Berita Harian

No Tapis

Arts MS ↓ 556 episodes

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Be sure to visit the podcast's website and support the creator: www.beritaharian.sg

Author

Berita Harian

Category

Arts

Podcast website

www.beritaharian.sg

Latest episode

Oct 16, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Skim Cepat Kaya: Selepas puas menipu di SG, Thailand, Farwill merebak pula ke Medan dan Pulau Pinang 19.06.2023

Selain di Haatyai, Thailand, Mohd Al-Faisal turut melakukan beberapa kes penipuan di Medan dan Pulau Pinang.  Di Medan, penipuan dan kelicikannya terbongkar apabila cek-cek yang diberinya kepada sekumpulan peniaga di sana ditendang bank pada 1996. Selain Medan, Al-Faisal turut menipu di Pulau Pinang. Dia menipu sekumpulan peniaga melibatkan ratusan ribu ringgi Malaysia antara April 1998 dengan Feb...

Skim Cepat Kaya: Nyawa wartawan dalam bahaya di Haatyai 12.06.2023

Apabila mantan wartawan Saini Salleh menjejak Mohd Al-Faisal hingga ke Haatyai, Thailand bersama jurugambar Mohd Osman Salleh, mereka telah dihampiri 'bodyguard'  Al-Faisal yang membawa senjata. Mereka terpaksa memikirkan satu tipu helah bagaimana untuk melarikan diri daripada cengkaman orang-orang Al-Faisal kerana khuatir nyawa mereka dalam bahaya. Bagaimanakah mereka melarikan diri daripada modu...

Skim Cepat Kaya: Pelaburan lebih 700 pelabur LEBUR (Bahagian 1) 08.06.2023

Lebih 730 pelabur telah melabur $12.7 juta kepada mualaf keturunan Cina, Mohd Al-Faizal antara April dengan Disember 1991. Para pelabur kepada Skim Farwill itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia terdiri daripada pemandu teksi, anggota jawatankuasa masjid, asatizah, kerani, penjaja dan pegawai sektor awam hinggalah kepada golongan profesional. Mengapa masyarakat tertarik dengan skim i...

Pembunuhan Nonoi: Mayat dijumpa bawah jembatan Aljunied (Bahagian 3) 02.06.2023

Mohammed Ali hanya mengaku dia yang menyorok Nonoi beberapa hari selepas itu kepada keluarga sebelum menyerah diri ke Balai Polis Bedok. Mayat Nonoi ditemui dalam keadaan amat memilukan - telanjang dan separuh reput di bawah jejambat Aljunied dengan ditutupi serpihan batu-batu dan sampah sarap. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Pembunuhan Nonoi: Kepalanya dibenam dalam baldi berisi air (Bahagian 2) 31.05.2023

Nonoi terus-terusan menangis. Ini yang menimbulkan amarah Ali. Ali yang memang panas baran menampar pipi, menumbuk kaki dan tulang rusuk Nonoi untuk cuba menghentikannya daripada berterusan menangis. Nonoi menangis dengan lebih kuat. Dalam kemarahan, Ali menarik tangannya dan memaksanya ke tandas di dapur dan mengancam akan memasukkannya ke dalam air. Nonoi masih menangis.  Ali menarik tangannya d...

Pembunuhan Nonoi: Kanak-kanak 2 tahun yang hilang......(Bahagian 1) 30.05.2023

Pada 1 Mac 2006, Nurasyura Mohamed Fauzi atau lebih mesra dengan panggilan Nonoi,  tiba-tiba didapati hilang. Saudara-mara, jiran tetangga dan pegawai pembersih turut menyertai pihak polis dalam pencarian besar-besaran untuk mencari kanak-kanak berusia dua tahun ini.  Nonoi telah hilang daripada unit bawah datuknya di Blok 63, Circuit Road. Dalam Episod 2: Diari Mahkamah, kami menyelongkar kisah m...

Diari Mahkamah: Ep 1 : Perbicaraan (Bahagian 3) 18.05.2023

Remaja tertuduh Z hanya berusia 15 tahun apabila melakukan pembunuhan itu, adakah dia terlepas daripada hukuman gantung? Jika ya, mengapa? Dengarkan penjelasan daripada peguam kami Dzuleqhmal Dzuleqhram dalam Bahagian 3 Anthony Ler : Perbicaraan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Diari Mahkamah Ep 1: Anthony Ler (Bahagian 1) 18.05.2023

Dalam siri podcast terbaru ini, kami membawakan kepada anda jenayah-jenayah yang pernah berlaku di Singapura satu ketika dulu. Sepanjang lapan episod, kami akan ketengahkan warga kerja Berita Harian yang telah membuat laporan mengenai kisah itu, mendapatkan pandangan pakar seperti kaunselor dan juga peguam untuk menerangkan lebih lanjut tentang aspek psikologi pelaku, mangsa dan juga aspek undang-...

