Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Lukas 9:28-36 Identiti Yesus Menentukan Kematian dan Kemuliaan-Nya 25.12.2023 31:24
Salah satu tujuan transfigurasi Yesus di atas bukit adalah supaya (beberapa) murid-murid-Nya dapat memperoleh pemahaman yang lebih besar lagi tentang siapa Dia yang sebenarnya. Selama ini, mereka hanya mengenal Yesus dalam kemanusiaan-Nya, sekarang, mereka melihat keilahian-Nya buat seketika sebelum kematian-Nya. Bagaimana mungkin - kemanusiaan dan keilahian, kematian dan kemuliaan Yesus - boleh t...
Lukas 9:28-29 Siapa Yesus Mesias SEBELUM Dia Datang Ke Dunia 19.12.2023 42:57
Bayangkan wajah Yesus Mesias yang seperti manusia biasa dan berpakaian seorang Yahudi yang tinggal di Galilea, Israel, tiba-tiba "wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan" (Lukas 9:29). Dalam kitab-kitab Injil yang lain ada menerangkan juga bahawa "wajah-Nya bersinar seperti matahari" (Matius 17:2) dan "pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan laksana salji, tiada siapa d...
Luke 9:21-27 Mengikuti Yesus Mesias dengan Memikul Salib Setiap Hari 12.12.2023 45:09
"Jika seseorang hendak mengikut-Ku," firman Yesus Mesias, "dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku" (Lukas 9:23). Ada satu perkataan yang penting dalam petikan ini, iaitu, "jika" atau "if." Ini memberi gambaran bahawa mengikuti Yesus ialah bukan suatu paksaan tetapi sukarela; kerana kasih kurnia-Nya bukan takut masuk neraka. "Jika" kita hendak mengikuti-Nya barulah...
Lukas 9:18-20 Yesus Ialah Mesias Tuhan dan Anak Allah Yang Maha Tinggi 04.12.2023 37:32
"Menurut orang ramai," tanya Yesus kepada para murid-Nya, "siapakah Aku?" Mereka menjawab bahawa ada yang menyangkakan Dia ialah Yohanes Pembaptis, Elia atau salah seorang nabi (dalam Perjanjian Lama) telah bangkit semula. Jika ditanya kepada orang ramai sekarang, mungkin ada yang menjawab: Nabi Isa Al-Masih, Guru New Age, reinkarnasi Krisna, dan sebagainya. Tetapi Yesus bertanya soalan yang lebih...
Lukas 9:11-17 Yesus Mesias Akan Menyediakan Roti Yang Memberi Hidup 01.12.2023 55:45
Sebenarnya ada lebih kurang 10 hingga 15 ribu orang yang datang untuk bertemu dengan Yesus Mesias (rujuk Lukas 9:14 & Matius 14:21). Apabila hari mulai malam, sedang Yesus mengajar dan melayani, para murid menyuruh-Nya mengarahkan orang ramai untuk balik dan mencari makanan sendiri. Tetapi Yesus berkata, "Kamulah memberi mereka makanan" (Lukas 9:13) 🫵 Tahukah kamu, akhirnya, firman Yesus ini bena...
Lukas 9:1-10 Enam (6) Prinsip Pelayanan Misi & Penginjilan 30.11.2023 49:02
Dalam pelayanan misi dan penginjilan, satu kebenaran yang asas ialah ini: TUHAN yang memanggil kita akan memberikan kebolehan dan kuasa untuk kita (dengan iman) melakukan panggilan-Nya - dan apabila kita boleh melakukannya, kita harus memberikan segala kemuliaan kepada TUHAN kerana Dialah yang telah membolehkan kita ✔️ Untuk mengetahui di mana saya belajar tentang kebenaran ini 😊 dan enam (6) pri...
Lukas 8:49-56 Jangan Takut, Percaya Sahaja & Anakmu Akan Dipulihkan 26.11.2023 45:26
Ianya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji. Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus berkata kepa...
Lukas 8:40-48 Ada Satu Sahaja Peluang, Sanggupkah Kamu Datang dengan Iman & Menyentuh Jubah Yesus? 10.11.2023 53:47
Sudah 10 tahun seorang wanita ini menghidap penyakit pendarahan yang lama yang berhubungan dengan haidnya yang tidak normal. Ditambahkan pula "walaupun dia telah menghabiskan harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun" (Lukas 8:43). Tiada kesembuhan. Tiada harta lagi. Seolah-oleh tiada harapan 😔 Tetapi suatu hari, Yesus Mes...
