Richard Angelus

LEGASI.tv Podcast

Religion MS ↓ 629 episodes

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/

Author

Richard Angelus

Category

Religion

Podcast website

youtube.com

Latest episode

Apr 13, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Lukas 7:1-10 Iman Yang Mengagumkan Yesus Mesias 31.08.2023

Jika kamu membaca kitab-kitab Injil, kamu akan mendapati bahawa ramai orang kagum (amazed, marvelled) dengan Yesus Mesias. Mereka "kagum akan pengertian dan jawapan-Nya" (Lukas 2:47), "kagum dengan ajaran-Nya" (Lukas 4:32), selepas membangkitkan orang mati mereka "sungguh kagum" dengan-Nya (Markus 5:42) dan sebagainya. Semua respon ini sangat wajar kerana keperibadian, perbuatan dan firman Yesus m...

Lukas 6:46-49 Manifesto Kerajaan Allah: Pendengar & Pelaku 06.08.2023

Dalam Lukas 6 ayat 45, Tuhan Yesus Mesias menggambarkan orang yang berkata-kata baik atau jahat sebenarnya datang daripada hatinya. "Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya.” Tetapi dalam ayat 46 pula, Dia menggambarkan orang yang berkata-kata iman tetapi sebenarnya tidak datang daripada hatinya. “Mengapakah kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ tetapi tidak mematuhi perintah-Ku?" Salah sat...

Lukas 6:43-45 Manifesto Kerajaan Allah: Jaga Hati & Mulutmu 05.08.2023

Ada ramai orang alim dalam media sosial suka berkata: "Walaupun mulut saya jahat, hati saya baik." Adakah ini benar? Hmmm... 🤔 Memang benar ada kalanya orang yang berhati baik terlepas cakap hal-hal yang kurang menyenangkan. Dan ada kalanya juga, orang yang jahat pun boleh mengucapkan kata-kata yang baik dan suci. Tetapi selalunya - secara konsisten dan sifat yang zalim - orang yang bermulut jaha...

Lukas 6:39-42 Manifesto Kerajaan Allah: Menghakimi dengan Adil 26.07.2023

"Mengapakah kamu perhatikan selumbar di mata saudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri tidak kamu sedari? Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah aku keluarkan selumbar itu daripada matamu’ sedangkan kamu tidak nampak sebatang kayu balak terpampang di matamu sendiri? Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak daripada matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluar...

Lukas 6:36-38 Manifesto Kerajaan Allah: Berbelas Kasihan 19.07.2023

Keluaran 34:6-7 menyatakan bahawa: “TUHAN, ya TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, serta berlimpah kasih dan setia; Allah mengukuhkan kasih abadi bagi beribu-ribu orang, mengampunkan kesalahan, pelanggaran, dan dosa, tetapi sekali-kali tidak membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman, serta membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya, kepada keturunan yang ket...

Lukas 6:27-35 Manifesto Kerajaan Allah: Kasihilah Musuhmu 17.07.2023

Tiada ajaran kebenaran yang sangat bertentangan dengan sifat manusia daripada apa yang Yesus Mesias katakan ini: "Kasihilah musuhmu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu; berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu" (Lukas 6:27-28). Ini ialah firman-Nya, jadi, kita harus mentaatinya ✔️ Tetapi kamu - dan saya - tahu ianya sangat sukar untuk ditaati 😅 Jadi, ba...

Lukas 6:20-26 Manifesto Kerajaan Allah: Berkat & Kutuk 13.07.2023

Dimana sahaja ada Yesus Mesias, samada melalui perbuatan-Nya atau firman-Nya, Dia memisahkan orang kepada dua pilihan sahaja: menerima atau menolak, percaya atau tidak percaya, keselamatan atau kebinasaan. Tiada pilihan yang netral. Dia berfirman, "Diberkatilah kamu yang miskin...✔️ Tetapi malangnya kamu yang kaya... ✖️" (Lukas 6:20, 24) Kenapa dan kepada siapa khutbah Yesus dalam Lukas 6 ini ditu...

Lukas 6:12-19 Yesus Mesias Memilih 12 Para Rasul-Nya 10.07.2023

Dalam Kitab Ulangan 18:18, TUHAN Allah telah berfirman kepada Musa: "Aku akan membangkitkan bagi mereka seorang nabi seperti engkau daripada kalangan saudara mereka. Aku akan memberitahukan kepadanya firman-Ku, dan dia akan menyampaikan kepada mereka semua yang Kuperintahkan kepadanya." Nabi yang seperti Musa itu ialah Yesus Mesias ✔️ Oleh itu, sebagaimana Musa memimpin 12 suku Israel, begitu juga...

