Agenda AWANI
Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Agenda AWANI: Peralihan monsun, waspada ribut petir dan hujan lebat 16.04.2021 21:56
Hujan lebat, angin kuat, banjir kilat buat semua tidak keruan ketika sibuk hendak pulang ke rumah mengejar waktu berbuka puasa. Adakah cuaca sebegini akan berpanjangan? Temu bual Nazri Kahar bersama Jailan Simon, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Agenda AWANI: Waspada ancaman gelombang ke-4 COVID-19 14.04.2021 20:49
Trend nilai kebolehjangkitan COVID-19 catat angka tertinggi buat 3 hari berturut-turut dengan angka positif meningkat menyebabkan ramai yang bimbang tentang wujudnya gelombang ke-4 COVID-19 dalam negara.
Agenda AWANI: Manfaat wakaf tunai dalam pembangunan sosial dan ekonomi 14.04.2021 22:14
Penjawat awam digalak terbabit dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji berkala dan sukarela, apakah manfaatnya? Diskusi Nazri Kahar bersama Presiden CUEPACS, Adnan Mat didalam Agenda AWANI.
Agenda AWANI: Formula menang bersama untuk Malaysia 13.04.2021 54:36
Diskusi Nazri Kahar bersama Datuk Dr Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Ustaz Fauwaz Fadzil, Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd dan Dr Khor Swee Kheng, Pakar Dasar Kesihatan Awam didalam Agenda AWANI.
Agenda AWANI: Signifikan universiti penyelidikan terhadap landskap pendidikan & komuniti 12.04.2021 27:33
Sejauh mana signifikan penyelidikan yang dijalankan oleh universiti dan impaknya ke arah mewujudkan ekosistem dalam memastikan manfaat penyelidikan dapat dinikmati oleh komuniti?
Agenda AWANI: Exclusive with Tengku Puteri Iman & Ariane 12.04.2021 23:08
They aim to empower stakeholders involved in improving mental healthcare in Malaysia and raising mental health awareness through advocacy, fundraising and collaboration. Ultimately, they hope to impress upon the public that mental health matters and it is the responsibility of all. Catch HRH Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah and Puteri Nor Ariane Yasmin, the co-founde...
Agenda AWANI Asia: Malaysia-China | Eratkan hubungan, kerjasama ekonomi & peluang baharu 10.04.2021 25:49
Apa makna di sebalik perbincangan positif dan kesepakatan yang dicapai susulan pasca lawatan rasmi dan pertemuan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya TYT Wang Yi di Fujian, China? Di sebalik cabaran ekonomi tidak menentu era pandemik ini, apa peluang baharu yang boleh diterokai bersama buat KL-Beijing? Diskusi Sabtu 9 malam
Agenda AWANI: Polisi Kabotaj | Impak ke atas projek sistem kabel dasar laut 09.04.2021 24:43
Temu bual @nazri.kahar bersama Datuk Dr Rais Husin, Pengerusi MDEC mengenai polisi kabotaj dan impak ke atas projek sistem kabel dasar laut dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Pengurusan kewangan pandemik | Antara pelaburan dan simpanan 09.04.2021 27:05
Pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran lebih mendalam mengenai perancangan kewangan termasuklah mengenai pengurusan kewangan individu yang memohon pengeluaran i-Sinar untuk tujuan pelaburan dan simpanan.
Agenda AWANI: Keupayaan pengilang vaksin tempatan 07.04.2021 22:02
Pharmaniaga dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan mengilang semua vaksin CORONAVAC yang dikeluarkan oleh Sinovac. Sejauh mana keupayaan Pharmaniaga dalma menggalas cabaran ini?
Agenda AWANI: Ke arah pelaksanaan Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka (M-WEZ) 07.04.2021 27:56
Sejauh mana Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) atau Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka berbeza berbanding koridor ekonomi lain dan bagaimana M-WEZ ini mampu menarik pelaburan ke Melaka?
