Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Luke 3:23-38 Kebenaran dalam Silsilah Yesus Mesias 03.05.2023 54:46
Mungkin apabila kamu membaca banyak nama-nama dalam senarai nenek moyang atau silsilah keluarga Yesus Mesias dalam Lukas bab 3 ini kamu menjadi keliru, mulai bosan dan terus melangkau petikan ini? Jika ya, kamu seperti saya dahulu 🤭 Tetapi selepas saya mengkaji salsilah ini dengan lebih lagi, ternyata, ia sangat penting, menarik dan relevan untuk kita - orang Kristian - masakini 💪 #ServeToLead #...
Perbincangan E.22 Ringkasnya Kisah Kelahiran Yesus Mesias? (Lukas 2:1-7) 30.04.2023 38:43
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 1 hingga 7: 0) Three Little Birds - cover by Rylyn Clark 0:00 1) Ringkisan untuk petikan ini 1:27 2) Bagaimana e...
Perbincangan E.21 Apa Kisah Disebalik Kelahiran Yohanes Pembaptis? (Lukas 1:57-80) 30.04.2023 44:42
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 57 hingga 80: 0) Children pray the Disciples' Prayer 0:00 1) Ringkasan untuk petikan ini 2:22 2) Apa beberapa pe...
Lukas 3:21-22 Kenapa Yesus Anak Allah Mahu Dibaptiskan? 28.04.2023 41:41
Kita telah diberitahu bahawa baptisan Yohanes ialah "satu baptisan pertaubatan untuk pengampunan dosa" (Lukas 3:3). Kita juga tahu bahawa Yesus Mesias "tidak melakukan dosa" (1 Petrus 2:22, Ibrani 4:15), "tidak mengenal dosa" (2 Korintus 5:21), dan "dalam diri-Nya tiada dosa" (1 Yohanes 3:5). Jadi, kenapa Dia mahu dibaptiskan oleh Yohanes di Sungai Yordan? Untuk mengetahui kenapa dan beberapa hal...
Perbincangan E.20 Ada Apa dengan Nyanyian Maria? (Lukas 1:39-56) 18.04.2023 41:21
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 39 hingga 56: 0) I'm on the Winning Side oleh Dr. Curtis Hutson 0:00 1) Ringkasan untuk petikan ini 3:13 2) Apa...
Lukas 3:15-20 Mesias akan Membaptis dengan Roh Kudus dan Api 17.04.2023 47:20
"Aku ini membaptis kamu dengan air," kata Yohanes Pembaptis kepada orang ramai, "tetapi seorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang... Dialah yang akan membaptis kamu dengan Roh Kudus dan api" (Lukas 3:16). Kenapa orang ramai menyangka bahawa Yohanes ialah Kristus? Sejauh mana kekuasaan dan kerendahan hati Kristus berbanding dengan Yohanes? Dan apakah sebenarnya (menurut konteks) yang dimak...
Lukas 3:3-14 Mesej Baptisan & Buah Pertaubatan oleh Yohanes Pembaptis 15.04.2023 52:17
Yohanes Pembaptis "pergi ke seluruh daerah Sungai Yordan mengkhabarkan satu baptisan pertaubatan untuk pengampunan dosa" (Lukas 3:3). Diantaranya dia berkata, "Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telah bertaubat!" (3:8a). Siapa Yohanes menurut Alkitab? Kenapa dia memilih Sungai Yordan? Apakah yang dimaksudkan dengan baptisan pertaubatan? Untuk mengetahui semua ini dan banyak lagi, dengar epis...
Luke 3:3-20 Yohanes Pembaptis, Seeker-Sensitive & Positive-Thinking Church 09.04.2023 41:40
Kita memerlukan kebijaksanaan dan pimpinan Roh Kudus untuk melakukan apa yang Yohanes Pembaptis lakukan dan katakan dalam Lukas 3 ini. Kita tidak semestinya mencontohinya dalam setiap perkara senantiasa. Namun begitu, ada beberapa prinsip tentang memberitakan Firman Allah yang kita harus contohi daripada Yohanes ✔️ Prinsip-prinsip ini bertentangan dengan beberapa gereja yang dipengaruhi oleh 'seek...
