Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Lukas 12:4-12 Samada Kamu Mengakui Yesus Mesias atau Menentang-Nya, Takut Akan Allah! 18.03.2024 1:00:38
Bagi mereka yang tidak mengakui atau menentang Yesus Mesias, mereka harus takut (gementar) akan Allah! "Takutlah akan Dia yang setelah memusnahkan jasad, berkuasa pula membuangmu ke dalam neraka!" (Lukas 12:5). Bagi yang mengakui atau berpihak kepada Yesus, kita juga harus takut (hormat) akan Allah kerana Dia peduli kepada kita dan kita berharga bagi Dia (12:6-7) 💎 Samada kamu percaya atau tidak...
Lukas 12:1-3 Berhati-Hatilah dengan Ragi Orang Farisi, iaitu Sifat Munafik 16.03.2024 46:48
Yesus Mesias sudah bersemuka dengan orang Farisi dan mengecam mereka secara terus terang: "Hai orang yang bodoh! ...Malangnya kamu orang Farisi!" (rujuk Lukas 11:39-44). Sekarang, Yesus pula memberi peringatan kepada orang ramai, terutamanya para murid-Nya: "Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, iaitu sifat munafik" (12:1) 🎭 Kenapa Yesus sangat kritikal dengan - bukan semua tetapi sesetengah...
Lukas 11:45-54 Pembunuh Para Nabi dan Tiga (3) Hipokrisi Ahli-Ahli Taurat 14.03.2024 59:38
Nabi Yeremia, sepanjang pelayanannya, dia ditolak, dikecam dan dianiaya 🚫 Tetapi beberapa abad selepas dia meninggal dunia, dia disanjungi sebagai salah seorang nabi yang besar dan makam yang indah dibina untuk mengingatinya! Ini juga dilakukan kepada para nabi yang lain. Tentang hal ini, Yesus Mesias berfirman: "Malangnya kamu! Kamu membina makam untuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenek moy...
Lukas 11:37-44 Menolak Roh Kudus dan Tiga (3) Hipokrisi Orang Farisi 13.03.2024 58:28
Dalam Injil Lukas bab 11, Yesus Mesias seringkali berfirman tentang Roh Kudus. Dia mengakhiri ajaran-Nya tentang berdoa begini: "[Bapamu yang di syurga] akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!” (Lukas 11:13). Kenapa meminta pemberian Roh Kudus sangat penting dan kos "menghina" iaitu menolak pekerjaan Roh Kudus sangat berat iaitu "tidak dapat diampuni" (12:10)? 🤔 Apakah...
Lukas 11:33-36 Matamu Ialah Pelita Tubuhmu - Kenapa Ada Yang Percaya vs. Yang Menolak Yesus 10.03.2024 37:55
"Matamu ialah pelita tubuhmu," firman Yesus Mesias, "Jika matamu terang [baik], seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur [jahat], seluruh tubuhmu pun menjadi gelap" (Lukas 11:34). Ini ialah isu orang ramai dalam Lukas 11:14-32, mereka mengalami masalah katarak "mata" 👁️ Apakah tujuan Yesus memberi perumpamaan ini? Kenapa mereka (dan kita) akan dipertanggungjawabkan atas keadaa...
Lukas 11:29-32 Yesus Mesias LEBIH BESAR daripada Nabi Yunus dan Raja Salomo 09.03.2024 52:09
"Pada hari penghakiman," kata Yesus Mesias kepada orang ramai yang tidak percaya, "Ratu Syeba dari Selatan [dan orang Niniwe] akan bangkit bersama orang dari zaman ini dan menuduh mereka pula, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar hikmah Raja Solomo [dan orang Niniwe bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus]" (Lukas 11:31-32) 🙌 "Sekarang di sini," tambah Yesus, "ada yang l...
