Zan Sofiyan
Seminit Sebelum Meninggal
Bayangkan kita meninggal dunia dan apa yang ditinggalkan di alam maya adalah bahan-bahan yang memberi dosa yang berpanjangan? Maka, bertahun-tahun telah berlalu, pesanan² yang berterusan dihasilkan. Seandainya saya meninggal dunia, inilah kata-kata seminit setiap hari. Apakah kata-kata terakhir saya sebelum saya meninggal dunia? Semoga menghasilkan pahala yang berterusan, walaupun saya berada di alam barzakh kelak.ان شاء الله
Be sure to visit the podcast's website and support the creator: podcasters.spotify.com
Author
Zan Sofiyan
Category
Podcast website
Latest episode
Jul 27, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Walaupun IbuBapa kita tidak suka dengan penghijrahan kita, kita tetap perlu berbaik dengan IbuBapa kita. 27.07.2026 1:00
Walaupun IbuBapa kita tidak suka dengan penghijrahan kita, kita tetap perlu berbaik-baik dengan mereka. Berdoalah.
Gunakan kisah² silam & pengalaman pahit kita sebagai satu iktibar untuk kita menjadi lebih bertaqwa. 27.07.2026 1:00
Apa yang telah terjadi, telah terjadi. Yang pasti, kita masih ada peluang untuk berubah menjadi lebih soleh & bertaqwa.
Manusia itu mudah lupa & sentiasa memerlukan peringatan. Maka bersyukurlah kita sering mendapat nasihat. 27.07.2026 1:00
Kita semua memerlukan peringatan. Namun jangan minta malaikat untuk menyampaikan, seperti diminta golongan kufur yang dikisahkan.
Belajar agama ini menundukkan ego kita kerana kita akan sedar betapa banyaknya yang kita tidak tahu. 27.07.2026 1:00
Rendahkan hati kita agar kita mudah menambah ilmu agama dengan sentiasa merasa diri tidak tahu & ingin belajar.
Sentiasa bersyukur Allah memilih kita untuk menjadi hamba yang beriman. Iman itu nikmat yang terbesar. 24.05.2026 1:00
Redha Allah sebagai Rabb, Nabi Muhammad ﷺ sebagai Rasulullah, Islam sebagai agama kita. Bersyukurlah kita beriman.
Kawan² yang baik, akan mengajak kepada kebaikan. Maka pilihlah kawan² kita yang akan berkumpul bersama di syurga nanti. 18.05.2026 1:00
Carilah kawan yang suka mengajak kepada kebaikan. Jauhi orang yang pengaruhi kita untuk berbuat dosa & kejahatan.
Allah memberi hidayah kepada siapa sahaja yang Allah kehendaki. Syukurlah Allah memilih kita semua. 18.05.2026 1:00
Bila Allah inging memberi kita hidayah, pelbagai cara kita boleh menerimanya. Syukurlah kita golongan yang beriman.
Dalam keadaan kita senang, kita mungkin mudah terlupa janji² kita semasa kita susah. Bertaqwalah dalam apa keadaan sekalipun. 18.05.2026 1:00
Ketika kita sihat, kita harus renung kembali ketika kita sakit dahulu, merayu kepada Allah memohon keampunan.
Bila kita berulang-ulang kali jatuh sakit, usah mengeluh. Peringatan & peluang untuk kita merendahkan hati kita harus kita rebut. 18.05.2026 0:59
Sakit itu merupakan peringatan tentang kelemahan kita sebagai manusia. Ketika sakitlah kita mudah melentur kesombongan kita.
Sibukan diri kita dengan persiapan akhirat dengan perancangan bekalan buat akhirat kita sendiri. 18.05.2026 0:59
Berusahalah agar kita dapat pahala yang berterusan dengan ilmu, amal, sedekah & anak² yang soleh sentiasa mendoakan kita.
Ilmu & amal akan membuat kita takut berdosa & suka mencari pahala. Jangan tergendala tumpuan kita. 18.05.2026 0:59
Bayangkan orang ajak gaduh itu “istimewa” & tidak ada dosa disisi Allah, tetapi kita pula berdosa kerana kita lawan kembali?
