Richard Angelus

LEGASI.tv Podcast

Religion MS ↓ 629 episodes

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/

Author

Richard Angelus

Category

Religion

Podcast website

youtube.com

Latest episode

Apr 13, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Lukas 1:39-45 Pertemuan diantara Maria, Elisabet dan Roh Kudus 18.02.2023

Alkitab menyatakan: "Apabila Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak-gerak dan Elisabet dipenuhi Roh Kudus" (Lukas 1:41). Ini mungkin bukan kali pertama mereka berjumpa tetapi ini kali pertama mereka mengalami keadaan dan situasi yang sama: 1) TUHAN Allah telah bersuara; 2) Anak dalam kandungan mereka luar biasa; dan 3) Mereka menunjukkan iman percaya. Mari kita melihat ap...

Perbincangan E.13 Bagaimana Iman Menurut Alkitab Harus Ditunjukkan? (Ibrani 11) 07.02.2023

Dalam video ini, berdasarkan Ibrani bab 11, kami berkongsi tentang: • Salah satu atau beberapa definasi iman (faith) yang telah dipelajari dan difahami setakat ini • Siapakah karakter atau watak yang menarik minat dan kenapa • Apakah beberapa pemerhatian atau kesimpulan tentang iman dalam bab ini dan apa yang cuba diketengahkan oleh penulis - relevannya dan aplikasi - pada masakini Untuk menonton...

Lukas 1:30-37 Yesus Mesias, Anak Allah Yang Maha Tinggi 05.02.2023

Sebelum Yesus Mesias datang ke dunia, sudah dinyatakan dari awal lagi tentang kenapa dan siapa Dia. Kepada Maria, malaikat Gabriel berkata: "Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Yesus. Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. Dia akan merajai ket...

Lukas 1:28-38 Maria, Ibu kepada Mesias, Tuhan dan Penyelamatnya 30.01.2023

"Dari sekarang hingga selama-lamanya," Maria berdoa, "orang akan berkata aku diberkati, kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara yang besar untuk aku." Kemudian dia berseru, "Sucilah Nama-Nya!" (Lukas 1:48-49). Memang benar Maria seorang yang sangat diberkati, dirahmati, dan "amat diredai" Allah (1:28). Dia akan menjadi ibu kepada Yesus, iaitu Mesias, Tuhan dan Penyelamat umat manusia - dan...

Lukas 1:26-49 Maria menurut Alkitab &/vs. Dogma Gereja 26.01.2023

Salah satu watak penting dalam Perjanjian Baru ialah Maria ibu Yesus Kristus. Menurut Alkitab, tiada yang kontroversi dan kontradiksi tentangnya. Tetapi menurut sejarah gereja - setelah sekian lama - Maria menjadi watak yang sangat kontroversi sehinggakan ramai yang lebih keliru tentang Maria berbanding dengan Yesus! Jadi apa yang harus kita lakukan? Kembali kepada Alkitab Firman TUHAN! Dalam epis...

Perbincangan E.11 Ada Apa Dengan Darah Yesus Kristus? (Ibrani 9) 22.01.2023

Dalam sistem korban Perjanjian Pertama, para imam harus melakukan korban berulang-ulang kali (Ibrani 7:27; 9:25), setiap hari dua kali sehari membakar dupa di mazbah (Keluaran 30:7-8), setiap hari dua kali sehari menyalakan pelita menorah (Keluaran 27:20-21), setiap minggu menukar persembahan roti (Imamat 24:5-8), dan sebagainya. Ini mengingatkan kita juga tentang perbuatan atau pekerjaan agama ya...

Lukas 1:26-27 Nazaret, Yusuf & Maria: Allah Memilih Yang Kecil 17.01.2023

Kepakaran TUHAN Allah ialah Dia boleh menjadikan sesuatu yang kecil, sederhana dan biasa kepada sesuatu yang besar, mulia dan luar biasa! "Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak. Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat. Allah memilih yang rendah dan dihina di dunia bahkan yang tidak ada untuk meniadakan yang ada" (1 Korintus 1:27-28). Pemberitahuan tentang...

Perbincangan E.10 Bagaimana Perjanjian Baru LEBIH BAIK daripada Perjanjian Lama? (Ibrani 8) 15.01.2023

"Dengan menyebut 'perjanjian baru,' Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap" (Ibrani 8:13). Ini suatu kenyataan yang radikal bagi orang Yahudi pada ketika itu. Jadi, bagaimana Perjanjian Baru LEBIH BAIK daripada Perjanjian Pertama? Bagaimana iman kita boleh dikuatkan oleh kebenaran ini? Ini p...

