Richard Angelus

LEGASI.tv Podcast

Religion MS ↓ 629 episodes

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/

Author

Richard Angelus

Category

Religion

Podcast website

youtube.com

Latest episode

Apr 13, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Matius 13:33-35 Kerajaan Syurga Berkembang Secara Tersembunyi 15.09.2020

Yesus Kristus menceritakan suatu ibarat: “Kerajaan syurga seumpama ragi yang diambil seorang wanita dan dicampurkan dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik" (Matius 13:33). Ringkas, padat dan jelas. Fokus dalam ibarat ini ialah ragi atau yeast. Bila ragi bertindak balas dengan air dan gula, ia akan menghasilkan gas karbon dioksida. Gas inilah yang akan menjadikan adunan tepung itu naik....

Matius 13:31-32 Kerajaan Syurga Bermula Sangat Kecil 08.09.2020

Yesus Kristus mengisahkan ibarat demikian: “Kerajaan syurga seperti sebutir biji sesawi yang dibawa oleh seseorang untuk ditabur di ladangnya. Biji sesawi itu paling kecil antara semua benih, tetapi apabila tumbuh, menjadi tumbuhan yang lebih besar daripada semua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokok tempat burung di udara membuat sarang pada cabangnya" (Matius 13:31-32). Kenapa ibarat pen...

Matius 13:24-30; 36-43 Apabila Kejahatan & Kerajaan Syurga Wujud Bersama 04.09.2020

Saya tidak tahu samada kamu pernah berfikir begini atau tidak, saya berfikir: Kalau dengan kedatangan Yesus Kristus menunjukkan juga bahawa Kerajaan Syurga sudah tiba, jadi, kenapa masih ada kejahatan di dunia ini? Kenapa kejahatan tidak berkurangan, malah makin banyak? Bolehkah kejahatan dan Kerajaan-Nya wujud bersama? 😗🤔⚡#ServeToLead #InjilMatius

Matius 13:10-17 Kenapa Yesus Kristus Bercakap Melalui Ibarat? 25.08.2020

Apabila Yesus Kristus ditolak oleh para pemimpin agama dan orang ramai enggan bertaubat, Dia mulai mengajar orang ramai "banyak perkara melalui ibarat" (Matius 13:3). Perkara ini menjadikan para pengikut-Nya bertanya, "Mengapa Engkau bercakap kepada mereka melalui ibarat?” (ayat 10). Ada tiga pemerhatian yang saya dapat: 1) Mereka belum lagi pernah mendengar Yesus mengajar melalui ibarat; 2) Merek...

Matius 13:1-9; 18-23 Empat (4) Jenis Hati & Pendengar Firman TUHAN 15.08.2020

"Penyemai" ialah TUHAN. "Benih" ialah perkhabaran Kerajaan Allah atau Firman Tuhan. "Tanah" pula ialah keadaan hati dan telinga rohani kita. Dalam Matius 13:1-9, Yesus Kristus menerangkan melalui ibarat tentang empat jenis "tanah." Keempat-empat "mendengar" tetapi respon mereka berbeza. Bagaimana dengan kamu masakini: Adakah benih Firman di dalam hatimu telah 'disambar' oleh si durjana? Adakah kes...

Matius 12:46-50 Siapakah Ibu dan Saudara-Saudara Yesus Kristus? 11.08.2020

Sedang Yesus Kristus berbicara dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya datang berdiri di luar kerana hendak bercakap dengan Yesus. Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus, “Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bercakap dengan-Mu.” Tetapi Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?” (baca Matius 12:46-48). Sangat jelas Maria ialah ibu-Nya secara du...

Matius 12:43-45 Hubungan Diantara Penolakan & Kerasukan Semula 07.08.2020

“Apabila roh jahat keluar daripada seseorang, roh itu akan menjelajahi kawasan yang tandus untuk mencari tempat berehat," respon Yesus Kristus kepada para guru agama yang menuduh dan menolak-Nya, Sekiranya tempat itu tidak ditemukannya, roh itu akan berkata, ‘Aku akan pulang ke rumah yang telah kutinggalkan.’ Roh itu pun pulang dan mendapati rumah itu kosong, bersih dan kemas. Roh itu lalu pergi m...

Matius 12:40 Yesus Kristus Mati Pada Hari Rabu? Khamis? Jumaat? (Special) 03.08.2020

Yesus Kristus berfirman tentang kematian dan kebangkitan-Nya dengan berkata: "Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Anak Manusia akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi" (Matius 12:40). 3 hari 3 malam. Dengan memetik ayat ini, mendiang Ahmed Deedat, pendakwah Islam, cuba membuktikan bahawa Alkitab salah: kalau Yesus mati pada hari Ju...