Perbincangan E.27 Kenapa Yesus Mesias Mahu Dibaptiskan? (Lukas 3:15-38) 07.07.2023

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 3 ayat 15 hingga 38: • Klip pendek dari "Jesus Film Project" 0:00 • Berdasarkan ayat 15 hingga 20, apa beberapa hal yan...

Perbincangan E.26 Suatu Suara Berseru Di Gurun? (Lukas 3:1-14) 06.07.2023

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 3 ayat 1 hingga 14: • Video pendek yang diambil dari filem 'Jesus of Nazareth' (1977) 0:00 • Berdasarkan latarbelakang...

Lukas 6:6-11 Para Guru Agama Berpakat Hendak Membunuh Yesus Mesias 30.06.2023

Saya pernah menonton dan membaca beberapa orang pendeta bersikap sangat kritikal (pada pandangan mereka sendiri kononnya 'Alkitabiah') terhadap seorang pendeta yang popular hanya kerana berbeza pendapat tentang doktrin-doktrin sekunder. Mereka langsung tidak peduli atau memandang ringan impak positif pendeta itu dalam memenangkan ramai jiwa bagi Yesus! Orang Farisi dan ahli-ahli Taurat tidak pedul...

Lukas 6:1-5 Yesus Mesias, Anak Manusia, Ialah Tuhan Atas Hari Sabat 28.06.2023

Ada orang mengatakan bahawa: Oleh kerana Yesus ialah "Tuhan atas hari Sabat" (Lukas 6:5), Dia boleh melanggar hukum hari Sabat. Ini TIDAK BENAR dan ajaran yang PALSU ✖️ Yesus sempurna bukan hanya dari segi kemanusiaan-Nya dan karakter-Nya tetapi juga dari segi ketaatan-Nya. Dia tidak akan melanggar Hukum Taurat ✔️ Jadi, apa yang dimaksudkan oleh orang Farisi bila mereka menuduh dan bertanya: “Meng...

Lukas 5:33-39 Yesus dan Perjanjian Baru: Air Anggur dan Kilbat Kulit Yang Baru 25.06.2023

Beberapa orang Farisi* berkata: “Murid-murid Yohanes kerap kali berpuasa dan berdoa. Demikian juga murid orang Farisi. Tetapi murid-murid-Mu ini terus makan dan minum sahaja" (Lukas 5:33). Bukan hanya Yesus Mesias dan murid-murid-Nya makan dengan para pemungut cukai dan orang berdosa, malah, mereka seolah-olah tidak mengikuti disiplin keagamaan seperti orang Farisi pada ketika itu. Apa respon Yesu...

Lukas 5:27-32 Yesus Mesias Datang untuk Memanggil Orang Berdosa 21.06.2023

Yesus Mesias berkata: “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat" (Lukas 5:31-32) 🙏 "Aku datang" kata Yesus dan inilah yang dilakukan-Nya apabila Dia yang datang memanggil Lewi yang "sedang duduk di tempat memungut cukai" (v.27). Kenapa pemungut cukai sangat dibenci oleh kebanyakkan or...

Perbincangan E.25 Apa Yang Terjadi Semasa Yesus Mesias Berusia 12 Tahun? (Lukas 2:41-52) 13.06.2023

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 41 hingga 52: • Video pendek yang diambil dari filem 'Jesus of Nazareth' (1977) 0:00 • Setelah apa yang mereka a...

Lukas 5:17-26 Yesus, Anak Manusia, Berkuasa Mengampuni Dosa 09.06.2023

Jika kamu berdosa terhadap saya, saya boleh mengampuni dosa kamu: "Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang disyurga akan mengampunkan kesalahanmu juga" (Matius 6:14). Tetapi ada seorang yang lumpuh dibawa kepada Yesus Mesias - ini kali pertama dia berjumpa dengan Yesus dan tidak dinyatakan bahawa dia berdosa terhadap Yesus - dan Dia berkata kepada orang itu: "Saudara, dosa...

Lukas 5:12-16 Yesus Mesias Menyentuh Orang Yang Dihina dan Ditindas 06.06.2023

Apabila seorang yang berpenyakit kusta melihat Yesus Mesias, dia meniarap atau bersujud atau tersungkur lalu merayu kepada-Nya, dan dia mengucapkan sesuatu yang akan mengubah hidupnya: “Tuan, jika Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku" (Lukas 5:12) 🙏 Apa stigma, prejudis dan penganiayaan yang dialami oleh orang yang berpenyakit kusta pada masa itu? Bagaimana sikap dia datang kepada Yesus? Kita tahu...

