SBS

SBS Bahasa Melayu

News MS ↓ 210 episodes

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.

Author

SBS

Category

News

Podcast website

www.sbs.com.au

Latest episode

Jul 9, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Komuniti Melayu Islam Sasar $4 Juta Bina Masjid Melayu Di Victoria 12.03.2026

Meskipun ianya baru saja ditubuhkan, Persatuan Melayu Islam Australia, AMMC, mempunyai matlamat tinggi yang murni - membina sebuah masjid Melayu di Victoria. Zaini Ahmad menyertai majlis Iftar AMMC di Noble Park, Victoria, untuk meninjau pandangan ahli persatuan tentang cabaran dihadapi warga Melayu beragama Islam yang berhijrah ke negara ini.

#105 Celebrating small wins at work - #105 Meraikan Kecemerlangan Di Tempat Kerja 05.03.2026

Learn useful English for talking about small wins at work. Practise phrases for celebrating achievements, staying motivated, and making progress step by step. - Pelajari frasa berguna dalam Bahasa Inggeris berkaitan kejayaan anda, tak kira besar atau kecil, di tempat kerja. Ketahui apa yang boleh anda perkatakan dalam Bahasa Inggeris setelah mencapai kejayaan atau demi mempertingkatkan motivasi se...

Introducing: Our Pacific - Pembuka Tirai: Pasifik Kita 05.03.2026

SBS Examines is launching a new series exploring Australia's connection with the Pacific region. - SBS Examines melancarkan siri terbaru, Our Pacific, yang akan menerokai dan mendalami perhubungan rapat Australia dengan rantau meluas ini.

Bazaar Ramadan Tawar Harga Berpatutan Demi Kegembiraan Pengunjung 25.02.2026

Sekali lagi, warga Melbourne berpeluang mengunjungi bazaar Ramadan untuk membeli pelbagai juadah Iftar yang popular dari tanahair. Jika tahun lalu timbul desas-desus mendakwa harga jualan terlalu mahal serta senarai harga tidak dipamerkan, penganjur tahun ini mengambil setiap langkah menawarkan pengunjung sajian enak pada harga yang berpatutan.

#104 Talking about school exams | NAPLAN - #104 Berbual Tentang Peperiksaan | NAPLAN 18.02.2026

Learn useful English for talking about school tests, studying, exam pressure, and when you do really well. - Pelajari frasa berguna dalam Bahasa Inggeris apabila anda bercakap tentang ujian, pembelajaran, tekanan peperiksaan serta kecemerlangan.

Tiga Tahun Selaku Konsul Immigresen, Hanizah Ucap Selamat Tinggal Melbourne 18.02.2026

"Beliau adalah seorang kawan yang baik dan berintegriti." "Beliau selembut-lembut manusia, sentiasa lembut menerima teguran, menerima pandangan." "Beliau seorang yang ingin belajar, sentiasa mendengar arahan dan faham apa yang perlu dilaksanakan sebagai salah seorang anggota kanan Konsulat Jeneral Malaysia di luar negara."

Australia Sertai Amerika Syarikat DiKecam Gagal Pertahan Hak Asasi 12.02.2026

Demokrasi sejagat merosot 40 tahun kebelakang, merudum ke tahap tahun 1985. Demikian menurut kajian terbaru Human Rights Watch dalam laporan tahunan mereka. Amerika Syarikat, negara China dan Rusia tersenarai sebagai ancaman kepada sistem antarabangsa berasaskan peraturan. Australia turut disebut sebagai satu-satunya negara demokrasi barat yang tidak mempunyai akta hak asasi manusia kebangsaan.

#102 Getting organised (Med) - #102 Pengurusan Diri (Med) 05.02.2026

Learn practical English phrases for getting organised and managing daily tasks, including planning ahead, meeting deadlines, and staying on top of responsibilities. - Pelajari frasa praktikal dalam Bahasa Inggeris untuk membantu anda mengurus segala tugasan harian yang perlu dilaksanakan, termasuk perancangan, menepati tarikh yang ditetapkan serta menyempurnakan segala tanggungjawab anda.