Matius 12:38-42 Yesus & Petanda Yunus 29.07.2020

Bermula dari Injil Matius bab 4 dan bab 8 sehingga bab 12, Yesus Kristus melakukan banyak mujizat: menyembuhkan pelbagai sakit, mengusir roh-roh iblis, membangkitkan orang mati, mengarahkan ribut dan ombak, dan sebagainya. Tetapi para ahli Taurat dan orang Farisi tetap juga mahu meminta mukjizat, “Guru," kata mereka kepada Yesus, "kami ingin melihat suatu tanda mukjizat daripada-Mu." Jawab Yesus,...

Matius 12:33-37 Setiap Orang Harus Mempertanggungjawabkan Setiap Katanya 24.07.2020

Yesus Kristus berfirman: "Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan. Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak, dan dengan kata-katamu sendiri pula kamu dihukum" (Matius 12:36-37). Wah! Semua kita harus mempertanggungjawabkan setiap kata kita. Setiap orang... Setiap kata.....

Matius 12:30-32 Dosa Yang Tidak Dapat Diampuni 21.07.2020

Yesus Kristus berfirman sesuatu yang banyak menjadi persoalan bagi orang sehingga ke hari ini: "Orang yang berbuat dosa dan mengucapkan kata-kata kufur akan diampuni, tetapi mereka yang mengkufuri Roh Kudus tidak akan diampuni. Orang yang menentang Anak Manusia dengan kata-katanya dapat diampuni, tetapi mereka yang menghina Roh Kudus tidak dapat diampuni, baik di dunia mahupun di akhirat.” Ini ial...

Matius 12:22-29 Jangan Mengufuri Roh Kudus 19.07.2020

Dengan memetik nubuat nabi Yesaya tentang Yesus Kristus, TUHAN berfirman, "Aku akan menaruh Roh-Ku ke atas-Nya" (Matius 12:18), apa yang Matius ingin sampaikan ialah: segala perkerjaan Yesus di dunia dilakukan dengan kuasa "Roh Allah" (12:28) atau Roh Kudus. Tetapi bagi orang Farisi - yang ada kesombongan rohani dan buta rohani - mereka menuduh bahawa Yesus melakukan semua hal itu kerana "diberi k...

Matius 12:15-21 Yesus Ialah Anak-Hamba Yahweh 17.07.2020

Yesus Kristus ialah "Hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai" (Matius 12:18; Yesaya 42:1). Kata nama 'pais' selalunya diterjemahkan sebagai 'hamba' dan juga sebagai 'anak.' Semasa pembaptisan Yesus, suara Bapa berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan" (3:17). Apabila Yesus dimuliakan di atas gunung, suara itu sekali lagi berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasi...

Matius 12:9-14 Bila Sabat Beristirahat Menjadi Sabat Berbeban Berat 15.07.2020

Manusia ada satu tabiat dimana kita suka mengubah perkara mudah menjadi rumit, lebih-lebih lagi tentang hal keagamaan. Contohnya, tentang berdoa. Ia sangat mudah dan tidak perlu PhD atau pergi khusus untuk melakukannya. Tetapi manusia berkata, "Kamu kena ucap kata-kata ini"; "Kamu mesti dalam posisi ini"; "Kamu harus buat (X) kali"; " Kamu perlu menghadap ke sini"; "Kamu guna formula atau kaedah i...

Matius 12:1-8 Yesus Ialah Tuhan Atas Hari Sabat 14.07.2020

Sabat asalnya daripada Kejadian 2:1-3 dimana selepas TUHAN Allah mencipta langit dan bumi serta segala isinya, pada hari ketujuh, Dia "beristirahat daripada segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya." Hanya pada Keluaran 20:8-11, hari Sabat menjadi salah satu hukum (hukum ke-4) bagi orang Israel sebagai suatu bangsa. Allah telah berpesan kepada mereka bahawa akan ada tindakan keras dilakukan kepada s...

Matius 11:28-30 Mesej Untuk Orang Yang Dibebani Oleh Keagamaan 09.07.2020

Adakah kamu sedang mencari TUHAN? Adakah kamu sudah hampir putus asa dalam kehidupan kamu? Adakah kamu terbeban oleh hukum-hukum keagamaan dan mengikuti Tuhan dilihat sebagai kesukaran bagi kamu? Untuk KAMU, Yesus Kristus menjemput, "Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan" (Matius 11:28). Mahukah kamu datang kepada-Nya? ☑😊📖 #ServeToL...

