Kementerian Pendidikan Malaysia
Audio Pendidikan
Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan
Author
Kementerian Pendidikan Malaysia
Category
Podcast website
Latest episode
Feb 17, 2025
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - U'quudut Tabarru'aat – Al-Kafalah dan Ar-Rahnu 16.11.2023 28:18
Rancangan ini membincangkan tentang pengertian U’quudut Tabarru’aat secara umum dan perincian dua jenis Akad Tabbaru’ (Al-Kafalah dan Ar-Rahnu) dari segi bahasa, istilah, dalil keharusan, rukun, syarat akad serta contoh-contohnya
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - U'quudut Tabarru’aat – Al-Hibah, Al-Wadi'ah dan Al-Qardhu 16.11.2023 29:55
Rancangan ini membincangkan secara terperinci tentang 3 jenis Akad Tabbaru’ dari segi bahasa dan istilah, dalil keharusan akad, rukun dan syarat akad
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - Syak Dalam Solat 16.11.2023 29:32
Rancangan ini membincangkan tentang solat, ibadah wajib dipatuhi dan menjadi penghubung antara manusia dengan Pencipta-Nya, tuntutan hukum berdasarkan hadis, pengertian syak dalam solat, istinbat hukum, huraian situasi dan penyelesaiannya.
VIA KAUNSELOR Bersama Azizurahman Hj Samian 16.11.2023 16:44
Episod ini mempunyai empat segmen iaitu TIPS BELAJAR HEBAT, MEMILIH KERJAYA, KUASA CINTA IBUBAPA dan FIKIRKAN BOLEH. Dengarkan bicara beliau yang mampu membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan, membuat keputusan untuk masa depan dan berjaya dalam cita-cita.
Geografi Tingkatan 6 : Saling Kebergantungan Sistem - Interaksi Antara Sistem 23.10.2023 26:25
Rancangan ini tentang interaksi antara sistem dan saling kebergantungan sistem fizikal seperti sistem geomorfologi berinteraksi dengan sistem hidrologi, sistem hidrologi berinteraksi dengan sistem atmosfera, sistem atmosfera dengan ekologi dan sistem ekologi dengan sistem geomorfologi.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Drama Hadiah 23.10.2023 25:02
Tajuk Drama Hadiah ini akan menceritakan tentang kesempitan hidup akibat kehilangan ketua keluarga. Fauziah dan anak-anaknya Hayati dan Farid mengalami kesempitan hidup akibat kehilangan ayah mereka, iaitu Sarjan Akhbar yang gugur ketika bertempur di sempadan. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sipnosis, tema dan persoalan, serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini...
SAJAK KEMERDEKAAN - MANUSKRIP BANGSA MERDEKA - SHUKRI ABDULLAH 23.10.2023 2:45
Kemerdekaan negara adalah hasil perjuangan para pemimpin yg mengetepikan perkauman dan kepentingan peribadi. Sebagai sebuah negara merdeka yg bersifat majmuk, jalinan semangat perpaduan dan keharmonian harus diperkukuhkan dalam mempertahan kemerdekaan daripada sebarang anasir luar yg ingin menghancurkan.
Geografi Tingkatan 6 : Saling Kebergantungan Sistem - Interaksi Sistem Fizikal Dengan Sistem Gunaan Manusia 23.10.2023 26:41
Rancangan ini menerangkan tentang interaksi sistem fizikal dan sistem gunaan manusia yang menjelaskan saling kebergantungan antara sistem fizikal dengan sistem gunaan manusia yang akan membawa kepada kesan positif dan negatif.
Seni Muzik Tingkatan 3: Teknik Nyanyian Dangdut 20.10.2023 21:21
Rancangan ini menerangkan secara terperinci tentang teknik-teknik nyanyian lagu dangdut serta cara mengekalkan alunan lenggok nyanyian lagu dangdut. Pentaksiran secara formatif diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.
Seni Muzik Tingkatan 2: Teknik Nyanyian Keroncong 20.10.2023 26:27
Rancangan ini menerangkan tentang teknik nyanyian asas keroncong serta bentuk-bentuk lagu keroncong. Penerangan secara terperinci tentang lenggok-lenggok asas keroncong. Antaranya ialah lenggok atau cengkok, gregel, nggandul, dan mbat.
Seni Muzik Tingkatan 2 - Teknik Nyanyian Ghazal 20.10.2023 23:02
Rancangan ini menerangkan tentang teknik-teknik nyanyian lagu ghazal serta cara mengekalkan alunan lenggok nyanyian lagu ghazal. Antara aktiviti utama melakukan pemanasan suara sebelum memulakan aktiviti nyanyian.
