Kementerian Pendidikan Malaysia

Audio Pendidikan

Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan

Author

Kementerian Pendidikan Malaysia

Category

Education

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

Feb 17, 2025

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Response Essay 12.10.2023

Tips and strategies in writing a response essay.

Our School Carnival 12.10.2023

Explaining the use of adjectives, comparative adjectives and superlative adjectives

Puisi Melayu Tradisional : Pantun dan Syair Bahagian 2 12.10.2023

Tajuk 1: Pantun Perpisahan. Tajuk 2: Pantuan Teka Teki. Tajuk 3: Syair Pesanan Ibu oleh Zurina Hasan Tajuk 4: Syair Mungkir Janji

Puisi Tradisional Melayu : Pantun dan Syair Bahagian 1 12.10.2023

Bahan ini disediakan untuk membantu guru dalam PdP bagi mata pelajaran Komponen Kesusasteraan Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah Rendah. Tajuk 1 : Pantun 2 Kerat. Tajuk 2: Pantun Kanak-kanak Tajuk 3 : Syair  Badrul Zaman adaptasi oleh Rahman Shaari Tajuk 4: Syair Menyambut Pelajaran

Bahasa Melayu Tingkatan 6 - Wacana 27.09.2023

Tajuk ini akan membincangkan tentang Wacana. Seterusnya, menerangkan secara terperinci tentang penggunaan dalam ayat. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan berkonsepkan soalan sebenar STPM Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Tingkatan 6: Semester 3- Semantik: Perkaitan Makna Dari Segi Leksikal Dan Perubahan Makna 27.09.2023

Tajuk Semantik Bahagian 2 ini akan membincangkan tentang perkaitan makna dari segi leksikal. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang perubahan makna iaitu peluasan dan penyempitan makna. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan berkonsepkan soalan sebenar STPM Bahasa Melayu.

SEJARAH TINGKATAN 3 - Perluasan Kuasa Dinasti Brooke Di Sarawak 27.09.2023

Rancangan ini tentang peluasan kuasa barat di Sarawak dilakukan oleh pihak persendirian, iaitu James Brooke. Kekayaan Sarawak terutamanya sagu, antimoni dan emas menarik perhatian James Brooke untuk menguasai Sarawak. Beliau menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan kuasanya.

SEJARAH TINGKATAN 3 - Pentadbiran Barat Di Sarawak Dan Sabah 27.09.2023

Rancangan ini mengisahkan  bahawa Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik sebelum kedatangan kuasa Barat. Pemerintahan tempatan ini dilaksanakan bagi menjamin kelansungan kehidupan masyarakat berasaskan peraturan yang diterima oleh masyarakat ketika itu.

SEJARAH TINGKATAN 3 - Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 26.09.2023

Rancangan ini menyenaraikan nama Negeri–negeri Melayu Bersekutu, menyatakan ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menjelaskan faktor-faktor Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta fungsi Mesyuarat Negeri dan Majlis Mesyuarat Persekutuan

Pulau Janji Episod 6 26.09.2023

Arjuna rupa-rupanya menjalankan siasatan kepada Linda dan terbongkarlah hal sebenar yang mana Linda sebenarnya memomokkan penduduk Pulau Janji semata-mata untuk majikannya yang merupakan pemaju pusat pelancongan. Arjuna bangkit dan mengumpul penduduk Pulau Janji untuk kembali ke tanah mereka dan menumpaskan kegiatan penipuan orang-orang bandar yang diwakili Linda.

Pulau Janji Episod 5 26.09.2023

Tindakan Arjuna sebagai anak sulung, meninggalkan kesan yang mendalam kepada Damak sebagai Ketua Pulau. Akhirnya Damak mengalah dan turut menyuruh Aduka dan Bayu mengikut jejak Arjuna. Namun, Damak tetap enggan meninggalkan Pulau Janji. Aduka serba salah dan meyakinkan bapanya akan kesetiaannya kepada Damak. Malah, Aduka memberi semangat untuk bapanya terus bertahan.

Pulau Janji Episod 4 26.09.2023

Arjuna mengambil keputusan untuk meninggalkan Pulau Janji. Aduka cuba menghalangnya. Sebagai anak sulung, Arjuna merupakan kekuatan keluarganya. Namun, Arjuna tetap dengan pendiriannya untuk berpindah ke tanah besar. Aduka kecewa dengan sikap lepas tangan abang sulungnya.

Pulau Janji Episod 3 26.09.2023

Ribut yang melanda Pulau Janji telah menjadi ketakutan yang kononnya berupa bencana-bencana kecil sementara menunggu bencana sebenar berlaku. Walhal, ribut sebegitu sebenarnya hanyalah fenomena biasa yang sering berlaku sebelum ini. Kesan psikologi itu menjadi alasan utama Arjuna untuk mengubah pendirian bapanya. Damak melenting dengan pendirian Arjuna tersebut.

