Berita Harian
No Tapis
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Обов'язково відвідайте сайт подкасту та підтримайте його автора: www.beritaharian.sg
Де слухати?
Подкасти в застосунку Replaio Radio Уже незабаромПодкасти незабаром з'являться в застосунку. Встановіть уже зараз і першими побачте зовсім новий погляд на подкасти
Епізоди
Episod 486 NoTapis - Sukan pecah tulang?! Kisah atlet S’pura di World Nomad Games 16.10.2026 1:05:13
Pernah dengar sukan pecah tulang kambing atau gusti atas kuda? Dalam episod NoTapis kali ini, kita menyelami dunia sukan tradisional yang mungkin jarang mendapat perhatian di Singapura. Bersama tiga wakil Singapura ke Sukan Nomadik Dunia 2026 di Kyrgyzstan atlet memanah Encik Muhammad Sufi Rohaizad dan Cik Noor Zayanah Hamis, serta atlet ‘strongman’, Encik Ahmad Taufiq Muha...
Bukan Melayu tapi cinta Bahasa Melayu 09.10.2026 45:18
Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa memahami maknanya, hingga menjadi fasih berbahasa Melayu selepas latihan intensif selama empat bulan. Beliau mendedahkan cabaran yang dihadapi, pengalaman bertugas seba...
Episod 485 NoTapis - POV Si Cilik 02.10.2026 10:57
Sempena Hari Kanak-Kanak, NoTapis dan OMGxBH menyerahkan mikrofon kepada si cilik untuk menjawab persoalan ‘besar’ yang biasanya dibincangkan orang dewasa. Dalam episod khas ini, tiga kanak-kanak Elliya Sophia Mohammad Sofian, Eilshan Shakil Mohammad Sofian dan Zara Sofia Muhd Syahrul, berkongsi pandangan mereka tentang mempunyai adik, dan kehidupan dalam keluarga yang lebih besar, pen...
Episod 484 (BHGN 2) - Jangan biar bahasa Melayu jadi bahasa ‘order’ makan saja 02.10.2026 48:16
Selepas habis sekolah, masihkah kita gunakan Bahasa Melayu? Atau adakah Bahasa Melayu akhirnya hanya digunakan untuk berbual dengan keluarga, pesan makanan dan dalam situasi tertentu sahaja? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan mengapa penggunaan Bahasa Melayu semakin berkurangan selepas alam persekolahan. Kami j...
Episod 483 (BHGN 1) - “Saya tak bual Melayu pasal bahasa Melayu saya tak bagus…” 25.09.2026 37:58
“Bahasa Melayu saya tak bagus.” Tapi betulkah kita tak berbahasa Melayu kerana “Melayu tak bagus” atau kerana tak nak cuba? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan kedudukan Bahasa Melayu dalam masyarakat Singapura hari ini. Daripada ‘berbual rojak’ dan rasa takut ters...
Notapis Live: Bahaya ‘grooming’ dan apa ‘red flags’ ibu bapa perlu perhatikan? 18.09.2026 1:20:32
Masa kecil dulu kita sering diingatkan: ‘stranger danger’! Tapi bila orang yang kita kenali sendiri yang berbahaya untuk anak-anak kita, macam mana? Dalam episod khas NoTapis Live x Dunia Anak (DNA) ini, hos NoTapisNatasha Mustafa dan Koresponden Nur Dhuha Esoof membincangkan isu ‘grooming’ dan keselamatan kanak-kanak bersama Pakar Psikologi Klinikal Kanan dan Pengasas ImPo...
Episod 482 NoTapis - “Bila anak saya bunuh diri…” 14.09.2026 1:12:14
⚠️ Amaran kandungan sensitif: Episod ini mengandungi perbincangan mengenai isu kesihatan mental, tekanan emosi dan bunuh diri. Selepas bergelut dengan masalah kemurungan sejak remaja, anak Cik Mariam (bukan nama sebenar) memutuskan untuk bunuh diri pada 2023. Dalam episod NoTapis ini, Cik Mariam berkongsi perjalanan sebagai seorang ibu dan penjaga, kesan kehilangan terhadap keluarganya serta...
Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa? 04.09.2026 17:57
Slanga seperti “mantul”, bahasa singkatan dan istilah baharu semakin menjadi sebahagian daripada cara golongan muda berkomunikasi. Tetapi adakah perubahan ini membantu Bahasa Melayu kekal relevan, atau perlahan-lahan menghakis keaslian bahasa kita? Dalam episod ini, pelajar Raffles Institution (RI) membawa pendengar menyelami isu penggunaan bahasa dalam kalangan belia menerusi kisah fi...
Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita? 28.08.2026 15:34
Kalau bukan kita yang pelihara identiti Melayu, siapa lagi? Cukup ke sekadar dengar lagu Melayu atau pakai baju kurung untuk kekalkan warisan kita? Dalam episod ini hos dari Madrasah Alsagoff bincangkan cabaran sebenar yang dihadapi generasi muda hari ini - daripada isu penggunaan bahasa Melayu hingga ke usaha kekalkan adab dan nilai Melayu. Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelaja...
Episod 479: Siri Piala Podcast: Permainan tradisional - ‘cringe’ ke ‘cool’? 21.08.2026 18:56
Adakah permainan tradisional seperti congkak dan capteh masih relevan atau sekadar simbol warisan yang ‘cringe’ bagi generasi muda? Dalam episod ini, hos dari Maktab Rendah Anderson Serangoon membawakan perdebatan sengit antara impak permainan digital moden dengan kepentingan mempertahankan nilai warisan dan identiti budaya Melayu di Singapura. Episod ini merupakan hasil karya pelajar...
Episod 478 NoTapis - Kenapa ramai tak tahu ‘humanitarian work’ sebenarnya mula di S’pura? 14.08.2026 37:10
Kenapa ramai rasa kerja kemanusiaan hanya boleh dilakukan di luar negara? Bila sebut tentang kerja kemanusiaan, ramai mungkin bayangkan misi bantuan di kawasan perang, bencana alam atau krisis di luar negara. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang memerlukan bantuan di depan mata kita sendiri? Dalam episod NoTapis kali ini, dua kakitangan Palang Merah Singapura, Muhammad Daniel Samu...
Episode 477 NoTapis - Belia Singapura yakin masa depan negara, tapi bimbang nasib sendiri? 07.08.2026 53:47
Ramai belia yakin Singapura mempunyai masa depan yang cerah. Namun apabila bercakap tentang kerjaya, kos sara hidup, kecerdasan buatan (AI), pemilikan rumah dan peluang untuk berkembang, adakah mereka masih yakin dengan masa depan sendiri? Sempena Hari Kebangsaan, NoTapis menghimpunkan empat anak muda daripada latar belakang berbeza untuk berbincang secara terbuka tentang cabaran yang dihadapi gen...
Episod 476 NoTapis - “Buat apa masuk dikir? Bukannya boleh buat duit..” Masuk bidang seni=tak ada masa depan? 31.07.2026 50:17
"Boleh cari makan ke kalau main Dikir Barat?" Seni boleh dijadikan kerjaya atau semakin dilihat sebagai ‘buang masa’? Atau mungkin dalam era AI sekarang, kreativiti dan budaya semakin penting dan bernilai? Episod NoTapis kali ini diadakan di Taman Warisan secara langsung dan kita dapatkan pandangan penonton juga kali ini selain empat panelis: Pengarah Eksekutif Persatuan Persurat...
Episod 475 NoTapis - Dari rumah sewa ke rumah sendiri: "Tak ada gaji tetap, masih boleh beli HDB?" 24.07.2026 48:31
“Kalau dah tinggal di rumah rumah sewa…memang terus kekal lah di situ..” Betul ke? Ramai anggap rumah sendiri hanya untuk mereka yang ada pekerjaan tetap dan kewangan yang kukuh. Tapi kalau ‘freelance’ bagaimana pula? Masih ada ‘chance’? Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan Cik Noor Aini Jani dan Encik Muhammad Waliyuddin kongsi perjalanan...
Episod 474 NoTapis - Peguam muda senang ‘burnout’? Atau sistem guaman dah rosak? 17.07.2026 1:09:04
Kenapa semakin ramai peguam muda di Singapura pilih untuk tinggalkan bidang guaman? Adakah disebabkan ‘burnout’, waktu kerja yang terlalu lama, atau sistem itu sendiri yang perlu diubah? Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbincang bersama Pengarah Urusan, Crescent Law Chambers LLC; Peguam Kanan, Titanium Law Chamber LLC dan Lulusan bidang undang-undang, Universiti Nasional Singapura...
Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah? 10.07.2026 56:23
Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi? Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan...
Episod 472 NoTapis - Rahsia di sebalik pertahanan S’pura: Bukan jet canggih, bukan pangkat tinggi tapi… 01.07.2026 46:56
Teknologi canggih boleh dibeli, tetapi semangat dan kesiapsiagaan untuk mempertahan Singapura tidak boleh dijual beli. Apabila bercakap soal pertahanan negara, biasanya orang akan fikir tentang jet pejuang, kapal selam mahupun teknologi yang canggih. Namun, adakah semua itu mencukupi untuk menjamin keselamatan sebuah negara sekecil Singapura? Dalam episod podcast No Tapis sempena Hari Angkat...