Diari Mahkamah: Ep 1: Rancangan Membunuh (Bahagian 2) 17.05.2023

Bagaimanakah Anthony Ler merancang untuk membunuh isterinya? Siapakah yang dia upah untuk melaksanakan rancangan bunuhnya itu? Apakah kesudahannya? Dengar Bahagian 2 - Anthony Ler : Rancangan Membunuh di #NoTapis  See omnystudio.com/listener for privacy information.

Penari Melayu lelaki ‘lembut’? Betul ke? 10.05.2023

Dalam episod #NoTapis edisi pelajar kali ini, Duta Bahasa 2021 yang juga penggiat seni, Dr Noramin Farid, berkongsi tentang pengalamannya menceburi bidang tarian Melayu. Betul ke tarian Melayu ini bersifat lembut sahaja? Apakah kaitannya dengan budaya Melayu? Dengar podcast ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Mampukah pesilat negara Nurul Suhaila mengekalkan pingat emasnya di Sukan SEA 2023? 09.05.2023

Bagaimanakah persiapan juara dunia pencak silat  Nurul Suhaila Saiful menjelang Sukan SEA ini? Nurul Suhaila yang merupakan pemenang pingat di Sukan SEA 2022 bakal bertanding dalam kelas E puteri 65 hingga 70 kilogram kali ini. Apa yang boleh kita jangkakan daripada beliau daripada segi persiapan dan semangatnya untuk terus mengembangkan lagi sukan seni mempertahankan diri ini di mata masyarakat?...

Tolong! Anak tak pandai berbual bahasa Melayu? 26.04.2023

Dalam episod #NoTapis edisi pelajar kali ini, duta bahasa 2022 yang juga personaliti televisyen, Encik Fir Rahman dan Encik Hans Hamid, berkongsi pengalaman mereka untuk bertutur bahasa Melayu di rumah bersama anak-anak mereka. Penting ke untuk berdwibahasa? Kenapa susah nak bertutur bahasa Melayu di rumah? Ikuti podcast ini. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Tahap permainan Liga Perdana Singapura merosot? Salah siapa? (Bahagian 3/3) 15.04.2023

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Pembangunan jurulatih bola sepak di Singapura bermasalah? (Bahagian 2/3) 15.04.2023

STRUKTUR jurulatih dalam bola sepak Singapura harus diperbetulkan, kata bekas kapten Singa Aide Iskandar. Beliau berpendapat bahawa Singapura bergelut untuk mengkategorikan barisan jurulatihnya mengikut keperluan pembangunan bola sepak negara. Malah, bekas jurulatih Young Lions dan pasukan bawah 23 tahun nasional lelaki itu mencadangkan supaya jurulatih tempatan dibahagikan kepada tiga cabang – el...

Dapatkah projek Unleash The Roar! selamatkan bola sepak SG? (Bahagian 1/3) 15.04.2023

Untuk bola sepak Singapura menikmati kejayaan pada masa akan datang, semua pihak kini harus mendukung falsafah bola sepak yang sama dalam pembangunan belia negara, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua. Beliau juga menekankan pentingnya untuk fokus pada meningkatkan taraf permainan semua...

Kenapa berat badan kita turun bila puasa? 13.04.2023

Ramai yang memasuki bulan Ramadan dengan niat nak kurangkan berat badan. Namun sebenarnya, ini tumpuan yang salah. Apakah sebabnya? Dengar podcast bersama hos #NoTapis, Shahida Sarhid, dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Jauhi pengaruh tidak sihat, bijak pilih rakan baik 12.04.2023

Dalam episod podcast Gen G kali ini, dua pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Nayla Zafirah Rozaini dan Nusaibah Haniyyah Al-Zahrah Shamsul, berkongsi tentang cabaran yang ditempuhi sedang mereka beralih ke zaman remaja. Bagaimana pilih rakan yang baik? Mengapa perlu memastikan kita tidak terpengaruh dengan perkara kurang sihat? Ikuti podcast ini. See omnystudio.com/listener for privacy info...

