Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Matius 10:40 Sesiapa Yang Menyambut Yesus Kristus, Dia Juga Menyambut Allah Bapa 19.06.2020 29:21
"Sesiapa yang menyambutmu," kata Yesus Kristus kepada para murid-Nya, "menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku" (Matius 10:40). Ada hubungan yang saling berkaitan disini: Dia iaitu Bapa mengutus Yesus, Yesus mengutus para murid-Nya. Ini jelas sekali: Yang mengutus harus lebih besar daripada yang diutus. Yesus lebih besar daripada para murid-Nya - ini tiada m...
Matius 10:34-39 Menjadi Murid Yesus Kristus Yang Radikal 17.06.2020 43:37
Dalam Matius 10:34, Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, "Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang." Wow! Bukankah Yesus "Raja Damai"? Kenapa membawa pedang? Adakah kita dipanggil sebagai teroris yang radikal? 😮 Kaedah mentafsir Firman Allah yang paling asas ialah membiarkan firman mentafsir firman ("let Scriptur...
Matius 10:32-33 Dua Ayat & Dua Panggilan Yang Membawa Perbezaan Pada Hari Penghakiman 15.06.2020 41:31
"Sesiapa mengakui-Ku di hadapan orang ramai, akan Kuakui di hadirat Bapa-Ku di syurga," firman Yesus Kristus kepada para murid-Nya, "Sebaliknya, sesiapa yang menyangkal-Ku di hadapan manusia, akan Kusangkal di hadirat Bapa-Ku di syurga" (Matius 10:32-33). Agama palsu suka meniru apa yang benar. Nabi dan TUHAN tidak boleh diucapkan bersama sebagai syarat untuk keselamatan. Nabi, walau betapa hebat...
Matius 10:26-31 Tiga (3) Sebab Jangan Takut Akan Manusia 13.06.2020 37:22
"Jangan takut akan manusia," kata Yesus Kristus kepada para murid-Nya (Matius 10:26). Atau, jangan fobia (phobia) terhadap manusia. Galakkan ini bukan diberikan kepada nominal 'Kristian' yang memikul kayu salib beberapa jam pada hari minggu sahaja (ah, salah satu tujuan koronavirus ialah untuk membezakan komited Kristian daripada keagamaan Kristian) atau bukan kepada mereka yang individualistik. G...
Matius 10:24-25 Para Murid Tidak Boleh Melebihi Gurunya 10.06.2020 37:09
Yesus Kristus memberi peringatan kepada para murid-Nya, "Tiada murid yang melebihi gurunya; tiada hamba yang melebihi tuannya. Murid haruslah berpuas hati menjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga [Yesus] dipanggil Beelzebul [ketua roh iblis], betapa lagi ahli-ahli keluarganya!" (Matius 10:24-25). Bagaimana kita "tidak melebihi" Yesus? Apa ya...
Matius 10:21-23 Kamu Akan Dibenci Kerana Yesus Kristus dan Nama-Nya 07.06.2020 43:05
Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, "Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana nama-Ku" (Matius 10:22). "Semua orang" disini merujuk kepada majoriti orang, jelas sekali orang yang percaya tidak berbuat begitu. Tetapi ada apa dengan sentimen membenci ini? Mari saya beri satu contoh: Pernah kamu mendengar khutbah tentang Tuhan Yesus Kristus (menurut Alkitab) di TV3? Pernah kamu menonton kes...
Matius 10:16-20 Penganiyaan Pasti, Persediaan Harus & Penyertaan Ada 04.06.2020 39:32
Dua kali Yesus Kristus berkata "kamu akan" (Matius 10:17-18). Akan apa? Akan ditangkap lalu diseret ke mahkamah, akan disebat di rumah ibadat, dan akan dibawa ke hadapan para pemimpin. Kenapa? "Kerana-Ku," firman Yesus. Penganiayaan itu pasti. "Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya" (2 Timotius 3:12). Sekali lagi... AKAN. Jadi, jika kamu tidak mahu dianiayai,...
Matius 10:11-15 Menyambut Pengkhabar & Khabar Kerajaan Syurga Atau Hukuman Pada Hari Penghakiman 01.06.2020 43:36
Baca petikan firman ini, Matius 10:11-15, 1) Sebagai pengikut Kristus yang telah diperintahkan (Matius 28:18-20 ialah bukan cadangan) untuk memberitakan Injil; dan 2) Sebagai seorang yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat: "Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tem...
Matius 10:5-10 Pergi Bersaksi Kepada Bangsa Kamu Sendiri Dahulu 29.05.2020 42:19
Yesus Kristus berfirman kepada dua belas orang murid-Nya, "Jangan pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel" (Matius 10:5-6). Wow! Pergi kepada orang Israel sahaja? YA, buat masa itu & TIDAK, untuk akan datang⚡Apakah maksud saya? Dan lebih penting lagi, apakah yang dimaksudkan oleh Yesus dalam Matius 10:5-10? 📖...