Lukas 8:34-39 Seorang Kerasukan Iblis Sekarang Telah Menjadi Pemberita Injil 08.11.2023 45:22
Firman Allah menyatakan ketika Yesus Mesias sampai ke daerah Gerasa, Dia didekati oleh seorang lelaki yang telah dirasuki oleh roh-roh iblis. Dia tidak berpakaian, tinggal di gua kubur, dan ada kesan-kesan luka pada tangan serta kakinya kerana dia seringkali dirantai tetapi berjaya diputuskannya. Selepas Yesus menyembuhkan dan membebaskan dia 💯, lelaki itu "duduk di kaki Yesus... berpakaian dan s...
Lukas 8:26-33 Anak Allah vs. Legion: Kekuasaan-Nya ke Atas Iblis & roh-rohnya 06.11.2023 58:20
Yesus Mesias bertanya kepada orang yang dirasuki itu, "Siapakah namamu?" Dia (atau mereka) menjawab, "Legion" kerana dia telah dirasuk oleh "ramai roh iblis" (Lukas 8:30). "Legion" ialah bukan nama tetapi bilangan. Kerana Yesus ialah Anak Allah Yang Maha Tinggi (8:28), mereka harus menjawab. Tetapi kerana roh-roh Iblis ialah roh-roh memberontak dan intimidasi, mereka ingin mencabar-Nya dengan meny...
Perbincangan E.32 Siapa Yang Boleh Mengampuni Dosa Kecuali Allah? (Lukas 5:12-26) 05.11.2023 39:41
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 5 ayat 12 hingga 26: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Pengenalan & Ringkasan 3:48 •...
Lukas 8:22-25 Siapa Yesus Mesias Ini Yang Boleh Mengherdik Angin dan Ombak? 25.10.2023 48:33
Dalam Kitab Mazmur, apabila orang "berseru kepada TUHAN (YHWH) dalam kesusahan mereka, [Dia akan] membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka. Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi. Maka mereka bersukacita kerana telah tenang..." (107:28-30a). Yesus Mesias juga melakukan hal yang sama. Yesus "mengherdik angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segala...
Lukas 8:19-21 Siapa Ibu dan Saudara-Saudara Yesus Mesias DAHULU & SEKARANG? 23.10.2023 32:00
Alkitab menyatakan bahawa "Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya datang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya" (Lukas 8:19). Siapa "ibu Yesus"? Kita tahu, Maria (Lukas 1-2). Tetapi siapa "saudara-saudara-Nya" ("brothers")? Sekurang-kurangnya ada tiga (3) kemungkinan siapa mereka ✍️ Kenapa mereka "datang" dan "mahu bertemu" dengan Yesus? Kenapa Dia tidak berkata "bapa-Ku"? Menurut Yesus, siapa p...
Lukas 8:16-18 Iman Kristian Yang Eksklusif dan Inklusif 21.10.2023 27:35
Iman Kristian ialah iman yang EKSKLUSIF. “Kamu," firman Yesus Mesias kepada para murid-Nya, "telah diberi anugerah untuk mengetahui rahsia kerajaan syurga, tetapi orang lain diberitahu melalui ibarat, supaya mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti" (Lukas 8:10) 🔎 Tetapi pada masa yang sama, ia juga ialah iman yang INKLUSIF seperti apa yang Yesus firm...
Perbincangan E.31 Mengikuti Yesus kerana Panggilan-Nya atau Mukjizat-Nya? (Lukas 5:1-11, 27-32) 20.10.2023 40:09
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 5 ayat 1 hingga 11 dan ayat 27 hingga 32: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Pengenala...
Lukas 8:11-15 Beberapa Pengajaran Penting untuk Penabur & Mendengar Firman Allah 19.10.2023 48:50
Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu. Apabila saya mengkaji...
Lukas 8:4-10 Kenapa Yesus Mesias Mengajar Melalui Ibarat atau Perumpamaan 17.10.2023 43:36
Apabila orang ramai datang kepada Yesus Mesias, Dia menceritakan suatu ibarat atau perumpamaan (Lukas 8:4). Ini pelik kerana, jika Dia mahu orang memahami apa yang Dia ajar dan ramai orang yang datang mungkin kurang pengertian, bukankah lebih logik untuk Dia mengajar secara terus terang tanpa berselindung? 🤔 Apa itu perumpamaan? Bagaimana untuk mentafsir perumpamaan dengan jelas atau dekat dengan...
