Agenda AWANI

Agenda AWANI

News EN ↓ 1078 episodes

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.

Author

Agenda AWANI

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Agenda AWANI: COVID-19 | Menongkah cabaran, melangkah ke hadapan 03.11.2020

Bagaimana kerajaan responsif serta prihatin terhadap golongan yang terkesan akibat #COVID19, menangani cabaran ekonomi dan apa strategi pengukuhan melangkah ke hadapan? @essanyahya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri @mustapamohamed dalam #AgendaAWANI 9 mlm ini di saluran 501 dan www.astroawani.com .

Agenda AWANI: COVID-19 - Inisiatif bantu komuniti terjejas di Sabah 22.10.2020

Sabah negeri yang paling terjejas teruk akibat #COVID19, apakah inisiatif bagi membantu komuniti yang terkesan akibat pandemik itu? ⁠ ⁠ Temu bual Nazri Kahar, bersama Dr Ahmad Munawwar Helmi, Koordinator Taskforce #IMARET Covid-19 dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI Khas: Pembentukan kerajaan negeri pasca PRN Sabah ke-16 28.09.2020

Agenda AWANI khas pasca PRN Sabah ke-16 bersama Dzulfitri Yusof dan Fauzi Zin yang turut ditemani panel jemputan menerusi Skype Prof. Madya Dr. Azri Ibrahim, Penyelidik GeoPeS UMS (Politik Pembangunan & Dasar Awam).

Youth Activism - Paving the way for common future 17.09.2020
Meraikan kepelbagaian, memperkukuhkan kemampanan ekonomi 16.09.2020

Sibu, Sarawak dipilih sebagai lokasi bagi Sambutan Hari Malaysia 2020 menjadi simbol betapa penting kemajmukan rakyat di negara ini. Misalnya masyarakat Cina Foochow yang memainkan peranannya dan penglibatan dalam membangunkan ekonomi di bandar ketiga terbesar di bumi kenyalang.

Norma baharu banteras kes pemerdagangan orang & penyeludupan migran 02.09.2020

Malaysia berada pada pemerhatian tahap 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2020 oleh Jabatan Amerika Syarikat. Bagaimana boleh kedudukan ini ditambah baik pada masa akan datang? Selain dari perundangan, apakah aspek lain yang sangat diperlukan bagi memastikan kerajaan di landasan yang sama dengan negara lain banteras jenayah ini?

Agenda AWANI: Pacu industri kreatif untuk bangkit semula 28.08.2020
Pasca PKP - Realiti impak sosioekonomi miskin bandar 27.08.2020
Sabah Memilih - Aspirasi & inspirasi pengundi muda 26.08.2020

Penganalisis politik jangka peratus pengundian PRN Sabah khususnya golongan muda akan menurun berbanding PRU2018 kerana merasakan keadaan di Sabah akan tetap sama walau parti mana yang memerintah.

Ke arah memperkasa usahawan bangkit semula 20.08.2020

Banyak sektor ekonomi dan perniagaan terjejas akibat pandemik Covid-19. Bagaimana usahawan yang terjejas boleh bangkit semula? Bagi yang sudah lama bergelar usahawan pula, bagaimana potensi diri, perniagaan dan kewangan boleh ditingkatkan lagi?

Kadar penggunaan air rakyat Malaysia tinggi tetapi tidak lestari? 19.08.2020

Kadar penggunaan air rakyat Malaysia tinggi tetapi tidak lestari? Bagaimana pula dengan penyelarasan tarif air, adakah wajar?

Mendepani cabaran baharu basmi kemiskinan 13.08.2020

Pendapatan Garis Kemiskinan 2020 disambut baik namun bergerak ke hadapan apa yang boleh kita belajar dengan pengalaman lepas dan bagaimana pula pendekatan boleh diambil secara holistik untuk menangani cabaran baharu membasmi kemiskinan?

Agenda AWANI: Impak keputusan kes Datuk Seri Najib Razak ke atas landskap politik negara 28.07.2020

Apa impak keputusan kes Datuk Seri Najib Razak ke atas landskap politik negara? Diskusi @nazri.kahar bersama Pengarah Eksekutif @ilhamcentre, Hisommudin Bakar 9 malam ini di saluran 501 dan www.astroawani.com .

Agenda AWANI: Pacu sains & teknologi untuk kesihatan dan alam sekitar 21.07.2020

Kelebihan sains dan teknologi terbukti sebagai satu-satunya harapan bagi seluruh masyarakat dunia ketika masih berdepan dengan fasa pandemik COVID-19. Di sebalik debat yang timbul berkaitan dengan usaha banteras pandemik, apa peranan yang boleh dimainkan semua terutamanya oleh bakat dan kelebihan anak muda dalam memacu kelebihan sains dan teknologi ini?