Lukas 11:21-28 Yesus Mesias LEBIH GAGAH daripada Iblis dan roh-rohnya (dan akibat menolak Yesus) 05.03.2024 51:01
Yesus Mesias menggambarkan Iblis sebagai "seorang yang gagah dan bersenjata lengkap" (Lukas 11:21). Ini benar kerana jika kita melawan Iblis dan roh-rohnya, kita akan kala ✔️ Namun begitu, Yesus memberi gambaran untuk diri-Nya pula sebagai "seorang yang lebih gagah" dan dengan mudah "mengalahkannya" (ayat 22). Yesus jauh LEBIH GAGAH daripada Iblis ✔️ Jadi, hanya melalui autoriti Yesus dan kuasa Ro...
Lukas 11:14-20 Kuasa Yesus Mesias daripada TUHAN Allah (YHWH) atau Beelzebul (Iblis)? 04.03.2024 50:23
Diakhir konflik diantara Yesus Mesias dengan para guru agama, Alkitab menyatakan bahawa mereka "cuba memerangkap [Yesus] dengan mencari kesalahan dalam sesuatu yang dikatakan-Nya" (Lukas 11:54). Kenapa kata-kata-Nya dan BUKAN perbuatan-Nya? Ini kerana mereka tidak boleh menafikan bahawa Yesus berwibawa dan berkuasa dalam semua hal 💪 Kerana perbuatan Yesus ("menghalau roh iblis") tidak boleh dinaf...
Lukas 11:5-13 Tuhan Yesus Mengajar Analogi & Prinsip-Prinsip Berdoa 23.02.2024 43:20
"Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu," firman Yesus Mesias kepada para murid-Nya (Lukas 11:13a). Bayangkan perasaan dan fikiran mereka pada ketika itu, "Kamu yang berdosa pun..." - bayangkan kamu sendiri! 🫵 Yesus menggunakan contoh yang terteruk (kerana kita tahu siapa kita) untuk membandingkan realiti yang terbaik, iaitu, "lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga" (v.13b)...
Lukas 11:1-4 Tuhan Yesus Mesias, Ajarlah Kami Berdoa 22.02.2024 57:06
Sekurang-kurangnya ada lima kali dinyatakan dalam kitab Injil Lukas yang Yesus Mesias berdoa 🙏 Semasa Dia dibaptiskan (Lukas 3:21), sebelum memilih 12 orang rasul (6:12), sebelum dipermulia di atas bukit (9:29), selepas melawat Marta dan Maria (11:1), dan di Bukit Zaitun sebelum Dia ditangkap (22:41). Kita tahu bahawa Yesus berdoa setiap hari 🛐 Oleh itu, kerana teladan, disiplin dan kehidupan Ye...
Lukas 10:38-42 Mari Memilih Yang TERBAIK: Kisah Marta, Maria & Kamu 20.02.2024 54:01
Yang datang ke rumah Marta ialah Tuhan Yesus Mesias, tetamu yang bukan biasa-biasa! Tetapi Marta "sibuk melayani" (Lukas 10:40) kerana "khuatir dan bersusah payah tentang banyak perkara" (v.41). Berbeza dengan Maria, dia "duduk sahaja untuk mendengar pengajaran Tuhan" (v.39). Bukan Maria tidak menolong Marta langsung, tetapi dalam dia melayani ("who also" dalam Bahasa Inggeris bermaksud "dia juga"...
Lukas 10:30-37 Bukan SIAPA Semasa Manusia Tetapi Siapa yang MENJADI Sesama Manusia 17.02.2024 44:03
Seorang ahli Taurat (expert!) yang ingin membela dirinya, bertanya kepada Yesus Mesias, "Siapakah sesama manusia itu?" (Lukas 10:29). Yesus menjawabnya melalui perumpamaan atau ibarat. Diakhirnya, Yesus pula yang bertanya kepada ahli Taurat itu, "[Siapakah] pada pandangan kamu menjadi sesama manusia...?" (v.36). Bagi kebanyakkan para guru agama pada ketika itu, mereka suka untuk bertanya soalan te...