Perbincangan E.30 Apa Terjadi Bila Yesus Mesias Bertembung dengan roh-roh jahat? (Lukas 4:31-44) 10.10.2023 42:25
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 4 ayat 31 hingga 44: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Pengenalan & Ringkasan 2:34 •...
Lukas 8:1-3 Yesus Mesias & Martabat Perempuan dalam Perjanjian Baru 09.10.2023 45:36
Dahulu, apabila saya membaca kitab-kitab Injil, saya menyangka bahawa Yesus Mesias hanya ada 12 orang murid. Tetapi sebenarnya Yesus ada para murid lain yang turut bersama-Nya yang terdiri daripada "ramai perempuan" juga (Lukas 8:3). Ini tidak unik tetapi mengejutkan! Pada zaman itu, budaya patriarki sangat tinggi tetapi Dia telah melakukan sesuatu yang baru 💪 Kenapa para murid Yesus sangat berbe...
Lukas 7:36-50 Orang Farisi, Perempuan Berdosa dan Mesias-Tuhan 07.10.2023 54:08
Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka ❌ Tetapi, tanggapan ini...
Lukas 7:29-35 Orang-Orang Pada Generasi Ini Seperti... 06.10.2023 53:17
Kitab-kitab Injil, kalau ditulis oleh orang yang berfikir secara duniawi, akan meninggikan orang yang nampak benar tetapi merendahkan orang yang dianggap jahat. Tetapi kitab-kitab Injil ditulis oleh orang yang diilhami oleh Roh Kudus dan mengenali kebenaran kerana orang yang nampak benar sebenarnya jahat dan orang yang dianggap jahat tetapi beriman akan diperbenarkan oleh TUHAN Allah. Inilah bezan...
Perbincangan E.29 Kenapa Yesus Mesias Datang - and Respon Orang Kepada-Nya? (Lukas 4:16-30) 02.10.2023 36:38
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 4 ayat 16 hingga 30: • Klip pendek dari "Jesus Film Project" 0:00 • Pengenalan & Ringkasan 1:30 • Secara keseluruhan, a...
Lukas 7:24-28 Yang Terkecil dalam Kerajaan Allah Lebih Besar daripada Yohanes Pembaptis 01.10.2023 54:35
Apabila Yohanes Pembaptis bertanya tentang identiti Yesus Mesias ketika berada di penjara, orang ramai yang mendengar hal itu mungkin beranggapan bahawa Yohanes sudah mulai ragu-ragu atau hampir goyah iman (mungkin ya, mungkin tidak). Tetapi Yesus mempertahankan Yohanes dengan berkata tentang hal-hal yang mulia tentangnya kepada orang ramai 💪 "Aku berkata kepadamu bahawa Yohanes itu lebih besar d...
Lukas 7:18-23 Beriman Tetapi Ada Keraguan 28.09.2023 58:17
Pada pandangan saya, ketika Yohanes Pembaptis bertanya kepada Yesus Mesias melalui para muridnya, "Adakah Tuan ini orang yang akan datang itu atau perlukah kami menunggu seorang yang lain?" (Lukas 7:19), dia TIDAK semestinya 100% ragu-ragu tentang siapa Yesus. Sekurang-kurangnya ada dua sebab atau faktor lain lagi yang saya kongsikan dalam episod ini. Tetapi tidak dinafikan ada unsur-unsur keragua...
Lukas 7:11-17 Yesus Mesias Membangkitkan Orang Mati 01.09.2023 51:16
Salah satu bukti bahawa Yesus ialah Mesias Anak Allah ialah "orang mati dihidupkan semula" (Lukas 7:22). Tetapi membangkitkan orang mati ialah bukan hal yang pertama kali terjadi dalam Alkitab. Nabi Elia pernah membangkitkan anak seorang balu di Sarfat (1 Raja-Raja 17:7-24) dan begitu juga nabi Elisa membangkitkan anak seorang perempuan Sunem (2 Raja-Raja 4:8-37). Ada banyak persamaan tetapi ada j...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.