Amanz

Amanz

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

Author

Amanz

Category

Technology

Podcast website

amanz.my

Latest episode

Oct 17, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

#SembangLebat : Samsung Galaxy Note20 Dan Peranti Samsung Baru Yang Lain 06.08.2020

Samsung telah pun mengadakan acara Unpacked kedua tahunan mereka, sekaligus memperkenalkan sejumlah peranti baru melaluinya. Mencuri perhatian ramai adalah Galaxy Note 20, selain tablet, jam tangan pintar, fon telinga nirwayar dan sebagainya. Pada # SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai penawaran Samsung terbaru ini, dan apakah kelebihan dan kekurangan setiap produk berkenaan.

#SembangLebat : Apple WWDC 2020 23.06.2020

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC 2020, dimana melaluinya Apple memperkenalkan sejumlah ciri baru yang bakal hadir ke iOS, iPadOS, macOS, tvOS dan juga watchOS. Disamping itu, Apple turut mengumumkan peralihan dari cip Intel ke cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri, melalui apa yang dipanggil Apple Silicon. Pada #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai perkara yang telah di...

Kenapa HTC Gagal? 26.05.2020

HTC merupakan salah satu syarikat teknologi yang suatu ketika dahulu bersaing rapat dengan Samsung dalam penawaran telefon pintar. Namun, hari demi hari, mereka semakin ketinggalan, dan kini namanya tidak lagi tersenarai dalam lima jenama peranti teratas dunia. Jadi, apa yang jadi, dan kenapa HTC gagal?

Kenapa GPS Percuma? 09.05.2020

GPS merupakan salah satu teknologi yang digunakan secara meluas dalam navigasi pada hari ini. Ia ditawarkan secara percuma oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk pelbagai pihak, termasuk pengeluar peranti pintar. Tetapi, pernahkah anda terfikir akan kisah disebalik GPS ini?

Apple iPad Pro 2020 Hadir Dengan Sensor LiDAR 19.03.2020

Apple kini telah pun mengumumkan kemaskini untuk penawaran tablet mereka. Menariknya, kini ia hadir dengan beberapa ciri baru, termasuk sokongan sensor LiDAR tambahan dibelakang, selain sokongan input tetikus untuk produktiviti yang lebih baik. Pada episod kali ini, kami bersembang berkenaan penawaran iPad Pro terbaru daripada Apple yang dijangka mengubah arena tablet ini.

Telefon Memfokuskan Gaming? Relevankah? 16.03.2020

Akhir-akhir ini, hadir trend baru daripada para pengeluar peranti, dimana mereka hadir dengan telefon memfokuskan kepada gaming . Pada video Sembang Lebat kali ini, kami melihat kepada topik ini, dan sama ada ia relevan atau sebaliknya.

#SembangLebat - Samsung Galaxy S20 & Galazy Z Flip 15.02.2020

Samsung pada minggu ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk tahun 2020, iaitu Samsung Galaxy S20 dan juga Galaxy Z Flip. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami membincangkan pelbagai perkara yang berlaku ketika acara pelancaran Samsung Unpacked 2020 ini - termasuk pengenalan dua peranti mercu baru daripada Samsung.

#SembangLebat – Teknologi Terbaik Dan Terburuk 2019 31.12.2019

Dengan tahun 2019 yang kini melabuhkan tirai, kami melihat kembali kepada pelbagai teknologi menarik yang telah diperkenalkan sepanjang tahun 2019 ini. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan antara penawaran teknologi yang menarik dan mengecewakan sepanjang 2019 ini.

Pemenang Anugerah Telefon Kelas Pertengahan Terbaik, Flagship Terbaik Dan Inovatif - 2019 27.12.2019

Tahun 2019 kini melabuhkan tirainya, dan seperti setiap tahun, pada tahun ini kami melihat kepada pelbagai penawaran peranti menarik sepanjang tahun, dan berbincang mengenai penawaran telefon pintar terbaik untuk pelbagai kelas.

Pemilihan Peranti Terbaik Tahun 2019 30.11.2019

Tahun 2019 semakin menghampiri kepada penghujungnya, dan semestinya ramai yang ingin ketahui berkenaan pemilihan peranti terbaik untuk tahun ini. Selari dengannya, pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan pemilihan peranti terbaik 2019 yang akan datang, dan apakah antara kriteria yang kita lihat sebelum pemilihan akhirnya.

#SembangLebat : Penjara Sistem Operasi 30.10.2019

Sistem operasi kini memainkan peranan penting dalam pemilihan peranti oleh para pengguna. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai perkembangan sistem operasi mudah-alih, dan bagaimanakah impaknya pada masa akan datang dikalangan pengguna?

Berbaloi Ke Langgan Disney+? 16.09.2019

Disney+ atau Disney Plus merupakan perkhidmatan penstriman video terbaru yang bakal dilancarkan oleh Disney tidak lama lagi. Melaluinya, mereka akan menawarkan sejumlah kandungan terbitan mereka terus melaluinya, sekaligus membuatkan mereka bersaing dengan perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix dan lain-lain. Pada episod kali ini, kami melihat kepada sama ada berbaloi atau tidak perkhidmatan...

