SBS
SBS Bahasa Melayu
Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Ulangan 2022: Perancis Dan Maghribi Berentap Rebut Tiket Ke Separuh Akhir 09.07.2026 7:10
Piala Dunia FIFA kembali Jumaat ini dengan aksi suku akhir yang dinanti-nantikan apabila Les Bleus berdepan Atlas Lions dalam ulangan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022. Apakah Maghribi akhirnya mampu menebus kekecewaan empat tahun lalu, atau Perancis sekali lagi akan menjadi penghalang impian mereka ke pentas separuh akhir?
Pesta Pasifika Raikan Budaya Warga Kepulauan Pasifik 09.07.2026 7:32
Komuniti Pasifika tempatan di utara Queensland sekali lagi berganding bahu menjayakan sambutan tahunan yang kini dikenali sebagai Pasifika Celebration. Pesta di Innisfail yang meraikan budaya kepulauan Pasifik memberi peluang kepada warga kepulauan yang baru tiba di bawah Skim Mobiliti Buruh Australia-Pasifik atau PALM bertemu dan mengenali komuniti mereka yang sekian lama telah menetap di negara...
England dan Belgium Tangani Detik Cemas, Amerika Syarikat Terus Mara 02.07.2026 7:41
Harry Kane dan Youri Tielemans muncul wira apabila membawa England dan Belgium mara ke pusingan 16 terbaik, manakala Amerika Syarikat turut mengesahkan kemaraan selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina.
Budi Bahasa Bertutur Bak Pujangga Rahsia Kejayaan Berdiplomasi 02.07.2026 11:13
Beliau merendah diri dan berbudi bahasa. Beliau juga tidak teragak memberi sokongan kepada rakan setugas. Beliau bertanggungjawab dan sentiasa memberikan yang terbaik. Inilah antara pujian ke atas Norazmi Nordin yang kini tamat perkhidmatan beliau selaku setiausaha pejabat di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Zaini Ahmad berpeluang menemubual Azmi untuk meninjau apakah antara nilai dan sifat...
Brazil Kembali Temui Rentak, Neymar Sedia Harungi Pusingan Knockout 25.06.2026 5:07
Brazil tempah tiket ke pusingan knockout, Afrika Selatan cipta sejarah, manakala Socceroos dilanda krisis kecederaan.
5 Tahun Setelah Meninggalkan Malaysia, Apakah Nur Sajat Gembira Di Australia? 19.06.2026 7:58
Lebih lima tahun dahulu, Nur Sajat terpaksa melarikan diri dari tanahair setelah dikecam dan diancam oleh pihak berkuasa dan segolongan warga Malaysia kerana ingin hidup secara terbuka sebagai seorang ahli komuniti LGBTQI+. Apakah perkembangan terkini beliau? Sempena Minggu Pelarian 2026, Zaini Ahmad sempat berbual dengan Nur Sajat ketika menghadiri sambutan Eidul Adha di Melbourne baru baru ini.
Australia Raih Kemenangan Impian 2-0 Menewaskan Turkiye 18.06.2026 6:40
Socceroos memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan kemenangan penting ke atas lawan yang kuat, manakala juara lima kali Brazil dikejutkan apabila diikat Morocco.
Piala Dunia FIFA 2026: England Benam Croatia, Portugal Tercicir Mata Bertemu DR Congo 18.06.2026 4:21
Pasukan-pasukan Afrika terus mencuri tumpuan pada Hari Ke-7 FIFA World Cup 2026 apabila Republik Demokratik Congo dan Ghana masing-masing mencatat keputusan positif menentang Portugal dan Panama. Sementara itu, Harry Kane muncul bintang utama dalam kemenangan meyakinkan England ke atas Croatia.
Pasar Malam Bantu Warga Melayu Hadapi Kos Kehidupan Tinggi 11.06.2026 13:54
Pesta Winter Night Market, anjuran Komuniti Melayu Victoria sekali lagi muncul menawarkan pelbagai sajian untuk pengunjung berbilang kaum seisi keluarga. SBS Bahasa Melayu mengunjungi pasar malam musim sejuk ini untuk meninjau bagaimana warga Melayu Melbourne menghadapi cabaran kos kehidupan yang semakin hari, semakin meningkat.
