Amanz
Amanz
Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
CNN Buat Penstriman Berbayar, Hartal, Dan Pasport Untuk Vaksin 27.07.2021 48:27
Episod kali ini kita membincangkan berkenaan penyertaan CNN dalam arena penstriman berbayar melalui CNN+. Pada masa yang sama, salah satu topik hangat minggu ini adalah berkaitan dengan hartal dalam industri kesihatan. Podsiar episod ini turut membincangkan berkenaan dengan keperluan parlimen hibrid, selain passport untuk vaksin.
Astro Ingin Jadi Pusat Sehenti Untuk Penstriman Video 24.07.2021 1:02:35
Astro kini dilihat ingin menjadi salah satu pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan penstriman video dibawah satu tempat. Mereka sedia menambah HBO Go, Disney+, dan sedia mengumumkan kerjasama dengan Netflix. Pada masa yang sama, Astro telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri, dinamakan Sooka. Pada episod kali ini, kami membincangkan menyeluruh berkaitan hal in...
Square Masuk DeFi, Netflix Ke Arah Gaming 21.07.2021 53:16
Pada episod kali ini, kita melihat kepada arena DeFi yang hangat diperkatakan, dimana Square ingin memfokuskan kepada arena Bitcoin. Disamping itu, kita membincangkan berkenaan perkembangan vaksin di seluruh dunia dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi. Episod kali ini juga kami membincangkan secara ringkas berkenaan dengan Netflix Gaming.
Pemulihan Ekonomi China Pasca Covid-19, Konsolidasi Media Sosial 17.07.2021 56:57
Pada episod ini kita melihat kepada dua perkara utama, iaitu berkenaan dengan ekonomi China dan tahap pemulihan mereka pasca Covid-19, selain pada masa yang sama kita melihat adakah akan berlakunya lebih banyak penyatuan arena media sosial dalam tahun-tahun akan datang. Episod kali ini juga menyentuh berkenaan dengan statistik perkembangan gaji di Malaysia yang menyaksikan penurunan. Mempunyai seb...
Cukai Syarikat Teknologi, Gergasi Asia Tenggara, Bank Digital 11.07.2021 1:00:47
Podsiar Amanz kali ini melihat kepada beberapa topik teknologi dan bisnes yang menjadi tumpuan ramai akhir-akhir ini. Antaranya adalah berkaitan dengan pelaksanaan cukai syarikat teknologi pada peringkat global. Disamping itu, kita juga melihat kepada perkembangan gergasi teknologi di Asia Tenggara, dan juga berkaitan dengan bank digital di Malaysia.
#OffTopic - Pengangguran, Sistem HIDE, KitaJaga.co, iPhone 13 08.07.2021 49:37
Pada sesi #OffTopic di Amanz kali ini, kita melihat kepada perkembangan ringkas berkaitan politik, disamping pada masa yang sama melihat kepada perkongsian statistik semasa berkaitan pengangguran dan juga kesihatan mental. Disamping itu, salah satu portal baharu yang dibangunkan komuniti untuk komuniti adalah KitaJaga.co untuk memudahkan orang ramai mendapat bantuan.
#OffTopic - PKPD, Ekonomi, ESG dan Politik! 06.07.2021 54:19
Dibawah siri episod podcast yang diberikan nafas baharu ini, kita melihat kepada beberapa topik berbeza dan diluar teknologi, iaitu berkaitan dengan isu semasa terbaru, melibatkan PKPD, ekonomi dunia, ESG dan juga situasi politik.
Trailer : AmanzCast Kembali 02.07.2021 1:53
Podcast Amanz kini kembali setiap minggu, bersama Yem dan Mat Pis, dimana kita akan membicarakan berkenaan dengan sejumlah perkara melibatkan arena teknologi dan perniagaan. Jom langgan dan kongsikan bersama rakan anda yang lain. Episod baharu akan diterbitkan bermula Julai 2021.
#SembangLebat - Samsung Galaxy S21 Ibarat GalaxyS20s? 17.01.2021 1:11:47
Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, dinamakan Samsung Galaxy S21. Pada podcast di Amanz kali ini, kami bersembang berkenaan penawaran Samsung terbaru ini, dan apakah menarik dan kurang menarik melaluinya.
MyID - Identiti Digital Kebangsaan? 12.01.2021 14:55
SKMM sebelum ini sedia melakukan kajian untuk pelaksanaan MyID - sekaligus memudahkan pengguna mengunakan satu identiti untuk pelbagai tujuan. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan penggunaan dan konsepnya dalam kehidupan harian kita - dan sama ada ia relevan atau tidak.
Ramalan Teknologi 2021 03.01.2021 26:20
Arena teknologi sering berkembang dengan pesat, termasuk di Malaysia. Pada video #SembangLebat ringkas awal tahun 2021 ini, kami membincangkan berkenaan sejumlah ramalan menarik yang dijangka hadir pada tahun 2021 ini.
Dunia Teknologi Sepanjang 2020 01.01.2021 1:12:24
Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat semua. Dalam video kali ini kami akan lebih membincangkan topik hangat yang berlaku sepanjang tahun 2020 seperti peralihan Apple daripada Intel, Scam paling terkenal iShare fans, Perang perdagangan kini melarut sehingga jenama DJI dan sebagainya. Tonton video penuh kami ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
#Menuju2021 – Kearah Resolusi Tinggi 8K 25.12.2020 14:15
Dalam arena video, kita sedia melihat pelbagai kandungan kini ditawarkan pada resolusi mencapai 4K. Tetapi, bergerak kehadapan, beberapa penerbit media telah mula melihat kearah penstriman menggunakan resolusi lebih tinggi, iaitu 8K. Jadi, mungkinkah kita akan melihat kandungan 8K lebih popular pada tahun 2021 kelak?
