Berita Harian

No Tapis

Arts MS ↓ 556 episodes

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Be sure to visit the podcast's website and support the creator: www.beritaharian.sg

Author

Berita Harian

Category

Arts

Podcast website

www.beritaharian.sg

Latest episode

Oct 16, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android almost 10M downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Ustaz 10 isteri: Ajaran sesat untuk pancing anak dara.. 02.08.2023

Abu Talib mengeluarkan permohonan maaf di akhbar Berita Harian kepada keluarga isteri ketiganya, yang dinikahi tanpa izin wali di Thailand.  Keluarga wanita itu telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Abu Talib setelah anak gadis 21 tahun itu kahwin lari dengannya.  Belum selesai kes tersebut, Abu Talib menikahi isteri keempat, seorang gadis berusia 20 tahun yang berhenti politeknik kerana lelak...

Ustaz 10 isteri : 2+3+4.. salah tafsiran surah An-Nisa 02.08.2023

Lelaki yang menggelar dirinya Ustaz itu mengaku mengaku bahawa lelaki Islam boleh berkahwin lebih daripada 4 berdasarkan Surah An-Nisa ayat 3 dan 4 yang mengatakan kahwinlah 2 atau 3 atau 4 tapi Ustaz menafsirkannya sebagai 2 campur 3 campur 4 boleh lebih daripada 4 See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kekejaman ke atas Danish Iman: Ditemui tertiarap atas lantai.. 30.07.2023

Pada 15 Disember 2010, Danish Iman Abdullah, tiga tahun, ditemui tertiarap di lantai tempat mandi selepas disuruh teman lelaki ibunya, Muhammad Raffiq Jaffah, untuk ke tandas membersihkan wajahnya.  Apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu?   See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kekejaman ke atas Danish Iman: Tragedi menimpa... 30.07.2023

Semasa wartawan mengunjungi rumah yang didiami Nurul Jannah dan Muhammad Raffiq bersama Danish selepas itu, keadaannya kelihatan bukan seperti rumah yang didiami kanak-kanak.  Baju dan perkakas memancing dilaporkan berselerakan. Tiada mainan atau katil bayi yang kelihatan.  Sekadar botol susu yang tersembunyi di dalam cadar menjadi bukti adanya kehadiran seorang kanak-kanak di rumah itu.  Begitu k...

Kekejaman ke atas Danish Iman: Pemetik api panas diletakkan pada dada anak kecil 30.07.2023

Kehidupan Danish di rumah itu tidak tenteram, dengan Muhammad Raffiq yang sering mencari alasan untuk menderanya.  Dalam satu kejadian,  Muhammad Raffiq sedang bermain kereta kawalan jauh dengan anak kecil itu di apartmen tersebut sekitar awal Disember 2010 apabila Danish ternampak pemetik api di lantai.  Setelah beberapa kali cuba menyalakannya, Muhammad Raffiq dikatakan meletakkan pemetik api ya...

Wanita bergaji tinggi pun boleh kena dera? 28.07.2023

Peguam, Encik Nizam Abbas menceritakan kisah seorang kliennya, iaitu seorang peguam yang suaminya seorang doktor. Menurut beliau, pasangan itu kelihatan seperti pasangan sempurna tetapi di rumah wanita itu didera melalui pelbagai cara. “Suaminya sering mengawalnya. Beliau tidak dapat keluar, selalu dipukul dan disepak. Tetapi sebagai seorang peguam, beliau berjuang di mahkamah untuk membantu klien...

"Tolong jangan jadikan saya sebagai bahan jenaka awak....." 25.07.2023

Media sosial boleh mendatangkan tekanan kepada remaja yang meluangkan banyak masa di wadah tersebut. Apa yang menyebabkan tekanan ini? Bagaimana remaja menanganinya? Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Suffian Rasid dan Thalhah Ali. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Mayat Dikerat-Kerat: Perbicaraan 24.07.2023

Semasa perbicaraan, penyelia tertuduh, Leong, telah memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia dan Cik Liu berniat untuk sama-sama membunuh diri. Menurut undang-undang, ia tidak dianggap sebagai pembunuhan apabila seseorang di atas 18 tahun mati atau mengambil risiko mati dengan persetujuannya sendiri.  Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Lau Wing Yum, mengelar Leong sebagai pembohong.  Dengarkan bahag...