Lukas 3:1-2 Keadaan Politik Semasa Kedatangan Yesus Mesias 08.04.2023 31:20
Apabila keadaan politik berkucar-kacir dan para pemimpin berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa, "pada masa ini, firman Allah datang..." (Lukas 1:2). Apa yang kita boleh perhatikan dan belajar daripada keadaan ini? Kenapa Yesus Mesias datang? Siapa Dia? 💫 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Perbincangan E.19 Siapa Yesus yang Sebenarnya Menurut Alkitab? 02.04.2023 55:55
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 31 hingga 35: 0) Ringkasan untuk petikan ini 1:17 1) Penyelamat 3:34 2) Kemanusiaan-Nya 10:00 3) Anak Allah 16:0...
Lukas 2:39-52 Yesus Budak Bertambah Kuat, Membesar & Bijaksana 31.03.2023 51:22
Setelah menyatakan bahawa Yesus "semakin membesar dan bertambah kuat serta penuh dengan kebijaksanaan" (Lukas 2:40), Alkitab terus memberi contoh tentang satu peristiwa yang terjadi ketika Dia masih berusia 12 tahun. Apa yang kita boleh pelajari tentang model ibubapa yang ditunjukkan oleh Yusuf dan Maria? Dan model seorang anak yang ditunjukkan oleh Yesus dalam kemanusiaan-Nya? Apakah yang dimaksu...
Allah di Syurga, Allah di Bumi 31.03.2023 21:24
Kalau Yesus ialah TUHAN Allah yang datang ke dunia, siapa yang bertakhta di syurga? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Lukas 2:36-38 Nabiah Hana Sampai Tua Menunggu Kedatangan Mesias 21.03.2023 32:10
Jika Hana anak Fanuel berkahwin pada usia lebih kurang 13 tahun seperti kebanyakkan orang Israel pada ketika itu, dan dia "berkahwin selama 7 tahun" dan "kemudian menjadi balu sehingga berumur 84 tahun" (rujuk Lukas 2:36-37a), maka, umurnya bila melihat Yesus Mesias ketika Dia masih anak kecil lagi, ialah lebih kurang 104 tahun! Walaupun umur Hana sudah lanjut dan kehidupannya tidaklah seindah man...
Lukas 2:25-35 Simeon, Roh Kudus & Masa Depan Mesias 19.03.2023 43:08
Roh Kudus telah memberitahu Simeon "bahawa dia tidak akan meninggal dunia sebelum dia melihat Kristus [atau Mesias] yang dijanjikan oleh Tuhan" (Lukas 2:26) 😲 Kita tidak tahu berapa lama dia menunggu untuk firman ini digenapi tetapi kita tahu apabila dia melihat Yesus, dia memuji Tuhan lalu berkata: “Ya Tuhan, sekarang biarlah hamba-Mu pergi dengan sejahtera, menurut firman-Mu: kerana mataku tela...
Perbincangan E.18 Bagaimana Maria Mengajar Kita untuk Taat kepada Tuhan? (Lukas 1:26-38) 19.03.2023 40:58
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 26 hingga 38: 1) Ringkasan untuk petikan ini 2) Apa kemungkinan perubahan dari segi emosi atau fikiran Maria ket...
Lukas 2:21-24 Anak Allah Dilahirkan di Bawah Hukum Taurat 18.03.2023 35:18
Salah satu sebab, pada pendapat saya, ramai orang tidak mengkaji Lukas 2:21-24 dengan lebih teliti ialah kerana petikan ini banyak berkata tentang "mengikut Hukum Taurat Musa"; "tersurat dalam Hukum Tuhan"; "mengikut apa yang ditetapkan dalam Hukum Tuhan." Ayat "Hukum" menjadikan ramai orang - termasuk orang Kristian sendiri - kurang selesa dan asing bagi mereka. Tetapi kita harus sedar bahawa Yes...
Lukas 2:8-20 Berita Baik (Injil) Kepada Seluruh Umat Manusia 14.03.2023 58:36
Membawa Berita Baik atau Injil (euangelizomai, Yunani) biasanya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai to bring Good News, Gospel, Good Tidings. Pada masa Perjanjian Baru, ia digunakan untuk mengumumkan 1) Menang perang; 2) Titah atau pemberitahuan atau kedatangan raja; dan 3) Kelahiran seorang raja atau kerabat diraja. Pada malam kelahiran Yesus, TUHAN Allah melalui seorang malaikat mengumum...
