Richard Angelus
LEGASI.tv Podcast
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Matius 7:24-27 Bila Krisis Melanda Barulah Kita Tahu Asasnya 24.04.2020 23:27
Sebelum COVID-19, ada orang kelihatan senang dan mempunyai banyak harta. Berbelanja besar-besaran dan menunjukkan cara hidup yang mewah. Tetapi selepas COVID-19, barulah kita sedar bahawa semua itu ialah hanya luaran dan lakonkan semata-mata. Secara realitinya: banyak hutang, meminjam sana-sini dan tiada simpanan. Begitu juga, apabila krisis melanda atau di Hari Penghakiman nanti, barulah kita tah...
Matius 7:21-23 Tidak Semua Orang Yang Memanggil Yesus 'Tuhan' akan Memasuki Kerajaan Syurga 22.04.2020 31:33
Yesus Kristus, Hakim Akhir Zaman, berfirman: "Tidak semua orang yang memanggil-Ku, ‘Tuhan, Tuhan,’ akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, ‘Tuhan, Tuhan, bukankah kami telah bernubuat dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-...
Matius 7:15-20 Nabi Palsu: Serigala dengan Pakaian Domba 19.04.2020 32:12
"Berjaga-jagalah," amaran Yesus Kristus kepada para murid-Nya, "tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas" (Matius 7:15). Rasul Paulus juga berkata, "Aku tahu bahawa sepeninggalanku nanti, beberapa serigala garang akan masuk menyerang jemaah ini..." (Kisah Para Rasul 20:29). Nabi-nabi dalam Perjanjian Lama, Tuhan Yesus sendiri dalam kitab-kitab I...
Matius 7:13-14 Setiap Kita HARUS Memilih, Tiada Terkecuali 18.04.2020 30:05
Membaca Alkitab dan membaca novel adalah dua aktiviti yang sama tetapi berbeza dari segi nilainya. Saya membaca novel semata-mata sebagai hiburan. Tetapi apabila saya membaca Alkitab, saya membaca dengan sikap dan tujuan yang berbeza. Membaca Alkitab ialah seperti membaca fikiran dan isi hati TUHAN Allah. Dan setiap kali, Dia akan MENCABAR kita untuk membuat PILIHAN ⏳⌛🌫⚖ Firman Allah tidak perna...
Matius 7:12 Satu (1) Prinsip untuk Seluruh Ajaran Taurat dan Nabi-Nabi 15.04.2020 19:42
Ayat Matius 7:12 sangat ringkas tetapi juga seringkali disalah tafsir: "Segala sesuatu yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi." Apa konteks ayat ini? Bagaimana untuk mentafsir ayat ini? Kenapa ayat ini ialah prinsip utama dalam ajaran Taurat dan nabi-nabi? Selamat mendengar 😉🔥⚡ #ServeToLead #InjilMatius
Matius 7:7-11 Sedangkan Pendosa Pun Tahu Melakukan Kebaikan: Perumpamaan tentang Doa 13.04.2020 30:13
Bayangkan ada seorang bos mafia yang jahat sedang duduk di mejanya dan memerhati kuncu-kuncunya bertugas membungkus ganja yang akan diedarkan di kelab-kelab malam yang terkenal diseluruh dunia. Selain itu, mereka juga menguruskan hal perdagangan manusia untuk tujuan pelacuran dan pasar gelap. Tiba-tiba anak kepada bos mafia itu yang berusia satu tahun datang kepadanya meminta untuk membeli kek dan...
Matius 7:6 Kenapa Kita Jangan Memberi Mutiara kepada Babi? 07.04.2020 30:32
Yesus Kristus berfirman: "Jangan berikan sesuatu yang suci kepada anjing, atau mutiara kepada babi, nanti dipijak-pijaknya lalu berpaling menyerangmu" (Matius 7:6) 🤔 Ayat ini seakan-akan tidak kena dengan ayat-ayat yang sebelumnya. Biar saya terangkan konteks dan gambaran besar tentang ayat ini, dan dengan pimpinan Roh Kudus, pasti! kamu akan memahami Firman ini. Selamat mendengar 🔥😉⚡#ServeToL...
Matius 7:1-5 Bukan Sebagai Hakim atau Hipokrit tetapi Saudara 05.04.2020 19:35
Sejak bila kita layak menghakimi saudara-saudari Kristus yang lain? Adakah kita lebih mulia daripada mereka? Bukankah kita berbuat dan melakukan hal yang lebih kurang sama? [Dan] kenapa kita tidak berani menegur kesalahan yang jelas yang dilakukan oleh saudara-saudari Kristus yang lain? Adakah kita takut kepada manusia? Bukankah ini tanggungjawab kita sebagai orang percaya untuk membawa mereka kem...
