parti itu tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tersebut perlu dibuat secara terbuka dan mengikut proses demokrasi, termasuk mengadakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan benar-benar beran...
AUKU: Semua pihak termasuk pelajar terlibat dalam perbincangan - Zambry 12.09.2026 2:14
Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan semua kumpulan berkepentingan bagi memastikan tiada pihak tertinggal dalam usaha mewujudkan akta baharu yang komprehensif bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Akta 30). Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beberapa siri pertemuan telah diadakan bersama pelbagai pihak termasuk golongan akadem...
UMNO mahu 'Kerajaan Perpaduan', bukan 'Kerajaan Madani' - Asyraf Wajdi 12.09.2026 1:47
UMNO mahu pentadbiran negara kekal dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, selaras dengan perjanjian asal pembentukan kerajaan yang dipersetujui dalam Perkara 18. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penggunaan gagasan Malaysia Madani sebagai wawasan atau 'war cry' tidak menjadi persoalan, namun penonjolan istilah 'Kerajaan Madani’ berbanding Kerajaan Perpaduan dilihat...
PRU16: UMNO cenderung runding dengan Pas, bukan PN - Asyraf Wajdi 12.09.2026 1:42
UMNO memberi indikasi lebih cenderung mengadakan rundingan secara terus dengan Pas berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu antara perkara yang dapat dilihat menerusi perbahasan dan pandangan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026. Artikel: https://www.sinarharian.co...
PAU 2026: UMNO Kelantan mohon maaf pernah gelar pemimpin Pas ‘tiga jahanam’ 12.09.2026 2:45
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara terbuka memohon maaf kepada Pas kerana pernah menggelarkan pimpinan tertentu dalam parti itu sebagai ‘tiga jahanam’. Permohonan itu dibuat beliau yang juga jurucakap Kelantan ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/a...
Lebih tiga tahun, sudah ada ‘mood’ adakan pilihan raya - Tok Mat 12.09.2026 0:45
Selepas tempoh pemerintahan melepasi tiga tahun, lazimnya sudah wujud ‘mood’ untuk mengadakan pilihan raya. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti politik sentiasa mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796009/berita/politik/lebih-tiga-tahun-sudah-ada-mood-adakan-pilihan-raya---tok-mat Copyright disclaimer: Segala pe...
Banjir Nepal: Pasukan SMART dijangka pulang hari ini atau esok 12.09.2026 2:35
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka pulang ke Malaysia sama ada Sabtu atau Ahad selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Nepal. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan seterusnya akan ditentukan selepas laporan dan penilaian dibuat oleh SMART dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Artikel: htt...
Banjir Nepal: Malaysia runding bawa sampel DNA mangsa ke Kuala Lumpur 12.09.2026 1:45
Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Nepal bagi membolehkan sampel DNA mangsa yang ditemukan dalam bencana banjir dan tanah runtuh di negara berkenaan dihantar ke Kuala Lumpur. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu bagi memudahkan proses pengecaman dan padanan DNA mangsa dengan ahli keluarga terdekat di Malaysia. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795996/ber...
Podcasts similares
Replaio no es editor de podcasts; los nombres de los programas, las portadas y el audio pertenecen a sus autores y se distribuyen a través de canales RSS públicos