Amanz

Amanz

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

Author

Amanz

Category

Technology

Podcast website

amanz.my

Latest episode

Oct 17, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

#SembangLebat - Peranti Dan Teknologi Terbaik Sepanjang 2018 10.12.2018

Tahun ini menyaksikan sejumlah telefon pintar dan peranti elektronik diperkenalkan oleh pengeluar seluruh dunia - yang mana sekaligus menyertakan pelbagai pembaharuan bersama-sama dengannya. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai peranti baru yang diperkenalkan yang mencuri perhatian kami - selain turut menyentuh berkenaan beberapa teknologi yang benar-benar memukau sepan...

#SembangLebat - Servis Internet Di Malaysia - Streamyx, Unifi, Maxis? 26.11.2018

Akhir-akhir ini, salah satu perkhidmatan yang mendapat perhatian dan komen ramai pihak adalah perkhidmatan internet unifi dan Streamyx. Pada Sembang Lebat kali ini, kami membincangkan mengenai hal ini, selain turut menyentuh secara ringkas mengenai fenomena video menegak yang semakin popular sejak setahun dua ini.

#SembangLebat - Apakah Definisi Sebenar Pengecasan Pantas? 27.10.2018

Pada pelbagai telefon pintar pada hari ini, ramai yang mengatakan ia hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Tetapi, adakah ia membawa definisi sebenar atau sekadar pemasaran semata-mata. Apakah definisi sebenar pengecasan pantas yang benar-benar membantu pengguna?

#SembangLebat - Storan Awan, Penting Atau Tidak? 06.10.2018

Pada hari ini, perkhidmatan storan awan bukan sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai perkhidmatan mengikut platform pada hari ini, termasuk antaranya adalah Google Drive, Dropbox, OneDrive, iCloud dan sebagainya. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenai kepentingan perkhidmatan storan awan dalam menyimpan fail pengguna.

#SembangLebat - Adakah Binaan Telefon Penting Untuk Anda? 28.09.2018

Pada hari ini, terdapat pelbagai pilihan peranti dengan binaan berbeza - daripada berasaskan polikarbonat, kaca, alumnium dan sebagainya. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai sama ada ia masih relevankah atau tidak untuk memilih peranti berasaskan binaan - memandangkan pengguna masih menggunakan kerangka luar tambahan padanya.

#SembangLebat - Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Bertukar Telefon? 21.09.2018

Salah satu persoalan yang sering dipertanyakan ramai adalah bilalah masa yang sesuai untuk bertukar telefon? Adakah setiap tahun? Setiap dua tahun? Atau bila? Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenai hal ini, selain turut menyentuh mengenai arena rumah pintar.

#SembangLebat - iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR 13.09.2018

Apple telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya hari ini, iaitu iPhone XS dan iPhone XS Max -selain variasi iPhone XS pada harga sedikit rendah dinamakan iPhone XR. Pada video kali ini, kami menyentuh mengenainya, selain turut melihat kepada sumbangan iPhone X dalam kehadiran iPhone generasi baru ini.

#SembangLebat - Huawei Memintas Apple! 03.08.2018

Huawei kini telah mendahului Apple dari segi angka pengeluaran telefon pintar, sekaligus menduduki tempat kedua hanya dibelakang Samsung. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai kebangkitan Huawei, selain pada masa yang sama turut melihat kepada trend pengeluar peranti yang memposisikan tablet sebagai ganti kepada komputer riba.

#SembangLebat : FaceUnlock, Papan Kekunci Fizikal Best? 23.07.2018

Pelbagai telefon pintar pada hari ini mengintegrasikan sokongan imbasan wajah untuk sekuriti - menggantikan sokongan pengimbas cap jari biasa. Pada episod kali ini, kami melihat kepada perubahan ini pada telefon pintar ini. Dan pada masa yang sama, turut membincangkan mengenai papan kekunci fizikal yang hadir pada BlackBerry Key2.

#SembangLebat : Selamat Tinggal Yahoo! Messenger, Populariti Tik Tok? 20.07.2018

Yahoo! Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular pada suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, sejak populariti aplikasi permesejan pada peranti mudah-alih, Yahoo! Messenger kian dilupakan pengguna. Minggu ini, ia turut menyaksikan aplikasi berkenaan ditamatkan operasinya.

#SembangLebat - Skrin Bertakuk Menganggu? Adakah Surface Go Relevan? 13.07.2018

Trend terbaru dikalangan pengeluar peranti adalah intergrasi skrin bertakuk yang mana mungkin dianggap ramai sebagai sedikit menganggu. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenainya, dan pada masa yang sama menyentuh mengenai tablet terbaru Microsoft, iaitu Surface Go.

#SembangLebat - Apakah Tablet Masih Relevan Pada Masa Kini? 30.05.2018

Tablet merupakan salah satu peranti yang hangat dikatakan beberapa tahun lepas. Namun, ia menjadi semakin kurang popular dari tahun ke tahun. Pada episod kali ini, kami membincangkan sama ada tablet masih relevan atau tidak lagi.

#SembangLebat : Mid-Range Terkini vd Flagship Lama 30.05.2018

Pada podcast kali ini, kami melihat kepada kelebihan dan kekurangan dalam membeli peranti baru - antara mid range tahun ini ataupun flagship tahun lepas.

Listen to the Amanz podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.