Matius 6:33-34 Memberitakan Injil & Tanggungjawab Sosial 03.04.2020 34:26
Apabila kita "mengutamakan kerajaan Allah serta perbenaran-Nya" (Matius 6:33), apabila kita fokus dengan hal-hal syurgawi, mempunyai hubungan dengan-Nya dan melakukan kehendak-Nya, maka, kita akan menjadi sangat berguna di dunia ini. Tetapi apabila kita khuatir, risau dan runsing akan hal-hal duniawi, kita langsung tidak berguna di dunia ini. Kenapa? Baca Matius 6:33-34 dan dengar episod podcast i...
Matius 6:28-32 Ringgit, Risau & Raja Kita: 5 Sebab Jangan Khuatir 01.04.2020 25:28
Mulanya Yesus Kristus berkata "lihatlah burung di udara" (Matius 6:26) dan kemudian, Dia berkata lagi "lihatlah bunga bakung di padang" (6:28). Apakah persamaan diantara mereka? Kedua-dua mereka tidak pernah khuatir! 😆 namun Allah Bapa tetap memberikan burung makan dan menghiasi bunga dengan indah. Bukankah kita lebih bernilai daripada burung 🕊 dan lebih berharga daripada bunga 🌻? Tiga kali Yesu...
Matius 6:25-27 Kamu Lebih Bernilai Daripada Apa Yang Kamu Sangkakan 28.03.2020 25:06
Dengar tiga soalan ini daripada Yesus Kristus dalam Matius 6:25-27: Bukankah hidup lebih penting daripada makanan? Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? Siapakah yang dalam kalanganmu yang dapat melanjutkan usianya sedikit pun dengan menaruh khuatir? Apabila Yesus menanyakan soalan dalam Alkitab, selalunya soalan itu bukan untuk dijawab tetapi untuk kita dengar dan berfikir. Melalui respon...
Matius 6:24 Siapa Yang Kamu Kasihi, Itu Yang Kamu Layani 27.03.2020 17:38
Pilihan - menjadi hamba Allah atau hamba kekayaan - yang Yesus Kristus nyatakan dalam Matius 6:24 seakan-akan tidak logik. Mestilah kita memilih untuk menjadi 'hamba Allah', kan? Tetapi sebenarnya, apa yang kita cakap bila menasihati, tulis dalam social media status, dan kesaksian di rumah ibadat, disebaliknya secara realiti, kita memilih 'kekayaan'. Seperti televangelists yang menggunakan nama Al...
Matius 6:22-23 Mata Ialah Pelita Tubuh 25.03.2020 21:19
Yesus Kristus berkata, "Mata ialah pelita tubuh" (Matius 6:22). Ini ialah perumpamaan, bukan literal. Secara fisikal, tubuh kita bergerak bergantung kepada pengelihatan kita. Apabila kita berjalan, contohnya, mata kita melihat arah jalan supaya tubuh kita tahu kemana arah tuju. Tetapi secara rohani, apakah maksudnya? Dan, bagaimana 'mata' kita daripada menjadi terang, menjadi kabur, kemudian gelap...
Matius 6:19-21 Dimana Harta Kamu Sebenarnya? 22.03.2020 28:11
Yesus Kristus TIDAK melarang kita untuk memiliki harta, menyimpan harta untuk hari esok atau menikmati harta yang kita ada. Jangan salah anggap. Tetapi apa maksud Dia apabila berfirman, "Jangan kumpulkan harta di dunia... [tetapi] kumpulkan harta di syurga..."? Secara praktikal, bagaimana untuk melakukannya? Dan jika "di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu" benar, jadi, dimana harta...
Matius 6:9-15 Yesus, Ajar Kami Berdoa 18.03.2020 34:14
Bagi orang Farisi, mereka berdoa secara hipokritikal. Mereka berdoa "supaya dilihat orang lain." Bagi orang pagan atau orang yang tidak mengenal Allah pula, mereka berdoa secara mekanikal. "Mencurahkan kata-kata yang tidak bermakna." Bagi para pengikut Kristus, berdoa seharusnya melibatkan HATI dan FIKIRAN Kenapa? Kerana kita kenal siapa TUHAN yang kita sembah, "Bapa kami yang disyurga" (Matius 6:...
Matius 6:16-18 Apabila Berpuasa Jangan Bermuka Monyok 12.03.2020 26:50
Orang Farisi* berpuasa 2 kali seminggu (Lukas 18:12) iaitu pada hari Isnin dan Khamis padahal dalam Perjanjian Lama, berpuasa hanya ditentukan pada Hari Pendamaian (Imamat 23) iaitu sekali setahun. Kebanyakan berpuasa dalam Alkitab adalah berdasarkan keperluan, situasi dan keadaan. Tetapi untuk menunjukkan 'kesalihan' kepada orang ramai, mereka menetapkan hari-hari berpuasa. Yesus berkata mereka s...
