Zan Sofiyan

Seminit Sebelum Meninggal

Religion MS ↓ 51 episodes

Bayangkan kita meninggal dunia dan apa yang ditinggalkan di alam maya adalah bahan-bahan yang memberi dosa yang berpanjangan? Maka, bertahun-tahun telah berlalu, pesanan² yang berterusan dihasilkan. Seandainya saya meninggal dunia, inilah kata-kata seminit setiap hari. Apakah kata-kata terakhir saya sebelum saya meninggal dunia? Semoga menghasilkan pahala yang berterusan, walaupun saya berada di alam barzakh kelak.ان شاء الله

Author

Zan Sofiyan

Category

Religion

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

May 24, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Setiap rakaat dalam solat kita, dibaca surah al-Fatihah. Kita mengiktiraf keesaan Allah ﷻ. Tadaburilah. 27.04.2026

Surah al-Fatihah menjadikan kita melafazkan pada setiap rakaat tentang pengesaan Allah & hubungan kita dengan Allah.

Jangan tunggu ada ustaz baru kita ingin beribadah. Kita tidak memerlukan orang tengah untuk beramal soleh. 27.04.2026

Agama Islam ini tidak memerlukan orang tengah untuk kita mengabdikan diri kepadaNya. Jangan bergantung kepada sesiapa untuk beribadah.

Bila kita jujur ingin bertaubat, kita juga perlu tinggalkan perbuatan² & amalan² syirik untuk mentauhidkan Allah. 27.04.2026

Mustahil kita dapat berhijrah & mentauhidkan Allah jika kita masih melakukan kesyirikan. Jujurlah dalam taubat kita.

Bila kita kefahaman tauhid kita kukuh, kita akan mudah menimba ilmu & bertambah keimanan kita. 27.04.2026

Kukuhkan kefahmaan kita dengan kembali memperbaiki ilmu tauhid kita. Lihatlah kesannya terhadap amal soleh kita.

Bertaubat perlu menyesal, mengaku, beristigfar & hentikan dosa². Bukan pula mulakan dengan belajar membaca. 27.04.2026

Orang yang ingin bertaubat mudah patah semangat jika dipaksa memulakan hijrahnya dengan belajar membaca al-Quran.

Jika kita tidak faham tentang tauhid, kita tidak mudah mentaati perintah² Allah. Malah kita akan mengunakan akal & perasaan semata-mata. 27.04.2026

Bila kita sudah yakin tentang pengesaan terhadap Allah, kita akan mudah taat & patuh kepada perintah² & menjauhi larangan²Nya.

Jangan kerana nak bergaya & untung wang ringgit kita sanggup melanggar perintah² Allah. 26.04.2026

Kalau betul kita “terpaksa” buat dosa, kita tidak boleh menghalalkan yang haram & terus menerus mencari peluang “darurat”.

Jaga²lah jangan sampai kita mengajar orang lain untuk melakukan dosa & mereka menyebarkan ajaran itu. 26.04.2026

Seorang penjual seharusnya tidak mendustai agama hanya untuk memperolehi untung yang sedikit & mengorbankan syurga.

Orang² kaya kelihatan senang & bahagia namun kejayaan sebenar di dalam al-Quran bukanlah kekayaan. 26.04.2026

Mengejar harta itu tidak akan pernah cukup. Maka kejayaan yang sebenarlah seharusnya kita usahakan iaitu syurga.

Bersyukurlah walaupun kita tidak kaya tetapi dapat bertaqwa, menjauhi riba atau dosa² lain. 26.04.2026

Bila kita kata “kita orang kaya yang bertaqwa”, kita harus jauhi riba. Mana mungkin “bertaqwa” tapi rezeki haram?

Kita tidak nampak keadaan akhirat maka kita lebih terkejar-kejar kesenangan dunia kerana apa yang yang kita lihat. 26.04.2026

Kita lebih tergila-gilakan dunia ini kerana kita tidak melihat apa yang tersedia di syurga untuk orang² yang bertaqwa.

Kalau kita katakan dunia sama penting seperti akhirat, bererti kita tidak yakin akhirat itu lebih baik daripada dunia. 26.04.2026

Bila kita tidak yakin akhirat itu jauh lebih baik daripada dunia ini, kita akan gadai akhirat & berkorban untuk dunia.