Seni Muzik Tingkatan 1 - Teknik Nyanyian Melayu Asli 20.10.2023 22:24
Rancangan ini menerangkan secara terperinci tentang teknik-teknik nyanyian lagu melayu asli serta cara mengekalkan kelembutan alunan lenggok nyanyian lagu melayu asli. Antara aktiviti penting iaitu pemanasan suara sebelum memulakan nyanyian.
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4 - Akhlak Yang Mulia 20.10.2023 25:18
Rancangan ini mengupas tentang orang yang sempurna iman serta kepentingan mempunyai iman yang sempurna.
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 - Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus 20.10.2023 28:56
Huraian tentang maksud sajak, tema persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran Tujuan PDPC ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid tentang aspek sastera yang terdapat dalam sajak "Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus". PDPC ini juga bertujuan memberikan pesanan kepada murid-murid agar pandai menjaga diri apabila berjauhan daripada keluarga.
Pendidikan Islam Tingkatan 4 - Kerajaan Umaiyah 20.10.2023 25:38
Rancangan ini menerangkan sejarah penubuhan, khalifah-khalifah terkenal dan sumbangannya kepada kegemilangan kerajaan Umaiyah sehingga kerajaan itu mampu memerintah selama 91 tahun dan faktor-faktor kejatuhan kerajaan tersebut.
Perniagaan Tingkatan 4: Trend Persekitaran Perniagaan 20.10.2023 26:49
Membincangkan tentang trend meningkat, trend menurun dan trend mendatar dalam perniagaan
Perniagaan Tingkatan 4: Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Untuk Menghasilkan Visi Dan Misi, Objektif Perniagaan 20.10.2023 25:44
Membincangkan dan menganalisis tujuh (7) faktor yang mempengaruhi keperluan mengubah visi, misi, dan objektif perniagaan.
Perniagaan Tingkatan 4: Peranan Kerajaan Dalam Menangani Isu Inflasi Dan Deflasi 20.10.2023 25:04
Membincangkan 5 peranan kerajaan dalam menangani inflasi dan 3 peranan dalam menangani deflasi.
Ekonomi Tingkatan 6 : Pengenalan Ekonomi Semester 2 19.10.2023 22:01
Sembang Santai Eknomi Tingkatan 6 membincangkan Pengenalan Ekonomi Semester 2. Mengupas beberapa sub tajuk iaitu "Aliran Pusingan Pendapatan Negara 4 Sektor", "Isu Mikroekonomi" dan "Mengapa Isu Mikroekonomi Perlu Ditangani".
Perniagaan Tingkatan 4 : Trend Semasa Dalam Perniagaan Bahagian 2 19.10.2023 15:43
Membincangkan sub topik "Peranan Kerajaan Dari Aspek Guna Tenaga" iaitu tentang maksud pengangguran, jenis-jenis pengangguran dan peranan kerajaan mengatasi masalah pengangguran.
Perniagaan Tingkatan 4: Trend Semasa Dalam Perniagaan 19.10.2023 26:22
Membincangkan sub topik "Analisis Faktor-faktor Yang Membawa Perubahan Kepada Persekitaran Perniagaan" iaitu menjelaskan dan menganalisis faktor dalaman dan faktor luaran serta perubahan kepada persekitaran perniagaan.
Sejarah Tingkatn 6 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa: Mesir 19.10.2023 22:04
Rancangan ini membincangkan reaksi masyarakat setempat di Mesir pada abad ke 19 hingga ke 20 terhadap penjajahan barat di Mesir. Tokoh tokoh yang terlibat dalam memberi tentangan terhadap penjajahan Negara Barat.
Bahasa Melayu Tingkatan 6 - Laras Bahasa 19.10.2023 25:02
Mengupas konsep laras bahasa, menerangkan faktor penentu laras bahasa , ciri-ciri dan jenis laras bahasa. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan berkonsepkan soalan sebenar STPM Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Tingkatan 6 - Pragmatik 19.10.2023 19:41
Membincangkan tiga bahagian mengenai pragmatik iaitu 1. Konsep Pragmatik, 2. Bahasa Dalam Konteks Budaya dan 3. Kesantunan Berbahasa
Bahasa Melayu Tingkatan 6 - "Bahasa Melayu Semester 3 semantik: Bahagian Satu" 19.10.2023 20:53
Tajuk Semantik Bahagian 1 ini akan membincangkan tentang konsep dan makna Semantik. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang maksud dan memberikan contoh bagi makna konotatif dan makna denotatif. Tajuk ini akan diakhiri dengan pengertian makna/konsep, perkataan dan rujukan serta latihan berkaitan tajuk yang telah dipelajari.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.