100 Tahun Television: Ciptaan Yang Mengubah Kehidupan Manusia Sejagat 03.02.2026

Seratus tahun lalu, pencipta dari Scotland, John Logie Baird, memperkenalkan kepada seluruh dunia televisyen yang pertama, dikenali sebagai televisor. Imej terawal itu, gambaran berkelip kepala patung boneka ventriloquist, telah mencetuskan satu revolusi besar dalam kehidupan manusia sehingga kini.

Warga Melayu Ini Uji Bakat Dalam Peraduan Menyanyi Hari Australia 28.01.2026

Hari Australia disambut dengan pelbagai cara dan tahun ini, satu pertandingan menyanyi dianjurkan membabit peserta berbilang kaum. Pertandingan Australia Day Multicultural Talent Quest 2026 yang berlansung di Collingwood, Victoria, melihat seorang warga Melayu dari Kluang, Johor, mengambil bahagian.

What actually happened on January 26? - Apakah Sebenarnya Berlaku Tanggal 26 Januari? 26.01.2026

January 26 is one of the most debated dates in Australia’s history. Often described as the nation’s birthday, the day marks neither the formal founding of the colony nor the creation of the Commonwealth. Instead, it reflects a layered history shaped by colonisation, political decisions, and ongoing First Nations resistance. Understanding what actually happened on January 26 reveals why the date is...

Australia Selangkah Lagi Mengharamkan Ucapan Kebencian 20.01.2026

Anti-ucapan kebencian dan kawalan senjata api kini bakal menjadi undang-undang di Australia setelah ianya diluluskan oleh Dewan Rakyat. Namun, undang-undang ini ditentang oleh beberapa ahli Parlimen daripada Parti Nasional dan LNP Queensland, yang mahu perhatian ditumpukan kepada dakwaan bahawa penyerang bersenjata di Bondi baru-baru ini telah diilhamkan oleh kumpulan extremis, Islamic State.

#101 Having a laugh (Med) - Pelajari Bahasa Inggeris: Bergurau Senda (Med) 13.01.2026

Learn how to talk about things that make you laugh. Practise phrases that help you share stories, react to jokes, and enjoy conversations more. - Pelajari bagaimana untuk bergurau senda dalam Bahasa Inggeris. Ikuti contoh frasa yang dipaparkan untuk membantu anda berkongsi cerita kelakar yang mampu menghiburkan anda serta kekawan.

How to cope during a heatwave in Australia - Petua Menangani Cuaca Panas Keterlaluan Di Australia 08.01.2026

Summer in Australia can be very hot, and as our climate continues to warm, heatwaves are expected to become more frequent and more intense. In this episode of Australia Explained, we cover what a heatwave is, why they pose such a significant risk to human health, who is at most risk, and how to best prepare to cope with a heatwave. - Australia kini dilanda cuaca panas yang terlalu ekstrem mencecah...

Your first steps to engaging with Indigenous Australians - Langkah Pertama Untuk Mendekati Warga Pertama Australia 06.01.2026

Connecting with Indigenous Australia can be daunting for a newcomer to the country. So, where do you start? We asked Yawuru woman Shannan Dodson, CEO of the Healing Foundation, about simple ways to engage with First Nations issues and people within your local community. - Pendatang baru ke Australia sering mendengar, namun mungkin kurang arif, dengan istilah 'traditional owners' atau pemilik tradi...

MH370: Usaha Mencari Pesawat Yang Hilang Sambung Kembali 05.01.2026

Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kini bersambung semula, lebih sedekad selepas pesawat Boeing 777 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun, keluarga penumpang menuntut ketelusan dalam usaha pencarian kali ini demi mencapai penyelesaian serta menjawab misteri apakah yang sebenarnya terjadi kepada MH370.

Apakah Pemilikan Senjata Api Perlu DiPerketatkan Lagi Ekoran Bondi? 02.01.2026

Australia dianggap salah sebuah negara yang mempunyai kawalan pemilikan senjata api paling terketat di dunia. Insiden tembakan di Bondi memperhebatkan perbahasan nasional di antara penyokong kawalan senjata api dan kumpulan pelobi pro-senjata sama ada undang-undang sedia ada mencukupi. Namun ada juga yang memberi amaran agar perdebatan ini tidak menyimpang daripada isu yang lebih kritikal disebali...

