Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Be sure to visit the podcast's website and support the creator: youtube.com
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Perbincangan E.3 Bagaimana Untuk Tidak Hanyut dalam Iman? (Ibrani 2) 03.12.2022 37:11
Dalam Episod 3 ini, beberapa ahli Pengajian Alkitab #DugDownDeep berbincang dan berkongsi tentang isu 'hanyut' dalam iman Kristian • Kenapa penulis Ibrani penekankan isu 'hanyut' awal-awal bab lagi? • Bagaimana isu ini juga relaven untuk masa sekarang? • Berdasarkan Firman dan pengalaman, bagaimana kita boleh mengelak daripada 'hanyut'? 🤔🌬️🚣 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonto...
Perbincangan E.2 Apa Tentang Suprimasi Yesus vs. Malaikat yang Kamu Kagum? (Ibrani 1) 01.12.2022 33:42
Dalam Episod 2 ini, beberapa ahli Pengajian Alkitab #DugDownDeep berbincang dan berkongsi tentang beberapa perkara yang sudah dipelajari melalui Ibrani bab 1 seperti • Kenapa Penulis bermula dengan menyatakan siapa Yesus? • Kenapa Yesus dibandingkan dengan para malaikat? • dan sebagainya 👍😊💯 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonton pengajian Surat Ibrani yang lain, KLIK DI SINI...
Ibrani 12:12-29 Gunung Sinai ATAU Sion 18.11.2022 54:07
Gunung Sinai merujuk kepada Perjanjian Pertama atau Perjanjian Lama dan Hukum Taurat; manakala Gunung Sion merujuk kepada Perjanjian Baru atau Perjanjian Baik dan Kasih Kurnia. Di Gunung Sinai, Musa berkata, "Aku amat ketakutan dan menggeletar" (Ibrani 12:21); di Gunung Sion, ada "Yesus, Pengantara perjanjian baru" (12:24). Kedua-duanya ada hadirat TUHAN Allah tetapi persoalannya ialah: Kalau Gunu...
Ibrani 12:4-11 Allah Bapa Mendisiplin Mereka Yang Dikasihi-Nya 12.11.2022 46:03
"Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum sesiapa yang diterima-Nya sebagai anak" (Ibrani 12:5). "Sesungguhnya, berbahagialah orang yang ditegur Allah. Maka janganlah kaupandang rendah didikan Yang Maha Kuasa" (Ayub 5:17). "TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya" (Amsal 3:12). Apakah persamaan diantara ketiga-tiga petikan ini? TUHAN...
Ibrani 12:1-3 Mari Mengarahkan Mata Kepada Yesus Kristus 08.11.2022 55:53
Tidak salah kiranya saya berkata bahawa Ibrani 12:2 ialah ayat yang paling utama dan terpenting dalam Surat Ibrani! Bab 1 hingga 11 menuju kepada panggilan ini, dan bab 12 hingga 13 berpusat daripada seruan ini: "Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita" 🎯 Apabila kamu menyedari konteks Firman ini dan melihat gambaran besar yang ingin disampaikan oleh Roh...
Ibrani 11:32-40 IMAN: Orang Salih Bermasalah & Biasa-Biasa 03.11.2022 57:47
Jika kamu membaca dan mengkaji watak-watak yang disenaraikan dalam Surat Ibrani bab 11, kamu akan mendapati bahawa tiada seorang pun daripada mereka mempunyai perwatakkan yang sempurna dan setiap mereka ada kelemahan yang adakalanya membuatkan kamu tertanya-tanya. Contohnya, "Layakkah Yakub seorang penipu, Rahab seorang pelacur, Gideon seorang penakut dan Simson seorang kaki perempuan menjadi tela...
Ibrani 11:17-31 IMAN: Individu, Keluarga & Bangsa 27.10.2022 58:54
Apabila saya membuat pencarian dalam Aplikasi Alkitab (AVB), ayat "melalui IMAN" muncul sebanyak 22 kali dalam Surat Ibrani! 21 daripadanya ada dalam bab 11. Jadi, tidak dinafikan IMAN ialah antara salah satu subjek utama yang ingin ditekankan oleh Roh Kudus dalam surat ini ✍️ "Tanpa IMAN, mustahil didapati keredaan Allah" (Ibrani 11:6). Dalam episod yang lepas, kita sudah melihat teladan IMAN Hab...
Ibrani 11:1-16 IMAN: Definasi, Kualiti & Teladan 17.10.2022 57:01
Surat Ibrani bab 10 diakhiri dengan: "Orang yang benar akan hidup dengan iman" (ayat 38) dan "kita... antara mereka yang beriman dan diselamatkan" (ayat 39). Ini menimbulkan beberapa persoalan, iaitu, apakah yang dimaksudkan dengan IMAN? Bagaimana kita boleh tahu kalau kita memiliki IMAN itu? Dan apakah teladan mereka yang hidup dengan IMAN? 🤔 Semua persoalan ini dijawab apabila kita masuk ke dal...
