Kementerian Pendidikan Malaysia
Audio Pendidikan
Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan
Author
Kementerian Pendidikan Malaysia
Category
Podcast website
Latest episode
Feb 17, 2025
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Bahasa Melayu Tahun 5 - Kata Nafi 17.02.2025 24:11
Tajuk ini akan membincangkan tentang aspek tatabahasa iaitu Kata Nafi. Kata Nafi boleh dibahagi kepada dua iaitu bukan dan tidak. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang penggunaan Kata Nafi bukan dan tidak dengan betul. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.
Bahasa Melayu Tahun 4 - Puisi: Pantun 12.02.2025 23:54
Pantun merupakan bahan sastera yang menyerap keindahan dan kesantunan bahasa. Penyampai akan menerangkan asal usul pantun, jenis – jenis pantun dan langkah – langkah mudah membina pantun. Pentaksiran berbentuk struktur dan suai padan pada akhir pengajaran.
Bahasa Melayu Tahun 4 - Kata Sendi Nama 09.12.2024 22:42
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata sendi nama. Selain itu, tajuk ini juga akan menjelaskan tentang penggunaan kata sendi nama dengan betul untuk membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata sendi nama dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan.
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri 05.12.2024 27:14
Tajuk Kata Ganti Nama mendedahkan keperluan murid Tahun Satu untuk memahami dua aspek penting dalam kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk. Objektif pengajaran kata ganti nama kepada murid Tahun Satu bertujuan supaya murid dapat mengenal pasti penggunaan kata ganti nama diri mengikut kepelbagaian konteks yang disediakan. Murid juga didedahkan dengan jenis kata...
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Nama Am 05.12.2024 26:10
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata nama am mengikut lima jenis kumpulan. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kata nama am dengan betul dalam membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata nama am dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Sajak: Kucari Damai di Sini 04.12.2024 25:56
Tajuk sajak Kucari Damai di Sini daripada Antologi Baik Budi Indah Bahasa ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam sajak yang t...
EKONOMI: TINGKATAN 4 - Keanjalan Harga Permintaan 03.12.2024 41:37
Rancangan ini menjelaskan tentang konsep keanjalan harga permintaan dan membuat pengiraan mudah, menjelaskan keanjalan permintaan dengan rajah, menjelaskan penentu keanjalan harga permintaan, menerangkan hubungan dalam harga dengan perubahan dalam jumlah hasil bagi keanjalan yang berbeza.
KOMSAS - Peminangan Puteri Gunung Ledang 29.03.2024 24:25
SINOPSIS Selepas kemangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang untuk membezakannya daripada raja-raja lain. Baginda telah menitahkan Tun Mamat untuk melaksanakan tugas peminangan, bersama-sama Laksamana,...
PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 3 - Hindari Sifat Negatif 02.02.2024 28:09
Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci agar ianya dapat dihindari oleh murid. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan agar kehafaman m...
PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 3 - Konsep Kenabian 26.01.2024 24:04
Menerangkan tentang konsep kenabian secara keseluruhan bermula dengan maksud beriman kepada rasul. Penjelasan tentang pentingnya keimanan kepada rasul dalam kehidupan muslim. Perbezaan antara nabi dan rasul , sifat wajib , mustahil dan harus. Tajuk ini juga menjelaskan tentang ismaturrasul, mukjizat dan ulul azmi. Penjelasan tentang sifat dan keistimewaan ini dapat membantu pelajar memahami siapak...
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau 26.01.2024 27:29
Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan.
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 24.01.2024 27:13
Rancangan ini mengupas tentang sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu iaitu dalam aspek bahasa, tulisan dan persuratan serta perkembangan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat sehingga kini.