Perbincangan E.9 Imam Besar Menurut Peraturan Melkisedek? (Ibrani 7) 09.01.2023

Yesus Kristus memiliki Tiga (3) Jawatan dalam Satu Peribadi yang hanya ada pada-Nya: 1) Dia NABI kerana Dia ialah Firman yang hidup yang diutus oleh Bapa; 2) Dia RAJA kerana Dia ialah Anak Daud dari keturunan Yehuda; dan 3) Dia IMAM BESAR. Tetapi yang ini ada masalah... Yesus bukan daripada keturunan Harun 😅 Jadi, bagaimana Yesus boleh menjadi imam besar? Baca Ibrani 7 😊 dan apakah implikasinya...

Lukas 1:13-17 Yohanes Pembaptis, Nabi Allah Yang Maha Tinggi 09.01.2023

Malaikat Gabriel bernubuat: "Janganlah takut, hai Zakharia, kerana permohonanmu telah dikabulkan. Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Kamu hendaklah menamainya Yohanes" (Lukas 1:13). Selepas kelahiran Yohanes, Zakharia yang dipenuhi Roh Kudus pula bernubuat: "Engkau, anakku, akan digelar Nabi Allah Yang Maha Tinggi kerana engkau mendahului Tuhan demi menyediakan jalan-Nya...

Lukas 1:5-25 Harapan kepada Zakharia, Elisabet, Israel & Kita 01.01.2023

"Pada zaman Herodes, raja negeri Yudea..." (Lukas 1:5). Ini ialah ayat pembukaan untuk kisah Injil yang dikarang oleh Lukas. Mungkin kita tidak merasa apa-apa tentang ayat ini tetapi bagi orang Israel pada ketika itu, ia ialah kenyataan yang sangat beremosi. Untuk membayangkannya, mari saya memberi contoh moden: "Pada zaman Adolf Hitler..." atau "Pada zaman Kim Jong-un..." atau "Pada zaman Xi Jinp...

Lukas 1:1-4 Teofilus, Ini Sebabnya Injil Boleh Dipercayai 26.12.2022

Sebagai seorang yang percaya kepada kewujudan TUHAN Allah dan supernatural, keyakinan bahawa Alkitab termasuk kitab-kitab Injil tentang Yesus Kristus benar dan boleh dipercayai ialah keyakinan iman kita. Seluruh Alkitab diilhamkan oleh TUHAN (rujuk 2 Timotius 3:16) dan digerakkan oleh Roh Kudus (rujuk 2 Petrus 1:21). Namun begitu, dari segi sejarah dan fakta natural, adakah Alkitab juga benar? Ada...

Lukas 1:1-4 Lukas, Tabib yang Dikasihi & Injil Kristus 21.12.2022

Injil Lukas atau lebih tepat lagi - Injil Yesus Kristus menurut Lukas - sangat unik berbanding dengan kitab-kitab Injil yang lain. Contohnya, ini (dengan kitab Kisah Para Rasul) ialah satu-satunya penulisan dalam seluruh Alkitab yang ditulis oleh seorang bukan Yahudi atau "Gentile." Bagaimana kita tahu penulis ini ialah Lukas? Siapa dia? Bagaimana latarbelakang Lukas mempengaruhi motif, fokus dan...

Perbincangan E.8 Bagaimana Pula dengan Isu Ketidakmatangan & Keselamatan? (Ibrani 6) 20.12.2022

"Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar," kata penulis Surat Ibrani, "tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pejal" (Ibrani 5:12). Ini kerana mereka - malah ada juga diantara kita yang - belum matang dari segi iman. Dalam episod ini, ahli-ahli #DugDownDeep akan membincangkan...

Perbincangan E.7 Adakah Kita Masih Memerlukan Imam Besar SEKARANG? (Ibrani 5) 18.12.2022

Surat Ibrani ialah salah satu penulisan dalam Alkitab Perjanjian Baru yang paling banyak menekankan tentang kebenaran bahawa Yesus Kristus ialah Imam Agung kita. Adakah kita masih lagi memerlukan imam agung sekarang? Bukankah ia hanya penting dalam Perjanjian Lama? Ini dan beberapa hal lain lagi yang dibincangkan dalam episod ini 😊 Jom tonton! 📺 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk men...

Perbincangan E.6 Apa Kaitan Diantara Janji, Iman & Firman? (Ibrani 4) 16.12.2022

Dalam Episod 6 ini, beberapa ahli Pengajian Alkitab #DugDownDeep berbincang dan berkongsi tentang Hari Peristirahatan yang disediakan TUHAN Allah, pentingnya iman untuk memasukinya dan apakah maksudnya firman Allah hidup dan berkuasa 🗡️📖🔥 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonton pengajian Surat Ibrani yang lain, KLIK DI SINI 🤳 https://bit.ly/3D3cLDN

Perbincangan E.5 Yesus LEBIH TINGGI daripada Musa? (Ibrani 3) 15.12.2022

Dalam Episod 5 ini, beberapa ahli Pengajian Alkitab #DugDownDeep berbincang dan berkongsi tentang bagaimana Yesus Kristus LEBIH TINGGI daripada Nabi Musa dan apa yang kita boleh belajar daripada Mazmur 95 dan umat Israel dalam Perjanjian Lama berdasarkan Ibrani 3. Selamat menonton dan didorong! 😊📖🔰 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonton pengajian Surat Ibrani yang lain, KLIK DI...