Piala Dunia FIFA 2026 - Pembuka Tirai 11.06.2026 12:24
Dari detik-detik yang pasti tidak akan dilupakan, pemain-pemain utama dan bakat baru, serta kontroversi perlawanan, SBS Bahasa Melayu akan membawakan anda topik dan isu menarik sepanjang Piala Dunia FIFA 2026. Buat permulaan, kita lihat beberapa kontroversi yang menghantui kejohanan ini dari kemajuan teknologi, kenaikan mendadak harga tiket serta kebimbangan isu hak asasi manusia yang mungkin timb...
Pendatang Membebankan Australia? Apa Kata Warga Melayu 04.06.2026 12:23
Berdepan dengan dakwaan pendatang ke Australia, termasuk pemohon perlindungan, membebankan peruntukan perkhidmatan kebajikan di negara ini, apa kata warga Melayu kita? SBS Bahasa Melayu tinjau pandangan beberapa warga Melayu yang hadiri sebuah majlis sambutan Eidul Adha baru-baru ini.
#111 Water problems at home? |Talking to a plumber (Med) - Masalah Paip Air? | Ketahui Petua Berbual Dengan Tukang Paip 28.05.2026 11:01
Learn English useful for describing plumbing problems at home. Practise everyday phrases for explaining issues, asking about cost, and arranging repairs. - Episode Learn English kali ini memaparkan petua menerangkan masalah paip air yang mungkin dihadapi di rumah. Ikuti petua bagaimana untuk menerangkan masalah, bertanyakan kos serta mengatur temujanji untuk kerja pembaikan dalam Bahasa Inggeris.
The Aboriginal flag: History, meaning and recognition - Bendera Kaum Aboriginal: Sejarah, Makna Dan Pengiktirafan 28.05.2026 11:51
At school, work, council offices or sporting events, you might see a red, black and yellow flag flying beside the Australian national flag. This is the Aboriginal flag, representing the Aboriginal people of Australia and their connection to land, community and stories. - Pastinya anda sering melihat bendera merah hitam dan kuning terkibar di perkarangan bangunan sekolah, pejabat dan majlis sukan....
Pembangkang Dikecam Kaitkan Migran Dengan Masalah Ekonomi 21.05.2026 11:41
Ketua Pembangkang Parti Coalition, Angus Taylor, menyampaikan ucapan balasan belanjawan beliau dengan janji memperketatkan kawalan bilangan migrasi serta melarang penduduk Australia bukan warganegara daripada mengakses pembayaran kebajikan. Pengkritik berkata parti pembangkang ingin menyalahkan golongan migran atas masalah ekonomi Australia, manakala parti anti-immigresen, One Nation. menuduh pemb...
Muafakat Games 2026 Tingkatkan Keinsaniah Pelajar Malaysia Di Australia 15.05.2026 12:21
Buat tahun ketiganya, Muafakat Games 2026 bakal berlansung di Melbourne awal bulan Julai ini membabitkan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi di seluruh Australia. Pengarah projek kejohanan tahun ini memberitahu SBS Bahasa Melayu, Muafakat Games bertujuan mempertingkatkan keinsaniah dan perpaduan di kalangan pelajar Malaysia di negara ini.
Tips to reduce petrol costs | Fuel in Focus - Petua Mengurangkan Beban Kos Petrol | Fokus Terhadap Harga Petrol 07.05.2026 8:21
Rising fuel prices are putting pressure on household budgets across Australia, and for many people, it’s changing the way they travel. So what can you do to reduce your fuel costs without giving up your daily routine? Here are some simple, practical ways to save money on petrol. - Kenaikan harga petrol memberi tekanan terhadap kos kehidupan di seluruh Australia dan bagi sebilangan besar penduduk n...