Lukas 10:25-29 Jangan Hanya Tahu Firman Allah Tetapi Mentafsir Dengan Salah 17.02.2024 47:15
Seorang ahli Taurat (expert!) datang kepada Yesus Mesias untuk memerangkap-Nya. Dia bertanya soalan kemudian Yesus menjawab dengan bertanya balik. Dia menjawab dan Yesus berkata, "Betullah jawapanmu" (Lukas 10:28a). Jawapan dia betul dan tepat tetapi Yesus menambah, "Berbuatlah demikian dan kamu akan hidup" (v.28b). Pada dasarnya tidak ada masalah di sini. Namun begitu, jika diteliti, kita akan me...
Lukas 10:21-24 Apa Yang Menjadikan Yesus Mesias Sangat Bersukacita 13.02.2024 45:00
Salah satu ayat dalam Perjanjian Baru yang paling sedih ialah "Yesus menangis" (Yohanes 11:35). Boleh kamu bayangkan bagaimana rasanya melihat Yesus menangis? Besar kemungkinan, jika kita - para pengikut-Nya yang benar - melihat-Nya, kita juga akan turut sedih dan menangis 🥲 Tetapi salah satu ayat yang paling gembira pula ialah "Yesus bersukacita" (Lukas 10:21). Boleh kamu membayangkan wajah Yesu...
Lukas 10:12-20 Kesan Injil: Akibat Menolak Injil & Sukacita Memberitakan Injil 08.02.2024 40:32
"Aku melihat Iblis jatuh dari langit seperti kilat," kata Tuhan Yesus Mesias kepada para pengikut-Nya selepas mereka balik daripada misi penginjilan (Lukas 10:18). Adakah Yesus berkata tentang hal yang TELAH terjadi kepada Iblis (Yesaya 14)? Atau hal yang AKAN terjadi (Wahyu 12)? Kita tidak pasti 🤔 Yang pasti ialah, menurut konteks, samada secara literal atau gambaran, hal tersebut - "Iblis jatuh...
Lukas 10:4-11 PENGINJILAN 101: Prinsip-Prinsip Secara Praktikal 07.02.2024 55:04
Prinsip penginjilan yang pertama ialah BERSAKSI DAN MENJADI SAKSI BERSAMA 📢 Ayat kunci ialah 'bersama.' Selepas Yesus Mesias memilih para pengikut-Nya, Dia "menyuruh mereka pergi berdua-dua mendahului-Nya" (Lukas 10:1). Kenapa "berdua-dua"? Sebab pertama ialah untuk mendorong dan menjaga satu sama lain ✔️ dan kedua, supaya mereka boleh menjadi saksi yang sah ✔️ Ini tidak bermaksud mesti berdua-du...
Lukas 10:1-3 PENGINJILAN 101 - Tujuan, Urgensi dan Risiko 04.02.2024 50:34
Yesus Mesias berfirman: “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir..." (Lukas 10:2). Realiti ini benar pada masa itu dan masih lagi benar pada masa sekarang. "Tuaian banyak sekali..." 🌾🌾🌾 Tetapi berapa ramai para pengikut-Nya - kamu dan saya - yang mengambil inisiatif untuk menjangkau jiwa-jiwa yang hilang? Selepas Yesus bangkit daripada kematian, Dia memberi perintah: "Pergilah, jadi...
Lukas 10:1 Kenapa Yesus Mesias Memilih 70 Orang Pengikut 29.01.2024 36:31
Dalam Lukas 10:1, Alkitab menyatakan bahawa Yesus "memilih tujuh puluh orang pengikut lain." Kenapa? Untuk mendahului-Nya ke setiap tempat yang akan dikunjungi-Nya ✔️ Tetapi kenapa 70? Kenapa bukan 80? Atau 90? Atau 153? Sekurang-kurangnya ada empat (4) sebab - dan sebab yang terakhir ialah apa yang membuatkan saya berkata, "Wow!" 🙀 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Lukas 9:57-62 Kos dan Pengorbanan Menjadi Murid Yesus Mesias 23.01.2024 48:03
Dalam Lukas 9:57-62, ada tiga orang berpotensi untuk menjadi murid Yesus Mesias. Yang pertama berkata, "Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja..." Yang kedua berkata, "Tuhan, izinkanlah aku pulang dahulu..." Dan yang ketiga berkata, "Aku hendak mengikut Tuan, tetapi..." Kita tahu apa firman Yesus kepada mereka tetapi kita tidak diberitahu tentang kesudahan mereka 🤷 Adakah mereka akhirnya men...