Kes Mayat Dikerat-Kerat: Rancangan Membunuh 24.07.2023

Leong menggunakan beberapa cara untuk membuang bukti.  Dengan mengunakan basikal, Leong menuju ke Ubi untuk membuang baju, kasut dan kaki Cik Liu di kawasan tempat pembuangan sampah yang berlainan.  Sejurus selepas itu, Leong mengunakan teksi untuk ke Sungai Singapura dan Sungai Kallang. Di sana, Leong menghumban bahagian paha, kepala dan badan Cik Liu.  Dengarkan bahagian kedua Diari Mahkamah: Ke...

Kes Mayat Dikerat-Kerat: Leher kekasih dicerut dan dihumban 24.07.2023

Inilah bak kisah cinta Shakespeare 'Romeo dan Juliet' dan mempunyai kisah tragik. Leong, seorang penyelia kilang dikatakan mencerut leher kekasihnya, Cik Liu, ya bekerja sebagai operator kilang dari syarikat yang sama, dengan tuala hingga mati, di flat Leong dekat  Lorong 3 Geylang.  Mayat Cik Liu dikerat 7 bahagian sebelum dihumban di beberapa tempat termasuk Sungai Kallang. Dengar kisahnya dalam...

"Kenapa gaji permulaan asatizah kurang $2,000?" 23.07.2023

Menurut tinjauan Berita Harian (BH), gaji permulaan sebahagian pekerjaan dalam sektor keagamaan masih kurang $2,000 termasuk untuk siswazah. Apakah isu ini akan terus menjadi pertikaian?  See omnystudio.com/listener for privacy information.

Gaji rendah buat siswazah universiti Islam tak mahu jadi ustaz? 22.07.2023

Isu gaji asatizah sudah lama dibincangkan, namun menarik lebih banyak perhatian sejak kebelakangan ini. Ada yang menyatakan gaji rendah yang ditawarkan institusi keagamaan buat siswazah universiti Islam tak mahu sertai sektor itu, betul ke?  See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Bunuh Huang Na: Perbicaraan Took Leng How 17.07.2023

Lima kecederaan di muka Huang Na membuktikan bahawa Took telah menutup mulut dan hidung Huang Na. Hakim berpendapat bahawa walaupun Took benar-benar menghidap skizofrenia, dia masih sedar tentang apa yang telah berlaku dan apa yang dia lakukan selepas membuat kesalahan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Bunuh Huang Na: Huang Na ditemui di lereng bukit di Telok Blangah Hill Park 16.07.2023

Mayat Huang Na ditemui dalam kotak berukuran 50 x 40 x30 sentimeter di lereng gaungs elepas 20 pegawai polis melancarkan operasi mencari budak warga Cina berusia lapan tahun itu. Kotak itu telah diikat dengan pita pelekat dan mengeluarkan bau mayat yang sudah reput ketika ditemui. Apa yang telah terjadi? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Extra Time: Apakah perubahan kepada peraturan SPL akan bunuh mutu pemain senior? 16.07.2023

Perubahan pada peraturan Liga Perdana Singapura (SPL) untuk memberikan pemain utama bawah 23 dan 22 tahun (U-22) negara lebih masa permainan dalam liga bukan langkah yang disambut baik fraterniti sukan setempat.  Keputusan itu akan hanya menjejas mutu permainan satu-satunya liga profesional Singapura, kata bekas pemain pertahanan Singa, Faritz Hameed. Dengan terus perkongsian terus terangnya bersa...

Extra Time: Nishigaya bukan orang tepat galas jawatan ketua jurulatih nasional? (Bahagian 2) 16.07.2023

Apakah Nishigaya bukan orang yang tepat untuk menggalas jawatan penting selaku ketua jurulatih nasional? Bagaimanakah rekod hambarnya selama ini? Mengapa ia tidak diambil kira? Peminat Syed Faris dari SingaBrigade mengongsi pandangannya bersama bekas pemain negara Faritz Hameed dalam #NoTapis: Extra Time See omnystudio.com/listener for privacy information.