Johor Jewels Buru Kejuaraan Netball Super League 2026 30.04.2026 10:15
Demi menjadi juara Netball Super League Malaysia 2026, pasukan Johor Jewels baru-baru ini mengadakan lawatan latihan ke Melbourne untuk mengasah kecekapan anggota pasukannya di gelanggang bola jaring. SBS Bahasa Melayu berpeluang menemui pasukan yang dianggap antara terbaik di tanahair.
Australia's Niue Island Community Honours ANZAC Pioneers - Komuniti Kepulauan Niue Kenang Jasa Perintis ANZAC 23.04.2026 8:38
Forgotten ANZACs from the Pacific Island of Niue. Descendants recall the tragedy filled journey of 150 volunteers, from an isolated tropical atoll, who were thrust into the cauldron of World War I. - Pahlawan ANZAC dari Pulau Niue tidak seharusnya dilupai. Jasa dan pengorbanan mereka diingati dan dihargai oleh generasi baru yang mengenang nasib sekumpulan 150 anak muda kepulauan yang meninggalkan...
Kenapa Warga Melayu Victoria Inginkan Masjid Melayu Tersendiri? 19.04.2026 14:24
Apakah disebalik hasrat warga Melayu di Victoria yang inginkan masjid Melayu mereka tersendiri? SBS Bahasa Melayu menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Persatuan Melayu Islam Australia untuk mengetahui kenapa masjid yang kini sedia ada tidak mencukupi.
KD Lekir Kebanggaan TLDM Capai Misi Bersejarah Mengelilingi Australia 15.04.2026 16:43
KD Lekir, kapal kombatan TLDM baru-baru ini menyertai latihan bersama tentera laut Malaysia-Australia yang turut membabitkan misi bersejarah pelayaran mengelilingi benua Australia. SBS Bahasa Melayu berpeluang melawat kapal perang diraja ini ketika ianya berlabuh di Pelabuhan Melbourne.
Meskipun Jauh Di Perantauan, Warga Melayu di Australia Sakan Berhari Raya 07.04.2026 12:24
Meskipun jauh di perantauan, warga Melayu di Australia, khususnya di Melbourne dan sekitar Victoria, sakan menyambut Eidul Fitri sesama sendiri. SBS Bahasa Melayu mengunjungi rumah terbuka sepasang suami isteri yang sering dianggap bonda dan ayah oleh golongan yang sekian lama terpisah dari sanak saudara di tanahair.
Warga Islam Queensland Raikan Eidul Fitri Dengan Penuh Kesyukuran 02.04.2026 15:39
Pesta Queensland Multicultural Eid Festival 2026 sekali lagi berjaya menarik warga Islam berbilang kaum dari sekitar bandar Brisbane meraikan Eidul Fitri tahun ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan tahunan yang menyatupadukan komuniti migran di negeri yang terkenal sebagai "the Sunshine State".
Iran: Trump Selar Kesatuan Eropah Gagal Menyokong Penuh Tindakan Amerika 26.03.2026 9:51
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyelar Kesatuan Eropah atas apa yang dianggap beliau sebagai kekurangan sokongan terhadap serangan Amerika Syarikat dan israel ke atas Iran. Iran pula menyatakan bahawa masa untuk rundingan telah berlalu, memberi amaran kepada Eropah supaya tidak mencampur tangan.
Sengketa Timur Tengah Gagal Hambarkan Sambutan Eidul Fitri Warga Melayu Di Australia 25.03.2026 7:14
Demi menghormati umat islam di Timur Tengah yang menghadapi sengketa ketika ini, warga Sarawak, Rosmiati Kamaruddin, berhasrat menyambut Eidul Fitri secara sederhana tahun ini. Namun, sengketa yang berlaku gagal menghambarkan keriangan tetamu warga Melayu beliau yang sekian lama menyambut Hari Raya jauh di perantauan.
Pemakaian Baju Tradisional Kekalkan Budaya Melayu Di Australia 19.03.2026 6:24
Mesikpun jauh dari tanahair, warga Melayu di Australia tidak ketinggalan membuat persiadaan untuk menyambut Eidul Fitri. Zaini Ahmad meninjau persiapan membeli baju raya di kalangan warga Melayu di Melbourne.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.