Pulau Janji Episod 2 26.09.2023

Arjuna, anak sulung Damak, Ketua Pulau Janji telah termakan janji Linda dan cuba pula mempengaruhi keluarganya agar menerima tawaran Linda. Aduka setia dan berdiri teguh di belakang bapanya. Linda turut berusaha mempengaruhi adik Arjuna iaitu Bayu sebagai usaha untuk memujuk bapanya. Linda menakut-nakutkan mereka sekeluarga dengan bencana yang kononnya diakibatkan fenomena pemanasan global itu.

Pulau Janji Episod 1 26.09.2023

Pulau Janji berkisah tentang konflik yang melanda penduduk Pulau Janji bila mana dihimpit keresahan rentetan diancam perkhabaran yang Pulau Janji akan tenggelam akibat perubahan bentuk muka bumi. Linda seorang wanita dari ibukota menawarkan diri untuk membeli tanah penduduk di Pulau Janji. Ini kononnya membantu mereka membina kehidupan baharu. Bagaimana sambutan penduduk Pulau Janji? Drama ini men...

SEJARAH TINGKATAN 3: Kekayaan Hasil Bumi Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Pahang 15.09.2023

Rancangan ini mengupas tentang kekayaan hasil bumi terutamanya bijih timah yang terdapat di Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Penulis memperincikan perkembangan perlombongan bijih timah dan emas di Negeri-negeri mengikut kronologi masa bermula abad ke-15 hingga abad ke-19.

SEJARAH TINGKATAN 3 - Perluasan Kuasa British Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Pahang 12.07.2023

Rancangan ini mengisahkan kekayaan hasil bumi ini mendorong British menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan kuasa ke atas negeri-negeri ini. Penekanan tentang strategi British ini diperjelaskan secara terperinci dalam Sub Topik 3.2. Penulis juga mendedahkan kepada murid-murid beberapa teknik belajar dalam sesi pembelajaran.

Sejarah Tingkatan 1 : Zaman Prasejarah Di Malaysia 12.07.2023

Rancangan ini menerangkan tentang garis masa, lokasi dan bukti-bukti kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia melalui aspek teknologi, tembikar dan manik, lukisan gua dan ukiran batu, ekonomi dan kepercayaan.

Sejarah Tingkatan 1: Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah Kepada Kemajuan Kehidupan Manusia 12.07.2023

Rancangan ini mengisahkan Zaman Prasejarah yang banyak mewarisi penemuan dan aktiviti mereka kepada tamadun manusia seperti telah mencipta dan melakukan pelbagai kegiatan yang masih digunakan dalam kehidupan manusia hari ini, antaranya aktiviti pertanian, memburu dan menternak binatang, pembuatan peralatan dan tembikar, ideofak serta monumen dan seni bina.

Sejarah Tingkatan 1: Maksud Tamadun Dan Konsep Tamadun 11.07.2023

Rancangan ini mengupas tentang maksud tamadun yang diterjemahkan daripada empat bahasa iaitu bahasa Yunani, Inggeris, Arab dan Melayu serta konsep tamadun mengikut pandangan Islam dan Barat. Penulis menggunakan kata kunci bagi membantu pemahaman murid.

Sejarah Tingkatan 1 : Zaman Prasejarah serta Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Pra Sejarah 11.07.2023

Rancangan ini menceritakan tentang ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam iaitu tempat kediaman, peralatan, pengumpulan makanan, kegiatan ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan serta kesenian dan kebudayaan.

Sejarah Tingkatan 1 : Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia 11.07.2023

Rancangan ini tentang ciri-ciri tamadun merangkumi pencapaian hebat dalam 9 perkara iaitu Pertanian dan perdagangan (P), Sistem Pemerintahan (S), Pembentukan bandar (B), Pengkhususan Pekerjaan (K),Teknologi (T), Organisasi Sosial (O), Agama dan Kepercayaan (A), Tulisan dan penyimpanan rekod (R), Kesenian dan kesusasteraan (S)

English Form 2: Cheat! By Allen Baillie 11.07.2023

Understanding short story

Sejarah Tingkatan 1: Tamadun Awal Dunia Serta Empat Lokasi Awal Tamadun Dunia 11.07.2023

Rancangan membincangkan perkembangan lokasi empat tamadun awal dunia iaitu Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun Huang He. Penulis turut membincangkan mengenai perkembangan bandar dan ciri-ciri bandar bagi setiap tamadun serta pembentukkan tamadun di sepanjang sungai.

Sejarah Tingkatan 1: Maksud Zaman Prasejarah Dan Lokasi Zaman Prasejarah Di Dunia 11.07.2023

Rancangan ini tentang kehidupan Zaman Prasejarah dan membandingkan dengan kehidupan mereka sendiri dari segi penggunaan peralatan. Murid-murid diberi pengertian mengenai maksud Zaman Prasejarah dan memahami empat tahap Zaman Batu dan nama-namanya.

Listen to the Audio Pendidikan podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.