Agenda AWANI: Hagia Sophia - Erdogan lakar masa depan Islam di Turki? 17.07.2020

Status bangunan ikonik Hagia Sophia di Turki yang berfungsi sebagai muzium kini kembali kepada masjid dan akan dibuka untuk solat Jumaat pada 24 Julai ini hangat menjadi perbualan masyarakat antarabangsa. Diskusi impak peristiwa bersejarah itu bersama @nazri.kahar dan Pensyarah Kanan Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim IIUM, Mohd Iqbal Abdul Wahab jam 9 mlm ini di saluran 501 dan www.astroawani.com

Agenda AWANI: Keberkesanan SELangkah, bantu premis perniagaan 25.06.2020

Bagaimana sistem jejak kontak imbas 'QR code' dapat membantu premis perniagaan dab melindungi data serta maklumat pengguna?  Temu bual Nazri Kahar bersama pencipta sistem jejak kontak #SELangkah Dr. Helmi Zakariah.

Agenda AWANI: Hala tuju industri kesejahteraan kesihatan 22.06.2020

Industri kesejahteraan kesihatan termasuk spa kini bergelut meneruskan perniagaan, ekoran larangan operasi yang masih perlu dipatuhi. Sebelum ini, industri spa menjana RM400 juta hasil cukai kepada negara, bayangkan berapa banyak pendapatan negara hilang apatah lagi negara sedang berada dalam fasa pemulihan ekonomi. Disebalik larangan operasi, apa nasib kepada mereka yang bergantung hidup khususny...

Agenda AWANI: Mekanisme pengiraan Tarif & insentif bantuan rakyat 19.06.2020

Isu bil elektrik yang didakwa meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tumpuan. Apa yang berlaku sebenarnya? Bil dikatakan tinggi berpunca daripada isu bacaan meter. Apa yang dimaksudkan dengan prinsip pengiraan bil elektrik secara prorata? Apa insentif dari TNB bagi bantu ringankan beban rakyat? Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Fasa pemulihan, jana semula ekonomi negara 18.06.2020

Krisis #COVID19 memberi indikasi bahawa kita perlu ubah cara kebiasaan lama sesuai dengan amalan #NormalBaharu dan lebih mesra digital. Bagaimana kita menjana semula ekonomi dalam fasa pemulihan ini? Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed. #NormalBaharu #DisiplinMalaysia mampu #HapusCOVID19

Lompat parti umpama harga musim ikan - Penganalisis 16.06.2020

Felo Kanan Institut Perhubungan Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata senario perubahan landskap politik di Sabah termasuk isu lompat parti berlaku sejak zaman kemerdekaan lagi. Ei Sun menjelaskan hal ini berlaku apabila parti di peringkat kerajaan negeri tidak selaras dengan parti di kerajaan persekutuan.

Dinamika politik Sabah: Apa untuk rakyat? 15.06.2020

Landskap politik di Sabah begitu dinamik. Apa pendirian kerajaan negeri di bawah bayu ini dan apa hala tuju bagi pemimpin parti politik.  Apa pula kepentingan yang boleh diperoleh rakyat?

#HapusCOVID19 - PKPP, kawalan kendiri & disiplin normal baharu 09.06.2020

Negara memasuki fasa #PKPP namun 'peperangan' belum selesai, mengapa penting untuk teruskan kawalan kendiri, kekalkan corak pemikiran #NormalBaharu sehingga vaksin, rawatan bagi #COVID19 ditemui? Diskusi Nazri Kahar bersama Pakar Kesihatan Awam Dr. Khor Swee Kheng.

COVID-19: Impak PSBB dan cabaran normal baharu di Indonesia 29.05.2020

Wacana mengenai pelonggaran Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) ketika Indonesia sedang bergelut untuk melandaikan lengkung COVID-19 dengan faktor kapasiti fasiliti kesihatan menjadi tumpuan ketika pemerintah republik itu berusaha untuk menerapkan normal baharu untuk mengerakkan ekonomi. Apakah risiko dan impaknya? 

#HapusCOVID19 - Impak & cabaran sektor pekerjaan 21.05.2020

Data menunjukkan kemungkinan kehilangan pekerjaan agak tinggi iaitu sekitar dua juta, manakala lepasan IPT bagi tahun ini sahaja adalah hampir 500,000 orang. Diskusi Nazri Kahar dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

#Hapuscovid19: Disiplin jaminan kesihatan awam 14.05.2020

Bagaimana masyarakat mendisiplinkan diri, jaga penjarakan sosial dan patuh prosedur yang ditetapkan bagi menghalang penularan jangkitan #COVID19 terutamanya ketika perayaan Aidilfitri nanti? Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam.

Listen to the Agenda AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.