#SembangLebat – Pengumuman Produk Dan Perkhidmatan Baru Apple 11.09.2019

Apple telah pun mengumumkan sejumlah produk dan perkhidmatan baru pada awal pagi ini, termasuk pengenalan Apple TV+, Apple Arcade, selain produk yang dinantikan ramai, iaitu iPhone 11. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai apa yang diumumkan, dan pendapat kami berkaitan dengannya.

Nintendo Switch Lite - Apakah? 15.07.2019

Nintendo pada minggu lepas telah mengumumkan secara rasminya sebuah lagi konsol generasi baru dibawah keluarga Switch, iaitu Nintendo Switch Lite. Pada episod kali ini, kami melihat kepada penawaran terbaru Nintendo, dan sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

#SembangLebat - Jony Ive Meninggalkan Apple 08.07.2019

  Dompet Digital TNG Menawarkan Rebat RM5 Untuk Perbelanjaan RM50 Di Shell Jony Ive merupakan salah satu nama yang tidak asing yang terlibat dalam rekabentuk produk-produk Apple. Walaubagaimanapun, pada minggu ini beliau membuat kejutan dan telah pun meninggalkan Apple untuk membuka firma tersendiri. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenainya, selain pada masa yang sama turut meliha...

#SembangLebat : Huawei 31.05.2019

Salah satu perkara yang dibincangkan hangat selama dua minggu ini adalah berkenaan dengan Huawei yang menerima sekatan perdagangan di Amerika Syarikat, sekaligus memberikan impak terhadap pelbagai perniagaan mereka. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai perkara ini dan beberapa kesan disebabkan olehnya.

Menarik Di Google I/O 2019 08.05.2019

Google hari ini telah mengadakan acara Google I/O 2019 yang mana menyaksikan mereka berkongsi sejumlah perkara baru, termasuk berkaitan dengan Android Q, ciri privasi baru pada Chrome, sokongan Google Assistant, serta pengenalan peranti baru Pixel 3a.

Sony PlayStation 5 Dengan SSD, Sokongan 8K, Ray-Tracing 19.04.2019

Sony PlayStation 5 merupakan konsol generasi baru yang dinantikan ramai. Kini, Sony telah berkongsi sejumlah ciri-ciri barui yang akan hadir ke konsol berkenaan tidak lama lagi, dan pada video kali ini, kami membincangkan antara perkara yang telah dikongsikan oleh pihak Sony baru-baru ini.

#SembangLebat : Multi-Kamera Pada Telefon Pintar, Adakah Satu Keperluan? 15.04.2019

Penggunaan multi-kamera pada sesuatu telefon telah menjadi suatu norma pada hari ini. Pada video #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada topik ini, dan berbincang sama ada penggunaan multi-kamera ini satu keperluan atau hype semata-mata.

Apa Itu Google Stadia? Platform Permainan Awanan Daripada Google? 21.03.2019

Google pada awal pagi hari ini telah mengumumkan penawaran platform permainan berasaskan perkomputeran awanan, iaitu Stadia. Pada podcast kali ini, kami membincangkan mengenai apa itu Stadia, dan apakah ciri-ciri dan perubahan yang bakal dibawa oleh platform berkenaan untuk arena permainan video.

#SembangLebat - Samsung Galaxy Fold vs Huawei Mate X 09.03.2019

MWC atau acara tahunan popular, Mobile World Congress baru sahaja menutup tirainya. Pada acara berkenaan, pelbagai peranti telah dilancarkan, termasuk yang menjadi fokus adalah peranti dengan sokongan rangkaian 5G dan juga trend telefon dengan skrin boleh-lipat. Pada #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai trend baru yang diperlihatkan pada acara MWC 2019 ini, dan sama ada ia praktika...

Sony PlayStation 5 – Ramalan Dan Apa Yang Dijangka 21.01.2019

PlayStation 5 merupakan salah satu konsol yang dinantikan ramai pengguna dan peminat permainan video. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan bilakah ia dijangka dilancarkan, selain apakah ciri-ciri yang mungkin disertakan pada konsol akan datang berkenaan.

#SembangLebat - Apa Yang Menarik Di CES 2019 15.01.2019

CES 2019 merupakan salah satu acara tahunan yang sering memperlihatkan pelbagai teknologi baru yang bakal menemui pengguna pada sesuatu tahun. Tahun ini, ia memperlihatkan sejumlah perkara baru, termasuk televisyen 8K, tv boleh-gulung, rekaan komputer riba baru, cip pemprosesan baru, dan sebagainya.

#SembangLebat - Tips Dan Azam 2019 02.01.2019

Pada episod #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada azam tahun baru, dan bagaimana boleh menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda dalam memastikan anda mencapai azam anda dengan jayanya. Selamat Tahun Baru 2019!

#SembangLebat – Teknologi Dan Gajet Yang Tidak Disukai 2018 18.12.2018

Pada minggu lepas, #SembangLebat telah pun membincangkan topik mengenai antara peranti dan teknologi yang menarik sepanjang 2018 yang lepas. Pada minggu ini, kami melihat kepada topik alternatif untuknya, iaitu berkaitan teknologi dan peranti yang agak mengecewakan sepanjang 2018 ini.

Listen to the Amanz podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.