Agenda AWANI: Agenda Memperkasa Usahawan dan Gerakan Koperasi 16.03.2021 25:17
Setahun Malaysia Prihatin memberi fokus kepada realiti dan cabaran usahawan depani impak pandemik dan ekonomi, selain Agenda Pemerkasaan dan Pembangunan Usahawan dan Gerakan Koperasi. #HapusCOVID19
Agenda AWANI: Setahun Malaysia Prihatin - Pembangunan infra rakyat 11.03.2021 25:17
Era norma baharu menuntut kepada pendekatan dan strategi baharu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan termasuk pelaksanaan projek dan pembangunan infra rakyat? Bergerak ke hadapan, bagaimana industri pembinaan yang terjejas akibat COVID-19 mampu bangkit semula? Diskusinya bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bagaimana cara pelaksanaan dan pemberian vaksin #COVID19 kepada rakyat Malaysia? 12.02.2021 27:34
Bagaimana cara pelaksanaan dan pemberian vaksin #COVID19 kepada rakyat Malaysia? Ikuti temu bual Nazri Kahar bersama Dr. Kalaiarasu Peariasamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal KKM Putrajayadalam Agenda AWANI di saluran 501 dan astroawani.com .
Cinta dan refleksi seni layar Joko Anwar 03.02.2021 26:29
Pengkarya di peringkat serantau kini berlumba-lumba untuk menghasilkan kualiti karya seni yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Pengarah filem Indonesia Joko Anwar berkongsi projek terbaharunya termasuk kolaborasi dengan pengkarya tempatan dan kelangsungan industri berdepan dengan cabaran berkarya ketika pandemik.
Strategi Selangor perangi lonjakan kes COVID-19 02.02.2021 43:55
Lonjakan kes tertinggi lebih 5000 kes untuk beberapa hari kebelakangan ini disebabkan kes tertunggak kumulitif terutamanya di Selangor. Apa strategi Selangor khususnya bagi kes jangkitan di tapak penularan? Bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, 8.30 malam ini.
Agenda AWANI: Great Reset | Kickstarting 4IR With Pandemic Challenges 01.02.2021 52:55
The spread of the COVID-19 virus has impacted almost all industries globally. Many organisations not being able to operate at full capacity due to workforce and supply chain disruptions. There are companies which are still struggling to embrace digital manufacturing and globalisation 4.0 in their business model and their entire supply chain amidst COVID-19. How companies adopt, adapt and thrive wi...
Agenda AWANI: CPI 2020 merosot, ke mana Malaysia selepas ini? 31.01.2021 24:38
Temu bual Nazri Kahar bersama Dr. Muhammad Mohan, Presiden Transparency Malaysia mengenai Indeks Persepsi Rasuah 2020 dalam Agenda AWANI.
Agenda AWANI: Isu Keselamatan dan Keberkesanan vaksin COVID-19 20.01.2021 26:30
Ketahui keberkesanan & keselamatan vaksin COVID-19 bersama Dr Kalairasu Pearisamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM Putrajaya yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Calon Vaksin.
Darurat: Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas bukti perkembangan sihat 13.01.2021 5:00
Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas sepanjang pelaksanaan darurat disifatkan sebagai perkembangan yang sihat, dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
Agenda AWANI: Iktibar kesihatan awam, sinar baharu pemulihan ekonomi 01.01.2021 26:13
Tahun 2020 menyaksikan seluruh dunia berdepan dengan cabaran pengurusan kesihatan dan ketidaktentuan ekonomi akibat impak pandemik COVID19. Apa sinar baharu yang menjanjikan harapan yang lebih baik menjengah tahun baharu 2021?
Agenda AWANI: Analisis pasca pembentangan Belanjawan 2021 06.11.2020 22:49
Ikuti diskusi pasca pembentangan Belanjawan 2021 dalam Agenda AWANI. #MalaysiaBangkit #Belanjawan2021 #HapusCOVID19
#AgendaAWANI: Perkhidmatan kesihatan hadapi gelombang ketiga, cukup atau tidak ? 05.11.2020 23:55
Dalam menghadapi gelombang ketiga #COVID19, adakah perkhidmatan kesihatan kita mencukupi? Ikuti penerangan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim @KKMPutrajaya dalam #AgendaWWANI 9 mlm ini di saluran 501 dan www.astroawani.com @NajibAroffAWANI
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.