Relax and enjoy: Talking about music (Adv) - Beriang-Ria Sambil Bersantai: Berbual Tentang Muzik (Adv) 17.12.2025

Learn how to talk about contemporary and classical music, and discover the true role of a conductor. - Pelajari bagaimana untuk berbual tentang muzik kontemporari dan klasik serta ketahui apakah sebenarnya peranan seorang pengiring orkestra.

Apakah GPS Minda Sistem Navigasi Dalaman Mampu Membantu Anda Capai Matlamat Kehidupan? 17.12.2025

Tak semua warga Malaysia yang datang ke Australia terperangkap dalam rutin pekerjaan buruh kasar di ladang atau di kilang yang jauh berbeza dari apa yang diidamkan. Ramai juga yang berjaya mencapai matlamat peribadi setelah mengenalpasti lantas berusaha mencapai impian mereka. Bagi yang masih tertanya, apakah GPS minda mampu membantu anda mencapai matlamat kehidupan?

Gather and celebrate: Inviting friends | Beach safety - Jom Raikan Bersama: Menjemput Kekawan | Keselamatan Di Pantai 12.12.2025

Learn casual ways to invite your friends to go to the beach. Plus, find out the number one danger on Australian beaches and how to stay safe when swimming in the sea. - Pelajari bagaimana untuk mengajak kekawan ke pantai dalam Bahasa Inggeris. Juga ketahui risiko ketika anda bermandi di laut serta cara mengelak sebarang kecelakaan dari berlaku.

Colours of Malaysia Raikan Kekayaan Kulinari Dari Tanahair 11.12.2025

Pesta Colours of Malaysia 2025 berlansung di Queen Victoria Market, Melbourne, baru-baru ini memaparkan segala yang terbaik dan enak dalam dunia kulinari tanahair. SBS Bahasa Melayu menemui pengusaha dari Malaysia, kesemuanya bangga berpeluang meraikan keunikan dan kekayaan makanan dari tanahair di negara baru mereka.

Pesuruhjaya Tinggi Saran Warga Malaysia Jaga Nama Baik Dan Imej Tanahair Di Australia 04.12.2025

Sambutan pesta Colours of Malaysia di Queen Victoria Market, Melbourne, tahun ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Puan Yg. Terutama, Datin Paduka Sharrina Abdullah. Beliau sempat mengunjungi booth SBS Australia, selaku rakan media pesta tahunan ini, di mana Zaini Ahmad berpeluang bertanya, apakah saranan beliau kepada diaspora Malaysia di negara ini.

Kembara Kulinari Nikmati Budaya Sarapan Pagi Malaysia Serta Raja Segala Buah-Buahan 25.11.2025

Kembara Kulinari SBS Bahasa Melayu berterusan dengan kunjungan ke sebuah restoran Melayu di Carlton, Victoria, yang menyajikan sarapan popular dari Malaysia. Ini diikuti dengan jemputan ke Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne, di mana Zaini Ahmad berpeluang menikmati raja segala buah-buahan.

From Mabo to modern Australia: the ongoing story of native title - Kes Mabo Dalam Sejarah Moden Australia: Perjuangan Hak Milik Asli Berterusan 25.11.2025

Australia is known around the world for its rich and diverse First Nations cultures. But when it comes to native title and land rights, you might still wonder what they actually mean. Discover what native title means in Australia, how it began with the Mabo Case, what the Native Title Act does, and why it matters for all Australians. - Australia terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian dan ke...

Teh Tarik Corner Destinasi Kulinari Enak Dari Malaysia 18.11.2025

Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian sajian makanan yang boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat, baik penduduk tempatan mahupun pelawat asing. Sempena Tahun Lawat Malaysia 2026, SBS Bahasa Melayu dijemput oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne untuk mencuba sajian di sebuah restoran yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang rindukan masakan dari tanahair. Ikuti Ke...

Listen to the SBS Bahasa Melayu podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.