Hasrizal
Audio Siar (Podcast) ADHD Dewasa Bersama Hasrizal
Memahami ADHD Dewasa Dan Mengatur Kehidupan Bertemankannya. adhddewasa.substack.com
Author
Hasrizal
Category
Podcast website
Latest episode
Jun 30, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Membaca Tanpa Ambil Stimulant ADHD 30.06.2026 2:06
Pagi ini jam sudah menghampiri 9.30, tetapi saya masih belum mengambil stimulan. Lazimnya, saya mengambilnya sekitar jam 8.00 pagi. Sengaja pagi ini saya cuba membaca dan melakukan kerja-kerja akademik tanpa stimulan, untuk meneliti semula perbezaan pengalaman membaca tanpa stimulan berbanding dengan membaca menggunakan stimulan, sebelum dan selepas diagnosis ADHD. Saya masih boleh membaca, tetapi...
Jika Boleh Pilih, Saya Memilih Untuk Hidup Tanpa ADHD 23.06.2026 8:49
ADHD DEWASA is a reader-supported publication. To receive new posts and support my work, consider becoming a free or paid subscriber. Jazākumullāhu khairan. Ada satu soalan yang nampak mudah, tetapi sebenarnya sangat berat. “Kalau boleh pilih, adakah saya mahu hidup dengan ADHD, atau tidak?” Jawapan saya jelas. Kalau saya benar-benar boleh memilih, saya memilih untuk hidup tanpa ADHD. Bukan kerana...
Membina Bank Literatur PhD dengan Notion dan Claude AI 08.06.2026 8:22
Sebelum pengajian PhD saya bermula pada September 2026, saya mengambil sedikit masa untuk mengemaskan semula bahan bacaan yang telah digunakan semasa menyediakan proposal PhD yang dihantar pada bulan Mei lalu. Pada peringkat ini, kerja membaca bukan sekadar membaca. Ia juga melibatkan kerja mengurus, menyusun, menanda, mengingat, dan menjejaki semula bahan yang telah, sedang, dan akan dibaca. Untu...
ADHD Dewasa dan Fungsi Eksekutif: Inhibition 28.02.2026 8:15
Berdasarkan pandangan Profesor Dr Russell Barkley, inhibition (perencatan) bukan sekadar keupayaan untuk “berhenti.” Ia adalah asas kepada kawal selia diri ( self-regulation ) dan merupakan fungsi eksekutif yang pertama berkembang dalam manusia. Berikut adalah perincian mengenai definisi inhibition menurut Barkley dan bagaimana gangguan ini berbeza antara kanak-kanak dan orang dewasa. Apakah Itu I...
Apa Rasanya Ramadan ADHD Dewasa Tanpa 'Ubat' 23.02.2026 2:58
Hari ini saya tidak berjaya merakam dan menyunting video untuk siri “Ramadan, al-Quran and I – Day 6.” Bukan kerana ketiadaan idea. Bukan juga kerana ketiadaan niat. Tetapi kerana hari ini adalah hari pertama tanpa mengambil stimulan. Pada hari-hari sebegini, saya merasakan satu beban yang sukar diterjemahkan. Kerja yang memerlukan pembacaan mendalam, penyusunan hujah, refleksi berlapis dan pemiki...
Agar Ramadan ADHD Dewasa Lebih Positif 19.02.2026 6:56
Ramadan sering menjadi bulan yang mencabar bagi individu dengan ADHD, bukan kerana kurang iman atau kemahuan, tetapi kerana cabaran dalam fungsi eksekutif, kawalan diri dan pengurusan masa hadapan. Seperti yang dihuraikan oleh Russell A. Barkley dalam ADHD and the Nature of Self-Control , ADHD ialah gangguan perkembangan dalam perencatan dan kawalan diri yang menjejaskan keupayaan menangguhkan gan...
Individu ADHD Dewasa Muslim Wajib Solat dan Puasa Ramadan 09.02.2026 3:00
Senang-senang sahaja membuat keputusan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan. Ada exam! Ada minggu orientasi kampus. Aduh! Penyakit apakah ini? Saya sentuh perkara ini lama sebelum saya mengenal ADHD. Saya menulis buku Transformasi Ramadan pada tahun 2011 (diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.) dan di dalamnya ada satu bab khusus membicarakan senario anak muda yang sewenang-wenang menjadikan sedi...
Apakah Ada 'Pendidikan Inklusif' di Dalam Islam? 04.02.2026 2:53
Seni Menyantuni Minda: Dialog Nabi SAW, Autisme, dan Jambatan Empati Dalam Islam, prinsip kemudahcara ( taysir ) dan fleksibiliti sangat diraikan. Jika tidak mampu solat berdiri, boleh duduk. Jika tidak mampu duduk, boleh berbaring. Begitu juga dengan puasa; tempohnya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Namun, bayangkan jika kita berada di Finland yang siangnya mencecah 22 jam. Jik...
UDL Sarjana ADHD Tanpa Tulis Esei 02.02.2026 2:52
Mengapa Pengajian Sarjana Kali Keenam Ini Berhasil? Persoalan yang kerap diajukan kepada saya adalah bagaimana saya akhirnya berjaya menyelesaikan pengajian peringkat Sarjana pada percubaan keenam ini? Terdapat dua faktor utama yang menjadi pemangkin. Pertama , faktor diagnosis perubatan dan pengambilan stimulan yang membantu pengurusan fokus saya. Kedua , terdapat perubahan sistemik yang berlaku...