Matius 6:5-8 Apabila Berdoa, Jangan Guna Pembesar Suara 06.03.2020 28:37
Ada orang suka 'berdoa' untuk dilihat oleh orang lain. Ada juga yang sengaja mahu membiarkan orang lain tahu dengan mengumumkannya. Ada yang berdoa dengan kata-kata yang tidak bermakna. Sebut tetapi hati jauh daripada TUHAN dan/atau bercakap dengan tidak menggunakan akal. Ada lagi yang berdoa panjang seolah-olah TUHAN memerlukan laporan dan boleh dimanipulasikan. Apakah prinsip dan kebenaran tenta...
Matius 6:2-4 Apabila Bersedekat, Jangan Ambil Selfie 28.02.2020 24:01
"Ketika kamu bersedekah kepada orang miskin," firman Yesus Kristus kepada orang ramai, "jangan heboh-hebohkan seperti orang munafik menuip sangkakala di saumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang." Atau dengan menggunakan contoh pada masa kini, jangan ambil selfie apabila bersedekah, upload di social media dan tag influencers yang lain. "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu," sambung Yesus, "ora...
Matius 6:1 Motif apabila Melakukan Amal Ibadat 25.02.2020 21:09
Apakah contoh-contoh orang yang melakukan "amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang" (Matius 6:1)? Berdasarkan Matius 6, Yesus berkata bahawa ada orang suka mengheboh-hebohkan amalan bersedekah mereka, berdoa sambil berdiri di rumah ibadat atau/dan di simpang jalan, dan berpuasa dengan muka lesu dan menunjukkan wajah menderita. Hal-hal ini pada zaman Yesus juga terjadi pada masa sekarang. Per...
Matius 5:48 Kenapa Tiada Sistem Agama yang Sempurna kecuali Satu? 20.02.2020 22:58
Apabila kamu membaca Matius bab 5, kamu akan mendapati bahawa ayat penutupnya tidak membuatkan kita tersenyum lebar atau bersorak 'Haleluya!' atau menari bersukacita (ini respon sebelum kita memahaminya). Yesus berfirman, "Hendaklah engkau sempurna seperti Bapamu di syurga" (5:48). Kita harus "sempurna"? Bagaimana? Dalam episod podcast kali ini, sebelum saya menjawab 'bagaimana?', kita harus berta...
#4 The Amazing Claims of Jesus: "I am the Way, the Truth and the Life" (4/4) 16.02.2020 11:44
This an unofficial reading of Jack Kuharschek's I Am The Way: The Amazing Claims of Jesus (2018, Our Daily Bread Ministries). In this booklet, Kuhatschek examines the words of Jesus about Himself. In Jesus' time, the magnitude of His claims were astonishing to the people around Him, especially the religious leaders of the day. There's no better source for understanding who Jesus is than the statem...
#3 The Amazing Claims of Jesus: "I am the Resurrection and the Life" (3/4) 16.02.2020 7:24
This an unofficial reading of Jack Kuharschek's I Am The Way: The Amazing Claims of Jesus (2018, Our Daily Bread Ministries). In this booklet, Kuhatschek examines the words of Jesus about Himself. In Jesus' time, the magnitude of His claims were astonishing to the people around Him, especially the religious leaders of the day. There's no better source for understanding who Jesus is than the statem...
#2 The Amazing Claims of Jesus: "I am the Gate" (2/4) 16.02.2020 7:53
This an unofficial reading of Jack Kuharschek's I Am The Way: The Amazing Claims of Jesus (2018, Our Daily Bread Ministries). In this booklet, Kuhatschek examines the words of Jesus about Himself. In Jesus' time, the magnitude of His claims were astonishing to the people around Him, especially the religious leaders of the day. There's no better source for understanding who Jesus is than the statem...
#1 The Amazing Claims of Jesus: "I am" (1/4) 16.02.2020 10:09
This an unofficial reading of Jack Kuharschek's I Am The Way: The Amazing Claims of Jesus (2018, Our Daily Bread Ministries). In this booklet, Kuhatschek examines the words of Jesus about Himself. In Jesus' time, the magnitude of His claims were astonishing to the people around Him, especially the religious leaders of the day. There's no better source for understanding who Jesus is than the statem...
Matius 5:43-47 Mengasihi Musuh: Tindakkan Bodoh atau Bijak? 16.02.2020 29:36
"Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: 'Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu'," kata Yesus Kristus. "Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" 😅 Wow! Biar betul? Ajaran ini sangat radikal! Saya ada masalah dengan firman ini... bunyinya sangat rohani apabila dibaca dan didengar, tetapi secara realitinya, bolehkah pengikut Kristus seper...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.