Matius 10:1-4 Semua Orang Boleh Berubah dan Diubah Oleh Yesus Kristus 26.05.2020 38:56
Petrus jenis yang suka terlepas cakap dan juga pernah menyangkal Yesus. Yakobus dan Yohanes dipanggil sebagai Boanerge atau Anak Petir kerana tahap kesabaran mereka sangat tipis dan senang melenting macam petir. Bartolomeus ada sombong sikit. Tomas jenis yang pesimistik. Matius pembelot kerana bekas pemungut cukai. Simon orang Patriot atau Zealot dianggap sebagai seorang fanatik, "Ini negara kami,...
Matius 9:35-38 Tuaian Banyak Tetapi Penuai Sedikit 24.05.2020 31:29
"Tuaian banyak sekali," kata Yesus Kristus selepas melihat orang ramai, "tetapi penuai hanya segelintir" (Matius 9:37). Jika dalam Perjanjian Baru sudah 'segelintir' bagaimana dengan sekarang? Ah, walaupun sudah tua, kita masih main games; kita fokus kepada aktiviti-aktiviti gereja kerana ini bermaksud kita tidak perlu keluar gereja; kita sangat berani menggelar diri kita pengikut Kristus tetapi t...
Matius 9:32-34 Kenapa Orang Farisi (Sangat) Benci Kepada Yesus? 22.05.2020 32:18
Yesus Kristus menyembuhkan seorang yang bisu dengan mengusir roh iblis yang merasukinya. Apa respon orang disana? Dua respon utama: 1) Orang ramai tercengang, "Belum pernah kami lihat hal begini di Israel!" Positif tetapi masih tidak cukup; dan 2) Orang Farisi meragui, "Ketua roh iblis telah memberi Dia kuasa untuk menghalau roh-roh iblis." Negatif dan penuh dengan kebencian. Perkara ini biasa ber...
Matius 9:27-31 Yang Buta Melihat: Mesias Ada Disini! 19.05.2020 36:37
Dalam Kitab Mazmur 146:8 mengatakan bahawa, "TUHAN mencelikkan mata orang buta..." Dan nubuat Perjanjian Lama tentang Mesias atau Kristus, apabila Dia datang, "Pada waktu itu mata orang buta akan dicelikkan..." (Yesaya 35:5). Apabila kita membaca kisah dalam Matius 9:27-31 ini, Yesus menyembuhkan orang buta. "Pada ketika itu juga mereka celik!" (ayat 30). Wow! Kisah ini bukan untuk dijadikan sebag...
Matius 9:18-26 Yesus Berkuasa Atas Kematian 17.05.2020 37:12
Saya benci kematian! Sengat kematian itu sangat sakit dan seolah-olah ia telah menang apabila orang yang kita kasihi sudah meninggal dunia. Bagi kita kematian itu suatu pengakhiran, mati ialah mati. Tetapi bagi Yesus Kristus, kematian itu seperti hal yang biasa kita lakukan setiap hari. "Anak ini bukan mati," kata-Nya dihadapan seorang bapa yang sedang bersedih, "cuma tidur" (Matius 9:24). Cuma ti...
Matius 9:14-17 Ajaran Yesus Kristus tentang Kenapa & Motif Berpuasa 15.05.2020 40:56
Dalam Matius 9:14, para pengikut Yohanes Pembaptis bertanya kepada Yesus Kristus, "Mengapakah kami dan orang Farisi berpuasa tetapi murid-murid-Mu tidak?" Soalan yang sangat tipikal. Ada beberapa maksud: 1) "Kenapa amalan kamu tidak macam kami?"; 2) "Kenapa kami lebih serius beragama tetapi kamu tidak?" (Sindiran masa kini, contoh, "Kami lebih mengikuti Yesus daripada orang Kristian sendiri." Baha...
Matius 9:9-13 Yesus Datang Untuk Memanggil Orang Berdosa 13.05.2020 38:22
Apabila Yesus Kristus mendengar kritikan orang Farisi tentang kenapa Dia makan bersama ramai pemungut cukai dan orang berdosa, Dia menjawab, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Kajilah erti ayat ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.’ Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa" (Matius 9:11-13) Wow! "Aku datang," ka...
Matius 9:1-8 Yesus Kristus Berkuasa Mengampunkan Dosa 12.05.2020 38:21
Ahli Farisi zaman moden menyangkal Yesus dalam Matius 9:1-8 dengan berkata, "Bukan Yesus yang mengampunkan dosa orang itu tetapi Allah. Dia sebagai nabi hanya bercakap bagi pihak Allah." Kalau itu benar (memang salah), jadi kenapa respon beberapa ahli Taurat itu sangat negatif? "Orang ini mengufuri Allah!" kata mereka. Bagi mereka, Yesus berfirman seperti Allah sendiri. Dia bukan bercakap bagi pih...