Ibrani 13:9-25 Gembala Domba yang Mulia & Etika Kristian yang Lain 13.12.2022

Penulis surat Ibrani ini mengakhiri suratnya dengan doa: "Semoga Allah kesejahteraan yang telah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian, Gembala domba yang mulia itu, melalui darah perjanjian kekal, melengkapkan kamu dengan segala yang baik untuk melakukan kehendak-Nya, mengusahakan dalam dirimu apa yang diredai-Nya, melalui Yesus Kristus, bagi-Nya kemuliaan selama-lamanya. Amin" (Ibrani...

Ibrani 13:1-8 Jangan Menjadi Pencinta Wang & Etika Kristian yang Lain 10.12.2022

Teologi harus ada Aplikasi yang dihubungkan melalui Iman. Secara ringkas, Surat Ibrani bab 1 hingga 10 menekankan Teologi Kristian lebih-lebih lagi tentang Kristologi dan bab 13 menekankan Aplikasi atau Etika Kristian. Bab 11 hingga 12 pula menekankan Iman yang menghubungkan Teologi dengan Aplikasi. Teologi tanpa Aplikasi hanya pengetahuan; Aplikasi tanpa Teologi hanya pendidikan moral; Teologi da...

Perbincangan E.4 Anak Allah Menjadi Manusia? (Ibrani 2) 09.12.2022

Dalam Episod 4 ini, beberapa ahli Pengajian Alkitab #DugDownDeep berbincang dan berkongsi tentang kemanusiaan Anak Allah @ Yesus Kristus dalam Ibrani bab 2. Selamat menonton dan didorong! 😊📖🔰 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonton pengajian Surat Ibrani yang lain, KLIK DI SINI 🤳 https://bit.ly/3D3cLDN

Perbincangan E.3 Bagaimana Untuk Tidak Hanyut dalam Iman? (Ibrani 2) 03.12.2022

Dalam Episod 3 ini, beberapa ahli Pengajian Alkitab #DugDownDeep berbincang dan berkongsi tentang isu 'hanyut' dalam iman Kristian • Kenapa penulis Ibrani penekankan isu 'hanyut' awal-awal bab lagi? • Bagaimana isu ini juga relaven untuk masa sekarang? • Berdasarkan Firman dan pengalaman, bagaimana kita boleh mengelak daripada 'hanyut'? 🤔🌬️🚣 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonto...

Perbincangan E.2 Apa Tentang Suprimasi Yesus vs. Malaikat yang Kamu Kagum? (Ibrani 1) 01.12.2022

Dalam Episod 2 ini, beberapa ahli Pengajian Alkitab #DugDownDeep berbincang dan berkongsi tentang beberapa perkara yang sudah dipelajari melalui Ibrani bab 1 seperti • Kenapa Penulis bermula dengan menyatakan siapa Yesus? • Kenapa Yesus dibandingkan dengan para malaikat? • dan sebagainya 👍😊💯 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonton pengajian Surat Ibrani yang lain, KLIK DI SINI...

Ibrani 12:12-29 Gunung Sinai ATAU Sion 18.11.2022

Gunung Sinai merujuk kepada Perjanjian Pertama atau Perjanjian Lama dan Hukum Taurat; manakala Gunung Sion merujuk kepada Perjanjian Baru atau Perjanjian Baik dan Kasih Kurnia. Di Gunung Sinai, Musa berkata, "Aku amat ketakutan dan menggeletar" (Ibrani 12:21); di Gunung Sion, ada "Yesus, Pengantara perjanjian baru" (12:24). Kedua-duanya ada hadirat TUHAN Allah tetapi persoalannya ialah: Kalau Gunu...

Ibrani 12:4-11 Allah Bapa Mendisiplin Mereka Yang Dikasihi-Nya 12.11.2022

"Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum sesiapa yang diterima-Nya sebagai anak" (Ibrani 12:5). "Sesungguhnya, berbahagialah orang yang ditegur Allah. Maka janganlah kaupandang rendah didikan Yang Maha Kuasa" (Ayub 5:17). "TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya" (Amsal 3:12). Apakah persamaan diantara ketiga-tiga petikan ini? TUHAN...

Ibrani 12:1-3 Mari Mengarahkan Mata Kepada Yesus Kristus 08.11.2022

Tidak salah kiranya saya berkata bahawa Ibrani 12:2 ialah ayat yang paling utama dan terpenting dalam Surat Ibrani! Bab 1 hingga 11 menuju kepada panggilan ini, dan bab 12 hingga 13 berpusat daripada seruan ini: "Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita" 🎯 Apabila kamu menyedari konteks Firman ini dan melihat gambaran besar yang ingin disampaikan oleh Roh...

Listen to the LEGASI.tv Podcast podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.