Matius 11:27 Hanya Yesus Kristus Yang Mengenali Allah Bapa 07.07.2020

Yesus Kristus berkata begini: "Bapa-Ku telah menyerahkan segala-segalanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Anak serta orang yang terpilih Anak untuk menyatakan Bapa" (Matius 11:27). Ayat ini sangat jelas menyatakan keunikan, keilahian dan ke-eksklusif-an Yesus. Bapa telah "menyerahkan segala-segalanya" kepada Anak. Bukankah ini mustahil dan tid...

Matius 11:25-26 Kenapa Bapa Merahsiakan Kebenaran Kepada Orang Bijak Pandai? 06.07.2020

"Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil," kata Yesus Kristus. "Ya Bapa, memang inilah yang Engkau berkenan" (Matius 11:25-26). Apa yang dirahsiakan itu? Apa yang ditunjukkan itu? Kenapa ini terjadi? 🤔📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Matius 11:20-24 Lima (5) Fakta Penting Tentang Hari Penghakiman 03.07.2020

Dalam Matius 11:20-24, Yesus Kristus banyak berkata tentang Hari Penghakiman. Salah satu fakta menurut Alkitab ialah Yesus yang akan menghakimi kita semua pada hari itu. "Bapa tidak menghakimi sesiapa. Dia telah menyerahkan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya" (Yohanes 5:22). "Bapa telah memberikan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya, kerana Dia itu Anak Manusia" (5:27). Yesus yang akan menentukan (baca...

Matius 11:20-24 Mukjizat Tidak Menjamin Pertaubatan 30.06.2020

"Okay," kata seorang kawan ateis saya diakhir perbualan kami, "kalau Jesus (Yesus) benar, tunjukkan mukjizat kepada saya." "Oh, bukankah kamu kata kamu seorang rational, kenapa mahu mukjizat?" jawab saya. Dia mahu berjumpa dengan saya kerana dia berkata bahawa saya boleh dibawa berbincang secara intelektual tentang Kristianiti. "Jadi, saya rasa iman kamu bohong," kata dia. Kami berhenti berbincang...

Matius 11:16-19 Generasi Yang Menolak Kebenaran 29.06.2020

Adalah sangat penting untuk orang ramai mengenal siapa Yohanes Pembaptis kerana jika orang percaya akan mesejnya, maka, orang akan juga percaya kepada Yesus Kristus yang dikatakan oleh Yohanes sebagai seorang yang "akan membaptismu dengan Roh Kudus dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak" (Matius 3:11). Tetapi dengan menolak Yohanes, orang juga secara tidak...

Matius 11:7-15 Yohanes Pembaptis: Nabi Yang Paling Hebat 25.06.2020

Yesus Kristus berkata bahawa Yohanes Pembaptis "lebih daripada seorang nabi" (Matius 11:9). Malah, "di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis" (ayat 11). Wow! Jika Yesus berkata begitu, maka, Yohanes betul-betul hebat. Tetapi "lebih" dari segi apa? Apakah keunikan pelayanannya? Dan kenapa Yesus mahu orang mengetahui...

Matius 11:2-6 Empat Sebab Iman Menjadi Goyah 23.06.2020

Saya pernah berfikir begini, "Jika TUHAN tidak wujud, jadi semua perkara yang saya percaya dan lakukan itu [Kristiani] adalah sia-sia belaka." Saya belajar tentang sejarah agama, tentang atheism, tentang logik. Mencari sebanyak mungkin 'kesalahan' untuk menolak kebenaran tentang Yesus Kristus. Dan saya mulai meragui kewujudan Tuhan atau apa-apa yang rohani. Sejak daripada itu, iman saya turun menj...

Matius 11:1-6 Apabila Yohanes Pembaptis Meragui Yesus Penyelamat 21.06.2020

Bayangkan semangat dan keyakinan Yohanes Pembaptis apabila dia berseru kepada orang ramai di gurun di Yudea bahawa Kristus atau Mesias akan datang untuk membaptis orang dengan Roh Kudus dan api dan akan menghakimi orang yang tidak bertaubat (baca Matius 3:11-12). Dia sendiri juga bersaksi bahawa Yesuslah orang itu! Malah dia berkata bahawa Yesus ialah "Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat...

Matius 10:41-42 Menyambut Seorang Nabi, Menerima Murid Yesus & Secawan Air Sejuk 19.06.2020

Kenapa dalam Matius bab 10, Yesus Kristus selalu menekankan tentang topik "disambut" atau tidak? "Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu..." (ayat 14); "Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga..." (ayat 40); "Sesiapa yang menyambut seorang nabi [dan] seorang yang benar... (ayat 41). Ayat "menyambut" dalam kontek ini bermaksud menerima orang yang mengkhabarkan DAN pengkhabaran t...

Listen to the LEGASI.tv Podcast podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.