ADHD Dewasa Dan Fungsi Eksekutif: Self Awareness 07.01.2026 2:59
Fungsi eksekutif merujuk kepada keupayaan kognitif yang dikendalikan oleh bahagian hadapan otak manusia. Keupayaan ini secara umumnya tidak dimiliki oleh haiwan lain, kecuali dalam bentuk yang sangat terhad pada spesies tertentu seperti burung gagak atau magpie. Dalam kalangan manusia, fungsi eksekutif telah dihuraikan melalui pelbagai model teoritikal. Model yang paling kerap saya jadikan rujukan...
Jadi, ADHD Ini Sebenarnya Apa? 06.01.2026 3:00
Walaupun ADHD sudah beberapa kali bertukar nama, Profesor Russell Barkley berpendapat, tidak mengapa nama ADHD itu dikekalkan walaupun tidak tepat pada menjelaskan maksud kelainan neurologi ini. Jika ditukar nama lain, ia akan membabitkan proses pindaan akta, polisi dan macam-macam lagi. Ini mendedahkan individu kepada banyak risiko berkaitan diagnosis dan intervensi semasa yang mereka bergantung...
Undiagnosed ADHD di Belakang Musibah Hidup dan Mati 27.12.2025 1:39
Neurotransmitter dopamine individu ADHD tidak dirembeskan hanya dengan desakan satu-satu perkara itu PENTING. Ugutlah sepenting mana pun satu tugas itu perlu selesai, ia selalu berakhir dengan termenung menunggu kegagalan dan musibah itu berlaku. Dopamine hanya keluar apabila individu ADHD dapati tugas itu menarik dan memberi ganjaran bermakna kepadanya. Ia tidak terhenti setakat itu. Defisit dopa...
Sembuh Atau Sabar ADHD Dewasa 24.12.2025 1:27
Antara sembuh dan sabar, saya terkenang sebuah hadis Nabi SAW:حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ، قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلاَ أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى . قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي . قَالَ " إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْ...
Antara Tulis Buku dan Tulis Tesis Sarjana 18.12.2025 2:59
Mengapa proses menulis puluhan buah buku tidak sama dengan proses menulis sebuah tesis? Sebelum mendapat diagnosis ADHD, saya sendiri tidak mampu menjelaskan mengapa saya, sebagai seorang penulis buku, gagal menyiapkan penulisan tesis. Apabila pensyarah menasihati agar saya mengurangkan ceramah dan lebih fokus kepada penulisan, saya menerimanya sebagai satu penjelasan, walaupun jauh di sudut hati...
'Foggy Brain' Hilang, Fikiran Terang Hati Tenang 18.12.2025 2:56
Istilah Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD, jika diteliti secara kritikal, sebenarnya tidak sepenuhnya tepat untuk menggambarkan cabaran sebenar yang dialami oleh individu dengan keadaan ini. ADHD sendiri merupakan istilah yang telah “ditambah baik” daripada istilah lama, iaitu ADD. Namun begitu, istilah yang lebih hampir untuk menerangkan realiti neurodiversiti ini ialah Executive...
ADHD Dewasa: Lupa Itu Bukan Sengaja 17.12.2025 1:28
Individu dengan ADHD lazimnya berhadapan dengan cabaran yang berpunca daripada gangguan fungsi eksekutif. Dalam konteks ibadah, misalnya solat, seseorang mungkin melengahkannya atau terlupa menunaikannya, bukan kerana sengaja atau niat untuk mengabaikan kewajipan tersebut. Namun, tanpa diagnosis ADHD, perkara ini sering dinilai dari sudut moral semata-mata. Kesalahan tersebut dilihat sebagai perbu...
Undiagnosed ADHD: 8 Tahun Untuk Belajar Syariah 02.12.2025 2:17
Kecemerlangan semasa di bangku sekolah tidak berpanjangan ketika di universiti. Pembelajaran peringkat universiti menambah ke tahap maksimum tuntutan fungsi eksekutif, menyebabkan pelajar cemerlang yang ADHD dirinya undiagnosed, menyerlahkan gangguan dan masalah. Saya mengambil masa lapan tahun untuk menghabiskan pengajian sarjana muda Syariah semasa di Jordan, lebih lama berbanding isteri saya ya...
Fasa Bosan ADHD Dewasa Itu Berbahaya 14.07.2025 3:43
Sebagai individu dengan ADHD, saya telah melalui fasa pengajian Sarjana yang boleh dianggap lebih menyeronokkan, khususnya dari segi kehadiran ke kelas dan penyelesaian tugasan. Hal ini dipermudahkan dengan adanya kaedah dan pendekatan terkini yang membolehkan tugasan disiapkan dengan lebih berkesan berbanding pengalaman-pengalaman akademik saya sebelum ini. Namun, kini saya berada pada fasa yang...
Diagnosis ADHD Dewasa: Sembunyi atau Dedah? 28.05.2025 2:00
Cara Menghadapi Pengajian Sebagai Individu ADHD Menyatakan secara terbuka tentang diagnosis ADHD adalah pilihan peribadi yang berbeza bagi setiap individu. Bagi saya, sebagai pelajar di Trinity College Dublin, saya memilih untuk berkongsi diagnosis saya atas beberapa sebab yang relevan dengan pengalaman dan kajian saya. Memahami Kepentingan Pendedahan Diagnosis ADHD Mengetahui dan menyatakan diagn...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.