Episod 471 NoTapis - Anak terlebih 'screen time': Salah ibu bapa? 26.06.2026 47:48
"Bagi gajet sebab nak anak diam..." Pernah tak anda buat macam ini? Ramai ibu bapa terperangkap dalam tabiat ini tanpa menyedari kesan jangka panjangnya. Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan 'content creator' The Perfect Duo SG (Amirul Afif & Sri Nur Rafiqah) berkongsi detik cemas apabila anak-anak mereka mula tiru bahasa dan tingkah laku negatif daripada kandungan dalam talian. Turut bersa...
Episod 470 NoTapis - Tak pernah ada anak, tiba-tiba jadi ayah “instant”? 19.06.2026 35:59
Apa yang menjadikan seseorang itu seorang ayah? Adakah ia pertalian darah atau kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari? Dalam episod NoTapis khas sempena Hari Bapa ini, Encik Idid Hazalee Hamid berkongsi bagaimana beliau menjadi ayah “instant" kepada tiga anak lelaki remaja selepas berkahwin dengan isterinya, Cik Norlindah Mohd Ali Marekan. Daripada pertemuan pertama yang penuh debaran seh...
Episod 469 NoTapis - “Orang yang saya tak kenal selamatkan nyawa saya…” 15.06.2026 34:50
Pada usia sembilan tahun, Falisha Zafilin disahkan menghidap penyakit kronik, Primary Sclerosing Cholangitis (PSC), sejenis penyakit hati kronik yang jarang berlaku dan tidak diketahui puncanya dan perlu menjalani pelbagai rawatan termasuk transfusi darah dan pemindahan hati. Dalam episod NoTapis kali ini, Falisha berkongsi perjalanan hidupnya — daripada zaman kanak-kanak yang banyak dihabis...
Episod 468 NoTapis - “Nak ada anak, atau tak…” 05.06.2026 54:12
***Amaran kandungan sensitif***: Podcast ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan dan tekanan emosi. Pendengar dinasihatkan untuk dengar dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan. Mempunyai anak sering dianggap langkah semula jadi selepas berkahwin, tetapi bagaimana ji...
Episod 467 NoTapis - Kalau si pembuli ‘bangga’ lepas didenda, masih berkesan ke hukuman? 29.05.2026 48:32
Dalam episod NoTapis kali ini, kita membongkar realiti sebenar kes buli di sekolah serta perbahasan di sebalik rangka kerja disiplin baharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang bakal dilaksanakan pada 2027. Kita menjemput Encik Muhammad Aizzuddin Maulud, seorang bapa yang berkongsi detik luluh hatinya apabila mendapati anaknya yang sebelum ini ceria, tiba-tiba berubah menjadi murung dan enggan...
Episod 466 NoTapis - Diburu ‘ah long’, diisytihar ‘bankrupt’...bekas penghutang buka cerita 22.05.2026 59:26
Detik cemas disimbah cat di rumah, gangguan panggilan telefon tanpa henti, serta pelbagai surat mahkamah sehingga barang disita - jadi realiti yang terpaksa dihadapi apabila bebanan hutang tak lagi mampu ditanggung. Bekas penghutang, Siti Masturah Ramlan dan Kak Sim (bukan nama sebenar), kongsi pengalaman mereka melalui krisis kewangan sehinggalah berjaya bangkit semula bina kehidupan hasil bimbin...
Episod 465 NoTapis - Cabaran ibadah haji yang ramai tak tahu…seperti sukan ekstrem? 15.05.2026 46:16
Adakah anda benar-benar bersedia menyahut seruan ilahi ke Tanah Suci? Apa tips persediaan haji secara fizikal? Kali ini, penerbit Cik Natasha Mustafa membongkar satu topik yang sering dipandang remeh oleh bakal jemaah: Persediaan fFizikal. Kita selalu sibuk kursus haji dan hantar barang, tapi adakah jantung dan kaki kita cukup kuat untuk berjalan berbatu-batu di bawah terik matahari le...
Episod 464 NoTapis - Kisah Hari Ibu: Bila anak yang pergi dulu... 08.05.2026 56:55
Gelaran ‘ibu’ dianggap sebagai anugerah, namun ia datang dengan ujian air mata, kesabaran dan cabaran penantian tersendiri. Dalam episod khas Hari Ibu ini, NoTapis membawakan dua kisah yang sangat berbeza… tetapi kedua-duanya dipenuhi kasih sayang, pengorbanan dan kehilangan. Cik Nur Wahida Azman telah menanti hampir 10 tahun untuk bergelar ibu. Selepas pelbagai tekanan, rawatan...
Схожі подкасти
Replaio не є видавцем подкастів; назви шоу, обкладинки та аудіо належать їхнім авторам і поширюються через публічні RSS-канали