Lukas 9:51-56 Yesus Mesias Berbelas Kasihan Kepada Orang Jahil 22.01.2024 46:27
Apabila orang Samaria tidak menerima Yesus Mesias, dua orang murid-Nya - Yakobus dan Yohanes - cuba untuk memberi pengajaran kepada mereka: "Tuan, adakah Tuan mahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk membinasakan orang Samaria ini?" (Lukas 9:54). Mereka mahukan penghakiman terus 🔥 tetapi Yesus mahu berbelas kasihan kepada mereka💧 Kenapa Yesus ingin pergi ke Samaria? Kenapa orang Yahudi...
Lukas 9:51 Kenapa Yesus Mesias Menetapkan Hati-Nya untuk Menuju ke Yerusalem 12.01.2024 36:00
Alkitab menyatakan bahawa Yesus Mesias "menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Yerusalem" (Lukas 9:51). Terjemahan lain berkata begini, Yesus "meneguhkan hati-Nya" (AYT) atau "mengarahkan pandangan-Nya" (TB) atau "memantapkan pandangan-Nya" (ILT). Semua ini menunjukkan tentang kesungguhan, keazaman dan resolusi Yesus - Dia harus pergi ke Yerusalem 💪 Persoalannya, KENAPA? Jawapan yang mudah (dan popu...
Lukas 9:46-50 Jangan Menjadi Pengikut Yesus Mesias Yang Gila Kuasa 08.01.2024 41:24
Para murid Yesus Mesias "bertengkar sesama sendiri tentang siapa antara mereka yang terbesar" (Lukas 9:46). Ini bukan kali yang pertama kerana nanti dikatakan "satu perselisihan timbul dalam kalangan murid itu tentang siapa antara mereka yang dianggar terbesar" (22:24). Adakah ini hanya terjadi kepada para murid Yesus DAHULU sahaja? Tidak! Kamu dan saya tahu bahawa SEKARANG juga hal yang sama seda...
Lukas 9:44-45 Menurut Alkitab, Yesus Ialah Mesias yang Macam Mana? 04.01.2024 35:07
Yesus berkata kepada para murid-Nya dengan sangat jelas: "Anak Manusia akan diserahkan ke tangan manusia" (Lukas 9:44). Kita tahu maksud kata-kata Yesus ini - Dia akan dibunuh! (rujuk Lukas 9:22). Tetapi kenapa respon mereka ialah "tidak mengetahui maksud kata-kata itu" dan "tidak memahaminya" (9:45)? Ada tiga sebab utama, tetapi mari saya berfokus kepada sebab ketiga 3️⃣ iaitu konsep atau idea me...
Lukas 9:37-45 Ini Ialah Generasi yang Tidak Percaya dan Sesat! 30.12.2023 38:51
Di atas bukit, tiga orang murid Yesus Mesias melihat kemuliaan, kesucian dan kebesaran-Nya (Lukas 9:28-36). Tetapi selepas turun dari bukit, mereka bertemu dengan sembilan orang murid yang lain sedang berdepan dengan roh jahat, kekotoran dan ketidakpercayaan (v.37-40). Saya bayangkan Yesus melihat semua orang yang ada di sana apabila Dia berkata: "Hai, kamu generasi yang tidak percaya dan sesat! B...
Lukas 9:28-36 Yesus, Musa & Elia: Persamaan, Perbezaan & Terutama 27.12.2023 42:28
Apabila Petrus melihat Yesus bersama Musa dan Elia, dia berkata: "Tuan, baik sekali kami di sini. Biarlah kami dirikan tiga buah khemah: satu untuk Engkau [Yesus], satu untuk Musa dan satu lagi untuk Elia" (Lukas 9:33). Motif Petrus sangat baik (mungkin juga berkaitan dengan perayaan Pondok Daun) tetapi anggapannya salah. Dengan ingin mendirikan tiga khemah, dia beranggapan bahawa Yesus, Musa dan...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.