#Menuju2021 - Kenderaan Elektrik 22.12.2020 15:50
Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa kenderaan elektrik di pasaran tempatan, Bergerak ke 2021, kami menyasarkan arena kenderaan elektrik terus berkembang dengan positif, selain kita mungkin melihat integrasi sokongan swapandu asas pada lebih banyak kenderaan yang dijual di Malaysia. Pada #Menuju2021 kali ini, kami melihat kepada beberapa implementasi sokongan kenderaan elektrik, dan bagaiman...
#Menuju2021 - Perang Konsol Semakin Parah 16.12.2020 14:22
Tahun ini menyaksikan Sony dan Microsoft masing-masing memperkenalkan konsol generasi baru mereka, selain Nintendo turut memberikan cabaran melalui siri Switch. Menjelang 2021, pelbagai peralihan akan berlaku ke arena konsol generasi baru, dan pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan peralihan ini, dan perang dalam arena permainan video ini.
#Menuju2021 - Kenderaan Terbang Dan Dron Penghantaran Barangan 05.12.2020 17:35
Kenderaan terbang bukan lagi oerkara yang mustahil yang pernah dibayangi manusia ketika zaman dahulu kala yang menggambarkan kenderaan akan menggunakan sayap seperti kapal terbang. Tahun 2020 kenderaan terbang menggunakan kipas yang lebih cekap dan senang untuk dibina. Dalam podcast kali ini kami akan membincangkan apa yang berlaku dengan kenderaan terbang dan dron penghantaran dan potensinya pada...
#SembangLebat - PlayStation 5, Beli Atau Tidak? 13.11.2020 16:12
PlayStation 5 merupakan konsol terbaru daripada Sony yang telah pun diumumkan untuk pasaran Malaysia, dan akan dijual bermula 11 Disember 2020. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai konsol ini, dan sejumlah ciri yang disertakan bersama dengannya.
#SembangLebat – Masa Hadapan Ekosistem Mac Bersama Cip Berasaskan Arm 11.11.2020 21:36
Apple pada hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Apple M1 – sekaligus turut memperkenalkan penawaran komputer berasaskan cip Arm ini. Ia turut akan menjadi ekosistem baru dibawah Apple, yang akan menggantikan penggunaan cip Intel pada komputer. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan peralihan terbaru Apple ini.
Perang Penstriman Video (Netflix, Nurflix, AppleTV+) 29.10.2020 15:32
Perkhidmatan penstriman video merupakan antara perkhidmatan yang menerima perhatian ramai akhir-akhir ini, apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan kini. Menjelang 2021, lebih banyak perkhidmatan penstriman baru dijangka akan tiba. Tetapi, adakah industri ini akan terus menyerlah dengan kehadiran pemain baru, atau lebih ramai akan terkorban pada tahun 2021 kelak?
#SembangLebat : Huawei Mate 40, Cip Kirin 5nm 28.10.2020 22:31
Huawei pada minggu ini telah memperkenalkan siri telefon pintar terbaru dibawah siri Mate 40. Melalui #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan penawaran siri telefon pintar terbaru Huawei, disamping penyertaan cip Kirin dengan binaan 5nm, dan juga penyelesaian perisian yang ditawarkan Huawei sebagai alternatif untuk GMS.
#SembangLebat - iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max 14.10.2020 40:24
Apple telah mengumumkan sejumlah peranti terbaru mereka dibawah siri iPhone 12 , dimana sebanyak empat model ditawarkan, termasuk aksesori pengecasan nirwayar dibawah penjenamaan MagSafe . Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai penawaran terbaru Apple untuk tahun 2020 ini.
Apple Silicon Adalah Masa Depan Komputer Mac 05.10.2020 15:02
Apple telah pun mengumumkan penghasilan cip pemprosesan tersendiri, sekaligus akan menggantikan penggunaan cip Intel pada komputer dan peranti keluaran mereka. Cip daripada Apple tersendiri dinamakan Apple Silicon, dan ia akan memudahkan lagi Apple mengawal pengenalan ciri-ciri baru, dan pengoptimasian untuk komputer mereka. Pada episod #Menuju2021 yang ini, kami membincangkan berkenaan hala tuju...
Menuju 2021 - Skrin Boleh-Lipat (Foldable Displays) 30.09.2020 14:57
Menuju 2021 adalah siri yang membincangkan sejumlah teknologi yang dijangka akan terus popular pada 2021 kelak. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenai populariti skrin boleh-lipat yang telah mula dikomersialkan melalui beberapa telefon pintar terbaru, dan dijangka akan terus popular pada 2021 kelak.
Sembang Aksiz : Xbox Series X vs Xbox Series S 11.09.2020 20:29
Microsoft pada minggu ini telah melakukan pengumuman lanjut mengenai konsol generasi baharu mereka iaitu Xbox Series X yang akan tiba pada 10 November dengan harga $499. Mereka juga mengumumkan satu lagi konsol iaitu Xbox Series S yang akan tiba pada tarikh yang sama dengan harga $299.
#SembangLebat : Spekulasi iPhone 12 26.08.2020 29:17
Apple dijangka memperkenalkan iPhone generasi terbaru mereka, iaitu iPhone 12 sekitar bulan September atau Oktober ini. Ia dijangka membawa kepada beberapa perubahan, termasuk ciri-ciri baru bersama dengannya. Pada video #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkaitan apakah yang dijangka, dan mungkin kita lihat pada iPhone 12 ini.
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.