Perbincangan E.24 Apa Yang Simeon & Hana Boleh Ajar Kita? (Lukas 2:21-40) 31.05.2023

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 21 hingga 40: • Video pendek berdasarkan ayat 25 hingga 31 0:00 • Ringkasan 3:35 • Beberapa kali Alkitab menyata...

Lukas 5:1-11 Panggilan Yesus Mesias - Menjadi Penjala Manusia 31.05.2023

Simon Petrus pernah menyaksikan sendiri bagaimana Yesus Mesias mengajar Firman Allah dengan penuh wibawa, membentak demam, mengusir roh-roh jahat, dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Tetapi ada sesuatu tentang mukjizat yang dilakukan oleh Yesus di dalam perahunya yang membuatkan dia berkata: “Tinggalkan hamba, ya Tuhan, kerana hamba seorang yang berdosa!” (Lukas 5:8) 🤔 Kenapa Simon berkata begitu...

Lukas 4:38-44 Teladan Yesus Mesias - Pelayanan dan Masa Sunyi 24.05.2023

Yesus Mesias sangat sibuk mengkhabarkan Firman Allah dan seringkali Dia melayani ramai orang, contohnya: "[Semua] orang yang menghidap pelbagai penyakit dibawa kepada Yesus. Dia meletakkan tangan-Nya pada setiap orang dan menyembuhkan mereka" (Lukas 4:40). Tetapi Dia juga seringkali setiap awal pagi "pergi ke tempat sunyi" (4:42) 🔇 Dalam episod ini, kita akan melihat kepentingan Firman Allah dala...

Lukas 4:31-37 Yesus Mesias & Firman-Nya BERKUASA ATAS Iblis & roh-rohnya 23.05.2023

Point utama dalam petikan Lukas 4:31-37 ialah ayat 36, orang ramai berkata: “Betapa hebat kata-kata-Nya! Dengan penuh wibawa dan kuasa Dia memerintah roh-roh jahat itu, mereka terus keluar.” Fokusnya BUKAN tentang orang yang dirasuki oleh roh jahat itu TETAPI kata-kata yang keluar daripada mulut Yesus Mesias yang penuh wibawa, kuasa dan autoriti 💪 Apa yang lebih mustahak lagi daripada menghalau r...

Lukas 4:22-30 Yesus Mesias Dipersoalkan, Ditolak & Cuba Dibunuh di Nazaret 22.05.2023

Dengan berkata, “Pada hari ini ayat Kitab Suci ini telah terlaksana ketika kamu mendengarnya" (Lukas 4:21), Yesus sebenarnya mengakui dan mengisytiharkan bahawa Dia ialah Mesias yang telah dinubuatkan dalam Firman Allah. Tentang perbuatan Yesus, orang Nazaret "menyanjung Dia"; tentang percakapan Yesus, mereka "mengagumi kata-kata indah yang diucapkan-Nya"; tetapi tentang pengakuan-Nya - Aku ialah...

Lukas 4:16-21 Yesus Mesias Membaca & Menggenapi Kitab Suci 22.05.2023

Pada hari Sabat, Yesus membaca Kitab Suci TENTANG Mesias dan SEBAGAI Mesias: “Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun keredaan Tuhan!” (Lukas 4:18-19, Yesaya 62:1-2a)....

Lukas 4:1-15 Yesus Mesias Digoda Iblis & Kuasa Roh Kudus 08.05.2023

"Yesus penuh dengan Roh Kudus, kembali dari Sungai Yordan dan dipimpin oleh Roh ke padang gurun. Selama empat puluh hari, Dia digoda oleh Iblis..." (Lukas 4:1-2). Apa yang berlaku selepas Yesus dibaptiskan? Dia dicubai. Siapa yang membawa Yesus ke padang gurun? Roh Kudus. Siapa yang menggodai Yesus? Iblis. Persoalannya ialah KENAPA? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Perbincangan E.23 Apa Terjadi Bila Para Gembala Bertemu Malaikat? (Lukas 2:8-20) 07.05.2023

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 8 hingga 20: • Yesus telah lahir! 0:00 • Pengenalan untuk petikan ini 1:25 • Apa beberapa pemerhatian menarik ya...

Listen to the LEGASI.tv Podcast podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.