Apa itu 'Born-Again Muslim'? 11.04.2023

Pernahkah anda mendengar istilah 'Born-Again Muslim'?  Apakah golongan ini seakan baru mengetahui semula tentang agama atau 'new found truth'? Mengapa mereka menganggap diri mereka sebagai penyelamat atau mempunyai pemikiran bak "saviour mentality"? Apakah kebaikan konsep ini? Apakah pula perkara yang perlu kita waspada sekiranya mengetahui seseorang yang bersifat sedemikian? Menurut Timbalan Peng...

Nak tambah harta? Ada caranya! 10.04.2023

Dengan inflasi dan kos kehidupan yang semakin meningkat di Singapura, adalah penting untuk masyarakat memikirkan cara untuk mengembangkan wang mereka menerusi pelaburan, kata Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Encik Abdul Halim Abdul Rashid. Namun untuk melakukan ini, masyarakat harus menimba pengetahuan yang tepat dan rajin membuat kajian agar d...

MASDO - Budak muda sekarang suka pop ye ye? 10.04.2023

Apa yang membuat anak muda sekarang gilakan kumpulan kugiran Masdo? Walhal genre yang mereka tampilkan merupakan genre muzik lama seperti pop ye ye, penampilan mereka juga bukanlah penampilan yang bersifat moden dan persembahan mereka juga agak santai. NoTapis berpeluang menyelongkar resipi di sebalik kejayaan dan kepopularan kugiran Masdo apabila mereka bertandang ke BHazar Berita Harian semasa b...

Apakah salah tanggapan mengenai pelaburan berlandaskan syariah? (Bahagian 2) 10.04.2023

Kalau hendak melabur, mestilah tabah menunggu pulangan pelaburan dan usah harapkan pulangan cepat. Demikian yang selalu dinasihatkan konsultan khidmat kewangan kepada pelabur Melayu/Islam berpotensi. Namun, bagi konsultan khidmat kewangan seperti Cik Nur Liyana Abdul Jalil dan Encik Muhammad Mafteem Farshad Abdul Khamid, mereka kian dapat melihat golongan warga yang sudah berusia serta muda yang l...

Reset Tubuh Badan 30.03.2023

Bulan puasa bukanlah masa untuk makan berlebihan dan inilah masa untuk melakukan 'reset' terhadap tubuh badan. Malah tubuh badan merupakan satu amanah dari Allah dan setiap umat Islam harus menjaganya dengan baik. Inilah yang ditekankan oleh Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar dan Dr Nurhidayati Suphan ketika membincangkan tentang puasa dari segi kesihatan dan sains bersama Penolong kepada Editor...

Banyaknya subjek! Bagaimana mengimbanginya? 29.03.2023

Berapa banyak subjek yang perlu dipelajari pelajar madrasah? Bagaimana pula mereka mengimbangi pelbagai subjek untuk peperiksaan? Dalam episod #NoTapis edisi pelajar Gen G kali ini, pelajar dari Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Muhd Uwais Qarni Hezrul Iskandar dan Hazieq Nur Iman Hafiedz-Ul Ashadi, berkongsi pengalaman mereka serta tip belajar dengan berkesan. See omnystudio.com/listener for pri...

Apakah peluang terbaik Muslim untuk melabur? (Bahagian 1) 28.03.2023

Inflasi yang kian meningkat bukan sahaja bermakna kos kehidupan bakal naik, tetapi berkemungkinan juga menyebabkan seseorang mengalami risiko kehilangan kuasa beli. Ini bermakna seseorang itu tidak mampu membeli sebanyak mungkin dengan simpanan yang ada pada masa depan. Justeru, bagi sesetengah orang, mereka mungkin sedang memikirkan bagaimana boleh menambahkan pendapatan, tambah duit simpanan ata...

Senang kahwin, senang cerai? 27.03.2023

Betul ke sekarang proses mendaftar perkahwinan yang lebih senang, memudahkan pasangan berkahwin tetapi pada masa yang sama juga memudahkan pasangan untuk memfailkan perceraian? Trend ini dikongsi oleh naib kadi, Ustaz Muhd Zaki Mahmod yang juga merupakan sebahagian daripada program BersamaMu. Podcast kali ini menyentuh tentang bagaimana trend pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga serta keber...

Listen to the No Tapis podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.