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 23.01.2024 22:32
Rancangan ini menjelaskan tentang Lokasi Melaka yang strategik menjadi tarikan Parameswara untuk membina kerajaan di situ. Kemantapan kepimpinan raja seperti Parameswara, Sultan Mansur Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam pentadbiran disamping bantuan dari pembesar-pembesar Sistem Pembesar Empat Lipatan dapat menjadikan Melaka masyhur.
SEJARAH TINGKATAN 2 - Agama, Kepercayaan Dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 23.01.2024 23:03
Rancangan ini menerangkan tentang keunikan warisan kerajaan Alam Melayu yang mempunyai berbagai latarbelakang kepercayaan.
SEJARAH TINGKATAN 3 - Pentadbiran Barat Di Sarawak 23.01.2024 29:37
Rancangan ini mengisahkan pelbagai strategi digunakan oleh Dinasti Brooke untuk menguasai Sarawak. Peluasan kuasa barat di Sarawak berlaku secara beransur-ansur. Pentadbiran cara barat diperkenalkan turut digabungkan bersama-sama pentadbiran tempatan.
SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat Di Negara Kita 23.01.2024 25:20
Rancangan ini mengisahkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) diketuai oleh Residen Jeneral. Beliau bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan Persuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat serta kesan-kesannya.
SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi Di Negara Kita 23.01.2024 26:06
Rancangan ini berfokus kepada kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita semasa pentadbiran British. Perbincangan akan menyentuh kesan sosial tersebut dalam beberapa aspek khusus iaitu Perkembangan Bandar, Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum, Perkembangan Pendidikan, Perkhidmatan Kesihatan, serta Pembinaan Penjara.
SEJARAH TINGKATAN 4 - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita 23.01.2024 24:24
Rancangan ini membincangkan tentang konflik dunia merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan rakyat.
SEJARAH TINGKATAN 4 - Faktor Kedatangan Jepun Ke Negara Kita 22.01.2024 24:54
Rancangan ini mengisahkan tentang kedatangan Jepun ke negara kita selama tiga tahun setengah dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 yang menyebabkan perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
SEJARAH TINGKATAN 4 - Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British 17.01.2024 26:11
Rancangan ini mengupas tentang penyerahan Sarawak kepada British dan penerangan mengenai sejarah moden Sarawak yang bermula dari rejim keluarga Brooke pada 1841 dan berakhir pada 1941 semasa zaman pendudukan Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diambil alih oleh pihak British.
SEJARAH TINGKATAN 4 - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak 17.01.2024 25:18
Rancangan ini menerangkan reaksi penentangan masyarakat dan tindakan penduduk tempatan serta melahir semangat nasionalisme yang membawa kepada pembunuhan seorang pegawai British.
Sejarah Tingkatan 4 -Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia - Lambang Negara 16.01.2024 17:43
Rancangan ini mengupas tentang Lambang Negara serta kepentingan Lambang Negara kepada masyarakat Malaysia. Fokus utama tentang lambang serta kepentingan lambang negara akan memberikan kefahaman tinggi kepada masyarakat berbilang kaum.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Tatabahasa : Kata Adjektif 16.01.2024 25:49
Tajuk ini akan mendedahkan pemahaman terhadap jenis kata adjektif untuk murid tingkatan dua. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan pembentukan kata adjektif. Murid-murid turut dibimbing membina ayat yang betul berdasarkan perkataan yang diberikan. Penyampai membincangkan jenis kata adjektif secara koheren. Pada akhir pengajaran diakhiri dengan pentaksiran dalam bentuk item Objektif Aneka Pilihan...
SEJARAH TINGKATAN 4 - Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun 16.01.2024 23:54
Rancangan ini membincangkan penentangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun, seterusnya peristiwa penyerahan kalah Jepun di negara kita dan keadaan Negara kita selepas itu
Bahasa Melayu Tingkatan 5 - Peribahasa 15.01.2024 24:29
Peribahasa yang diketengahkan adalah peribahasa yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan juga tingkatan 5 Tujuan pembelajaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bentuk soalan yang berkaitan dengan peribahasa.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.