Perbincangan E.17 Bagaimana Tuhan Mengubah Hidup Zakharia & Elisabet? (Markus 1:5-25) 13.03.2023 49:11
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 5 hingga 25: 1) Ringkasan untuk petikan ini; 2) Bayangkan kamu berada dalam situasi Zakharia & Elisabet ketika i...
Perbincangan E.16 Kenapa Mencari Kebenaran tentang Alkitab Itu Penting? (Lukas 1:1-4) 06.03.2023 35:55
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 1 hingga 4: 1) Ringkasan untuk petikan ini; 2) Bagaimana latarbelakang setiap kita boleh mempengaruhi panggilan...
Lukas 2:1-7 Yesus Raja & Kaya Rela Menjadi Miskin & Hamba 06.03.2023 55:13
Ketika Yesus Mesias lahir, Dia dibedung lalu dibaringkan "di dalam sebuah palung kerana tidak ada tempat bagi [Yusuf dan Maria] di rumah tumpangan" (Lukas 1:7). Kisah kelahiran Mesias sangat ringkas dan mudah. Tidak ada unsur-unsur yang pelik seperti mitos atau lagenda. Ini kisah benar dan sahih. Begini ialah cara Dia datang ke dunia... dengan kerendahan hati ✔️ Firman Allah menjelaskan: "Kamu tah...
Lukas 1:67-80 Segala Puji bagi Tuhan, Allah Isreal 04.03.2023 43:39
Bukti yang jelas seseorang dipenuhi dengan Roh Kudus ialah apabila dia menggunakan mulutnya (jika tiada mulut, maka, seluruh tubuh yang ada akan digunakan) untuk meninggikan Tuhan, memuji Allah, dan bersaksi tentang Yesus Mesias! Menjerit-jerit seperti orang gila, bergembar-gembur tanpa kawalan, dan mulut yang tertutup kerana malu mengakui Yesus ialah BUKAN manifestasi Roh suci dan benar. Contohny...
Lukas 1:57-66 Tangan Tuhan Memimpin Yohanes Pembaptis 28.02.2023 41:07
Diawal Injil Lukas, kita diberitahu bahawa Elisabet "mandul dan... telah lanjut usia" (1:7). Harapan untuk mendapatkan zuriat sudah lama terkubur dan tidak terlintas daripada fikirannya lagi. Namun begitu, TUHAN Allah ada rencana yang indah bagi dia dan suaminya. Allah berfirman kepada Zakharia, "Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Kamu hendaklah menamainya Yohanes" (1:13...
Lukas 1:46-56 Jiwaku Meninggikan Menyelamatku 28.02.2023 36:53
Salah satu hal yang saya sangat kagum dengan Maria dari Nazaret ialah dia mengasihi TUHAN Allah dengan segenap jiwanya dan memiliki pengetahuan akan Firman Allah dalam hatinya. Nyanyian (atau puisi) yang dinyanyikannya untuk Allah sangat padat dengan latarbelakang Firman Perjanjian Lama ❤️ Memang tidak dinafikan, Allah telah memilih dan melayakkannya - dan dia layak! - untuk menjadi ibu kepada Mes...
Perbincangan E.15 Apakah Kaitannya diantara Teologi, Iman & Etika? (Ibrani 13, Akhir) 26.02.2023 58:02
Teologi harus ada Aplikasi yang dihubungkan melalui Iman. Secara ringkas, Surat Ibrani bab 1 hingga 10 menekankan Teologi Kristian lebih-lebih lagi tentang Kristologi dan bab 13 menekankan Aplikasi atau Etika Kristian. Bab 11 hingga 12 pula menekankan Iman yang menghubungkan Teologi dengan Aplikasi. Teologi tanpa Aplikasi hanya pengetahuan; Aplikasi tanpa Teologi hanya pendidikan moral; Teologi da...
Perbincangan E.14 Kenapa Disiplin daripada Allah Bapa Sangat Penting Bagi Kita? (Ibrani 12) 24.02.2023 55:17
"Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum sesiapa yang diterima-Nya sebagai anak" (Ibrani 12:5). "Sesungguhnya, berbahagialah orang yang ditegur Allah. Maka janganlah kaupandang rendah didikan Yang Maha Kuasa" (Ayub 5:17). "TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya" (Amsal 3:12). Apakah persamaan diantara ketiga-tiga petikan ini? TUHAN...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.