Matius 8:28-34 Apa Urusan-Mu dengan Kami, Ya Anak Allah? 10.05.2020 36:27
Semasa dalam pelayanan misi, kami masuk ke dalam sebuah rumah yang menyambut kami. Lebih 90% orang di tempat itu enggan menerima kehadiran dan mengikuti kebaktian yang kami lakukan pada malam itu. Kami tetap berdoa, menyanyi puji sembah dan bersaksi kepada beberapa orang yang hadir. Pada pagi kemudian harinya, sebelum kami balik, datanglah seorang nenek tua bertanya kepada ketua kumpulan kami, "Ap...
Matius 8:23-27 Hanya Allah SAHAJA yang Boleh Memerintah Angin & Ombak 08.05.2020 39:10
Dalam Alkitab Perjanjian Lama, hanya TUHAN Allah sahaja yang dilihat sebagai Penyelamat dan yang berkuasa atas alam ciptaan-Nya dan kejadian alam seperti ribut dan ombak. Contohnya dalam Mazmur 65:5-7, "Ya Allah Penyelamat kami... Engkau menenangkan deru lautan, gemuruh gelombangnya, dan gelora bangsa-bangsa." Mazmur 89:9, "Engkau mengusai gelora laut; apabila gelombangnya tinggi, Engkau menenangk...
Matius 8:18-22 Kos Menjadi Pengikut Yesus Kristus yang Sebenar 07.05.2020 36:04
Jika kamu beragama lain dan kemudian membuat keputusan untuk menjadi pengikut Kristus, apa kos yang akan kamu tanggung? Jika kamu pada mulanya menyangkal Yesus dan menghasut orang lain untuk melakukan hal yang sama juga dan apabila disiasat dan berdoa kamu mendapati Dia ialah Anak Allah, apa kos yang akan menimpa kamu? Jika kamu tahu kamu akan dianiaya secara fisikal dan/atau emosi, adakah kamu te...
Matius 8:14-17 Yesus Menyembuh Supaya Kita Melayani 05.05.2020 30:21
Saya suka respon ibu mertua Petrus selepas Yesus Kristus menyembuhkannya. "Dia pun bangun, dan melayani Yesus" (Matius 8:15). Boleh kamu bayangkan? Ibu itu mula-mula demam teruk dan tenat, kemudian, tiba-tiba bangun dari katil dan terus pergi ke dapur untuk melayani Yesus! Wow! Kekuasaan dan autoriti Yesus memang tidak boleh disangkal (hey, Dia "menghalau roh-roh iblis dengan SEPATAH KATA sahaja"...
Matius 8:11-12 BUKAN Bangsa, Keturunan dan Agama Tetapi IMAN 03.05.2020 29:49
Bagi umat Israel pada masa Perjanjian Baru, kebanyakkan mereka menyangka bahawa, oleh kerana mereka berbangsa Israel, berketurunan Abraham dan beragama Yahudi, mereka (sangat yakin) akan memasuki Kerajaan Syurga. Tetapi firman Yesus Kristus dalam Matius 8:11-12 mencabar kepercayaan itu. Jangan terlalu membanggakan bangsa kamu; jangan menunjuk-nunjuk keturunan kamu; jangan terlalu yakin dengan keag...
Matius 8:5-13 Apabila Orang Asing Memiliki Iman yang Lebih Teguh daripada Umat Allah 02.05.2020 31:03
Yesus Kristus kagum dengan iman teguh seorang ketua tentera (Matius 8:10). Menjadikan Yesus "kagum" sudah cukup luar biasa tetapi kamu harus sedar siapa orang ini. Dia ialah orang asing (orang bukan Yahudi), dia ketua tentera (besar kemungkinan tentera Roma, penjajah), dia merayu kepada Yesus (bukan untuk diri sendiri), dia datang bagi pihal hambanya (hamba yang dianggap sebagai 'barang' oleh oran...
Matius 8:1-4 Tangan Suci Yesus Menyentuh Orang Yang Najis 28.04.2020 31:43
Kalau Yesus Kristus berfirman sahaja, itu tidak cukup. Nabi palsu dan kristus palsu pun boleh berkata-kata. Tetapi sejurus selepas Yesus berkhutbah di atas bukit (Matius bab 5 sehingga 7), Dia menunjukkan kuasa dan autoriti-Nya dengan menyembuh seorang yang berpenyakit kusta dengan serta-merta! 😮⚡🔥 Apakah yang ingin disampaikan dalam Matius 8:1-4 ini? Bagaimana orang ini menunjukkan masalah yan...
Matius 7:28-29 Tujuh (7) Autoriti Yesus Kristus dalam Khutbah di Atas Bukit 27.04.2020 29:33
Mesej ini sepatutnya dikongsikan di LEGASI.tv Podcast dalam Pengajian Alkitab seluruh Injil Matius 😊 tetapi saya mendapati bahawa mesej dalam episod ini terlalu PENTING. Oleh itu, saya menyediakan juga video untuk pengajian Matius 7:28-29, iaitu penutup kepada khutbah Yesus Kristus di atas bukit (bab 5 hingga 7). Kita tidak boleh memisahkan pengajar dengan ajarannya. Khubah Yesus mencerminkan sia...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.