Extra Time: Jurulatih tepat diperlukan untuk ubah ekosistem (Bahagian 1) 15.07.2023

“Apabila anda mengurus dan mengenali pemain anda dengan baik, pemain akan bermain demi anda. Jadi, apa sahaja (taktik) yang anda laksanakan akan menjadi mudah. Pemain akan sanggup berusaha lebih untuk mendapat kemenangan buat anda,” kata Faritz. Faritz juga mendedahkan bahawa beliau tidak pernah melihat Nishigaya turun ke sesi latihan pasukan Jaguars sepanjang pelantikannya. Apa yang berlaku sebal...

"Saya tiada pengalaman kerja. Mahukah majikan ambil saya bekerja?" 14.07.2023

Inilah antara keluhan belia dalam usaha mereka mencari kerja. Apakah antara inisiatif yang ada untuk membantu golongan belia melayari proses mencari pekerjaan dalam dunia serba mencabar hari ini?   See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Bunuh Huang Na: Kanak-kanak 9 tahun hilang 13.07.2023

Huang Na, seorang murid darjah dua Sekolah Rendah Jin Tai kali terakhir dilihat di Pusat Borong Pasir Panjang sekitar 1 petang pada 10 Oktober 2004 Selama 20 hari polis dan sekumpulan warga Singapura mencarinya. Di manakah anak kecil ini?   See omnystudio.com/listener for privacy information.

Pembunuhan Berganda di Kovan: Perbicaraan 13.07.2023

"Saya tak berniat untuk membunuh sesiapa! Jika saya mempunyai niat untuk membunuh Encik Tan Boon Sin, saya akan melakukannya sebaik sahaja saya tiba di rumahnya," jelas Iskandar. Apakah kesudahan tragedi ini? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Susah ke nak kitar semula? 11.07.2023

Konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle, atau Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula) bukanlah konsep baru di Singapura. Tetapi adakah ia sesuatu yang orang ramai lakukan di sini? Dalam episod #NoTapis edisi pelajar Gen G kali ini, pelajar dari Sekolah Menengah Canossa Saint Anthony Iman Daania Mohamad Damar dan Nelly Andrea Fahmy Lulu Sophia Nor Azam berkongsi pemahaman mereka tentan...

Pembunuhan Berganda di Kovan: Pergelutan Yang Membawa Maut 10.07.2023

Iskandar memakai gelang dan alat pendengar supaya kelihatan seperti dia menggunakan alat komunikasi dan berpura-pura berkomunikasi dengan rakan sekerjanya. Selepas Boon Sin mengeluarkan wang tunai dan kandungan peti keselamatan, Iskandar 'mengiring' Boon Sin pulang dan merancang untuk kemudian merompaknya dan lari. Namun, rancangannya gagal apabila beg yang membawa beg tunai itu disimpan Boon Sin...

Awet jenazah setiap hari... pernah kena badi mayat? 09.07.2023

“Biar betul? Bukankah ini kerja orang bukan Islam?” Itulah antara reaksi sesetengah orang tatkala mendapat tahu beliau bekerja sebagai tukang awet mayat.  Bagaimanapun, Encik Raja Ashraf Raja Khalif, 37 tahun, tidak tersinggung kerana beliau mengakui pekerjaannya itu lain daripada yang lain dan jarang diceburi orang Islam. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Pembunuhan Berganda di Kovan: Staf Sarjan polis diberkas 09.07.2023

DARIPADA bertugas sebagai pegawai polis yang sepatutnya bendung jenayah, seorang Staf Sarjan Kanan dengan Pasukan Polis Singapura (SPF), Iskandar Rahmat, telah diberkas kerana didapati terlibat dalam kes pembunuhan bapa dan anak di kawasan Kovan. Apakah motifnya? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kesihatan Mental: Bagaimana anda boleh menanganinya? 27.06.2023

Snowflake? Generasi Strawberi? Adakah generasi muda kini terlalu lembut dan sering mengalami kesihatan isu mental? Dalam episod #NoTapis edisi pelajar Gen G kali ini, pelajar dari Sekolah Menengah St Anthony's Canossian Masayu Raeyna Md Faisal and Lulu Sophia Binte Nor Azam, berkongsi pemahaman mereka tentang kesihatan mental dalam kalangan anak muda. See omnystudio.com/listener for privacy inform...

Listen to the No Tapis podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.