Ibrani 10:26-39 Jangan Melepaskan Kepercayaanmu! 11.10.2022 58:26
Penulis Surat Ibrani melalui Roh Kudus dengan tegas berkata: "Jika kita sengaja melakukan dosa setelah kita mengenal kebenaran, tiada lagi korban untuk menebus dosa" (Ibrani 10:26). "Kebenaran" tentang apa? Apa yang dimaksudkan dengan "sengaja melakukan dosa"? Benarkah "tiada lagi korban untuk menebus dosa" bagi orang yang berbuat demikian? Bagaimana kita boleh menghindarinya dan terus berpegang t...
Ibrani 10:19-25 Keberanian, Pengharapan & Saling Mendorong 03.10.2022 48:19
Oleh kerana segala perbuatan yang telah dilakukan dan siapa Yesus Kristus - Imam Besar, Korban Sempurna, Ketaatan Sepenuhnya (rujuk Ibrani 10:1-18) - firman Allah menyatakan bahawa "kita telah mempunyai KEBERANIAN untuk masuk ke Tempat Yang Maha Suci melalui darah Yesus..." (Ibrani 10:19-20)🩸Wow! Melalui Yesus, kita mempunyai "KEBERANIAN" untuk datang "ke hadapan takhta kasih kurnia" (Ibrani 4:16...
Ibrani 10:1-18 Dosamu Tidak Akan Kuingati Lagi! 26.09.2022 57:46
Ini firman TUHAN Allah kepada umat pilihan-Nya dalam Perjanjian Lama dan kepada kita dalam Perjanjian Baru: "Dosa dan perbuatan [kamu] yang mungkar tidak akan Kuingati lagi" (Yeremia 31:34; Ibrani 10:17). Semua ini telah dibolehkan hanya "melalui persembahan tubuh Kristus Yesus, sekali untuk selama-lamanya" (Ibrani 10:10). Wow! ❤️ Dalam episod ini, kita akan belajar • Jika Hukum Taurat "tidak akan...
Ibrani 9:15-28 Menebus Dosa Sekali untuk Selamanya! 21.09.2022 48:52
Dalam sistem korban Perjanjian Pertama, para imam harus melakukan korban berulang-ulang kali (Ibrani 7:27; 9:25), setiap hari dua kali sehari membakar dupa di mazbah (Keluaran 30:7-8), setiap hari dua kali sehari menyalakan pelita menorah (Keluaran 27:20-21), setiap minggu menukar persembahan roti (Imamat 24:5-8), dan sebagainya. Ini mengingatkan kita juga tentang perbuatan atau pekerjaan agama ya...
Ibrani 9:1-14 Masuk Dengan Darah Yesus Kristus 16.09.2022 56:46
Dalam sistem korban Perjanjian Pertama, setiap imam besar "mesti ada sesuatu untuk dipersembahkan" (Ibrani 8:3), "tidak boleh tidak membawa darah yang dipersembahankan untuk dosa dirinya dan untuk dosa orang lain" (9:7), dan "tanpa tumpahnya darah tidak ada pengampunan" (9:22). Tetapi ini dilemanya: Selagi manusia berbuat dosa, selagi itu harus sentiasa ada korban; dan jika tidak ada darah yang te...
Ibrani 8 Yesus Kristus Pengantara bagi Perjanjian Baru 06.09.2022 54:44
Yesus Kristus ialah "Pengantara bagi perjanjian yang lebih baik, yang diasaskan pada janji-janji yang lebih baik" (Ibrani 8:6). Wow! 😍 TUHAN Allah sendiri melalui nabi Yeremia berkata: "Lihatlah, akan tiba harinya, firman Tuhan, apabila Aku membuat perjanjian baru... Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka ak...
Ibrani 7 Yesus Imam Besar Menurut Peraturan Melkisedek 02.09.2022 57:18
"Jelas bahawa," kata penulis Ibrani, "Tuhan kita keturunan Yehuda, tetapi tentang suku ini Musa tidak pernah mengatakan sesuatu berkaitan imam-imam" (Ibrani 7:14). Yang boleh menjadi Imam Besar atau imam ialah daripada keturunan Lewi/Harun, bukan daripada keturunan Yehuda. Jadi, bagaimana mungkin Yesus Kristus boleh menjadi Imam Besar? 🤔 Jawapannya ialah melalui keimaman yang berbeza atau "menuru...