Kita juga mengenali Islam kerana Allah memberi hidayahNya melalui penyampaian orang lain kepada kita. 18.05.2026 0:59
Nasihat itu bukan sekadar kata² baik yang disampaikan. Namun pemberian kebaikan buat orang lain seperti yang kita inginkan.
Apa gunanya jika semua orang suka kita tetapi Allah murka dengan kita? Rebutlah peluang mendapatkan kasih sayang Allah semata-mata. 18.05.2026 0:59
Mendapatkan kasih sayang & keredhaan Allah itu lebih berharga berbanding disanjungi manusia seluruh dunia ini.
Jangan patah semangat & teruskan memperbaiki diri, mengajak kepada kebaikan. Istiqamahlah. 18.05.2026 1:00
Nak ikut perintah² Allah memang lebih susah daripada melanggarnya. Namun abaikan kata² pematah semangat & terus berhijrah.
Mustahil kita tidak ada kekurangan diri. Namun yang pasti, kita masih ada masa untuk memperbaiki diri kita sebelum meninggal. 18.05.2026 1:00
Jika kita sedar kita tidak ada banyak masa lagi, kita akan gunakan setiap peluang yang ada untuk memperbaiki amal ibadah kita.
Mustahil kita boleh belajar jika kita sombong. Rendahkan hati & kita akan mudah berubah untuk menjadi soleh. 08.05.2026 1:00
Langkah pertama untuk berubah adalah untuk merendah hati & buang ego kita. Sedarilah kita hanya hamba kepada Allah.
Orang muda yang lalai itu lumrah kerana sangkaan masih banyak masa lagi untuk bertaubat di masa tua kelak. 08.05.2026 1:00
Bila kita melihat anak mudah yang soleh, doalah keberkatannya. Bila melihat orang tua yang kufur, doakan hidayah buatnya.
Semakin berusia, seharusnya kita semakin berilmu & dapat membezakan antara yang ma’ruf & mungkar. 08.05.2026 1:00
Kalau kita semakin berusia, tetapi kita tidak menimba ilmu agama, kita akan kekal seperti anak kecil yang tidak matang.
Batu api itu adalah sifat yang tercela. Permusuhan antara darah daging sering terjadi kerana orang luar. Berdoalah agar kita tidak menjadi orang yang jahat. 07.05.2026 0:59
Tinggalkan orang yang ajak mengumpat & menghasut kita untuk bermusuhan, apatahlagi dengan darah daging kita sendiri.
Orang yang jujur ikhlas melakukan sesuatu untuk Allah, tidak akan terjejas bila orang lain tidak menghargainya. 07.05.2026 0:59
Kerana kita tidak ikhlas melakukan sesuatu untuk Allah lah, kita mudah tersinggung bila orang kutuk kita atau tidak menghargainya.
Bergantung kepada manusia pasti akan mengecewakan diri kita sendiri. Berharaplah sepenuhnya kepada Allah. 07.05.2026 1:00
Orang yang kita harapkan mudah mungkir janji, khianat & mengecewakan. Namun Allah tidak memungkiri janji. Tawakkal lah.
Kalau tak jatuh, mana mungkin kita tahu sakit. Ujian Allah adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Syukurlah ujian² kita mudah ditempuhi. 07.05.2026 0:59
Dengan pelbagai dugaan & cabaranlah, kita mudah rendah hati & sedar diri bahawa kita hanyalah hamba, bergantung kepada Allah.
Bila dibuang kerja, kerisauan kita tentang sumber pendapatan bermula. Namun kita juga akan mula mencari Allah. 07.05.2026 0:59
Bila dibuang kerja & kemudian kita menjadi semakin soleh & bertaqwa, yakin rezeki ditentukan Allah, perlu kita syukuri.
Manusia itu lemah & penyakit itu lumrah. Jangan mengeluh, malah gunakan masa yang ada untuk bertaubat kepadaNya. 07.05.2026 1:00
Apa sahaja penyakit yang kita ada, seharusnya melentur jiwa kita untuk rendah hati & mengaku kelemahan² diri. Insaflah.
Kita semuanya pasti ada masalah. Dugaan kita tentunya juga kita mampu mengharunginya. Mengadulah kepada Allah. 07.05.2026 1:00
Tidak semua orang menceritakan masalah² mereka. Percayalah. Allah tetap akan memberi kemudahan dalam kesusahan² kita.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.