Pastinya kita akan selamat jika kita patuhi perintah² Allah & Nabi Muhammad ﷺ dalam hal² ibadah & urusan agama. 24.04.2026

Kita tidak ada pilihan lain melainkan mentaati perintah² Allah & mengikuti contoh² Nabi Muhammad ﷺ dalam urusan² agamaNya.

Seandainya kita sekadar bergantung kepada ustaz, kita akan menghadkan fahaman agama kita yang belum pasti tepat. 24.04.2026

Pastikan fahaman agama kita tidak terhad kepada si ustaz. Belajarlah & berlaku adil terhadap agama Allah & ajaran Nabi Muhammad ﷺ.

Bila kita menganiayai orang atau kita dengki dengan orang lain, kita tidak mendapatkan kebaikan malah balasan yang buruk. 22.04.2026

Dengki itu bukan sesuatu perkara yang patut dibanggakan. Tiada manfaatnya hasad terhadap saudara Islam kita malah merugikan diri sendiri.

Dendam itu tidak berfaedah. Malah, merugikan diri sendiri. Maka mohonlah kepada Allah untuk kedamaian hati. 22.04.2026

Apa gunakan kita sakit hati, simpan dendam & menjejas fikiran kita? Berdoalah agar Allah memberi kita ketenangan.

Kita sendiri tidak mahu ke neraka maka janganlah pula kita minta saudara se-Islam kita dihumban ke dalam siksa api neraka. 22.04.2026

Alangkah peliknya jika kita ingin ke syurga tetapi kita mengharapkan orang lain masuk neraka.

Penting untuk kita menjaga hati kita. Jangan kita biarkan hati kita kotor & tercemar. Bersihkan lah hati kita. 22.04.2026

Berjayalah mereka yang membersihkan hati dengan amal soleh. Gagal mereka yang mengotori hati dengan maksiat.

Sementara kita tapis & jaga lidah kita, penting juga untuk kita jangan mudah kecil hati & tersinggung. 19.04.2026

Kita jangan buat orang tersinggung. Namun kita juga jangan mudah tersinggung. Hilangkan perasaan diri lebih mulia & terhormat.

Untuk membersihkan hati kita, kita juga perlu berbaik sangka terhadap Allah & manusia. Jangan buruk sangka. 19.04.2026

Kalau kita ada perasaan tidak baik terhadap sesiapa, kita mudah berburuk sangka terhadap mereka. Bersihkanlah hati kita.

Betulkan niat kenapa kita berjalan raya. Jangan cemari kemurnian hati yang telah kita bersihkan di bulan Ramadan yang baru sahaja berlalu. 19.04.2026

Jadi tamu atau tuan rumah, kedua²nya harus menjaga kemurnian hati yang telah dibersihkan di bulan Ramadan yang lalu.

Orang yang diberi kelebihan mudah sombong & golongan ini juga yang paling menderita jika dihukum Allah. 19.04.2026

Kelulusan & berjawatan, bergaji besar, rumah & kereta besar, dah naik haji dsb usah menjadi penyebab ke neraka kerana kesombongan.

Boleh sahaja Allah menjadikan kita semua satu hati & sama pemikiran. Namun kita semua diuji, adakah kita bersabar? 18.04.2026

Sebahagian manusia dijadikan sebagai ujian bagi sebahagian manusia yang lain. Siapa diantara kita yang bersabar?

Jaga hati kita. Peliharalah. Bersih & rawatlah hati kita sentiasa. Agar kesemuanya akan menjadi baik. 18.04.2026

Walaupun orang tidak nampak hati kita, Allah Maha Melihat. Bersihkanlah hati kita. Jaga & rawatlah. Agar segala-galanya juga baik.

Walaupun orang yang mengajak kepada pengesaan terhadap Allah itu orang biasa, jangan kita menolaknya. 18.04.2026

Jangan nantikan ustaz, mufti, para nabi, malaikat atau Allah ﷻ untuk kita meninggalkan kejahatan² & kedegilan² kita.

Listen to the Seminit Sebelum Meninggal podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.