Ibrani 6:9-20 Berdiri Teguh Sampai Akhir 28.08.2022 54:37
Penulis Surat Ibrani selepas memberi AMARAN, dia sekarang memberi GALAKKAN. Ini ialah ajaran yang seimbang, ajaran yang Alkitabiah (rujuk 2 Timotius 3:16) 👍 Mulanya, dia memberi AMARAN supaya jangan menjadi murtad ⚠️ "...jika mereka berpaling, mustahil untuk membawa mereka bertaubat semula..." (Ibrani 6:6). Kemudian, dia MENGGALAKKAN mereka 🆙 "Namun begitu... kami yakin bahawa perkara yang lebih...
Ibrani 5:11-6:8 Bagaimana Seseorang Boleh Murtad 07.08.2022 58:31
Semuanya bermula dengan hal ini: "pendengaranmu sudah tumpul" (Ibrani 5:11). Oleh itu, Firman Allah berkata: "Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal" (ayat 12). Ini realiti yang terjadi semasa Surat Ibrani ini ditulis - dan jug...
Ibrani 4:14-5:10 Kita Mempunyai Imam Besar yang Agung! 31.07.2022 56:48
Apakah pengakuan kita? "Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita" (Ibrani 4:14) ✍️ Dalam episod ini, kita akan belajar: • Kenapa Kristianiti LEBIH BESAR daripada agama sebelumnya • Kenapa setiap kita memerlukan Imam Besar • Bagaimana kemanusiaan & keilahian Yesus memenuhi syarat Dia sebagai...
Ibrani 4:12-13 Firman Allah Hidup dan Berkuasa 25.07.2022 47:48
Salah satu petikan yang penting untuk mengetahui sifat-sifat Firman Allah ialah dalam Ibrani 4:12, "Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat dalam hati" 📖 Dalam episod ini, kita akan belajar tentang: • Bagaimana Firman Allah ini asalnya dari TUHAN Allah Tritunggal • Apa...
Ibrani 4:1-13 Mari Masuk Ke Dalam Peristirahatan Allah 13.07.2022 58:25
"[Oleh sebab] janji untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada diantaramu yang dikira tidak layak" (Ibrani 4:1). Firman Allah juga menyeru: "Marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam peristirahatan itu, supaya jangan ada yang gagal kerana mengikuti contoh mereka yang ingkar" (4:11) 😲⚠️☢️ Dalam episod ini, kita akan belajar tentang: • Apa itu "peris...
Kejadian 4:3-5 KORBAN Yang Berkenan: Persembahan Habel Diterima Tetapi Tidak Kain 11.07.2022 9:12
Persembahan korban yang pertama yang dilakukan oleh manusia direkod dalam Alkitab ialah dalam Kejadian bab 4. Kenapa persembahan Habel berkenan kepada TUHAN Allah manakala persembahan Kain tidak? Ini ialah klu kepada korban yang mutlak akan datang! 🐐🔥🍇 #ServeToLead #PreachTheWord #KorbanYangBerkenan Lawat LEGASI.tv media 🤳 https://linktr.ee/LEGASI.tv
Kejadian 3:21 KORBAN Yang Menutupi: Pakaian daripada Kulit Binatang untuk Adam & Hawa 09.07.2022 6:44
Korban yang pertama ialah korban yang dilakukan oleh TUHAN Allah sendiri. Ini merupakan gambaran untuk realiti korban yang sebenar yang akan dilakukan-Nya sekali lagi 💪♥📖 #ServeToLead #PreachTheWord #KorbanYangMenutupi Lawat LEGASI.tv media 🤳 https://linktr.ee/LEGASI.tv
Ibrani 3:7-19 Jangan Keraskan Hatimu 29.06.2022 59:38
Roh Kudus berfirman: "Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya, jangan keraskan hatimu..." (Ibrani 3:7). Dalam episod ini, kita akan belajar tentang: • Bagaimana ayat ini membuktikan Doktrin Tritunggal • Salah satu sebab kenapa Perjanjian Lama ditulis • Bagaimana TUHAN bersuara atau berfirman • Kenapa hati kita boleh menjadi keras • Pentingnya persekutuan komuniti orang percaya dan sebagainya ♠🔨♥...
Ibrani 3:1-6 Yesus Jauh LEBIH MULIA Daripada Musa 21.06.2022 59:49
Dalam Ibrani bab 1, Yesus Kristus dikatakan lebih besar daripada para malaikat. Sekarang, dalam bab 3 pula, Dia dikatakan lebih mulia daripada nabi Musa. Oleh itu, penulis Ibrani berulang-ulang kali memanggil kita untuk HANYA terus: "Mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan penyempurna iman kita" (Ibrani 12:2). "Fikirkanlah" (3:1) atau "Pandanglah", "Renunglah", "Consider", "Fix our attenti...
Kejadian 1:26 Kenapa TUHAN Allah Menciptakan Manusia? (#AskAngelus) 13.06.2022 8:05
#AskAngelus jika ada soalan yang kritikal (bukan trivial) tentang Alkitab 😊📖💡 #ServeToLead #PreachTheWord All things media 🤳 https://linktr.ee/LEGASI.tv
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.